Friday, March 28, 2008

KAMI MENYOKONG WADAH HR9808 BAGI MEMPERKUKUH BARISAN RAKYAT...

aziiM - "Anti Zalim Movement"

KENAPA PERLUNYA SEBUAH WADAH REFORMIS YANG BEBAS


Salam Reformasi buat semua,

Dengan penuh hormat kami dari beberapa teman di Masjid India KL ingin mewujudkan sebuah wadah Reformis yang kami namakan Himpunan Reformis 1998 - 2008 (HR9808). Semoga semua reformis samada yang berada di dalam parti atau di luar parti dapat menghubungi kami bagi mendapat informasi lebih lanjut.

Secara ringkas ada beberapa poin utama yang menjadi pertimbangan kami sehingga kami memberanikan diri untuk mewujudkan wadah HR9808 ini:

1. Era selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu adalah era baru politik Malaysia yang memerlukan dokongan padu dari para reformis khasnya yang pernah bersama gerakan tersebut pada tahun 1998. Ini bukan bermakna reformis 1998 mahu memunculkan diri untuk dikenali bagi mendapatkan pengiktirafan dari Barisan Rakyat. Lebih jauh dari itu semua ialah kita mahukan kemenangan PRU 12 ini menjadi satu lonjakan perubahan yang dapat dipertahankan demi hak kebebasan, erti keadilan dan makna kehormatan rakyat di bumi Malaysia ini sampai bilapun. Titik 8 Mac 2008 adalah noktah seluruh reformis untuk merenung kembali sejarah perjuangan lalu dan mengatur strategi untuk terus berjuang bersama Barisan Rakyat.

2. Kepedulian Reformis 1998 tentang isu kezaliman dan ketidakadilan BN - UMNO bukan basi dengan tempuh waktu bahkan makin matang menilai isu serta memberi solusi jitu untuk perjuangan ke depan. Walaupun mungkin ada yang gugur, atau sudah tidak berdaya, ini bukan bermakna semangat atau ruh reformasi sudah hilang, cuma ianya hanya bagaikan bom jangka yang kapan saja bisa meledak. INilah benih reformasi yang ditanam oleh guru kita DSAI sepuluh tahun lalu. Pesanan keramat dari guru bagaikan sebuah acuan yang makin membesar dan terbentuk sesuai dengan apa yang telah diacu masa itu.

3. Reformis yang tidak pernah menagih apa-apa sebelum ini mahu dihimpunkan semula agar terus "hidup keikhlasannya" dan berperanan sesuai dengan kehendak era baru ini. Alangkah ruginya rakyat dan Barisan Rakyat jika puluhan ribu tenaga reformis masih terabaikan dan kontribusi mereka tidak dioptimalkan untuk rakyat. Kami yakin reformis sejati adalah reformis yang terbentuk dari gelombang kesedaran rakyat yang meletakkan halatuju untuk rakyat di depan mereka. Inilah karektor seorang reformis dan mereka perlu ditemukan lagi untuk kali yang terakhir.

4. HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan. Tanpa mempersempit pengenalan diri dari segi agama, bangsa, warna kulit, bahasa dll. Yang penting reformis yang mahu berjuang bersama dalam sebuah sistem yang dasarnya adalah untuk memperjuangkan keadilan dan menentang segala bentuk kezaliman selaras dengan dasar Barisan Rakyat.

5. HR9808 masih diperingkat awal dan memerlukan nasihat, teguran, pandangan, kerjasama dari seluruh warga reformis samada yang aktif atau tidak. Terutama dari guru kami DSAI dan pimpinan Barisan Rakyat. Dan kami juga tidak akan melupakan tokoh-tokoh pejuang reformasi sebelum dari 1998 yang ikhlas berada dalam PAS, DAP, JIM, ABIM dan terlalu banyak untuk dipaparkan. Semoga Allah mengurniakan kebaikan yang tidak terhingga ke atas mereka dan jika yang telah meninggal dunia pahala yang berterusan dari benih perjuangan mereka datang mengalir tanpa hentinya. Aminnn.. Kami berpandangan jika tidak dibentuk sekarang kapan lagi?Mungkin akan merugikan apatah lagi jika potensi besar ini dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab UMNO-BN atau menjadi tenaga upahan pihak tertentu untuk merosakkan nama baik reformis di mata rakyat. Sekalipun rakyat jelas menolak mereka tapi kejadian seperti fitnah yang dilontar oleh Dr. Chandra, Roslan Kassim dan spesis yang sama dengannya.. amat menyakitkan hati reformis dan HR9808 akan berusaha bagaimana agar kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi dengan cara yang terbaik.

Jika nak ditulis terlalu banyak poinnya, cukup sedikit dulu dan nanti dalam sesi dialog dan program penerangan yang akan dilaksanakan secara bertahap seluurh poin akan diulas lagi.

Pertemuan perdana bagi mencapai satu kesepakatan dan komitmen HR9808 akan mengadakan dialog terbuka dengan YB Barisan Rakyat: sila muat turun atau sebarkan kepada siapa sahaja yang berminat terutama para reformis 1998 sampai sekarang...!!!

PROGRAM PERDANA HR9808 DENGAN YB PAKATAN RAKYAT PADA 19 APR.

“HIMPUNAN REFORMIS 1998 – 2008” (HR9808)

Mensyukuri kemenangan PRU 12, menganalisis strategi dan memperkukuhkan komitmen bagi menjana generasi berkualiti bersama Pakatan Rakyat di era Malaysia Baru.

Tujuan:

1. Pertemuan diadakan untuk menghimpunkan semula para reformis khasnya yang berada di luar parti Pakatan Rakyat.

2. Membahas dan menentukan halatuju gerakan reformasi di era baru.

3. Memperbaharui iltizam dalam memperjuangkan hak-hak serta kepentingan rakyat terutama yang berkaitan dengan isu-isu kezaliman dan ketidakadilan.

4. Memperjelas kedudukan Himpunan Reformis sebagai penyokong utama dasar dan agenda Pakatan Rakyat tanpa terlibat secara langsung dengan mana-mana parti politik.

5. Membahas kaedah dan memberi peranan kepada reformis untuk mengkritik secara berkesan kepada pihak Pakatan Rakyat.

Komiti program HR9808 yang telah dibentuk:

1. Mustapa Mansor X Batu (Abu Miqdad )

2. Nurzairi bin Jantan X Bkt Bintang ( Masjid India)

3. Abang Nasir X ISA (Wangsa Maju)

4. Mohammad Hafifudin X Bkt Bintang .( Masjid India)

5. Syed Norazizul Persatuan Penjaja (Masjid India)

6. Nasir Isa aktivis sosial (Gombak)

7. Cikgu Nazri X Titiwangsa (Subang)

8.Pak Din aktivis sosial (Melawati)

9. Wakil dari mana-mana Bhg/cawangan/penyokong Barisan Rakyat.

Aturcara; (maaf ada sedikit perubahan waktu)

5.00 ptg – Kehadiran para tetamu.

6.00 - Galeri dan Tayangan "video clip sejarah Reformasi 1998 - 2008".

6.15 - Kata-kata aluan dari pengerusi majlis

6.30 - Suaikenal antara reformis, YB, wakil parti dan ngo yang hadir.

7.15 - Maghrib
8.00 - Forum
Mensyukuri kemenangan PRU 12, menganalisis strategi dan memperkukuhkan komitmen bagi menjana generasi berkualiti bersama Pakatan Rakyat di era Malaysia Baru

- YB dari PKR - YB Tien Chua

- YB dari DAP - akan diinfo..

- YB dari PAS - YB Syaari Sungip

- wakil dari komiti HR9808 - Mustapa Mansor.

Forum dan dialog dipengerusikan oleh Cikgu Badrul Hisyam.

9.30 - Dialog terbuka dengan ahli panel termasuk YB Pakatan Rakyat.

10.30 - PC dengan wakil media yang dapat hadir.

- Harakah /Suara Keadilan/Malaysiakini/Sinar/Utusan Malaysia/Berita Harian/TV Pas/Damai TV dll.

Tempat:

Dewan Hotel KL International, Kg, Baru KL ( Berubah oleh kerana mendapat sambutan yang diluar jangkaan )

Tarikh:

19 Apr 2008

Bayaran untuk tempat dan minum petang

RM 15/orang kecuali jika ada pihak yang sudi sponsor.

Sila berikan idea dan sebarang pandangan sebelum 15 Apr kerana beberapa persedian untuk hebahan media perlu kami siapkan !

Pusat Informasi:

Gerai 59 dan 60, Jalan Melayu / Jln. Masjid India. Kuala Lumpur.

Tel:

Norzairi 019 3066016

Nora 012 3804575

Pak Mad 017 3467927

Abang Nasir X ISA 012 3921976

Mustapa Mansor 012 3333825

+6281573456728 (IND)

Emel:HR9808@gmail.com

mustm99@hotmail.com

website: www.HR9808.blogspot.com

(sila muat turun bahan ini atau forwardkan ke pihak yang berminat dan beri komen anda)


BROSUR JEMPUTAN KE PROGRAM HR9808

Jemputan ke majlis

“HIMPUNAN REFORMIS 1998 – 2008” (HR9808)

DIALOG REFORMIS BERSAMA YB PAKATAN RAKYAT

Mensyukuri kemenangan PRU 12, menganalisis strategi dan memperkukuhkan komitmen bagi menjana generasi berkualiti bersama Pakatan Rakyat di era Malaysia Baru

Tarikh: 19 Apr 2008 (Sabtu)

Jam: 6.00 – 7 ptg.(maaf ada sedikit perubahan waktu)

Tempat: KL International Hotel, Kg Baru KL.

Pendaftaran sila hubungi Pusat Informasi:

Gerai 59 dan 60, Jalan Melayu / Jln. Masjid India. Kuala Lumpur.

Tel:

Norzairi 019 3066016

Nora 012 3804575

Pak Mad 017 3467927

Syed Azizul 017 3491980

Abang Nasir X ISA 012 3921976

Mustapa Mansor 012 3333825

+6281573456728 (IND)

Emel: HR9808@gmail.com

: mustm99@hotmail.com

Website: www.HR9808.blogspot.com

(sila muat turun dan cetak sebanyak mungkin atau emelkan kepada siapa sahaja yang berminat dan mahu turut serta dalam pertemuan istimewa ini)

No comments: