Sunday, March 30, 2008

UMNO-BN CUBA NAK TUNJUK PERIHATIN & JADI HERO - PORAH.LAH.

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Sebelum buat kenyataan di bawah sila renung dulu di Kementerian anda dan Malaysia. Nak tunjuk kat sapa hangpa lebih teruk permainkan Quran dalam fahaman politik, dalam membela sekolah agma yang mengajar quran, membela nasib guru quran yang bela bukan hangpa tapi DAP dan BA, tok Imam yang selalu baca quran, para haffiz quran ramai yang hangpa biarkan dan apa lagi?? tolong taubatlahhh sebelum hangpa dikutuk quran..Apatah lagi dalam perlaksanaan pentadbiran negara. Mana ada hangpa ikut quran..rasuah, tipu, rompak dan lain-lain ikut quran ka??Depa ni betui-betui tak malu lahhhh...dan bila tenguk depa buat statement rasa nak termuntahhh..Porahhhlahhhh...rakyat dah muak dgn hangpa...

Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penerbitan filem berkenaan sesuatu yang menyedihkan dan boleh mencetuskan kemarahan umat Islam sehingga menimbulkan keadaan yang berbahaya.

Saya betul-betul sedih dalam hal ini. Dalam hal ini bukan sahaja Pemuda Umno tetapi Pemuda komponen BN juga tidak akan berkompromi dalam hal-hal agama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat kawasan Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini

Berita tambahan tentang fitna.......1 apr..

Exco Pemuda UMNO, Datuk Pirdaus Ismail berkata, orang ramai turut dijemput untuk menunjukkan sokongan dan bersama-sama menghantar nota bantahan itu ke Kedutaan Belanda di sini.

‘‘Apa yang dibuat sudah melampau. Ini lebih teruk daripada isu karikatur Nabi Muhammad SAW yang pernah dicetus negara Barat.

‘‘Nampaknya isu menghina Islam berulang. Kita akan hantar nota bantahan dan menuntut mereka meminta maaf,”

AZIIM: Tok Imam, tolong taubatlahhhh dan sebelum nak ajak orang demo suruh ikut quran dan jangan hina quran ..kami cadangkan:

-bebaskan tahanan ISA dulu sebab ini bercanggah dengan Quran dan perbuatan ini lebih kejam jika yang menyokong tu adalah tok imam macam hang ni..hafaz quran untuk apa..?? untuk angguk ka? untuk dapat fulus? untuk dapat projek?? tolong balik pi ke masjid dan tenguk diri sendiri betapa hang tu dah jauh dari Islam dan Quran..setakat nak tunjuk hebat depan Barat Porahhlahhh... hangpa biarkan hiburan cara barat dan hangpa tunduk ideologi barat dan hangpa amalkan kehidupan dan mentadbir negara secara barat tak salahkah...??? tiba-tiba nak salahkah barat..?? hangpa yang bengap..dan kelabu asap...

-bebaskan masjid dari cengkaman fahaman hangpa yang sesat tu..Hadhari dan perkauman? ini jelas bercanggah dengan Quran dan dah berapa tahun hangpa tolak quran dalam hal majid ni...tok imam baca khutbah semua ikut kepada fahaman bangsa yang sempit sampaikan Islam jadi jauh kepada rakyat..bukankah ini menghina quran?? Bangang betui...awat jadi macam tu..?? Hangpa berdosa lebih besaq lagi jika rakyat sesat dengan hangpa dok ajar Islam yang sempit..Ini jenayah paling dahsyat dan lebih teruk dari barat yang hangpa suka ikut tu..jika ini level tok imam dan ikut saja arahan dari ketua hangpa yang tak ikut Islam ..porahhlah nak jak orang kutuk .quran kutuk hangpa dulu..bertaubatlah..tok..bertaubatlah tok dan kembalilah ke pangkal jalan..hang tu dah sesat..dan jauh dari quran...hang tak kan kaya dan bertambah hina kerana Alquran yang ada dalam dada hang tu mengutuk diri hang setiap masa..quran terlalu mulia tapi hang letak diri hang amat hina...hang ikut fahaman kebangsaan yang sesat dan hang perjuangkan..dimana letaknya kemuliaan quran tu..

-Bebaskan fikiran hang dan jemaah/parti hang dari fahaman kebendaan dan rasuah. Jemaah/ parti hang terlalu banyak mengambil wang rakyat dan berpoya-poya dengan kebendaan yang hina dina ini..apakah ini sesuai dengan Quran?? Jika betui nak hormat quran..kembalilah ke pangkal jalan dan semua wang rasuah dikembalikan kepada rakyat..

