Friday, April 25, 2008

KONVOI KE KEMUNTING TAIPING.....DAN STRATEGI PERJUANGAN

aziiM - "Anti Zalim Movement"

SEDUTAN DARI HR9808@IKRAR
KAMI BERHARAP SELURUH RAKYAT MALAYSIA KHASNYA DI PERAK agar dapat turut serta dalam konvoi damai ke Kemunting. Semoga dengan sokongan sdr/sdri, nasib anak dan keluarga para tahanan dapat dibela dan ......MAri kita putihkan highway dari KL sampai ke Kemunting dengan laungan mansuhkan ISA,,,,,,Info terkini sila dapatkan dari AJK atau teman anda di mana sahaja tentang program 27 Apr ni. Sebarkan tentang konvoi ini. Jika ada yang mahu join sila datang ke Kemunting sebelum jam 11 pagi.


IKRAR:
NASIB RAKYAT YANG TERANIAYA DI TEMBUK KEMUNTING WAJIB DIBELA DENGAN APA CARA SEKALIPUN KERANA MEMBIARKAN MEREKA LEBIH LAMA DIKURUNG TANPA BICARA ADALAH KEZALIMAN YANG AKAN MEMUSNAHKAN BUKAN HANYA YANG DITAHAN TAPI SELURUH RAKYAT MALAYSIA DIMASA AKAN DATANG. KAMI MENUNTUT AGAR BEBASKAN MEREKA DENGAN SEGERA ATAU KAMI AKAN KUMPULKAN LEBIH RAMAI LAGI DAN LEBIH RAMAI LAGI RAKYAT SELURUH MALAYSIA DARI MASA KE SEMASA SEHINGGA KAMI RUNTUHKAN TEMBUK ITU. KAMI TIDAK ADA PILIHAN LAIN MELAINKAN TERUS MELAUNGKAN "BEBASKAN SAUDARA KAMI YANG TIDAK BERDOSA DAN MANSUHKAN ISA" KAMI TIDAK MAHU MERAYU LAGI KERANA RAYUAN KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM TIDAK BERERTI APA-APA DAN RAYUAN RAKYAT KECIL SERING DIPERMAINKAN.
AYUH SAUDARA KU, KITA BERKUMPUL DAN TUNJUKKAN SOKONGAN KITA KEPADA SAUDARA DAN ANAK-ANAK TAHANAN ISA YANG TIDAK BERDOSA!!!!!!!

ANTARA PERJUANGAN, STRATEGI dan KEMENANGAN...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat).

26 Apr.

Antara 3 hal yang kadangkala membuat kita keliru dan hilang punca.

1. Perjuangan dan bagaimana kita berdepan dengan cabarannya.

2. Strategi serta tektik.

3. Kemenangan dan kesabaran dengan ujiannya.

Perjuangan tidak akan berhenti selagi apa yang diperjuangkan tidak tercapai. Namun seringkali dalam sejarah, wujudnya para pejuang yang hanya tahu menggunakan senjata tanpa strategi. Akibatnya yang terkorban lebih ramai dari yang selamat kerana kebodohan panglimanya.

Di sinilah perlunya strategi yang dikupas sematang mungkin demi matlamat kejayaan sebuah perjuangan. Tapi secara detail, strategi perlukan tektik untuk memastikan apa yang dirancang dapat terlaksana dengan jaya.

Maka muncullah kemenangan hasil gabungan ketiga unsur tadi. Tapi cabarannya juga banyak,,, maka para pemimpin harus memahami karektor manusia yang sangat berbeza ini jika mahu menang lebih lama.

1. Pendokong biasa - mereka ramai tapi tidak mahu ke depan dan jika risiko yang besar biasanya mereka akan mundur.
2. Pendokong luar biasa - mereka mempunyai keberanian dan sanggup maju ke depan. Tapi mereka perlukan arahan yang jelas.
3. Pendokong yang sudah berikrar untuk taat setia - inilah inti dari sebuah perjuangan. Pendokong yang sudah meletakkan keutamaan perjuangan melebihi dari diri dan keluarganya. Tanpa golongan ini perjuangan apa pun tidak akan menjadi.

Berkaitan dengan hasrat 30 MP BN menukar arah perjuangan ke PR mungkin boleh kita kategorikan seperti di atas. Jika mereka berani membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat maka ini merupakan suatu perkara yang luar biasa. DSAI dan PR telah jelas memberi syarat iaitu perpindahan tanpa syarat. Nak berjuang untuk rakyat silakan!!! Namun ada beberapa pandangan berbeza dari beberapa teman itu hal biasa dan tidak perlu terlalu dirisaukan.

