Wednesday, March 19, 2008

BARISAN KEZALIMAN vs BARISAN RAKYAT;;

aziiM - "Anti Zalim Movement"

AZIIM; Semoga Allah memberkati kesepakatan ini...AMin..

PAS, KeADILan, DAP setuju erat kerjasama, Wan Azizah Ketua Pembangkang
Harakahdaily
Wed | Mar 19, 08 | 11:50:28 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Dalam satu keputusan bersejarah malam tadi, para pemimpin KeADILan, PAS dan DAP bersetuju untuk membentuk satu barisan yang lebih padu bagi memenuhi tuntutan sebuah 'kerajaan menunggu' di peringkat Pusat dan negeri-negeri.

Sehubungan itu, parti-parti terbabit juga sebulat suara bersetuju mencadangkan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sehinggalah Ketua Umum KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen.

Berikut disiarkan kenyataan penuh tiga perenggan pemimpin-pemimpin parti terbabit:

Adalah diumumkan bahawa kami Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Ustaz Abdul Hadi Awang pagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dalam satu pertemuan pada malam 18 Mac 2008 bahawa hasrat rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini perlulah dihormati dan dilaksanakan oleh kami dan parti-parti kami.

Kami bersetuju bahawa kerjasama yang lebih erat perlu dipertimbangkan dengan serius dengan mengambil kira hasrat rakyat untuk mewujudkan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang baru dan boleh membawa perubahan-perubahan besar kepada rakyat.

Kami juga bersetuju mencadangkan YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, iaitu parti pembangkang terbesar di Parlimen ke-12, sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baru, sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen

Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Ustaz Abdul Hadi Awang - tajdid

20 Mac 2008

Media Perdana BN..masih bertungkus lumus untuk mengangkat semula imej BN yang sudah hancur/ambruk sekalipun faktanya bukan realiti lagi..khayalan dan bercampur dongeng..Tabiat ini adalah mind set dari pemimpin UMNO sejak lebih 40 tahun lalu. Khayalkan rakyat dengan hiburan, drama, filem, tari menari, disko kalau yang rakyat biasa..yang vip pula ditamu dengan rasuah, betina, kemewahan, kedudukan, gelaran dan bermacam bentuk tawaran hina untuk mereka. Tapi setelah rakyat mendapat hidayah dan kesedaran mereka tidak mahu lagi berbuat dan bersekongkol dengan kekejiaan. Namun yang masih belum sedar mereka terus menelan segala bentuk kehinaan ini.

dan kekejiaan tanpa rasa bersalah dan malu...cuba renungkan kenyataan salah seorang pemimpin BN ini...

‘Saya hendak ingatkan mereka supaya jangan hendak menjadi bodoh. Mereka ingat BN boleh diibarat seperti air keruh. Sebenarnya air masih jernih kerana ahli Parlimen kita sedar BN adalah satu-satunya parti yang boleh membawa Malaysia ke depan,” katanya.

Tengku Adnan berkata, pihaknya juga akan menghantar kumpulan perisik ke seluruh negara bagi menyiasat cubaan jahat parti pembangkang itu.

AZIIM:
1.Kenyataan ini adalah khayalan dan tidak berpijak di bumi nyata.

2. Bila BN dibenci oleh rakyat nak siasat apa lagi..? jika kamu buat macam tu maka kamu akan jadikan Malaysia ini negara gengster dan kamu layak menjadi YB gengster.

3. Ini bukti menunjukkan betapa rendahnya tahap kewajaran berfikir pemimpin UMNO ...bila pembangkang dapat tumbangkan mereka dalam sistem demokrasi yang kamu anuti ..tiba-tiba kamu kata pakatan jahat..?? Hoi..tenguk muka sendirilah..!! Selama ni siapa yang banyak offer ke pihak pembangkang..??bukankah kamu juga dan kamu ada lebih fulus dari rasuah dan kamu nak kekalkan rasuah maka kamu beli kerusi...ini kerja hangpa selama ni.. Rasa nak muntah dengar hujjah hangpa ni..

4. Ini juga tanda-tanda yang mereka akan sponsor siri demonstrasi di seluruh Malaysia..BERSIH DAN HINDRAF demo tak ada bayaran tapi depa ada bayaran dari duit rasuah...jadi kepada rakyat Malaysia..jika depa bagi duit terima aje..dan buatkan tandas atau jambatan sebab duit tu tak layak untuk kita gunakan..depa makan tak pa sebab depa memang dah rasa enak dengan makan najis sejak dari dulu lagi..tapi kita rakyat yang baik..tak biasa makan duit dari nanah korupsi tu..

5. Depa fikir semuanya boleh dibeli dengan duit haram tu..siasat guna duit haram, upah spy dengan duit haram, upah genster dengan duit haram, tamu juak makan direstoran dari duit haram, buat bendera dari duit haram pokoknya dari duit haram semua..DENGAN DUIT HARAM NI LAH DEPA AKAN TENGGELAMMMMMMMMMMMMMMM ...HATI RAKYAT YANG BERSIH BUKAN MACAM HATI HANGPA...TAK PERCAYA TUNGGUUUUUUU...GELOMBANG KEBENCIAN AKAN TERUS MEMUNCAK dan kamu semua kan tenggelam dibawa arus keadilan ini...sila renungkan kenyataan Mat Sabu..

"Ada yang undi pembangkang kerana benci kepada (Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi), ada yang benci sangat kepada (menantu Abdullah) Khairy (Jamaluddin), ada yang memang benci kepada Umno dan BN (Barisan Nasional), ada yang meluat sangat kepada (Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul) Rashid (Abdul Rahman) dan ramai yang benci polis," katanya.

"Biar mereka buat banyak-banyak, hari-hari. Umno ada demokrasi, kan? Kita tak ada. Lagi pun, orang-orang Umno di Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tak ada kerja sekarang. Buat demonstrasilah, nak buat apa lagi?

"Nak bela raja-raja Melayu konon, dulu siapa yang buat perhimpunan di seluruh negara hentam raja-raja Melayu? Hari ini, akhbar-akhbar Umno yang dahulunya menghentam dan menghina raja-raja Melayu berlagak sebagai pembela raja-raja Melayu kononnya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kerajaan Abdullah akan mengambil kesempatan dari demonstrasi-demonstrasi itu untuk menangkap pembangkang.

"Tahun 1987, Umno yang buat perhimpunan, kami (pembangkang) yang kena tangkap (dalam Operasi Lallang)".

AZIIM: inilah konsep HADHARI...tak ikut dan tak sokong depa...TANGKAP SUMBAT DALAM ISA...LAYAKLAH MEREKA MENJADI KERAJAAN "ZALIM HADHARI"...TAPI INGAT...SAMPAI BILA KAMU BOLEH DERA RAKYAT??? Sekarang 5 negeri..dan SATU HARI nanti KAMU PASTI KENA BALASAN DARI PERBUATAN TANGAN KAMU SENDIRI..!!! "Ya..ALLAH..KAU campakkan kehinaan dan kekacauan dalam barisan mereka dan ENGKaU selamatkan sdr-sdr kami yang berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan..!!!

21 Mac 2008

Berbagai pihak sibuk membicarakan soal betapa pentingnya perpaduan Melayu, DEB dan akibat dari kekalahan BN dalam PRU 12 yang lalu. ..Akan bermunculan ad haoc kimiti dan berbagai nama NGO yang akan cuba memunculkan diri mempergunakan isu ini di khalayak rakyat....Sila renungkan kenyataan ini...

Satukan Melayu -- Deklarasi 25 NGO sepakat tubuh Barisan Bertindak Perpaduan

KUALA LUMPUR 20 Mac – Sebanyak 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam sepakat menubuhkan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang akan memainkan peranan menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam.

Penubuhan itu adalah pelan bertindak utama Deklarasi Maulidur Rasul yang diisytiharkan dalam satu mesyuarat dihadiri wakil pertubuhan terbabit, di sini hari ini.

Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar berkata, bagi merealisasikan hasrat penubuhan badan bertindak itu, pihaknya akan mengadakan satu perhimpunan orang Melayu dan Islam bersandarkan roh sambutan Maulidur Rasul di Kuala Lumpur atau Putrajaya.

AZIIM: Pandangan kami: 1. BBPM akan menjadi boneka/puppet kepada perjuangan UMNo/Bn yang majoriti rakyat sudah menganggap terkeluar dari trek perjuangan petriotik yang sebenarnya. 2. Kesepakatan ini akan meruncingkan lagi perbezaan kerana asas kepada kesepakatan yang tidak jelas, kami tidak yakin lagi dengan asas perjuangan MELAYU sebagai asas kerana ianya akan menjurus kepada kesempitan fahaman perkauman. Selama 50 tahun asas ini dipaksakan kepada rakyat yang akhirnya rakyat menderita akibat dari ulah pemimpin Melayu sendiri. 3. Ketegangan antara kaum pasti terjadi jika masalah utama tadi tidak dicairkan dengan acuan Malaysia Baru yang lebih jernih untuk kepentingan semua kaum tanpa kompromi. 4. Hak kelebihan Melayu patut diformulakan semula dan dibentuk corak baru yang lebih konprehensif, saksama dan adil. 5. Perjuangan demi bangsa semakin tidak popular di mana-mana sahaja di dunia bahkan ianya sering menimbulkan konflik-konflik baru yang sukar untuk diselesaikan. Lihat sahaja isu Israel ..apakah ada solusi yang jelas sampai sekarang?? Isu perkauman di Afrika ..jelas tidak ada kesudahan sampai sekarang.Kita harus sedar bagaimana rosaknya Bosnia yang bermula dengan musnahnya kepercayaan antara puak. 6. Yang jelas kemusnahan ini dimanfaatkan oleh segelintir pemimpin puak tersebut bagi kepentingan mereka, keluarga dan kaum kerabat dan kroni mereka. Selagi tidak ada perubahan yang mendasar terhadap konsep perjuangan maka ianya akan sama sampai bilapun. Jika tidak bermula reformasi pada tahun 1998, mungkin PRU 12 tidak memberi apa-apa erti buat rakyat Malaysia sekarang. PRU akan memberi kemenangan express kepada BN sampai kiamat..7. Perubahan yang bermula dari penyingkiran DS Anwar dari kabinet Mahathir, sebenarnya adalah rahmat dari aspek jangka panjang perubahan politik di Malaysia. Walaupun ianya amat pahit buat DS Anwar, keluarganya dan ramai lagi tapi ianya adalah pemberi nafas baru buat rakyat Malaysia sekarang 8. Allah Maha Kaya dan Maha Tahu betapa hinanya hidup rakyat di Malaysia jika tidak adanya REFORMASI pada tahun 1998 itu dan hampir sepuluh tahun, sekarang ianya dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia kerana mindset reformasi sudah dapat direalisasikan dalam PRU 12 itu. 9. Ini bukan bererti penapian akan jasa dan perjuangan tokoh-tokoh PAS sejak 50 tahun lalu tapi akibat lonjakan REFORMASI 1998 tanpa dijangka telah mendapat sambutan luar biasa dari luar dan dalam BN, UMNO, NGO dan seluruh gabungan Parti Pembangkang sehingga politik Malaysia bergegar bagai gempa bumi lebih 7 rectar.. Ya..ianya amat melelahkan ketika PRU ke 1o dan ke 11 kerana penipuan BN dalam pilihanraya tersebut tidak seimbang dengan kesedaran rakyat..berbeza dengan PRU 12, rakyat semua kaum telah bulat untuk menikmati REFORMASI../ perubahan. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.. 10. Jadi yang lebih utama seluruh parti BA, badan, NGO dan apa juga nama groupnya dapat BERSATU dan menerima hakikat bahawa PRU 12 adalah titik awal hasil dari benih-benih perubahan yang telah ditabur oleh semua pihak di bumi Malaysia . Semoga Allah menerima amal semua yang telah ikhlas melaksanakannya. Jadi kami ingin tegaskan di sini bahawa apa juga nama badannya ...jika masih meletakkan noktah MELAYU sebagai asas serta hadaf perjuangan lebih baik anda mengadakan majlis merenung semula dan majlis muhasabah kepada seluruh pemimpin Melayu sebelum dan sekarang. Jika mana-mana yang telah merompak harta rakyat tak kira Melayu atau siapa sahaja ...maka KEMBALIKANLAHHHHHHHHHHHHHH.. ini lebih utama dari berbincang untuk bagaimana BN dapat memerintah lagi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Kami menyeru kepada pimpinan BA..agar lebih tegas dan fokus kepada agenda nasib rakyat dari menghabiskan waktu berbincang dengan puak yang tidak ikhlas untuk rakyat Malaysia.!! Kami yakin anda lebih bijak dalam hal ini dan rakyat nantikan solusi dari anda YB BA bukan dari pemimpin lain....!!!

AZIIM: Kami bersetuju dengan beberapa pandangan di bawah:..

Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman menyanggah tindakan BBPM kerana gabungan itu diwujudkan hanya kerana mahu menjaga kepentingan dan menyelamatkan politik Umno semata-mata.

Katanya, isu perpecahan di kalangan orang Melayu tidak timbul hanya sebahagian daripada mereka sudah tidak menyokong perjuangan BN lagi.

"Kenapa mengatakan orang Melayu lemah sedangkan dalam pilihan raya mereka menyokong PAS dan KeADILan," tegasnya.

AZIIM: Jangan lupa soal kemenangan juga adalah izin Allah...dan BN/UMNO kalah juga adalah dengan izin Allah...bincanglah bagaimanapun selagi tidak ada rasa kesal dengan perbuatan lalu maka rugilahhhhh dunia akhirat..

sedutan dari harakah..Salah seorang berpandangan..
.

...Kemenangan besar pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini antara lain adalah berkat doa yang tidak putus-putus oleh rakyat khususnya golongan yang tertindas hasil pembangunan yang tidak seimbang oleh kerajaan Umno-BN.

22 Mac 2008,

Soal beli membeli kerusi telah dijawab dengan jelas oleh DS Anwar...

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata emang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemuinya yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beliau menegaskan 'beli orang' seperti yang didakwa Umno/BN bukan tradisi parti pembangkang.

AZIIM: Ketegasan inilah yang diperlukan oleh rakyat bagi menentukan masa depan politik yang lebih terarah bukan masa depan dari Yb tangkap muat..apalah ertinya memerintah kalau masih ramai pemimpin yang memerintah pola fikirnya ala BN/UMNO/MCA/MIC?? Rakyat tidak perlukan mereka bahkan mereka boleh menjadi duri dalm daging. Apa yang lebih penting ialah agenda kebajikan dan kesejahteraan untuk rakyat diberi prioriti. Semua pihak dalam BA harus memberi fokus ke aspek ini seperti yang ditegaskan oleh DS Anwar...

Pakatan KeADILan, PAS dan DAP kini menguasai 82 kerusi Parlimen manakala BN mempunyai 140 kerusi. Majoriti mudah yang diperlukan untuk menguasai parlimen ialah 112 kerusi.

Sebelum itu, Anwar berkata lima kerajaan negeri yang diperintah PAS, DAP dan KeADILan memberi jaminan kepada pelabur asing dan tempatan semua projek pelaburan di negeri-negeri terbabit diberi kelulusan segera dan dikendalikan secara telus.

"Kita akan pastikan proses pelaburan di negeri-negeri ini (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) berjalan licin dan tidak ada kebocoran," katanya pada sidang akhbar selepas berjumpa Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak.

AZIIM: Kami bersetuju dengan pendekatan tunggu dan lihat atas isu lompat melompat BN , skearang kedudukan BN amat lemah dan BA hanya perlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk majoriti mudah 112 kerusi. Dalam kondisi UMNO, MCA, Gerakan dan MIC yang terus bergolak...peluang BA amat besar. Hanya menunggu waktu dan bila-bila masa sahaja kedudukan ini boleh berubah..Tengku Adnan nak ugut dan suap YB BN supaya dapat bertahan itu memang budaya depa. Jadi yang beli sebenarnya BN bukan BA...Apadah buat-buat tak reti pulaka..?? Lojiknya yang bimbang bukan BA jadi apa juga keadaan BN harus pertahankan merusi mereka kalau tidak ghuyublah..file rasuah akan terbongkar semua. PM Hadhari ka, Pengerusi OIC, Mr. Cleanka dan macam-macam lagi..akan diadili rakyat? Nak bersilat masa la ni dan depa ada duit lagi dari rasuah yang kemarin tak akan habis-habis.. ..

22 Mac 2008

Sejak BA menguasai beberapa negeri ..bermacam cerita dan bukti bermunculan macam ikan kene tuba.Kira ok la tu..tapi menjadi tanda tanya kenapa sekarang?? Awat dah bertahun baru nak selesaikan masalah...itu duit bro..duit negara tu jika terperap di situ beratus juta..ape ke jadahnye..!!! Aduhai para koruptor..kamu memang penghisap darah rakyat dan kamu selesa sebelum ni kerana ada polis,YB dan Kastam sendiri backup kamu...Bertaubatlah..!!!

AZIIM; Pemimpin BA jangan ambil mudah soal begini dan sila korek sampai akar umbi...kalau betul ada bukti dalangnya ditangkap aje jangan kira siapa..!!! Ini baru satu contoh..dan kita tunggu banyak lagi kementerian dan jabatan yg akan panas punggung..ini panas dunia yop..akhirat tak tahu le..kepada semua yang dah terambik duit rakyat kembalikanlahhhhh.....insyaallah anda akan selamattttt..!!!!

Hampir 1,000 kenderaan mewah tidak dituntut diserah kepada kastam

22/03/2008 5:58pm

PELABUHAN KLANG 22 Mac — Hampir 1,000 kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM500 juta yang tidak dituntut oleh pengimportnya di Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat di sini diserahkan kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) secara berperingkat sejak dua hari lepas.

Pengarah Kastam Selangor Roslan Yusof berkata sejumlah 216 kenderaan mewah termasuk daripada jenama Mercedes dan Volkswagen diserahkan kepada KDRM oleh pihak berkuasa Pelabuhan Utara manakala kira-kira 700 unit lagi akan diserahkan oleh pihak berkuasa Pelabuhan Barat dalam tempoh terdekat.

Ada di antara kenderaan mewah yang dibawa masuk dari Eropah, Jepun dan Korea itu tersadai di kedua-dua pintu masuk pelabuhan itu sejak dua tahun lepas.

“Ia tidak dituntut syarikat yang membawa masuknya ke negara ini dan mengikut peraturan, sekiranya kenderaan itu tidak dituntut dalam tempoh empat bulan selepas dibawa masuk, pihak berkuasa pelabuhan boleh menghantar notis kepada pemilik sebelum melucutkan hak mereka terhadap kenderaan itu,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Tenaga Manusia di Zon Perdagangan Bebas, Pelabuhan Klang di sini hari ini.

AZIIM; Semoga rakyat makin nampak dari hari ke hari...BN perintah sebelum ni cuaike ape ke...jika 500juta bang... kereta dilelong dapat RM 250,000,000 katakan...berapa buah rumah rakyat boleh dibangunkan..??? kalau RM 25,000 / sebuah....maknanya 10,000 buah boleh dibina...Ya Allah..banyaknya manfaat kepada rakyat...Awat depa tak fikirka berapa ramai rakyat miskin yang tak berumah??.. Hoi..hangpa ni memang bengapla..patut rakyat tak mahu undi hangpa..semoga hangpa buatlah lagi macam tu..dan sampai bila-bila ,,rakyat..tolak hangpa..Amin..

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Abdullah mahu apa juga kelemahan yang boleh merencatkan parti dipantau dan diselesaikan dengan segera.

‘‘Nada Presiden UMNO serius mahu seluruh jentera parti bekerja keras tengok apa-apa isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

‘‘Beliau mahu kelemahan-kelemahan yang ada dicari jalan untuk dipulihkan sehingga keadaan yang membolehkan (akhirnya) kita menang. Begitu juga dengan perpaduan ahli parti perlu diperkukuhkan,” katanya.

AZIIM; Selagi hangpa tak kembalikan hak rakyat..jangan harap ada pembaikan dan ambil hati dah berlalu..Sakit hati rakyat, sakit pembangkang, sakit hati rakyat yang tak sependapat dengan hangpa bukan baru ni..dah lama dah.....sila renungkan kenyataan ini...

Bagaimana Umno boleh prihatin dan cemberu pada isu perpaduan Melayu Islam sedangkan Umnolah juga yang menyerang kerajaan Melayu Islam PAS di Kelantan dan sebelumnya di Terengganu.

Kerajaan PAS didiskriminasi dan dianak tiri seolah-olah pimpinannya musuh dan bukan sebangsa dan seagama seperti mereka. PAS dipandang serong, ulamak dan cerdik pandai PAS menjadi seolah warga kelas kedua. Masjid, surau dan madrasah ditutup buat pimpinan PAS yang layak dan berwibawa.

Selain itu kakitangan kerajaan yang menyokong PAS diambil tindakan, ditukarkan, disekat kenaikan pangkatnya. Kontraktor dan pembekal PAS disenarai hitamkan, biasiswa dan pinjaman tidak diperuntukkan untuk anak-anak dan keluarga PAS.

Tiba-tiba hari ini pihak-pihak tertentu mahu mengajak PAS memikirkan agenda penyatuan Melayu Islam!

Sekarang ini rakyat telah bersuara. Umno sudah duduk dikerusi belakang. Sekarang ini adalah giliran PAS dan parti-parti rakannya yang lain. Berilah peluang dan kesempatan untuk PAS dan rakan-rakannya membuktikan kebolehan dan keupayaan mereka setelah Umno dan Bn gagal lebih 50 tahun.

AZIIM: APa yang hangpa buat sebelum ini dan nampaknya juga akan datang adalah suatu KEZALIMAN...jadi...sewajarnya sebagai YB Melayu yang berugama Islam..1. hangpa semua buat rombongan jumpa pemimpin-pemimin PAS, Pemimpin PKR dan DAP minta maaf dulu..ini lah akhlak namanya..lepas tu baru minta maaf dengan siapa sahaja lah..2. Cek semua harta dan fulus hangpa yang ada di bank atau di luar bank..dari korupsikah atau apakah?? jika ada hak rakyat syarat yang kedua hangpa mesti kembalikan semua wang rakyat tu..!! ini baru namanya minta maaf. 3. Hangpa lupakan dulu nak jadi peneraju negara selagi belum mampu hangpa buat yang pertama dan kedua..pembohong namanya..sat aja kalau jadi baik pun..ini ibarat dalam perut hangpa tu dah penuh dengan ulat, nanah dan sampah rasuah dah jadi urat daging hangpa. Tang muka masih nampak ok lagi tapi urat sarap hangpa tu dah liat ..maklumlah 50 tahun..4. Jika hangpa tak mampu sebab Melayu ni malu..maka hangpa semua lebih balik bungkus aje..tiko bante kabinet dan serahkan kepada yang layak. Buat masa ni memang BA lah yang diterima rakyat..5. Semoga yang mahu kembali bertaubat ,,Allah ampunkan dosa mereka dan rakyat akan maafkan mereka. Sedih jika hangpa mati dalam keadaan berlumuran DENGAN NANAH KEZALIMAN..dan JAUH DARI ISLAM. 6.Hangpa mesti faham bahawa yang meninggikan hangpa di mata manusia bukan Melayu hangapa tu..tapi ISLAM..tapi hangpa tak mahu ISLAM maka akibatnya dunia hangpa kalah akhirat hangpa kena seksa pula..7, Apapun selagi hangpa masih mengucap dan solat ..hangpa tu sdr seiman tapi bila hangpa membentuk jemaah Melayu yang ZALIM,,maka terlepaslah kami dari persaudaraan itu..kami tak mahu dengan hangpa sebab hangpa ZALIM..8. Hangpa jangan gunakan lagi istilah yg boleh membuat rakyat tampaq muka hangpa satu ketika nanti..sebab apapun orang Melayu masih belum swing sepenuhnya bukan kerana sukakan hangpa atau UMNO tapi kerana ISLAMnya hangpa..itu saja..tanyalah depa..walaupun hangpa ramai yg tak solat pun walaupun Hadhari .dan rakyat Melayu juga dah cukup bersabar dengan hangpa..selama 50 tahun..9. Renungkanlah..bahawa parti UMNO dan hangpa bukan ikon lagi kepada perjuangan nasib rakyat, bahkan belum setahun jagung DAP yang hangpa kutuk macm-macam dah naikkan gaji guru agam KAFA di P. Pinang yang selama ni hangpa buat tak tau..aja..Betui-betui hangpa ni haprak bangsa,,kadang-kadang kita rasa malu dengan perbuatan hangpa tu,,berapa ramai orang Melayu yang hidup miskin di P.Pinang yang kononnya hangpa jadi pemimpin depa..10. Cukup sampai di sini..hangpa patut jadi anak murid pula..berlajarlah agama balik..pergilah ke masjid..dan ajaklah pengikut hangpa ke masjid..jangan dok tamu depa dengan disko, dengan karaoke.aja..renungkanlah semenatar masih ada umur....

Tebing runtuh: 214 anggota keluarga polis dipindahkan

23/03/2008 1:02am

Kawasan tebing tanah di tepi flat Balai Polis Pudu yang semakin runtuh akibat hujan lebat petang tadi

Difahamkan tebing tanah berhampiran blok balai polis itu mula terhakis sejak beberapa hari lalu kerana kerja-kerja pelebaran Jalan Pudu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang melawat ke tempat kejadian pada 12.15 malam ini bagaimanapun berkata, keadaan tersebut tidak serius dan kesemua mereka terbabit mungkin boleh berpindah semula ke rumah masing-masing pagi esok.

``Pemindahan mereka dibuat atas sebab-sebab keselamatan,’’ katanya kepada pemberita di sini malam ini.

AZIIM: HAti-hati tok..ini nyawa manusia..dan ini nyawa para pegawai polis dan keluarga mereka..tunggulah dulu sebelum betul-betul sempurna..Apa salahnya jika ditinjau semula rumah kakitangan Polis yang umumnya sangat menyedihkan..tok Hamid ni..maaf agak lembab macamana boleh jadi Menteri Dalam Negeri?? Pelik juga tak de ke orang lain..ingat kisah beliau semasa bertemu dengan SBY ..di Jakarta..akibat kenyataan beliau yang tidak diplomatik dan cetek politik ..setiap hari ada demo di kedutaaan Malaysia..eloknya Polis pula buat demo minta rumah yang wajar dan gaji yang lebih tunggi supaya tak makan rasuah lagi..Kepada teman yang berada dalam Polis sila renungkan tentang kebajikan anda sebagai rakyat dan kakitangan kerajaan yang menjaga keselamatan negara..bagi kami ANDA DIZALIMI ..tolong bandingkan dengan Polis Singapura macamana?? jika sama macam Malaysia tak payah demo lahhhh tapi jika berbeza..tuntutlah..mula-mula jangan balik selagi belum dipastikan selamat..dan jika tak selamat jangan permudahkan kerana ini nyawa manusia..

23 Mac 2008

Isu MB Terengganu masih belum reda dan semakin kacau.

AZIIM: Keadaan ini sebenarnya amat merugikan rakyat dan kelihatan institusi Raja dan kerajaan-kerajaan Negeri masih belum jelas coraknya. Kami tidak mahu terlalu ikut ke hal teknik tapi cukup jelas bagi kami kedua-dua institusi ini perlu kepada panduan yang lebih jelas dari segi undang-undang dan moralnya. Ibaratnya seperti dalam sebuah rumah siapa yang sepatutnya menjadi penentu keputusan mesti ada sejak dari awal lagi.


Rosol yang juga Setiausaha UMNO negeri memberitahu, 23 ADUN BN akan turut membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu yang baru sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Idris.

‘‘Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih.

‘‘Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya sekali lagi,” tegasnya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman di sini hari ini.

AZIIM: JIKA DIADAKAN pilihanraya kecil lebih menarik kerana mungkin 23 DUN yang ada tu jatuh ke tangan BA...dua-dua melopeh..

24 Mac 3008

Isu MB sampai saat ini masih belum selesai. Dari PM sampai lah ke bawah bercakap soal yang patut Idris dan itu dan ini...

AZIIM; Bagi kami ini bukti yang cukup kukuh bahawa pemimpin UMNO mula tunjuk gigi dengan Sultan, sebelum ni tunjuk ke DAP di P.Pinang, sebelum ini juga tunjuk macm-macam dengan PAS, PKR dan pada rakyat lemah...Jadi di mana "Melayu tak hilang di dunianya?" taat kepada Raja seperti Hang Tuah..La ni sudah tukarla..jadi Hang Jebat pula, tukar sampin dan tengkoloklah..

Rakyat kecil: Hangpa ni nak tunjuk apa lagi? Cukuplah bersilatnya..banyak sangat bunga sampai jadi sumbang langkah..rakyat kecil ni tok guru silat..tenguk cara lenggukpun dah tahu..sumbang..Cukuplah balik dulu dan belajo lagi supaya bunganya tak sumbang!!! Meluat aku nenguknye!!..

Pahlawan cangkul kata: Tak boleh mana boleh, Hang Jebat kami dia lagi pandai silat, nak silat apa dia boleh buat, silat sunda, silat pendayung, silat garpu dan sudu pun boleh, Dia lah Hang Jebat zaman ni...tapi dia ekstra sebab dia yakin dgn qada dan qadar, dia boleh ngaji, dia boleh buat masjid kristal dan bermacam lagi...dan dia juga kalau ada komisyen boleh juga..Mu rakyat kecil tahu ape?..

Rakyat kecil: Ok...kita doakan selamat dan cepat selesaikanlah masalah atau kita demo ramai-ramai minta Hang Kasturi datang dari pulau seberang. Depa ada wawasan dan boleh bagi naik gaji kalau depa memerintah negeri..!!

AZIIM: INi hanya sinopsis drama " Hang Jebat urut misai di rumah, rakyat berhujan panas diluar Istana" ..jikalau ada pengarah yang berminat boleh bincang.!!.

Kita tukar channellah ke TV - 12 lah..

..di Bayan Baru...DS Anwar perjelas dan pertegaskan...

"Sekarang ini kerja kita teruskan usaha menawan hati rakyat. Biarlah depa nak tafsirkan apa pun terhadap lima buah negeri yang dah menang. Kini depa cuba tafsirkan kerajaan baru di Pulau Pinang, Perak dan Selangor bagaimana nak hidup bantu rakyat, " jelasnya.

Biar pelaksanaan tanggungjawab tersusun bersih dan jauh daripada sikap pentingkan diri atau bahagikan projek macam filem 'Nujum Pak Belalang' arahan Tan Sri P.Ramlee, katanya.

"Biar rakyat tengok sendiri kelainan pentabiran antara Barisan Rakyat dan BN. Jika terdapat kelainan macam Kerajaan Kelantan buat pasti Umno sukar bertapak semula, " tegasnya.

AZIIM: BA harus lebih smart dan mempunyai perhitungan politik yang lebih tajam kerana sejarah telah membuktikan betapa ruginya pihak yang menang menjadi leka..khayal dengan nikmat kemenangan dan itu ini sehingga mereka sekali lagi dapat merampas semula kemenangan ini. Apatah lagi dengan saki baki duit korupsi yang masih bertimbun di mana-mana mereka punya kesempatan untuk berbuat apa saja. Apa yang penting..kita dekatilah rakyat dengan ikhlas dan berilah mereka hak yang sepatutnya..

Mohamad Sabu yang juga merupakan calon PAS Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan kepada seluruh penggerak parti politik alternatif termasuk pakatan PAS, KeADILan dan DAP agar tidak terus leka dengan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang memberi kemenangan yang selesa.

"Sejarah kemenangan ini pernah terjadi pada pilihan raya umum 1969 pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman yang hilang majoriti 2/3 akibat berlakunya penentangan dalaman parti tersebut.

"Namun, kita (PAS) tidak perlu berehat kerana mereka akan berusaha untuk mengembalikan semula kekuatan bagi mengatasi kita," tambahnya.

AZIIM: Hati-hati bro, jangan kena patuk untuk kali yang entah ke berapa...??? Depa nak bergaduh sesama depa jangan kita sebuk pula nak bagi solusi.."biarkan mereka dengan labu-labunya..biarkan!!"... kita cari panah tembak dari jauh aje..bio meletup labu-labu tu dan depa tenggelam...dah tercungap-cungap kalau nak tolong silakan ..tapi jangan hulo tangan sampai ke lengan kot mike kene tarik ke dalam sama...!! patut-patutlah bro..!!

25 Mac 2008

Isu MB Terengganu semakin panas sebab melibatkan pertembungan sengit antara UMNO dengan Istana. Yang jelas UMNO yang cuba tunjuk gigi kepada siapa sahaja termasuk Sultan, sudah jelas kelihatan gigi mereka banyak yang berlubang dan menunggu masa untuk gugur..jadi oleh kerana taringnya juga tumpul dan bau mulut yang amat busuk .. maka Sultan dan rakyat terpaksa tutup hidung dan menjauh..Apadah jadi..??..Renungkan!!...

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan Umno Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.

"Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.

"Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan," katanya.

"Kita marah apabila DAP memulaukan keputusan Istana Perak, malah, kita memaki-hamun DAP kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Terengganu keadaan terbalik pula, Umno Terengganu sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka," katanya lagi.

Percubaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai untuk menyelesaikan kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu, menemui kegagalan.

"Sultan telah bertindak dalam bidang kuasa baginda untuk melantik seseorang yang dipercayai mempunyai dukungan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam kenyaataanya yang dianggap keras mengenai kelemahan Abdullah.

Menurut beliau, perlantikan Datuk Ahmad Said oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu adalah sah dan Adun itu sekarang adalah MB Terengganu.

Selepas Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy menyifatkan Umno sebagai punca kaum India terpinggir di negara ini, Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menyalahkan "keangkuhan kuasa" beberapa pemimpin Umno sebagai punca kekalahan partinya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Tindakan, kata-kata dan perbuatan beberapa pemimpin Umno sejak dua tahun lalu mengakibatkan rasa marah (rakyat)," kata Dr Koh selepas mempengerusikan taklimat parti itu semalam.

Zakariah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang menyatakan, ramai ahli Umno di bahagian itu yang sedih dengan kekalahan Barisan Nasional (BN).

"Kami juga mengambil keputusan untuk memberikan sokongan kepada usaha Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk memulihkan maruah Umno," akhbar tersebut memetik beliau berkata selepas perhimpunan itu.

Menurut beliau, ahli-ahli di bahagian itu sedih kerana para pemimpin Umno gagal melihat angin perubahan yang melanda negara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sering menjelaskan pemimpin Umno tidak ikhlas membela nasib orang Melayu memandangkan kepentingan peribadi lebih diutamakan.

"Simbolik menghunus keris setiap kali Ketua Pemuda Umno berucap kononnya mahu menjaga ketuanan atau kesultanan Melayu sebenarnya tidak dipraktik lagi pemimpin Umno.

"Perkara hunus keris dah lama lusuh. Umno hanya tahu menghunus keris, orang dah keluarkan pistol... tak jadi apa, kalau kita keluarkan senjata, orang lain keluarkan penumbuk.

AZIIM: Dari beberapa pandangan di atas dan luapan rasa dari anggota BN dan UMNO..jelas kelihatan UMNO sudah hilang kuasa memandu Malaysia ke destinasi yang lebih menjamin dan meyakinkan...Mungkinkah drivernya ngantuk atau memang dah lemah lutut tak boleh nak tekan ape bende lagi???...tapi bagi seorang insan yang wajar..kalau mengantuk dia kene rehat di tepi jalan..atau jika dah tak mampu nak tekan minyak atau brek..carilah pengganti kerana jika diteruskan juga..sangat bahaya..boleh masuk bawa negara masuk ke gaung ..Rombongan yang dibawa bukan sahaja dari UMNO..tapi semua rakyat...STOPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP Pak LaHHHHHHHHHHHHHH gaung tu...tak pa...lubang kecik aje..Betui Pak LAhHHHHHHHHH......gaung.........dak kkkkkkkkk...????.......KJ..datang kata...betui papa...gaung la...Macamana nak buatttttt...?????

AZIIM: Kepada pemimpin UMNO, YB UMNO dan penyokong UMNO...lihatlah diri anda dan insaflahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dan kembalikanlah hak rakyat yang hangpa rampas selama niiiiiiiiiiiiiiii...!!!

26 Mac 2008

Di sana sini ada yang mahu letak jawatan secara sukarela, aada yang mahu terus memegang jawatan dan ada yang berharap sesuatu dari kondisi ini.

PM walaupun tiang rumahnya digoncang oleh pendokonganya sendiri dia tetap memegang tiang rumahnya dipeluknya rapat-rapat sekalipun kadangkala dia rebah ke kiri dan kanan serta terdampar pada dinding rumahnya di saat merasa terlalu letih, setelah hilang lelahnya dia bangun lagi dipapah oleh anak menantunya agar dapat menemui pendokongany lagi, letih fikiran dan tubuh badannya, tapi ada pendokong setia masih membisik ditelinagnya..TERUSKAN PAK,,,TERUSKAN...anak menantu juga berkata yang sama..TERUSKAN PAPA...TERUSKAN....kami ada di belakang, kami tetap dokong..suaranya membuatnya bertenaga semula..tapi ketika berdepan dengan wartawan..nampak dia dah hilang fokus.cukup lemah dan jawapan juga dah merapu. macam orang mabuk dan tak cukup tidur,,

MB Terengganu. tetap ulang saya tak kesah saya iktu rakyat jika rakyat baik maka baiklah saya...saya mahu mohon ampun,...saya boleh itu boleh ini...saya berserah aje...

Sebenarnya, saya selalu minta ampun dan maaf kepada Tuanku Sultan dan paling akhir ialah pada 23 Februari lalu (semasa menghadap Seri Paduka). Saya tahu sebagai pemimpin negeri, memang ada salah silap saya,”

Mari kita dengarkan nasihat dari pakar perlembagaan Malaysia....

Apakah jalan keluar sekarang?

Dr. Abdul Aziz berkata jalan keluar berada di tangan istana dan istana perlu menyudahkan kerja yang dimulakannya sendiri. Pihak-pihak lain, termasuk Kerajaan Pusat dan Umno, tidak boleh berbuat apa-apa.

Sekiranya Ahmad jatuh melalui undi tidak percaya, sebenarnya ada dua pilihan yang ada; yang pertama melantik Menteri Besar dari kalangan ahli dewan yang ada atau, pilihan kedua, membubarkan dewan supaya pilihan raya baru dapat dibuat dan rakyat boleh membuat keputusan sekali lagi.

Apa masalah dengan pilihan pertama?

"Yang jelas PAS tidak mempunyai majoriti dan tidak ada tanda-tanda ia boleh bergabung dengan ahli-ahli dewan dari Umno. Selain itu ahli-ahli yang lain sudah terpalit dalam krisis ini," jelas Dr. Abdul Aziz.

Sebab itu, kata beliau, cara terbaik ialah dengan membubarkan dewan supaya rakyat dapat membuat keputusan.

Pensyarah Undang-Undang UIA itu juga berkata, dalam membubarkan Dewan Undangan Ngeeri (Dun) ini MPPR boleh bertindak sendiri mengikut Perkara 44(2) Perlembagaan Negeri Terengganu.

"Pembubaran dewan ini adalah pembubaran luar biasa dan bukan pembubaran biasa yang memerlukan permintaan dari kerajaan,"ujar beliau.

Dr. Abdul Aziz menegaskan pembubaran ini perlu supaya sebuah kerajaan yang mendapat sokongan rakyat dapat diwujudkan. Ia juga dapat menyelamatkan istana dari dituduh bermain politik dan membelakangkan kehendak rakyat.

Keputusan membubarkan dewan ini adalah keputusan baginda sendiri dan baginda tidak memerlukan nasihat sesiapa.

"Baginda bolehlah bermunajat dan menunaikan solat istikharah untuk memohon kekuatan dari Allah SWT," tegas beliau

AZIIM; YB Idris ni...semua rakyat tiap Jumaat doakan Tuanku juga tapi maksudnya sekarang dalam hal MB...Sultan tak berkenan lantik mu..pendek cerite..jadi nak pertahankan apa lagi?? Sudahlah YB..kita cari rezqi kot lain pula..!! Malu rakyat tenguk...apa sudah jadi ni...qada dan qadar Allah dah tunjukkan...maka REDHA LAHHHH!!!.. Bersabarlah..nanti Allah bagi ganti yang lain..apatah lagi kalau mahu join ke BA...Kami jangkakan akan datang rakyat Terengganu juga akan pindah dan tukar ke BA...dari kes ini mereka serik dah..

kETUA KAMPUNG DI PERAK DAN AJK nak letak jawatan pula...

AZIIM; PM..buat apa lagi nak pening..? duit dah cukup dan semua dah ada..nak apa lagi..takut pada Najib kot dia guna bomke atau takut pada KJ...atau pada Mahathir atau pada Tengku Razaleigh atau takut hantu...koruptor ? Semua akan selesai jika Pak Lah berbaik dengan BA...memang rakyat tak nampak orang lain sekarang yang mampu dan layak menjadi Pm selain DS Anwar,,,ini fakta yang tidak boleh dipungkiri samsda dalam Malaysia atau luar Malaysia..

Tapi..nak serah pada Anwar...kene langkah berpuluh mayat YB BN dan gurkha UMNO yang makan minum dari sumber projek sebelum ini... depa membina perjuangan dulu bukan sebagi negarawan tapi sebagai penawan...semua ditawan dan dirompak... La ni..berat le..semua file dan dokumen ratusan juta projek yang jelas dan tidak jelas akan diselongkar oleh Barisan Rakyat...tak dapat lari dahhhhh...kebanyakannya dah ganyut, tua dan dah letih...kecuali ada berapa kerat aje lagi..

Kenapa baru sekarang Pak Lah sedar yang rakyat dah terlalu tertekan dengan berita sampah dari media utama negara...berita dungu yang mendungukan rakyat..?? Ya kalau masih teruskan tunggu aje 5 tahun lagi makin parah lah jawapannya..

‘‘Kita telah melakukan kesilapan serius kerana menganggapnya tidak penting dan kita ingat yang penting ialah akhbar dan televisyen.

‘‘Tetapi generasi muda membaca blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

‘‘Kita pastinya telah tewas dalam perang Internet, perang siber. Saya telah melihat keputusan pilihan raya dan wujud keperluan untuk berubah,’’

‘BN adalah kerajaan yang praktikal, yang lebih daripada bersedia untuk mendengar suara rakyat. Paling utama, ia adalah kerajaan yang bersedia untuk berubah dan menangani kebimbangan serta aduan rakyat,’’ ujar beliau

AZIIM: Jika betul serius Pak Lah faham tentang media....sila buat tindakan segera..1. Pemilikan saham dari pemimpin BN di media harus dikurangkannn...offerlah kepada pihak lain sama supaya berita kita ada kualiti..2. Memberi izin kepada majalah, surat khabar dari BA diterbitkan setiap hari misalnya Harakah dan Suara Keadilan dll. 3. Media yang ada jika tidak mahu berubah..maka tunggu akan berlaku boikot media yang besar-besaran akan berlaku di seluruh Malaysia yang memungkin surat khabar ini bangkrap..Lojik hal ini akan berlaku jika lebih 50 persen penduduk telah punya internet di rumah dan jika pilihanraya juga boleh berubah takkan hala media tak boleh..sendiri mahu ingatlahhh...

Jika negarawan sejati..takkan kerana kalah pilihanraya letak jawatan pula?..Apa salahnya bekerja dengan Kerajaan Campuran? Depa ni komuniske?...Pelik mindset macam ni dan amat tidak masuk akal jika tidak ada peniup api kedunguan ini. Selama ini bekerja untuk rakyat atau untuk UMNO atau pemimpin UMNO atau untuk apa??? Cuba renungkan nasib rakyat terbanyak...!!! Kepada provokator kamu memang tak ada hati perut, berapa ramai ketua kg ini yang bergantung hidup dari pencen dan elaun Ketua Kampung..Wahai ketua kampung ! taat begini bukan dari konsep ajaran Islam...tapi adalah konsep taat yang sesat lagi menyesatkan..Allah suruh taat kepada pemimpin yang tidak zalim dan tidak ambil kesempatan dari keadaan. Kamu jangan fikir rakyat akan senang dengan cara berfikir kamu ini dan nasib kamu akan makin parah di musim akan datang..tunggu dan lihatlah...Ini bukti yang pemimpin UMNO memimpin dengan emosi bukan realiti...dan jika pemimpin UMNO menarik ketua kampung ni kepada tugas lain..dan diberi wang dari sumber yang lain..itu hak mereka dan mereka ada wang yang lebih dari taka tahu dari mana...??? Jika 60 bulan x 1000 = 60,000 setahun x 800 orang = RM 48,000,000 banyak hoi... Kita boleh persoalkan ini wang dari kementerian mana??? nak rasuah rakyat lagi...bila nak bertaubatnya YB UMNO/BN??

IPOH 26 Mac – Sebanyak 876 ketua kampung di seluruh Perak akan meletakkan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei ini kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran negeri ini pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain mereka, sebanyak 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turut berbuat demikian.

Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak, Zukiman Jalil memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, semua ketua kampung itu akan memberi notis peletakan jawatan kepada kerajaan Perak pada 1 Mei.

Sama juga di Kedah...

Ustaz Azizan berkata, ketakutan BN terhadap kerajaan baru di Kedah juga dapat dilihat apabila parti itu dikatakan mengarah ahli-ahlinya yang dilantik sebagai anggota majlis tempatan supaya meletak jawatan.

Tidak kurang juga ada mahu meletak jawatan sebagai anggota jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Sedangkan katanya, kerajaan negeri tidak menyuruh mereka berbuat sedemikian, malah telah diberi peluang untuk meneruskan tugas sehingga tempoh perkhidmatan tamat.

Jadi bukan salah BA..tapi ada angin syurga palsu dari BN...

MB perak jawab...

"Sekarang ini pelbagai perkara hendak difokus, termasuk senario kehilangan kelengkapan isi Dewan Orang Ramai yang sedang berlaku sekarang. Dari itu saya menyeru dan menasihatkan kepada mereka yang mengambil kerusi, meja dan sebagainya dari dewan tolonglah hantar serta pulangkan semula di tempat asalnya kerana itu adalah hak semua rakyat, hak orang ramai,"ujarnya.

Image

Sementara itu, dalam majlis petang semalam spekulasi bahawa Ketua-ketua Kampung dan JKKK memboikot majlis tersebut adalah palsu di mana hanya dua-tiga orang sahaja yang tidak hadir. - mks.

AZIIM: Kami menggesa agar kerajaan campuran dapat bertindak pantas dalam menangani isu ini, kebanyakan ketua kampung ini tidak faham dan jelas apa maksud kerajaan campuran dan ..menjadi tanggungjawab kerajaan negeri mengadakan jelajah penerangan ke seluruh daerah tentang isu ini. Mereka adalah mangsa dari provakator UMNO dan BN yang tidak mementingkan rakyat dan sudah pasti mereka akan dirasuah lagi oleh BN/UMNO..Kesian.... .

29 Mac 2008

Hebat MB Perak dan Kerajaan Campuran..memang bijak..inlah yang dinanti oleh rakyat..ketua kampung dipilih oleh rakayt...

"Penduduk kampung boleh mengadakan mesyuarat untuk memilih ketua kampung atau pengerusi JKKK termasuk sama ada ingin mengekalkan penjawat sedia ada atau mencadangkan calon baru," , jelas Mohammad Nizar.

AZIIM: Semoga Allah memberi hidayah kepada semua yang terlibat...pening tenguk depa ni dan depa pening sebab jauh dari kebenaran dan Islam..Depa ikut fahaman Hadhari yang tak tahu kanan atau kiri..Kita juga mendesak agar demokrasi juga untuk perlantikan DO, ADO dan Datok Bandar. Sebenarnya inilah networking rasuah yang telah begitu kukuh sejak dari Merdeka...depa ambik hak rakyat kampung entah berapa ratus juta...simple aje..tiap projek jalan, jambatan, dewan orang ramai dll...kontrak sebenar dengan kos sebenar kadangkala tak masuk akal...inilah RASUAH dan inilah yang membawa kita ke neraka sekalipun tanda lebam di dahi..banyak yang faham begitu..kerana nilai solat dah tak de..kerana darah daging dah dari hasil yang haram..anuzubillah...






MAMPUKAH KABINET PAK LAH MERUBAH KEZALIMAN YANG LALU

aziiM - "Anti Zalim Movement"

18 MAC 2008

BARISAN KABINET BARU 2008

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz

Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Zaid Ibrahim

Datuk Amirsham A. Aziz
Kementerian Kewangan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Kementerian Pertahanan

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Kementerian Dalam Negeri

Datuk Seri Syed Hamid Albar
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Ong Ka Chuan
Kementerian Kerja Raya

Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin
Kementerian Luar Negeri

Datuk Seri Dr. Rais Yatim
Kementerian Penerangan

Datuk Ahmad Shabery Cheek
Kementerian Sumber Manusia

Datuk Dr. S. Subramaniam
Kementerian Belia dan Sukan

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna


Datuk Shahrir Abdul Samad
Kementerian Tenaga Air Dan Komunikasi

Datuk Shaziman Abu Mansor
Kementerian Pelajaran

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Kementerian Pengajian Tinggi

Datuk Seri Khaled Nordin
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Datuk Noh Omar
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar

Datuk Douglas Unggah Embas
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Datuk Mustapha Mohamed
Kementerian Pengangkutan

Datuk Ong Tee Keat

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi


Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili
Kementerian Pelancongan


Datuk Seri Azalina Othman Said

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan

Datuk Mohd. Shafie Apdal

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat


Datuk Dr. Ng Yen Yen

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah


Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib
Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Datuk Peter Chin Fah Kui
Kementerian Kesihatan

Datuk Liow Tiong Lai

Kementerian Wilayah Persekutuan


Datuk Seri Zulhasnan Rafique







SEJAK PETANG Selasa, selepas Pak Lah isytihar kabinet semua pihak memberi pandangan:

1. Pemimpin yang gugur ..tak boleh terima kenyataan sekalipun depan TV hebat,,
2. Pemimpin BA hanya menunggu kabinet 'BARISAN PAK LAH" ini dan telah menduga beberapa orang yang naik dan gugur..
3. Rakyat biasa bermacam
-'Tak kan percaya lagi..cukup dah 40 tahun kene tipu"..
- Pak Lah terdesak ...maka ..negara jadi tal tentu hala.
- Kabinet Pak Lah orang Pak Lah lah...orang Najib tamatttttt kecuali Hisyamuddin....Tapi kalau Hishammudin terpancing hentam KJ...dia pun terbang,,
- Najib..kene buli lah kali ini ..
- Pemandu teksi...kita kene kasi ajar satu kali....itu UMNO sudah makan luit lakyat banyak wo...
- Saya tak mahu campurlah..ini politik..tapi saya setuju BN kalah..
- kabinet Pak Lah akan lumpuh sebab makin ramai tak puas hati dan buat macam-macam hal..
- Gua tak yakinlah ini kabinet ,,serupa juga,,makan duit..rakyat...
- Najib diam saja tepi Pak Lah tapi dalam jiwa bergelora,

Enam menteri yang digugurkan ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz yang dulunya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Pelancongan), Datuk Dr. Abdullah Md. Zin (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Hal Ehwal Dalam Negeri).

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting tidak disenaraikan setelah beliau meminta supaya tidak

Sedutan dari Harakah...

Sdr. Salehuddin ..

"Pembentukan kabinet ini tidak menunjukkan satu pentadbiran yang kompeten. Nampaknya Abdullah masih lagi tidak belajar daripada kesilapan masa lalu. Daripada senarai Menteri dan Timbalan Menteri dalam barisan kabinet ini, masih ada yang dipertikai kewibawaan dan kredibilitinya.

"Pelantikan muka lama seperti Senator Tan Sri Muhammad Taib dan Zaid Ibrahim tidak menggambarkan 'kesegaran' dalam pembentukan kabinet baru," katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.

kelihatan juga barisan Kabinet yang dipilih PM tidak banyak melihat kredibiliti seseorang calon, melainkan membayangkan barisan yang boleh mengekal kuasa pihak tertentu dari digugat oleh pergolakan yang sedang kencang berlaku dalam parti pemerintah.

Persoalan yang sangat besar yang diresah oleh rakyat ialah ketiadaan menteri-menteri kerajaan Pusat dari mereka yang tegas dan berwibawa untuk membersihkan imej kerajaan. Barisan Kabinet yang dilantik kali ini maseh belum memperlihatkan kewibawaan untuk mengubati keresahan rakyat.

* Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden TERAS

AZIIM: Merenung KABINET PAK LAH membuatkan mata kita mengantuk..apakah alamatnya ya?...ini mungkin "syndrome lentok dan nganga" ....

Ada juga yang masih tak faham dan buat-buat tak tahu tentang DAP dan perjuangan mereka,,,sehingga ramai penyokong UMNO.. Maka Dr. Badrul Amin..tolong jawab..

"DAP tidak bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu/Islam kerana kawasan itu ditandingi oleh PAS atau KeAdilan, DAP hanya lawan MCA, bukan lawan Melayu," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran Majlis Tindakan Dewangan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, dekat sini.

Katanya, DAP bukanlah parti berasaskan perkauman seperti MCA, perjuangan parti berasaskan perkauman seperti Umno, MCA dan MIC kini sudah tidak releven lagi.

Dr Badrul juga menyifatkan pemimpin Cina DAP lebih baik berbanding MCA, mereka juga mengalami apa yang dirasa oleh pemimpin pembangkang lain. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri pernah merengkok dalam penjara kerana membela seorang gadis Melayu yang dirogol pemimpin Umno suatu ketika dahulu.

Menurutnya, pemimpin politik kaum Cina seperti bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Koh Tsu Koon menunjukkan kematangan berpolitik berbanding pemimpin Umno, ketika Umno di negeri yang kalah mendesak kerajaan pusat menarik balik projek, mensabotaj kerajaan baru, mencuri fail dan sebagainya, pemimpin Gerakan menunjukkan kematanganya dengan meminta kerajaan pusat meneruskan semua projek sedia ada.

