Friday, March 28, 2008

KAMI MENYOKONG WADAH HR9808 BAGI MEMPERKUKUH BARISAN RAKYAT...

aziiM - "Anti Zalim Movement"

KENAPA PERLUNYA SEBUAH WADAH REFORMIS YANG BEBAS


Salam Reformasi buat semua,

Dengan penuh hormat kami dari beberapa teman di Masjid India KL ingin mewujudkan sebuah wadah Reformis yang kami namakan Himpunan Reformis 1998 - 2008 (HR9808). Semoga semua reformis samada yang berada di dalam parti atau di luar parti dapat menghubungi kami bagi mendapat informasi lebih lanjut.

Secara ringkas ada beberapa poin utama yang menjadi pertimbangan kami sehingga kami memberanikan diri untuk mewujudkan wadah HR9808 ini:

1. Era selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu adalah era baru politik Malaysia yang memerlukan dokongan padu dari para reformis khasnya yang pernah bersama gerakan tersebut pada tahun 1998. Ini bukan bermakna reformis 1998 mahu memunculkan diri untuk dikenali bagi mendapatkan pengiktirafan dari Barisan Rakyat. Lebih jauh dari itu semua ialah kita mahukan kemenangan PRU 12 ini menjadi satu lonjakan perubahan yang dapat dipertahankan demi hak kebebasan, erti keadilan dan makna kehormatan rakyat di bumi Malaysia ini sampai bilapun. Titik 8 Mac 2008 adalah noktah seluruh reformis untuk merenung kembali sejarah perjuangan lalu dan mengatur strategi untuk terus berjuang bersama Barisan Rakyat.

2. Kepedulian Reformis 1998 tentang isu kezaliman dan ketidakadilan BN - UMNO bukan basi dengan tempuh waktu bahkan makin matang menilai isu serta memberi solusi jitu untuk perjuangan ke depan. Walaupun mungkin ada yang gugur, atau sudah tidak berdaya, ini bukan bermakna semangat atau ruh reformasi sudah hilang, cuma ianya hanya bagaikan bom jangka yang kapan saja bisa meledak. INilah benih reformasi yang ditanam oleh guru kita DSAI sepuluh tahun lalu. Pesanan keramat dari guru bagaikan sebuah acuan yang makin membesar dan terbentuk sesuai dengan apa yang telah diacu masa itu.

3. Reformis yang tidak pernah menagih apa-apa sebelum ini mahu dihimpunkan semula agar terus "hidup keikhlasannya" dan berperanan sesuai dengan kehendak era baru ini. Alangkah ruginya rakyat dan Barisan Rakyat jika puluhan ribu tenaga reformis masih terabaikan dan kontribusi mereka tidak dioptimalkan untuk rakyat. Kami yakin reformis sejati adalah reformis yang terbentuk dari gelombang kesedaran rakyat yang meletakkan halatuju untuk rakyat di depan mereka. Inilah karektor seorang reformis dan mereka perlu ditemukan lagi untuk kali yang terakhir.

4. HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan. Tanpa mempersempit pengenalan diri dari segi agama, bangsa, warna kulit, bahasa dll. Yang penting reformis yang mahu berjuang bersama dalam sebuah sistem yang dasarnya adalah untuk memperjuangkan keadilan dan menentang segala bentuk kezaliman selaras dengan dasar Barisan Rakyat.

5. HR9808 masih diperingkat awal dan memerlukan nasihat, teguran, pandangan, kerjasama dari seluruh warga reformis samada yang aktif atau tidak. Terutama dari guru kami DSAI dan pimpinan Barisan Rakyat. Dan kami juga tidak akan melupakan tokoh-tokoh pejuang reformasi sebelum dari 1998 yang ikhlas berada dalam PAS, DAP, JIM, ABIM dan terlalu banyak untuk dipaparkan. Semoga Allah mengurniakan kebaikan yang tidak terhingga ke atas mereka dan jika yang telah meninggal dunia pahala yang berterusan dari benih perjuangan mereka datang mengalir tanpa hentinya. Aminnn.. Kami berpandangan jika tidak dibentuk sekarang kapan lagi?Mungkin akan merugikan apatah lagi jika potensi besar ini dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab UMNO-BN atau menjadi tenaga upahan pihak tertentu untuk merosakkan nama baik reformis di mata rakyat. Sekalipun rakyat jelas menolak mereka tapi kejadian seperti fitnah yang dilontar oleh Dr. Chandra, Roslan Kassim dan spesis yang sama dengannya.. amat menyakitkan hati reformis dan HR9808 akan berusaha bagaimana agar kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi dengan cara yang terbaik.

