Wednesday, April 16, 2008

DSAI MENJADI HARAPAN GOLONGAN TERZALIMI!!

aziiM - "Anti Zalim Movement"

AZIIM: Kami bersependapat dengan pandangan sdr Rashidi...

Umno harus sedar majoriti Melayu teras kekuatan Anwar Ibrahim
Mohd Rashidi Hassan
Wed | Apr 16, 08 | 4:46:52 pm MYT

Peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri sekali gus Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan disusuli pemecatan sebagai Timbalan Presiden Umno pada 3 September, melakar sejarah baru dalam politik Malaysia.

Anwar bukan sahaja dipecat, malah dihadapkan dengan dakwaan 10 pertuduhan yang membabitkan penderhakaan terhadap negara, rasuah dan salah laku seks yang menyebabkan beliau terpaksa meringkuk enam tahun dalam penjara.

Tindakan keras Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad itu, mendorong penyatuan gabungan semua parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Nasional yang baru ditubuhkan, DAP dan PRM.

Presiden PAS ketika itu, Dato' Fadzil Mohd Noor merupakan pemimpin pembangkang yang pertama tampil ke hadapan mengkritik Dr Mahathir di atas kezalimannya menganiaya Anwar.

Diikuti dengan Lim Kit Siang dan Dr Syed Husin Ali, turut menziarahi Anwar di rumahnya bagi menyatakan sokongan pembangkang terhadap Anwar.

Gabungan erat empat parti pembangkang ketika itu, membentuk sebuah gagasan politik yang dinamakan Barisan Alternatif dengan mengemukakan manifestonya bertajuk 'Ke Arah Malaysia Yang Adil' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum tahun 1999.

Bermula era reformasi

Sebelum daripada penggabungan pembangkang, era reformasi bermula sebaik pemecatan Anwar. Rakyat di seluruh negara bangkit menentang kezaliman Dr Mahathir terhadap orang yang dilatih selama 16 tahun untuk menjadi pengganti beliau.

Masjid Negara menjadi lokasi pertama perhimpunan 100 ribu umat, menyaksikan kebanjiran penyokong keadilan memenuhi setiap pelusuk kota dari Masjid Negara hingga ke Dataran Merdeka.

Pada malam itu juga kediaman Anwar di Bukit Damansara diserbu anggota UTK yang lengkap dengan senjata automatik, menangkap dan mengheret Anwar ke Bukit Aman.

Serentak dengan itu berpuluh-puluh pengikut Anwar ditahan di bawah ISA. Tindakan keras pihak berkuasa itu, tidak menghalang laungan reformasi untuk terus bergema, demonstrasi berterusan setiap minggu di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Laungan reformasi terus bergema di penghujung tahun 1998, walaupun Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang terbelengu di sebalik pasung jeriji besi di Penjara Sungai Buloh.

Pasca PRU 1999 dan 2004

Keputusan PRU 1999 membuktikan majoriti orang-orang Melayu menolak Barisan Nasional. Sehingga ada statistik kajian melaporkan suatu ketika, 7 daripada 10 orang Melayu menyokong Anwar.

Secara puratanya, rekod PRU 1999 membuktikan 60 peratus Melayu menyokong Anwar dan gabungan pembangkang, manakala hanya 40 peratus Melayu kekal menyokong BN.

Walaupun wujud gabungan padu Barisan Alternatif, yang wujud di dalamnya keanggotaan dari kaum Cina, India dan lain-lain, namun ketika itu tidak ramai daripada kaum bukan Melayu yang menyokong Anwar.

Hanya ada segelintir pimpinan utama PRM dan Keadilan ketika itu yang 'all-out' membela nasib Anwar sehingga terpaksa meringkuk dalam lokap polis, dipukul dan ditendang sehingga mengalami kecederaan.

Hakikat yang ditunjukkan pada PRU 1999, peristiwa lebam mata Anwar dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tidak menyelami lubuk hati kaum bukan Melayu.

Keadaan ini kekal sehingga PRU tahun 2004. Pindaan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang begitu 'bias' (berpihak) kepada BN pada tahun 2002 menjadikan kawasan-kawasan Parlimen dan Dun dirobek-robek dan dicampur adukkan dengan lokaliti pengundi bukan Melayu.

Ketika itu Umno/BN mengetahui bahawa Melayu tidak boleh diharapkan untuk menyokong mereka. Maka kaum bukan Melayu dipergunakan untuk terus menyokong BN.