Malah, tiada fail dicuri, tiada harta kerajaan dilarikan di negeri itu sebagaimana berlaku di Selangor dan Kedah.

Beliau berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan kenaikkan elaun Guru-guru Kelas al-Qur an dan Fardhu Ain (Kafa) di negeri itu baru-baru ini seharusnya menyedarkan Umno bahawa DAP tidak meminggir bidang agama orang Melayu/Islam.

Malah, katanya Lim telah mengarahkan Timbalan Ketua Menteri, Mohamad Fairus Khairuddin supaya memastikan semua kegiatan kuliah agama di masjid dan surau dijalan seperti biasa.

"Ni macam mana ni, Lim Eng Guan ni Cina ke Melayu/Islam ni, di negeri yang dikuasai Umno elaun Kafa tak naik pun, malah guru Kafa sering menjadi mangsa bila bayaran elaun lambat sehingga menyusahkan kehidupan mereka," ujarnya.

Mengenai Selangor yang dikuasi BA dan DAP, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengumumkan beberapa perkara sebagai hadiah kepada rakyatnya seperti pemberian air percuma (20 meter padu pertama) dan lain-lain sebaik sahaja

AZIIM: Rakyat tolong lihat mana-mana yang tak faham lagi..infokan kepada mereka web ini..sekurang-kurangnya ada kejelasan..jdan hentikanlah fitnah dan STOPPPPPPPPPP tentang hal DAP yang berbentuk fitnah..

KEZALIMAN ISA -WAJIB DIHENTIKAN

aziiM - "Anti Zalim Movement"

AZIIM: Kezaliman yang dihalalkan oleh BN, UMNO, YB BN, YB UMNO dan penyokong fahaman ini adalah sangat dikesalkan. Kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dengan kekejiaan ini agar segera melakukan sesuatu sebelum KAMU SEMUA menerima azab dari dari ALLAH di dunia dan di akhirat.
Begitu jauhnya kamu dari rahmat Allah jika kamu terus menerus melakukan kezaliman ini. Jika kita melihat burung disangkar tanpa alasan yang jelas hati nurani murni kita akan tersentuh dan mahu melepaskannya bebas..Kemana perginya kemanusiaan dan ihsan?? Inilah akibat apabila hati sudah hitam pekat dengan dosa yang dilakukan sekalipun lidah kita mengucapkan Hadhari, ..jika betul konsep Hadhari yang kamu amalkan...segera lepaskan tahanan ISA atau kamu bicarakan mereka seorang demi seorang...Wallahi...inilah kerja yang pernah dilakukan oleh para penzalim sejak zaman dahulu kala..Firaun, Pemerintah negara Arab, Marcos, Suharto, Mahathir dan sekarang Pak Lah..dan seterusnya......Hangpa solat lima waktu..puasa, zakat, haji dll untuk apa jika hangpa masih kurung manusia yang tidak berdosa?? Solat adalah pernyataan kita tunduk kepada Allah tapi kamu langgar arahan ALLAH dengan mengurung mereka tanpa sebab??..Kamu bukan sahaja berdosa kepada insan tadi, bahkan kamu juga berdosa kepada isterinya, anaknya, ibu bapaknya, kaum kerabatnya dan siapa juga yang memerlukannya..samada secara zahir dan bathin..KENAPA para mufti..sengap sunyi?? Bantahlah syeikh...kalau tidak nanti syeikh nak jawab apa di depan ALLAH nanti?? Nak jawab sebab fuluska?..sebab jawatanka? sebab itu ini...Syeikh kena bedai dulu la..ana tak tak sanggup..ana tak larat..TOLONG SAMPAIKAN SYEIKH..INI PERBUATAN ZALIMMMMMMMMMMMMMMM DAN HARAMMMMMMMMMM.. Syeikh yang ajar kami dulu " kata ..bercakap benar dihadapan pemerintah yg zalim adalah jihad" kenapa tak buat syeikh??? Jika ada hujjah yang kata kurung insan tak berdosa dan tidak dibicarakan itu HARUS?? Jika ada tolong sampaikan kepada rakyat..Nak harap YB UMNO atau BN perjuangkan nasib sdr kita yang ada dalam tahanan ISA... puh kiri puh kanan..mati hidup balik pun depa takkan perjuangkan..sebab tak masyukkkk...cuba kalo projek..tak perlu desak..depa pulun sampai mampuh..(maaf tak ada ada perkataan lain yang lebih tepat buat masa ni)..
Kepada para penguasa...TAUBATLAHHHHHHHHHHHHH...HANGPA MENGUNDANG PETAKA..KERANA DOA DARI ORANG MEREKA DIMAKBULKAN ALLAH...tak takut ka??? tak ngerika?? bila malaikat bedai hang berkecai tubuh, bersepai otak, terpancut biji mata dan terberak, muntah dan terkencing-kencing.. tak ngerika tulang hangpa dipatah-patah macam kepak kayu oleh malaikat??? Tak maluka hangpa kene bogel pula..?? di depan manusia lain..hangpa akan malu sehingga daging muka hangpa jatuh berguguran...
"YA ALLAH..KAU AMPUNKANLAH KAMI..DAN BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA MEREKA YANG ZALIM INI DAN HANCURKAN KEKUATAN KEREKA DAN KEJAHATAN MEREKA..BERIKANLAH KETENANGAN KEPADA MEREKA YANG DIKURUNG DAN SELAMATKANLAH MEREKA DARI KEDURJANAAN PARA PENZALIM INI!!!"

Sebagai tanda sokongan dan perihatin, kami tampilkan sedutan dari harakah..

Seruan kepada Menteri Dalam Negeri yang baru: Bebaskan semua tahanan ISA
Isteri Tahanan ISA
Wed | Mar 19, 08 | 4:21:52 pm MYT

"Pak Lah dah tak tahan kena kutukan orang yang dia zalimi (tahanan ISA). Bagi peluang kat Syed Hamid pulak.." Begitulah tajamnya kata-kata dari salah satu SMS yang saya terima, sebagai respons terhadap pengumuman kabinet baru Perdana Menteri Abdullah Badawi, semalam.

Rasanya kita semua masih belum lupa bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi @ Pak Lah adalah Menteri Dalam Negeri, sebelum Pilihan raya Umum Ke-12, baru-baru ini. Pak Lah memang seorang menteri yang suka mencipta rekod baru dalam pemerintahannya. Sebelum PRU ke-12, beliau telah mencipta rekod sebagai seorang Menteri Dalam Negeri yang paling lama "menyimpan" Tahanan ISA di Kem Kamunting, bagi abad ke-20 ini. Buktinya, ketika ini, masih ada seramai hampir seratus rakyat Malaysia berbilang bangsa, Melayu, Cina dan India, ditahan tanpa dibicarakan di Kem itu, termasuk 20 orang yang penahanan mereka sudah masuk tahun keenam!

Rekod zalim Abdullah dicipta pada pada bulan Februari tahun 2008 ini, bila beliau telah melanjutkan penahanan 5 orang tahanan ISA yang sudah cukup enam tahun, kepada dua tahun berikutnya, untuk mencukupkan lapan tahun pada tahun 2010 nanti. Lima orang tahanan itu ialah Yazid Sufaat, Dr Abdullah Daud, Suhaimi Mokhtar, Shahrial Sirin dan Abdullah Minyak Silam. Mereka berlima yang ditahan pada akhir tahun 2001, dituduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI) dan kesemuanya tidak pernah dihadapkan di mahkamah untuk mendapat perbicaraan di hadapan hakim yang adil dan berwibawa.

Gangguan SB dan Pegawai Penyiasat

Enam tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Jika nak disebutkan satu persatu, terlalu banyak kesusahan dan kejahatan yang telah dilakukan atas ihsan Pak Lah @ Menteri Dalam Negeri, ke atas Tahanan ISA dan keluarga mereka. Bukan sekadar membuat penahanan tanpa bicara, Pak Lah, semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri dulu, merestui perbuatan Pegawai Penyiasat (IO) membuat siksaan dan deraan di luar batas kemanusiaan, semata-mata untuk mendapatkan pengakuan dari Tahanan ISA, seperti di bogelkan dan dipukul hingga lebam. Bukan itu saja, Pak Lah @ Menteri Dalam Negeri dulu, membenarkan @ membiarkan saja polis-polis cawangan khas- Special branch (SB) yang merupakan kakitangan beliau, mengganggu anak isteri yang ditinggalkan oleh Tahanan ISA itu. Isteri sering diganggu SB tanpa mengira masa, siang atau malam. SB turut bertindak memporak perandakan rumah tangga tahanan, hingga ada tahanan yang terpaksa menceraikan isteri masing-masing!

Doa Orang Yang Dizalimi

"Suhaib selalu doa, biarlah semua SB yang selalu mengganggu kita tu, kena langgar lori dan mati hancur..." itulah yang pernah dituturkan oleh beliau, untuk menunjukkan betapa geram, benci dan kecewanya beliau terhadap SB yang selalu mengganggu kehidupannya sekeluarga. Tetapi ayah Suhaib, yang juga Tahanan ISA Mat Sah Mohd Satray, yang akan cukup tempoh penahanannya enam tahun bulan Jun ini, hanya berkata "tak perlulah kita doa macam itu. Allah lebih tahu, apakah balasan dan ganjaran yang paling sesuai ditujukan pada semua mereka yang jahat, tidak berperikemanusiaan dan sedang menzalimi kita".