-Desak pemimpin hang agar mereka tahu hormati quran samada di negara atau di luar negara..kutuk barat tapi hangpa lah penyedut fahaman barat, ..kenapa dibiarkan mereka persendakan alim ulama dan orang yang nakkan Islam..apakah ini ajaran dari quran?? sampai sekarang masih syok..kutuk Islam dan hangpa tolong tepuk tangan dan sorak sekali semasa perhimpunan/pertemuan jemaah/parti hangpa..sebelum demo di jalan demo di parti hangpa dulu..


Ikuti berita lanjut....Bukti UMNO yang tak demokratik dan selama ini yang menjadi pemimpin UMNO adalah dari sistem yang tidak demokratik...lepas tu,,,suruh orang ikut demokrasi..demokrasi..apa..? Mahathir juga sama..tak da beza dan sampai la ni pun sama..anak menantu, adik beradik, suku sakat, kroni dll semua dapat tempat sekalipun bodoh nak mampus...memang patut UMNO ni bungkus sebab tak demokratik...

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju supaya sistem kuota bagi membolehkan seseorang itu bertanding pada pemilihan parti di semua peringkat dihapuskan.
``Langkah menghapus sistem kuota akan membolehkan proses demokrasi secara sihat berjalan di dalam parti,'' ujarnya

Jadi...wahai penyokong UMNO, bukankah ini bukti pemimpin UMNO menipu rakyat???...sebab tu kita dapt PM kaki sumbat orang masuk penjara dan ISA, kaki tabur fitnah, kaki yang lain terlalu banyaklah...akhirnya bila ke parlimen..dapat PM kaki tidur..kalaulah pemimpin UMNO dipilih dari sistem yang sehat..tentu lain,,pasti beza..ini ada bom..dia bom,,ada kuasa dia pulun salah gunakan kuasa, ada nama dia paksa rakyat bayar kuasa dia, pilihanraya kos dibayar oleh tokeh, lepas tu senyum kata ini bukan budaya kita...budaya sebat duit rakyat bagus dan dapat pujian dan pingat pula..hancur.....Tapi orang macam Muhyidin ni rasanya tak lama lah tu,,,eluklah TS..bertaubatlah...jauhkan diri dari golongan ini...

Ni kawan kita pula yang jaga tol nak cuba jadi hero penjara pula...porahhhlah...

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini meminta kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang kini dalam tahanan.

Dia ni taubat atau buang tabiaat???...dulu hang tak pernah tanya sakit depa, keluarga depa dan kesian kepada depa...la ni dah kene jaga tol baru nak ingat orang..hang dah silapa haribulan...sat lagi penjaga penjara tu pun nak tukar dahhh...mungkin yang ganti masuk ke dalam dari golongan hangpa pula...!!

Samy dulu di Perak tak pernah pandang nasib rakyat Sg. Siput dan sekarang terpaksa terima hakikat Sg. Siput di bawah BA dan negeri Perak juga sama..jika "Komponen Barisan Rakyat" dapat membuktikan kerja yang mantap maka Perak akan terus berada di bawah Barisan Rakyat...

Ada juga kawan kita yang nak jadi blogger..ahlan wasahlan...kepada rakyat akan hantar ke blog beliau ni...sebakul sampah dan penyapu sampah..hang buat lah ..dulu tak mau buat..la baru nak buat...rakyat miskin dah mati baru hang nak hantar beras...betui-betui ghaplah..dan rakyat patut kata pada dia..porahlahhh...

La ni..lebih baik hang buat projek untuk rakyat miskin di kampung hang tu..duit rasuah kembalikan kepada rakyat dan...jika mati pun tenang..tapi kalau hang sorok duit rakyat tu..tunggulahhh...!!

Mohamad Khir ketika dihubungi di sini hari ini berkata, laman blog yang beralamat di www.drkhir.blogspot.com itu diwujudkan supaya setiap masalah rakyat diambil kira oleh kerajaan negeri termasuk melaksanakan semua janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

‘‘Saya kini ada banyak masa berbanding sebelum ini yang saya tumpukan terhadap tugas sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

AZIIML Kami sedut sedikit dari blog beliau...Alamak..ini isu basi..dan pekung lahh..nak cerita lagi bersih, amanah dll...hang ni bio betui...YB sudahlah...bawa bertaubatlah..poin YB ni..dah rakyat tolak..dan jika yang masih undi YB mungkin hanya kesian aje sebab Yb rajin beli tempe kot ..manalah tahu semasa jadi MB dulu mesti tiap daerah bawa masakan yang bermacam-macam...sekeping tempe bayo RM 10 tarak masalah..bukan duit aku..duit rakyat..jadi,,dah terlebih makan tempe jadi protin tinggilah..jadi sehatlah..itu yang jadi gebu tu..bukan botox..Yang tahu YB sajalah..tapi rakyat dah kata ..porahlahh....