IKRAR: Kami berharap kepada pihak yang berbeza pandangan tolong selesaikan dalam satu forum tertutup bersama DSAI dan pimpinan PR. Jangan kelirukan rakyat dan tolong fokus kepada sesuatu iaitu " tumbangkan dulu BN-UMNO" kerana sudah jelas mereka adalah musuh rakyat. Penjelasan inilah yang harus dilakukan oleh semua elemen yang menyokong PR. JIka antara kita berpecah, jangan mimpi untuk berjaya. Kami menyeru seluruh rakyat yang menyokong PR agar bekerja dan berbuat sesuatu sehingga kekeliruan ini terpadam dan PR berjaya memerintah Malaysia.

IKRAR: Kepada pendokong yang telah berikrar sila fikirkan dan merancang bagaimana agar rakyat sedar akan nasib, hak dan kebajikan mereka yang selama ini diabaikan oleh UMNO-BN. Gunakanlah apa sahaja cara yang diizinkan oleh undang-undang untuk meruntuhkan kezaliman UMNO-BN ini. Misalnya isu ISA dan beberapa isu rasuah yang dilakukan oleh beberapa orang pemimpin UMNO - BN. Kita mesti hentikan dan minta mereka kembalikan hak rakyat ini kepada rakyat. Jelas sekali mereka amat angkuh sekalipun sudah kalah secara moral di persada politik negara dan di luar negara tapi isu ISA dan babi masih dipersendakan oleh mereka. INi menunjukkan bahawa mereka tidak pernah memikirkan nasib dan hak rakyat sama sekali. Kita nak harapkan apa lagi dari mereka.? Jadi mari kita bekerja untuk menyedarkan rakyat melalui berbagai bentuk program kesedaran rakyat. Ajaklah saudara mara kita keluar mendengarkan penjelasan dari PR dan apa sahaja penjelasan yang boleh menghilangkan kekeliruan ini.

Sun Tzu pernah membuktikan di zaman Dinasti Ming, kerajaan makin meluas hanya dengan pendekatan strategi yang tepat. Sampaikan teori beliau diguna pakai hampir dalam seluruh tradisi ilmu yang berkaitan dengan strategi perang, ekonomi, politik dll di seluruh dunia. Soal melompat adalah rasuah rasanya tidak tepat kerana tidak ada apa yang dirasuahkan. Hanya minta mereka betulkan niat untuk kebaikan rakyat. Tanpa peralihan kuasa ini kepada PR, kita tidak akan dpat membuka file rasuah yang nilainya berbilion RM dari Mahathir sampai sekarang. APakah kita sanggup melihat sandiwara lagi dan mereka tetap menipu rakyat. Ayuh saudara, bangun dan sedarkan saudara mara kita tentang nasib kita dan masa depan anak cucu kita yang hak mereka selama ini telah dirampas oleh pemimpin UMNO-BN . Kita berdoa agar secepatnya ada perubahan atau jika tidak kita tunggu pilihanraya akan datang.

IKRAR: Kami berharap kepada seluruh rakyat dan khasnya para pendokong PR agar membulatkan tekad menyokong PR sehingga PR berjaya mencapai majoriti di Malaysia. Barulah kita semua terbela dan nasib kita akan berubah kerana dari wang rasuah sahaja sudah boleh membina beberapa projek mega rakyat di seluruh Malaysia. Tanpa kuasa kita akan hanya mampu menjerit dan meminta tolong dari mereka yang tak pernah memkirkan nasib kita.
'BERJUANGLAH DAN BERJUANGLAH, PASTI AKAN ADA HASILNYA, TIDAK HARI INI ESUK, TIDAK MINGGU INI MINGGU DEPAN, TIDAK BULAN INI BULAN DEPAN, TIDAK TAHUN INI TAHUN DEPAN'......

AZIIM; WAJIB BAGI SELURUH RAKYAT BERSATU HATI DAN MEMBULATKAN TEKAD UNTUK TURUT SERTA MELUMPUHKAN UMNO-BN SEHINGGA PR BERJAYA MENTADBIR MALAYSIA. JANGAN BERHARAP LAGI PADA MEREKA YANG SUDAH ROSAK AKHLAKNYA DAN TIDAK PERNAH MEMIKIRKAN NASIB RAKYAT. CUKUP SAMPAI DI SINI...KITA TAK MAHU DIZALIMI LAGI....

KEZALIMAN MEMBUNUH TIDAK BOLEH DIMAAFKAN SEKALIPUN MELIBATKAN VIP ..NEGARA..TANGKAP JANGAN TAK TANGKAP!!!!

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Saya bersedia jadi PM jika ada sokongan - Wan Azizah
Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri | Apr 25, 08 | 10:29:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 April (Hrkh) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersedia dan sanggup memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri jika mendapat sokongan wakil-wakil BN yang melompat parti khususnya di Sabah dan Sarawak.

Image Beliau bagaimanapun tidak memaksa wakil-wakil rakyat BN di Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya juga tidak pasti bila mereka akan menyertai Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui wartawan selepas sidang media atas kunjungan bapa Altantuya Shaariibuu di pejabatnya semalam.

Katanya mereka yang hendak lompat parti dan mahu menyertai Pakatan Rakyat hendaklah dengan niat untuk meninggalkan parti perkauman serta mahu menegakkan keadilan.

Kelmarin ketua umum KeADILan Dato' Seri Anwar berkata, beberapa ahli parlimen BN di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September.

Anwar berkata, apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang.

ImageSebelum itu, Wan Azizah turut menggesa Perdana Menteri Abdullah Badawi dan Menteri Luar menjawab surat Perdana Menteri Mongolia berhubung perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Wan Azizah berkata, semalam bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev mengadakan kunjungan untuk bertemu dengannya dengan membawa hasrat kerajaan Mongolia dan rakyat negara itu tentang ketelusan dan keadilan Malaysia dalam kes anaknya itu.

Tegasnya, Malaysia harus dilihat sebuah negara yang adil khususnya dalam kes ini sekali gus meletakkan imej Malaysia di mata dunia.

"Kita mestilah dilihat sebuah negara yang adil dan saksama dan menjamin keadilan itu sebagai asas negara kita.

"Persoalanya kenapa surat daripada Perdana Menteri Mongolia dan Menteri Luar negara itu kepada PM kita tidak terjawab sehingga kini," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya.

ImageSementara itu, Shaariibuu yang turut sama dalam sidang media kesal dengan sikap kerajaan Malaysia yang seolah-olah melengah-lengahkan perbicaraan kes mendiang anaknya.

"Banyak kali saya datang ke Malaysia dan mahu mengikuti perbicaraan, tetapi mahkamah menangguhkan perbicaraan itu atas alasan banyak kes perlu dikendalikan," katanya.

Tegasnya, kemelut yang berlaku ini bukan atas dasar peribadi tetapi ianya juga membabitkan hubungan dua buah negara iaitu Malaysia dan Mongolia.

"Jika Malaysia tidak adil dalam kes anak saya dan tidak respons surat berkenaan kerajaan Mongolia tidak teragak-agak akan memutuskan hubungan dengan Malaysia," katanya.

Shaariibuu tiba di negara ini kelmarin, bagi mengikuti perbicaraan ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh model kelahiran Mongolia berusia 28 tahun itu. - mns

Kenyataan media Dewan Muslimat PAS mengenai kes Altantuya

Aiman Athirah Al Jundi
Sat | Apr 26, 08 | 2:23:27 pm MYT

DMPP mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam ke atas seorang pelancong asing yang juga boleh disifatkan sebagai "tetamu negara" dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu. DMPP berpendapat bahawa perbicaraan bagi kes ini sewajarnya disegerakan, berbanding sekarang yang ditangguh-tangguh oleh pihak mahkamah atas alasan terlalu banyak kes lain, seperti yang didakwa oleh bapa mangsa, Dr Shaariibuu Setev baru-baru ini.

DMPP memandang serius dan sangat tersentuh dengan kenyataan daripada bapa Altantuya yang telah datang ke Malaysia baru-baru ini bahawa beliau datang demi kemanusiaan dan bukannya kerana wang atau menuntut sebarang ganti rugi.

DMPP juga menginsafi bahawa ia jelas menampakkan kehampaan dan hilangnya kepercayaan seorang ayah yang selama ini telah berusaha untuk mendapatkan keadilan terhadap satu-satunya zuriat keturunan beliau yang dibunuh secara kejam dalam Negara Malaysia yang dilabel sebagai Selamat, Aman & Makmur oleh PM dalam PRU-12 yang lepas.

Kes ini boleh disifatkan sebagai berprofail tinggi, punya kepentingan ramai serta kes pembunuhan paling berat kerana menguji bahkan mencabar integriti Malaysia di mata dunia khususnya terhadap sistem dan proses perjalanan keadilan dalam negara yang kita semua cintai ini.

Seluruh rakyat dari dua negara yang terlibat sedang memberi tumpuan terhadap perjalanan dan kesudahannya. Kes ini bukanlah kes biasa. Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara wajar memberikan prioriti tertinggi bagi menyelesaikan polemik ini secara telus, amanah, beretika, bijaksana dan professional.

DMPP menggesa agar ketiga-tiga entiti keadilan yang penting ini tidak membiarkan apa jua unsur mahupun ruang yang akan menghalang mereka daripada menjalankan tugas sejujur yang boleh kerana natijah bagi kejujuran dan kebijaksanaan merekalah yang akan membawa kesudahan paling memuaskan hati semua pihak khususnya yang menjadi mangsa tindakan kejam "pembunuh berkuasa" dalam negara ini. Iaitu bila semua yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan ini dijatuhi hukuman paling berat dan pihak yang menjadi mangsa diberikan keadilan paling wajar.

Jika sebelum ini atau sekarang ini kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berani untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Altantuya dan Kerajaan Mongolia di atas apa yang berlaku yakni pembunuhan dan segala bentuk tuduhan memalukan ke atas Altantuya dan keluarganya, dan Jika sekiranya kerajaan Malaysia dapat berjanji untuk memberi tumpuan utama terhadap penyelesaian kes ini; saya yakin dan percaya bahawa ia suatu yang sangat positif dan dapat mengurangkan beban perasaan yang ditanggung oleh keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Mongolia selama ini. Malangnya, tindakan diplomatik sebegitu dilihat gagal dibuat secara bijaksana oleh pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri sendiri.

DMPP menginsafi bahawa tindakan diplomatik itu wajar disegerakan. Pendekatan negara yang melayan mangsa dan keluarga mangsa sebagai pihak yang seolah-olah tidak bermaruah, rendah moral, dan bersalah dengan membiarkan beberapa pihak seperti media massa yang mengaitkan Altantuya sebagai Pelacur dan seumpamanya harus dihentikan dan diambil tindakan.

Sudah sampai masanya keluarga mangsa diberikan sambutan dan layanan sebagai "tetamu negara" dan bukannya sebagai musuh kepada mana-mana pihak atau individu yang berkuasa dalam negara ini. Kerajaan Malaysia wajib menerima mereka dengan akhlaq dan adab Islam.

Jelas, terdapat banyak keraguan bagi kes ini kerana seperti yang umum telah tahu bahawa kaedah pembunuhan mangsa adalah melibatkan penggunaan senjata api yang terkawal di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. Hatta, kehilangan rekod kemasukan yakni maklumat imegresen mangsa ke dalam Negara ini meskipun saudara beliau mengesahkan bahawa mereka telah memasuki Malaysia dengan cara yang sah, jelas menimbulkan keraguan bersebab munasabah yang sangat kuat bahawa di sana terdapatnya unsur-unsur konspirasi dan komplot terancang.

DMPP juga mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baru iaitu YB Dato' Ng Yen Yen agar menyatakan pendirian kemanusiaan terhadap kes ini kerana ia melibatkan seorang wanita yang menjadi mangsa pembunuhan paling zalim. Bukan setakat itu, maruah mangsa dan keluarga mangsa juga telah dikoyak-rabakkan dengan melabelkan mangsa sebagai pelacur, agen CIA dan seumpamanya. Bahkan, dalam kes ini Menteri Wanita mesti memberikan penegasan bahawa: Adakah jika kerana seorang wanita itu pelacur maka apa jua bentuk tindakan ke atas mereka wajar termasuklah jika mereka dibunuh dengan senjata api terkawal di bawah Kementerian Pertahanan?

DMPP sangat berdukacita kerana sehingga kini kementerian yang menjaga hal ehwal wanita, keluarga dan masyarakat terus sahaja membisu daripada membuat pendirian rasmi terhadap kes yang membabitkan maruah dan keadilan serta kemanusiaan seorang wanita yang bernama Altantuya Shaariibuu.

Akhirnya, DMPP berharap agar rakyat negara ini dan rakyat negara Mongolia tetap tidak jemu untuk terus mengikuti perbicaraan bagi kes ini secara kritis untuk kita sama-sama memastikan keadilan dapat ditegakkan. Sebelum ini, tidak pernah terlintas di benak kita betapa jenayah yang begitu kejam ini akan berlaku di dalam negara Malaysia. Lebih memalukan bila senjata pembunuhan yang digunakan pula merupakan senjata api TERKAWAL di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. Atas realiti fakta senjata pembunuhan itu, DMPP mendesak agar Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian ini SEGERA MELETAKKAN JAWATAN! Demikian juga desakan yang sama ditujukan kepada pihak/individu yang sewajarnya berperanan dalam memastikan pengawalan senjata tersebut tetapi telah GAGAL dalam menjalankan tanggung jawabnya.

Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Setiausaha

AZIIM; Hoi, Menteri Pertahanan kenapa diam membisu? Masa hang dah tiba untuk terima hukuman dari rakyat. Kami menyeru agar rakyat bangun menyatakan pendirian untuk menolak pemimpin yang satu ini. Dia bukan sahaja tidak layak bahkan menjadi perosak nama baik negara, bangsa dan agama. Kali ini dia wajib dihukum jika tak dibom oleh bom yang sama dari Kementerian Pertahanan atau bom ikan rakitan orang asli. Memang depa takkan insaf selagi belum kena...Rakyat menuntut agar undang-undang berjalan bukan tunda-tunda sampai hilang punca. Malu lah sikit...hoi..!!!!