Rekod baru Pak Lah pada 2008

Siapalah dapat menyangka, dalam masa sepuluh hari semenjak PRU12, Perdana Menteri Abdullah rupanya turut mencipta beberapa rekod baru dalam arena politik di Malaysia terkini, iaitu selain dari rekod beliau melanjutkan penahanan Tahanan ISA yang sedang menghuni Kem Kamunting sekarang dari enam tahun kepada lapan tahun!

Berikut adalah senarai rekod baru yang dicipta beliau selepas PRU12.

Barisan Nasional hanya memenangi majoriti mudah iaitu sekadar 50 peratus saja.

PM Abdullah kehilangan 5 buah negeri kepada pembangkang. Adakah penciptaan rekod baru ini sebahagian dari manifestasi doa orang-orang yang sedang dizalimi oleh Pak Lah? Tidak mustahil.

Aluan untuk Syed Hamid Albar

Sebagai salah seorang yang masih menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA, saya juga ingin mengalu-alukan perlantikan Menteri Dalam Negeri yang baru ini dengan doa dan harapan agar ada sesuatu yang berubah terhadap nasib semua Tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting kini.

Saya berharap, menteri yang baru dilantik ini, tidak akan mempunyai sikap yang sama seperti Pak Lah. Ketika Pak Lah menjadi Menteri Dalam Negeri dulu, beliau tidak pernah memberi peluang kepada kami untuk bertemu dan berbincang tentang nasib semua tahanan ISA. Walaupun berpuluh-puluh memo dan faks telah dihantar, pelbagai panggilan telah dilakukan, namun tidak pernah sekali pun semua tindakan itu mendapat jawapan dari pejabat beliau, jauh sekali dari beliau sendiri.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) satu-satunya badan bukan kerajaan yang diwakili oleh 82 pelbagai NGO dan Parti Politik Barisan Alternatif, masih menyimpan semua rekod dan dokumen mengenai urusan untuk bertemu Pak Lah.

Pak Lah tidak pernah bertemu dengan para Tahanan ISA, tetapi hanya menerima laporan saja dari SB beliau tentang kehidupan semua tahanan tersebut. Kerja Pak Lah hanyalah menandatangani surat lanjutan penahanan. Pak Lah memang seorang yang tidak berperikemanusiaan, tidak berhati perut dan sangat zalim pada rakyatnya sendiri. Tahanan ISA yang sudah ditahan selama enam tahun adalah bukti yang jelas tentang kejahatan dan kezaliman paling dahsyat yang dilakukan oleh beliau.

Saya harap, Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik ini, akan berusaha untuk memperbaiki imej jahat dan zalim kementerian itu sama ada mendakwa semua tahanan di Mahkamah atau membebaskan kesemua mereka yang sedang ditahan..

Norlaila Othman, Isteri Tahanan ISA
Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA
Taman Keramat KL
19 Mac 2008

22 Mac 2008

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Jika benar Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa beliau mendengar suara hati rakyat, beliau mesti membebaskan segera lima pemimpin Hindraf yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bekas Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Lim Kit Siang berkata, dua hari selepas pilihan raya, Abdullah dipetik dalam sebuah rencana di akhbar Asian Wall Street Journal sebagai berkata 'telah mendengar suara rakyat dan akan menumpukan kepada usaha menangani perpecahan yang jelas berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum lalu.'

AZIIM: Semoga hati nurani Pm makin jernih selepas diajar oleh rakyat dalam PRU 12 yang lalu tapi jika masih gelap...memang perlu tumbangkan BN baru tahanan ISA dapat dibebaskan. Malulah kepada dunia dan umat Islam. Lim Kit Siang lebih jernih nuraninya dari Pengerusi OIC? Apa nak jadi ni...? Apa dah jadi dengan hati nurani Pak Lah?...Hati-hati nanti hati bengkak pula..

1 Apr..

Isu ISA..mula diangkat oleh Samy samada ikhlas atau tidak bukan soalnya sekarang tapi mungkin juga ada nurani atau hati kecil yang tersentuh..tak lama selepas kenyataan Samy semua pemimpin BN mula bersuara..tapi sayang suara mereka adalah suara yang tiada hati nurani..suara kezaliman suara kedunguan suara standard tadika tapi jika anak tadika ditanya soal megurung binatang dalam sangkar juga dia pasti menjawab...KESIAN ...inilah jawapan dari nurani..berbeza dengan komentar ...pemimpin ini..

Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, permintaan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membebaskan lima tahanan tersebut tidak wajar.

Beliau menegaskan, kelima-lima tahanan itu telah melakukan tindakan yang sangat bahaya sehingga mengancam keselamatan orang ramai dan negara.

“Kalau mereka tidak ditahan di bawah ISA, keadaan negara mungkin menjadi lebih teruk,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Negeri Melaka di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

AZIIM: Ini pandangan menteri cukup bengap dalam sejarah..yang bahaya tu ialah politik hangpa yang kolot...ketinggalan zaman..macam dalam hutan..apa salah jika diberi ruang kepada mereka menyuarakan hak mereka dan buatlah secara demokratik dan diplomasi..kenapa pemimpin Melayu- BN tak belajar sejarah dari tekanan kaum yang ditindas akhirnya akan memberontak..ada negara yang mengangkat senjata seperti orang Muslim di selatan Thailand..di Mindanau Filipina, di Kasymir India, di Palestin sehingga sekarang tak terselesaikan bahkan makin kacau. Satu saja poinnya..ialah tidak adanya kompromi dan usaha penyelesaian yang sihat...

Jadi amat malang rakyat Malaysia punya pemimpin yg seperti ini rendah cara berfikirnya dan rendah hati budinya..Kita nak harap apa dari mereka ini??? Nak harap depa fikir perut rakyat? nak harap depa fikir kesihatan rakyat? nak harap depa fikir kehormatan rakyat?? Maaf ...depa tak pernah terfikir itu semua kerana sianga malam sumbat peruk depa dengan benda haram dan hasil rasuah..

Dia kata lagi..

Takkan kita hendak lepaskan begitu sahaja orang yang buat keganasan dan mengganggu-gugat keselamatan negara?

AZIIM: Kalau betui hang nak jaga negara..tangkap dulu yang kebas duit rakyat raus juta tu..!! perasuah polis, pemakan rasuah di kalangan YB dan VIP..tapi hangpa sorok dan lipat supaya nampak kemas..kami menyeru rakyat agar terus mendesak agar para YB BA ketika berada di Parlimen menyuarakan hasrat rakyat ini..iaitu USUL MEMBENTUK BADAN BEBAS UNTUK SIASAT SEMUA KES RASUAH DARI ATAS SAMPAI BAWAH YANG MASIH DISOROK...!!!

Para YB UMNO-BN jika hangpa teruskan cara berfikir begini hangpa akan terus dipinggirkan dan semakin tidak popular bagi rakyat yang semakin hari semakin terbuka fikiran mereka..dulu betul rakyat takut dengan tahanan ISA..tapi sekarang rakyat boleh pilih YB BA sekalipun dia berada dalam tahanan..tak boleh nak fikir ke..yop..kome ni banyak makan udang busuk kot..??

AZIIM: Keprihatinan DSAI terhadap isu ISA amat dihargai oleh semua sekalipun dulu pernah beliau agak terlupakan hal ini semasa beberapa tahun berada dalam kabinet..tapi sekarang beliau sudha berubah..dan inilah sangkaan baik yang diajrkan oleh Islam dan semoga perubahan ini sesuatu yang amat membahagiakan semua pihak terutama para pejuang kebenaran dan gerakan Islam..Semoga Allah memanjangkan umur beliau..Amin..renung kenyataan beliau..

"Tiga malam lalu saya sempat menemui isteri dan anak-anak tahanan ISA, menanyakan khabar dan memberikan jaminan sepertimana yang tertera dalam kenyataan Azizah tempoh hari iaitu di antara usul utama yang akan dibentangkan oleh beliau dalam sidang Parlimen nanti adalah tuntutan membebaskan semua tahanan ISA tanpa syarat.

Saya hargai inisiatif Dato Ravindran yang menhimpunkan keluarga 5 pemimpin Hindraf yang ditahan di Kemunting."

DS Wan Azizah juga turut memberi kenyataan dan komitmen untuk mrealisasikan harapan rakyat setelah beliau menjadi Ketua pembangkang di Parlimen..

Kelima, Hak Asasi: Kami akan terus mempertahankan hak-hak asasi manusia di Malaysia, di mana undang-undang yang menyekat kebebasan asas rakyat mesti dimansuhkan. Kami mendesak semua tahanan ISA, termasuk ADUN Kota Alam Shah baru M Manoharan serta empat lagi tahanan politik Hindraf di Kamunting, yang ditahan tanpa bicara mesti didakwa atau dibebaskan dengan segera.

AZIIM: Semoga Allah permudahkan usaha ini dan memberi ganjaran yang sebesar-besarnya kepada semua yang ikhlas berjuang untuk ISA.