Jika nak ditulis terlalu banyak poinnya, cukup sedikit dulu dan nanti dalam sesi dialog dan program penerangan yang akan dilaksanakan secara bertahap seluurh poin akan diulas lagi.

Pertemuan perdana bagi mencapai satu kesepakatan dan komitmen HR9808 akan mengadakan dialog terbuka dengan YB Barisan Rakyat: sila muat turun atau sebarkan kepada siapa sahaja yang berminat terutama para reformis 1998 sampai sekarang...!!!

PROGRAM PERDANA HR9808 DENGAN YB PAKATAN RAKYAT PADA 19 APR.

“HIMPUNAN REFORMIS 1998 – 2008” (HR9808)

Mensyukuri kemenangan PRU 12, menganalisis strategi dan memperkukuhkan komitmen bagi menjana generasi berkualiti bersama Pakatan Rakyat di era Malaysia Baru.

Tujuan:

1. Pertemuan diadakan untuk menghimpunkan semula para reformis khasnya yang berada di luar parti Pakatan Rakyat.

2. Membahas dan menentukan halatuju gerakan reformasi di era baru.

3. Memperbaharui iltizam dalam memperjuangkan hak-hak serta kepentingan rakyat terutama yang berkaitan dengan isu-isu kezaliman dan ketidakadilan.

4. Memperjelas kedudukan Himpunan Reformis sebagai penyokong utama dasar dan agenda Pakatan Rakyat tanpa terlibat secara langsung dengan mana-mana parti politik.

5. Membahas kaedah dan memberi peranan kepada reformis untuk mengkritik secara berkesan kepada pihak Pakatan Rakyat.

Komiti program HR9808 yang telah dibentuk:

1. Mustapa Mansor X Batu (Abu Miqdad )

2. Nurzairi bin Jantan X Bkt Bintang ( Masjid India)

3. Abang Nasir X ISA (Wangsa Maju)

4. Mohammad Hafifudin X Bkt Bintang .( Masjid India)

5. Syed Norazizul Persatuan Penjaja (Masjid India)

6. Nasir Isa aktivis sosial (Gombak)

7. Cikgu Nazri X Titiwangsa (Subang)

8.Pak Din aktivis sosial (Melawati)

9. Wakil dari mana-mana Bhg/cawangan/penyokong Barisan Rakyat.

Aturcara; (maaf ada sedikit perubahan waktu)

5.00 ptg – Kehadiran para tetamu.

6.00 - Galeri dan Tayangan "video clip sejarah Reformasi 1998 - 2008".

6.15 - Kata-kata aluan dari pengerusi majlis

6.30 - Suaikenal antara reformis, YB, wakil parti dan ngo yang hadir.

7.15 - Maghrib
8.00 - Forum
Mensyukuri kemenangan PRU 12, menganalisis strategi dan memperkukuhkan komitmen bagi menjana generasi berkualiti bersama Pakatan Rakyat di era Malaysia Baru

- YB dari PKR - YB Tien Chua

- YB dari DAP - akan diinfo..

- YB dari PAS - YB Syaari Sungip

- wakil dari komiti HR9808 - Mustapa Mansor.

Forum dan dialog dipengerusikan oleh Cikgu Badrul Hisyam.

9.30 - Dialog terbuka dengan ahli panel termasuk YB Pakatan Rakyat.

10.30 - PC dengan wakil media yang dapat hadir.

- Harakah /Suara Keadilan/Malaysiakini/Sinar/Utusan Malaysia/Berita Harian/TV Pas/Damai TV dll.

Tempat:

Dewan Hotel KL International, Kg, Baru KL ( Berubah oleh kerana mendapat sambutan yang diluar jangkaan )

Tarikh:

19 Apr 2008

Bayaran untuk tempat dan minum petang

RM 15/orang kecuali jika ada pihak yang sudi sponsor.

Sila berikan idea dan sebarang pandangan sebelum 15 Apr kerana beberapa persedian untuk hebahan media perlu kami siapkan !

Pusat Informasi:

Gerai 59 dan 60, Jalan Melayu / Jln. Masjid India. Kuala Lumpur.

Tel:

Norzairi 019 3066016

Nora 012 3804575

Pak Mad 017 3467927

Abang Nasir X ISA 012 3921976

Mustapa Mansor 012 3333825

+6281573456728 (IND)

Emel:HR9808@gmail.com

mustm99@hotmail.com

website: www.HR9808.blogspot.com

(sila muat turun bahan ini atau forwardkan ke pihak yang berminat dan beri komen anda)


BROSUR JEMPUTAN KE PROGRAM HR9808

Jemputan ke majlis

“HIMPUNAN REFORMIS 1998 – 2008” (HR9808)

DIALOG REFORMIS BERSAMA YB PAKATAN RAKYAT

Mensyukuri kemenangan PRU 12, menganalisis strategi dan memperkukuhkan komitmen bagi menjana generasi berkualiti bersama Pakatan Rakyat di era Malaysia Baru

Tarikh: 19 Apr 2008 (Sabtu)

Jam: 6.00 – 7 ptg.(maaf ada sedikit perubahan waktu)

Tempat: KL International Hotel, Kg Baru KL.

Pendaftaran sila hubungi Pusat Informasi:

Gerai 59 dan 60, Jalan Melayu / Jln. Masjid India. Kuala Lumpur.

Tel:

Norzairi 019 3066016

Nora 012 3804575

Pak Mad 017 3467927

Syed Azizul 017 3491980

Abang Nasir X ISA 012 3921976

Mustapa Mansor 012 3333825

+6281573456728 (IND)

Emel: HR9808@gmail.com

: mustm99@hotmail.com

Website: www.HR9808.blogspot.com

(sila muat turun dan cetak sebanyak mungkin atau emelkan kepada siapa sahaja yang berminat dan mahu turut serta dalam pertemuan istimewa ini)

Thursday, March 27, 2008

AKHIRNYA...HANG JEBAT DAN HANG UMNO-BN SEMUA TERIMA....

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Berminggu
-minggu ke hulu ke hilir tak selesai dan pada hari ini...bagaikan air laut tanpa ombak...semua setuju,,,apa sebab tak tahu,,1. Pemilihan UMNO ok tahun ini juga --setuju walaupun Mad Taib dan beberapa kerat pemimpin UMNO takut sebab kena Tsunami dalaman pula. 2. MB Terengganu --setuju dan tak kena tindakan apa-apa pun sama macam Mukhriz sebelum ni.. Cuma yang nampak pening YB IDris tapi duk urut misai kira ok lagi tuh.. ..
3. Dah kene serin telinga baru tunduk nasib baik tak kena penampo Agung..terkeluo gigi palsu...baru tahu dunia,,apalah hangpa ni..dulu kata macam-macm pada Lim Kit Siang..tapi sekarang tak maluke?..Kalau dekat luar negeri dah undur diridah...MALUUU...Tapi muka dah tebal macam tembuk negeri China. Kene bom pun tak rasa apa..Image

Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan menerima pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

AZIIM: Tu yang kata pening kelamarin bergebu-gebu penuh semangat itu ini macam nak perang dengan istana tapi action aje nak test rakyat sokong atau kutuk...alamak..yang dikejo tak dapat yang diidamkan tak jadi...Memang nampak sangat Pak Lah dan pemimpin MT UMNO ..dah letih,,,tunggu masa nak rebah,,rasanya takkan sampai dulan Dis...angin terlalu kencang takkan boleh bertahan sebuah rumah yang tiangnya dah banyak yang patah,,,yang paling berat sekarang ialah angin dari dalam UMNO sendiri..Semoga cepat roboh dan bina yg baru aje,,atau carilah tempat lain..rumah tumpangan sementara ke atau hotel yang kukuh.

ImageYB..udah lakonan Hang Jebat dah selesai..Hang Ke na Sebat pula ambil alih Terengganu..Hang Musibat yang lain-lain..juga terkaku-kaku dab tidak dapat berbuat apa-apa...Semoga YB terima dengan tabah qada dan qadar Allah..takkan lari gunung di kejo..yang lari YB BN yang 23 tu aje..itu pun tak jauh,,asal dapat jadi YB lagi dia tak ke mana...Cuba bayangkan jika Sultan suruh buat PRK di adakan di Terengganu tak demam kepialu MT UMNO..depa tak sanggup lagi nak terima kesakitan dari 5 negeri yang kembali ke pangkuan rakyat... Jadi YB sebenarnya dah tersepit..nak ke depan sakit nak ngundur lagi parah..Barisan Rakyat semakin mendapat tempat dihati rakyat..kerana depa dapat selesai dgn cepat...tak perlu bermacam-macam tuntutan ...nampak lebih matang dan smart...ada wibawa...terampil..dan proaktif..

Apapun yang telah berlaku di Terengganu ...dengarlah rasa pilu rakyat bukan kita saja..

"Kami (rakyat) sudenurutnya, antara kata-kata yang disifatkan menghina Tuanku dan pihak istana adalah seperti "Kami Nak Idris, Natang (Binatang)".

AZIIM: Uzahkan sultan...rakyat jelata juga marah kalau dipanggil binatang.Apa sudah jadi...akibat mulut..hilanglah kuasa...bye-bye kata rakyat..

"Dah tidak tahan lagi duduk bawah MB Idris Jusoh yang gagal membela nasib rakyat yang miskin. Masjid yang dibina oleh rakyat diroboh, tanah rakyat dirampas, bantuan disekat, pegawai kerajaan dipecat dan banyak lagi," ujarnya.

Sejak akhir-akhir ni Polis, Kastam, BPR dll mula bersemangat nak cari kes..tapi janganlah kes ikan bilis tok..yang berjuta tu ligan sebab depalah rakyat jadi susah..depa makan duit rasuah yg macam pegawai polis alahai setakat mana sangat,,,tapi yang YB UMNO boleh buat empayar 7 keturunan tak cekup pula??? INi pun kadang-kadang main akai juga ni,,,depa suruh tangkap yang rasuah ikan bilis dan paparkan di media supaya rakyat seronok, nak bagi khayal lagi, nak bagi sokong semula..depa ingat rakyat tak tahu kot..awat depa bengap sangat...dah lama macam tulah...rakyat hebuh...rakyat komplen baru buat kerja...rakyat pangkah yang lain..baru ...pening,,TApi apapun kepada semua pihak yang melaksanakan tugas syabas..walaupun ikan bilis tetap rasuah dan tetap jijik. Ini mesej yang seharusnya bukan nak tunjuk aje..tapi pelajaran dari hukuman tu yang hendak dilihat...

SHAH ALAM 27 Mac - Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohonan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menahan reman seorang pegawai kanan polis berpangkat Supritendan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak selama empat hari.

Dia ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM75,000. Suapan itu didakwa diterima sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu dipercayai ahli sindiket mencuri kereta.

INI kes KWSP ....

Seramai 308 pengarah syarikat dilarang ke luar negara kerana didapati gagal mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tempoh Oktober hingga Disember 2007.

AZIIM: Kami menyeru agar semua kes rasuah kecil atau besar di selesaikan..dan lebih baik sekarang sebelum para YB Barisan Rakyat masuk ke Parlimen...letih YB Menteri nak jawab nanti..masa ni kita akan lihat sejarah baru di Parlimen Malaysia akan berlaku..sebelum ni kena sorak dll..tapi kali ini macamana pula?? Jadi jika dah tangkap..nanti YB Menteri pun jawablah...sedang disiasat oleh BPR atau polis dll.....Kami menunggu senarai YB BN yang akan ditangkap kerana rasuah dll....termasuk Menteri..jangan bagi peluang depa rampas wang rakyat lagi..