Fakta PRU 2004 menunjukkan majoriti Melayu masih menolak Umno/BN dan menyokong PAS serta KeADILan dan lain-lain pembangkang. Ketika itu DAP tidak bersama dalam Barisan Alternatif.

Sehingga Pilihan Raya Kecil Dun Ijok pada April 2007, kaum bukan Melayu masih belum menunjukkan sokongan padu kepada pembangkang sehingga menyebabkan Tan Sri Khalid Ibrahim tewas dengan K Parthiban.

'Swing vote' atau tsunami pada PRU 2008 dari kalangan kaum bukan Melayu, sememangnya di luar jangkaan pemimpin Pakatan Rakyat, juga di luar jangkaan BN.

Melayu teras kekuatan Anwar

Semua peristiwa ini membuktikan hakikat bahawa, teras kekuatan sokongan Melayu yang majoriti beragama Islam ialah kepada Anwar dan pembangkang, terutamanya PAS.

Fakta yang harus diingat ialah, sejak kerjasama erat yang dihulurkan Almarhum Ustaz Fadzil, orang-orang PAS yang majoritinya Melayu memberikan kerjasama dan dokongan erat kepada pembangkang, khususnya Anwar dan KeADILan.

PAS mempunyai sejuta ahli dan hampir dua juta pengundi setia sejak beberapa kali PRU. Kekuatannya meluas di seluruh negara. PAS kawasan dan cawangan berada di mana-mana.

Sehingga banyak kali PRU, calon-calon pembangkang (yang bukan PAS), boleh bergantung sepenuhnya dengan jentera pilihan raya PAS kerana orang-orang PAS komited dalam soal kerja dan tugas menentang BN.

Komitmen ahli dan penyokong PAS dalam menjayakan gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat begitu besar dan ianya terus terbukti dalam PRU ke-12 8 Mac lepas.

Justeru tuduhan bahawa Anwar akan mengetepikan Melayu, Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.

Fakta yang harus difahami ialah sejak tahun 1999 sehingga 2008, kekuatan Umno/BN hanya didokong oleh minoriti Melayu, sekitar 40 peratus dan ditambah dengan sokongan majoriti bukan Melayu.

Masalah yang berlaku hari ini ialah sokongan minoriti Melayu dalam Umno, terhadap Umno semakin berpecah. Jika Umno berpecah, Melayu dalam Umno bergaduh, kuasa politik Melayu terhakis, bukan salah Anwar, bukan salah PAS, ianya adalah kesalahan pemimpin-pemimpin Umno!

Hakikatnya, teras kekuatan Anwar adalah dengan dokongan majoriti Melayu daripada PAS, tanpa dokongan PAS belum tentu Anwar akan terus berada dalam kedudukan sekarang.

Oleh sebab itu, dakwaan bahawa, jika Anwar berkuasa menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu akan terhakis adalah propaganda jahat Umno/BN semata-mata.

Majoriti Melayu yang berada dalam PAS, juga dalam KeADILan adalah pendokong sebenar kekuatan Anwar Ibrahim.

Maka, jika kuasa berpindah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, orang-orang Melayu tetap terjamin haknya dari sudut politik, pendidikan, ekonomi dan sosial, malah mungkin lebih baik lagi!

AZIIM: UMNO sering melakukan dekorasi politik yang sangat dangkal dan kacau sehingga akhirnya rekayasa jijik pemimpin UMNO dilihat sebagai kebudak-budakan oleh masyarakat dunia. Mahathir dan pemimpin yang merekayasa adalah golongan berhati getah plastik yang tiada rasa dan sebahagian besar masyarakat Muslim di Nusantara mahu muntah dihadapan Mahathir ...inilah dosa dia dan jemaahnya yang terdiri dari golongan ketot jasmani, aqal dan akhlak.

Sunday, April 13, 2008

RUSTAM BERFATWA BABI KETAWA ...?

aziiM - "Anti Zalim Movement"

AZIIM: Kami telah cuba memberi saran di blog Rustam..KM Melaka...sila renungkan..

Datuk, soal “babi” janganlah dijadikan isu mega pasca pru 12 sebab beberapa poin di bawah:

1. Fatwa haram makan babi bagi muslim dah jelas tak perlu dibahas lagi bahkan 90% orang Melayu nak muntah bila dengar perkataan ini terlalu kerap. Tapi sekarang rakyat perlukan fatwa dari para mufti terutama yang bagi nasihat pada Datuk tentang mana yang lebih haram antara makan babi atau makan rasuah dari duit babi?

2. Kenyataan Datuk menggambarkan betapa pemimpin UMNO dan BN mahu berselindung di balik isu babi dan bau tahi babi dari bau rasuah yang selama ini dikebas tanpa rasa malu. Rasa malu adalah tanda berimannya seseorang. Sayang sekali Datuk yang menjadi pemimpin Melayu Muslim di dunia tidak lebih seperti seorang pelakon drama yang memangsakan babi dalam berhujah dengan Pakatan Rakyat.

3. Kenyataan Datuk juga memberi gambaran betapa rendahnya tahap pemahaman politik di era baru dan hujah masih seperti sebelum merdeka. Kebencian terhadap pihak lawan politik dan perkauman yang menjadi paksi perjuangan UMNO telah terbukti tidak relevan lagi di Malaysia serta amat merugikan ummat Melayu Islam. Apakah perasaan Datuk jika ada pemakan babi yang mengutuk Datuk dengan makanan kegemaran Datuk sejak dari kecil?

4. Tahap fahaman Islam pemimpin UMNO amat mengerikan dan menakutkan rakyat kerana kelihatan sekali tidak demokratik serta kejam. Beberapa komentar dari penyokong UMNO juga tidak jauh berbeza dengan Datuk jadi rakyat nak harapkan apa dari UMNO dan BN lagi. Jika terus memerintah maka kezaliman akan terus berlaku tanpa ada tanda mahu bertaubat dan berubah.

5. Bagi kami pemimpin UMNO seperti pemimpin “katak bawah lori” masih berkhayal kononnya lori tidak akan bergerak kemana-mana tapi hakikatnya lori sudahpun bergerak lambat laun akan menindih si katak jika tidak mahu melompat selamatkan diri. Lihatlah 5 tahun akan dating, jika Datuk masih berpegang fahaman politik sempit seperti ini Datuk akan dikutuk oleh anak cucu pahlawan Melayu yang kononnya Datuk percayai. Rakyat dah tak peduli babi lagi yang penting perut mereka kenyang, otak mereka tenang, perasaan mereka damai, hati mereka senang dan nasib mereka terbela.

6. Pesan kami, bubarkan saja UMNO dan kembali kepada Islam yang sebenar sebab lebih lama duduk di UMNO akan memporak perandakan Melayu dan rakyat Malaysia. Kami menyeru kepada Datuk, penyokong Datuk dan rakyat Malaysia agar melihat diri sendiri di cermin kaca bukan dicermin air kolam babi.

7. Sekiranya ada yang berminat untuk bertukar-tukar pandangan sila ke www.aziim2008.blogspot.com. Selamat dan maju jaya.

TAUBAT LAH UMNO DAN PEMIMPINNYA!!!

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Semakin ramai yang menggesa supaya UMNO dan pemimpinnya bertaubat..? semoga taubat bukan bermakna tau buat lagi...sebab dah jadi darah daging menipu rakyat, persenda ulama, permainkan quran, perlecehkan manusia, korupsi dan bertimbun dosa nia berkait dengan jutaan manusia dan dah ramai juga yang mati...jadi tolong renungkanlah pesan dari Mufti perlis ini...!!!...

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu rakyat adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.

"Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.
Kata Dr Asri, pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara dan bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari kesilapan pihak lain sebaliknya melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan.
"Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat.
Dalam laman web drmaza.com beliau juga menjelaskan bahawa para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat dan diperhatikan malah kemewahan yang tidak betul cara akan menimbulkan tanda tanya.Ini termasuklah sikap dan perwatakan para pemimpin yang dipersoalkan, kata Dr Asri.
"Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih Bollywood dari Bollywood. Sedangkan dia isteri orang besar," katanya dalam laman web terbabit.
Ramai pemimpin seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan sedangkan mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual,katanya.
Malah jika pemimpin bercakap soal Islam, hendaklah dibuktikan menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri.


AZIIM: Dosa UMNO dan pemimpinnya bukan sahaja kepada Allah..tapi yang lebih dahsyat dosa mereka kepada jutaan rakyat tak kira agama atau bangsa tapi terlalu banyak dosa mereka..sampai saat ini juga mereka masih belum sedar, masih bermain-main lagi, masih gelak ketawa bersama betine dan jantan di club eksklusif mereka, masih cuba tutup file rasuah, masih rancang pembangunan untuk diri dan keluarga mereka, masih nak tunuk hebat mendera rakyat dengan ISA dan AUKU dll. Jadi tolong Pak Mufti seluruh Malaysia bersuara minima macam Dr. Asri, mana pergi mufti yang lain? Takut kena potong gaji atau kena buang kerja atau apa? Ummat tak hormat kepada ulama kerana antum sendiri yang meletakkan diri di taraf bawahan...sorry..Mufti..bukan tak tahu kebanyakan VIP politik atau istana yang menghabiskan wang rakyat tanpa sebab. Hairan kenapa antum semua tak keluarkan sedikit teguran kepada mereka ini??? Ya syekh..ini dosa juga kerana antum semua diberi tugas oleh rakyat untuk menjaga institusi agama di negara kita dan antum punya hak ..?? Rakyat mahu melihat antum juga boleh demo memimpin rakyat dalam menegakkan kebenaran sebab Islam bukan hanya spiritual yang antum semua ajarkan di masjid kepada rakyat..Islam lebih indah dari itu semua..Bertaubatlah..wahai Mufti..kembalilah kepada Islam sebagai Deenulhayah..bukan antum buat jadi payah..sekurang-kurangnya ikutlah jejak Dr. Asri.!!! Tunjuklah wibawa antum semua kepada Ummat dan rakyat!!!

16 APr

Dosa UMNO dan pemimpinnya sejak awal lagi terhadap pengasasnya iaitu Datuk Onn..menurut cucunya...

Hishammuddin Tun Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin keluar dari Majlis Perjumpaan Perdana Menteri di Dewan Tun Husein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.


"Kita tengok satu femonmena yang tak pernah kita lihat sejak Merdeka lagi di mana orang-orang Melayu sanggup mengundi DAP dan orang Cina pula mengundi Pas.

"Kalau kita kembali kepada visi, harapan dan impian Datuk Onn (Jaafar) dahulu yang terlalu jauh ke depan, saya tengok fenomena ini merupakan satu realiti," katanya.

(Allahyarham Datuk Onn Jaafar merupakan datuk kepada Hishammuddin yang telah mengasaskan UMNO tetapi kemudian meninggalkan parti selepas cadangan beliau supaya keanggotannya dibuka kepada kaum-kaum lain tidak diterima).

AZIIM; Kenapa UMNO tak terima sebab asasnya perkauman Melayu bukan kepentingan rakyat. Yang peliknya hang, awat ikut telunjuk pemimpin UMNO yang tak sebulu dengan datuk hang...? apakah ini strategi atau suatu sikap kedunguan..?...Asas parti perkauman adalah dosa dan sementara masih muda bawalah bertaubat!!! Takkan kemana politik perkauman ni..boleh bertahan 5 tahun lagi itu cukup ajaib..tapi kelihatannya dah nak ghuyub..

Sementara itu, Mohd. Radzi berkata, UMNO Perak mahu pucuk pimpinan parti segera melakukan proses peralihan kuasa di peringkat pucuk pimpinan kerana ia memang ditunggu-tunggu oleh rakyat dan ahli-ahli parti.

Katanya, ramai telah menerima baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Najib adalah bakal penggantinya tetapi ia mesti dilakukan dengan segera.

Menurutnya, kebanyakan ahli UMNO di Perak telah mencetuskan kejadian 'tsunami' semasa pilihan raya umum lalu dan selepas ia berakhir 'tsunami' itu muncul semula dalam parti UMNO itu sendiri.

''Semakin lama saya dapati 'tsunami' dalam UMNO ini semakin besar dan pucuk pimpinan parti tidak boleh menafikannya,'' katanya.

Oleh itu, kata beliau, perubahan mesti dilakukan dengan segera, kalau tidak sudah pasti parti lawan akan ambil kesempatan dan UMNO akhirnya akan jadi tidak relevan.

AZIIM: Kesian dengan ahli UMNO, ada yang setia dan jujur tapi realitinye yop, pemimpin kome tu semuanye fikirkan hai keluarga deme bukan hai kome yop...pindah aje yop..lantok deme tu,,bio hanco punoh ranoh..dan bile dah hanco kes rasuah deme nanti akan muncui macam ikan kene tube..mike nak nenguk ikan kene tube..tunggu bila Pakatan Rakyat naik nanti..deme nak kemane yop?? yang penting mike dengan puak mike tu kembalilah ke pangke jalan...bertaobat yop...!!! dose nyokong orang buat zalim macam kita berbuat zalim juga..!! deme kate deme tak zalim, kepala dongga semue tu yop..!!! tinggakan aje..!! bio deme main labu busuk..habis tenggelam semuenye..jangan mike tenggelam udah yop!!!