7. "JIKA RAKYAT DAN NEGARA DIURUSKAN DENGAN ZALIM DAN TIDAK BERAMANAH, IA BOLEH MEMBAWA PENDERITAAN KEPADA SESIAPA YANG BERNAUNG DI BAWAH BENDERANYA. NAMUN, KERAJAAN MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN BARISAN NASIONAL YANG ADA HARI INI DAPAT MENGAPLIKASIKAN PENTADBIRAN YANG ADIL KEPADA RAKYAT DAN BERAMANAH."...sedutan...dari blog..

AZIIM: BN adil dan amanah ke? Porahhhlahhhh...kalau pening YB pi cepat ke kliniklahhh....

Tambah Mohamad Khir, beliau juga akan memastikan PKR melaksanakan setiap janji mereka dan tidak akan membiarkan rakyat ditipu.


AZIIM: Hang ni..loghatlah...yang hang menipu dulu akan dikorek dulu sebelum hang nak korek PKR..muka talam namanya ni...sebab itu esuk setelah disiasat muka talam ni akan jadi kueh talamm, Kami menggesa agar BA percepatkan proses mendapatkan maklumat agar dia tahu siapa tipu dan siapa yang dah menipu..rakyat nak dengar dulu sebelum nak tunggu ,,hang kutip poin untuk bantai PKR....taubatlahh ..!!



‘Insya-Allah... kami (kerajaan campuran) bertekad melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang diamanahkan dalam tempoh kita berkempen ketika pilihan raya dulu iaitu cuba sedaya upaya melaksanakan sebaik mungkin apa yang dijanji dan ditawarkan oleh ketiga-tiga parti kepada rakyat iaitu memberi keadilan, kebajikan, amanah, telus serta berwibawa."..MB Perak

AZIIM: Semoga Allah memberi kekuatan kepada Komponen Barisan Rakyat untuk melaksanakan amanah ini.

Kepada
MB BN-UMNO yang masih terfikir nak rompak duit rakyat tolong fikir masak-masak sebab sekarang rakyat bukan sama seperti zaman 90an...dan jika telah terambil yang sebelumnya...bagikanlah semula kepada rakyat...contohilah hidup YAB Tok Guru MB Kelantan yang memberi khidmat sebaik mungkin kepada rakyat. Semoga Allah panjangkan umur beliau dan menerima segala amalnya..amin..

AZIIM: Mendesak agar mana-mana MB BN yang telah terbukti mengambil wang rakyat sebelum ini agar dikenakan hukuman yang setimpal dengan kejahatan mereka.!!..jangan biarkan rakyat menderita gara-gara mereka!!!
Pakaian yang indah belum boleh membuktikan YB BN bersih dari rasuah dan segala bentuk kejahatan yang lain sebelum ini....menyamar bolehlahh....
Semoga YB BA dapat buktikan kepada rakyat bahawa mereka bersih dulu, sekarang dan akan datang...semoga Allah permudahkan...amin!!

Terengganu


Perlis


Menteri Besar Perlis,
Datuk Dr Md Isa Sabu

Perak


Menteri Besar Perak,
Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Selangor

Pahang


Menteri Besar Pahang,
Datuk Seri Adnan Yaakob

Johor


Menteri Besar Johor,
Datuk Abdul Ghani Othman

Negeri
Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan,
Datuk Seri Mohamad Hasan

Pulau
Pinang


Ketua Menteri Pulau Pinang,
Lim Guan Eng

Melaka


Ketua Menteri Melaka,
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Kelantan


Menteri Besar Kelantan,
Datuk Nik Abdul Aziz Mat

Kedah


Menteri Besar Kedah,
Azizan Abdul Razak

Sabah


Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Musa Aman

AZIIM: Kami kagum dengan pendirian MB Selangor yang dengan tegas berbicara kepada rakyat terutama kakitangan kerajaan..

Menurutnya, semua anggota perkhidmatan awam terbabit termasuk Pegawai Daerah dan anggota polis perlu mengubah persepsi dengan tidak lagi menganggap setiap daripada mereka sebagai agen kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka perlu mengubah pemikiran itu untuk menjamin kesejahteraan dan keadilan bukan sahaja untuk diri mereka sendiri, tetapi sebaliknya juga untuk masa depan anak dan cucu mereka,”

No comments: