Thursday, May 8, 2008

WANG NEGARA MACAM WANG BAPAK MEREKA??

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Sebenarnya memang dah malas nak cerita dan buka cerita pekung pemimpin Melayu sebab tak ada sudahnya. Semuanya depan rakyat macam kucing tak makan ikan...tapi di belakang habis wang rakyat di belasah...Sama juga dengan institusi Raja, yang memang ada pihak tak mahu nagkat isu ini, tapi sampai bila nak biarkan duit rakyat / negara dihabiskan tanpa sebab yang jelas. Kenapa mahu takut sebab ianya jelas bercanggah dengan etika kemanusiaan apatah lagi dalam keadaan sekarang rakayat amat perit nak makan, tapi para vip Melayu, UMNO dan juak-juaknya makan sampai muntah dan tak pernah fikir soal nasib rakyat. Ini sebenarnya adalah warisan akhlak zaman feudal. Nak marah..silakan aja...tolong renung pandangan dari YB Zulkifli Nurdi....

Sila renungkan ....

Kos tanggung tiga penasihat PM cecah RM 1.2 juta
Azamin Amin
Fri | May 09, 08 | 9:35:42 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dibidas kerana membelanjakan jumlah peruntukan yang besar sebanyak RM1,134,401.40 setahun untuk menanggung tiga penasihat beliau.

Tiga penasihat ialah Penasihat Petronas Tun Dr. Mahathir Mohamad;Penasihat Agama Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman dan Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial Dato� Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam jawapan bertulis Abdullah kepada soalan lisan Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (KeADILan- Kulim Bandar Baharu) menyatakan bahawa peruntukan seperti gaji, emolumen, elaun dan kos untuk penasihat Petronas itu berjumlah RM15,000-00 sebulan.

Ini tidak termasuk kemudahan yang disediakan seperti kos kakitangan, pejabat, logistik dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya.

Manakala peruntukan untuk Penasihat Agama Islam pula ialah RM27,163.00 sebulan dan RM18,643.25 untuk gaji serta elaun kakitangan.

Bagi Shahrizat selaku Penasihat Wanita, beliau dibayar RM33,727.20 sebulan dan tidak termasuk gaji dan elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA.

"Ini adalah satu jumlah yang besar untuk menanggung tiga orang Penasihat yang tiada sebarang fungsi ataupun fungsi yang bertindih (duplicate).

"Sedangkan Abdullah sudah punya Lembaga Pengarah Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Agama Dato' Dr. Zahid Hamidi dan Menteri Pembangunan Wanita & Sosial Dato' Ng Yen Yen untuk menasihati beliau dalam hal-hal berkaitan," kata Zulkifli dalam blognya.

Katanya perkara ini merupakan satu penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat sedangkan pemimpin sentiasa mendengar rintihan rakyat miskin samada yang disuarakan dalam Parlimen atau diluar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tambah Zulkifli lagi wang rakyat berjumlah RM1.2 juta itu boleh menanggung seorang anggota polis selama 12,371 bulan atau 1,030 tahun (pada kadar gaji RM900.00 sebulan) manakala dengan peruntukan penasihat itu boleh membina 36 biji rumah untuk rakyat miskin pada kadar RM25,000.00 sebuah rumah.

"Mengapakah perlu wang rakyat sebanyak ini dibazirkan kepada 'dinasour' Umno, pupusan Wanita Umno dan golongan pencen Umno?

"Kita berdoa semoga rakyat tidak kira apa bangsa dan agama akan celik mata melihat sandiwara keangkuhan dan kesombongan rejim Umno dan BN ini," katanya yang juga seorang peguam.


AZIIM: Syabas YB...tolong dedahkan lagi...dan jangan lupa dedahkan berapa banyak wang rakyat dihabiskan oleh Raja Melayu juga...Jangan hanya tenguk sebelah mata soal yang berkaitan rakyat kerana ini hak mereka mahu tahu...Jangan para YB hanya bermain di play safe saja dan pilih-pilih isu ..Syabas kepada Karpal kerana sifat Negarawan yang amat tinggi. Siapa lagi yang mahu ikut Karpal kalau tidak para YB muda yang berumur sekitar 40 tahun...tapi jika semua nak sorok diri...biarkan Karpal seorang aje...rasanya sebagai YB Melayu Muslim kita patut rasa malu...!! Kami menyeru agar para YB belajarlah dengan Karpal ..dari segi membela nasib rakyat!! Pelik Karpal bela YAB Nizar ..YB yang seagama dengan Nizar diam...??