Masih ada juga pemimpin UMNO yang taksub dengan Mahathir...

Syed Ali berkata, adalah tidak adil bagi akhbar itu memberi gambaran mengenai Dr. Mahathir daripada pemimpin pembangkang yang sudah diketahui sentiasa tidak melihat kepada sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya berharap pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya agar tidak lagi sebuah institusi UMNO dipergunakan oleh pembangkang untuk memperlekeh pemimpin yang telah banyak berjaya kepada rakyat dan negara.

"Kita harus menghormati dan menghargai jasa-jasa pemimpin yang lalu.

"Apabila pemimpin masa sekarang tidak lagi berkhidmat, kita juga harus menghormati dan menghargai jasa-jasa mereka," tegas beliau.

AZIIM: Tuan Syed, 1. Islam melarang taksub kepada sesiapapun termasuk pada Mahathir. Taksub akan melebihi kebenaran dan keadilan dan inilah taksub yang membawa dosa..Rakyat bukan semua sukakan Mahathir kerana ada sebab yang munasabah terutama kezaliman beliau..Firaun juga sama ada yang mendapat anugerah dari Firaun akan pertahankan sejarah Firaun..tapi sejarah juga mencatatkan betapa zalimnya mereka kepada rakyat kecil. jadi apakah cukup hujah kerana jasa beliau sehingga semua rakyat yang dizalimi seperti DSAI akan tunduk kepada kebolehan zalim Mahathir?? Ini hujjah sesat dan tidak masuk akal. Tanyalah mufti dari Hadharamaut sekalipun tuan Syed, tidak ada satupun ulama terutama dari tanah asal usul Yaman menerima hujah seperti ini.

2. Tuan Syed terbawa dengan politik paksa..suruh ambil tindakan dan itu dan ini juga bukan sahaja memalukan UMNO bahkan memberi bukti kepada rakyat yang UMNO tidak demokratik dan zalim..Paksa rakyat ikut, pak rakyat patuh.paksa semua..akhirnya..lihat dan renung sendirilah...Ini bukan zamannya lagi tuan Syed, tolonglah faham realiti politik dunia!!
Fenomena ini bukan sahaja di Malaysia tapi di mana sahaja. Rakyat bencikan kezaliman, penindasan, kedunguan dan sebagainya terbukti di pemilu memilih gabenur di Jawa Barat Indonesia baru-baru ini...Jadi nak heran apa lagi?? UMNO dan pemimpinnya akan menerima nasib yang sama dalam masa terdekat ini jika masih paksa rakyat dan ajar rakyat yang cerdik dengan kebodohan.

Renungkanlah lagi nasihat dari Mufti Perlis...!!

Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana. Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun).” (Surah al-Anfal: 33).

Maka, jadikanlah kerajaan yang sedang merubah dirinya itu sebagai kerajaan yang bertaubat daripada segala bentuk ketidakadilan dan ketidaktelusan. Seperti mana insan yang bertaubat, kelihatan bersih bercahaya dan merendah diri kepada Allah, demikian hendaknya kerajaan yang bertaubat. Terjemahkanlah taubat itu dalam kepimpinan, pengurusan, media dan hati budi pemimpin. Pohonlah kemaafan kepada rakyat, dan kembalikan hak mereka jika ada yang ‘tidak kena’. Demikianlah juga hendaknya sekalian rakyat memohon keampunan dan kembali kepada jalan yang lurus. Inilah jalan keluar yang hakiki daripada kemelut yang ada. Jika itu berlaku maka, Allah berfirman: (maksudnya) “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka segala keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. (Surah al-‘A’raf: 96).

AZIIM: Tahniah atas keberanian Mufti Perlis..dan jika ianya menyinggung pemimpin UMNO, apakah beliau juga akan dikenakan tindakan??? Jika ya..maka confirmlah UMNO dan pemimpinnya ZALIM...Mufti...jangan takut sebab Allah senantiasa bersama dengan mereka yang berkata benar di hadapan raja yang zalim..Kepada para mufti yang lain..contohilah saudaramu ini...janganlah lari dari kebenaran!!