Wednesday, March 26, 2008

AGENDA EKONOMI MALAYSIA MENGGANTI DEB yang TIDAK ADIL.

aziiM - "Anti Zalim Movement"

aem-page1.JPG

Agenda Ekonomi Malaysia: Gagasan Pembangunan

Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta, terutama di kalangan generasi muda. Wacana bebas dihalang dan media dikongkong oleh golongan kaya yang menjaga kepentingan kelompok kecil
penguasa. Malah iklim dan persekitaran bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar
keramat kemerdekaan diganti dengan puluhan undang -undang yang mengikat
Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita
perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir. Mengapakah pada tahun yang penuh
dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara
Asia kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MUKADIMAH: SEMANGAT KEMERDEKAAN

Singapura kerana republik tersebut hanya sebuah pulau kecil yang penduduknya hanya 4 juta.
Jika begitu mari kita bandingkan pendapatan rakyat Malaysia hari ini dengan pendapatan rakyat Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 48 juta dan Taiwan pula adalah 23 juta. Pada tahun 1970-an rakyat kedua-dua negara adalah lebih miskin
dari rakyat Malaysia. Tetapi pada hari ini pendapatan rakyat Korea Selatan adalah
AS$19,200 (RM66,000) dan Taiwan pula adalah AS$15,271 (RM52,700), iaitu dua
hingga tiga kali ganda lebih tinggi dari pendapatan rakyat Malaysia. Ini berbeza
dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan negara
dengan negara paling daif di Afrika atau negara-negara yang terus dilanda
keganasan atau peperangan.

Kita perhatikan sahaja wacana segar dalam pilihan raya di negara-negara
demokratik lainnya. Pilihan raya Presiden Perancis bermula dengan satu persoalan
yang diutarakan oleh calon: mengapakah United Kingdom 15% lebih kaya dari
Perancis? Presiden Perancis itu sudah bimbang dengan rakyatnya 15% lebih
miskin berbanding dengan pendapatan rakyat Britain meskipun Perancis adalah
sebuah negara maju. Pilihan raya bebas Turki bulan Julai lalu membahaskan
antara lain keupayaan ekonomi Turki melonjak tinggi untuk mampu bersaing
dengan ekonomi Eropah. Di negara tetangga Indonesia perbahasan hangat
berlaku mengenai kebijakan ekonomi sama ada selaras dengan konsep
pengurusan kerajaan telus dan bersih dan berkepedulian terhadap permasalahan
rakyat. Tetapi pimpinan kerajaan UMNOBN seolah-olah mangli, tidak terkesan
dengan angka dan data terang, kerana dibuai oleh jentera propaganda sendiri
serta terpukau dengan pujian bala tentera JURANG YANG MELEBAR KNK per Kapita (1970-2004) rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan strategi nakal penjajah membendung
kebebasan dan kegiatan rakyat. Justeru itu, sempena ulang tahun
hari keramat negara merdeka kita sewajarnya merenungkan dengan akal
fikiran terbuka sejajar dengan semangat bangsa merdeka dan bermaruah. Kerana
sesungguhnya inilah juga menjadi intipati Pemasyhuran Kemerdekaan 31 0gos 1957
dan paksi gagasan negara Malaysia 1963

- mencipta negara liberal dan demokratik; menjunjung perlembagaan dan keluhuran undang-undang; menjamin kebebasan
dan keadilan untuk rakyat.

Dasar utama yang diikrarkan dalam Pemasyhuran Kemerdekaan tersebut adalah: • Menjamin ‘hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat’; • ‘Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen’; • ‘Negara yang Merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa’.

PRESTASI EKONOMI MALAYSIA

Ketika ini pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6,244 (RM21,500)
setahun, satu prestasi membanggakan berbanding kebanyakan negara
membangun. Tetapi, pada waktu yang sama, pendapatan per kapita rakyat
Singapura adalah AS$30,810 (RM106,000), lima kali ganda dari pendapatan rakyat
Malaysia. Pada akhir tahun 1970-an pendapatan rakyat kedua-dua negara
adalah lebih kurang sama. Mengapakah jurang tersebut begitu lebar? Ada yang
akan menjawab hambar bahawa kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan


Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura adalah 500% lebih kaya dari rakyat Malaysia, dan rakyat Korea Selatan dan Taiwan adalah 300% lebih kaya dari rakyat Malaysia?
Apakah tidak mengaibkan kita dari negara yang mencatat
keuntungan hasil minyak melimpah sebanyak RM 70 bilion setahun, tewas teruk
dengan negara-negara yang ketandusan sumber asli?

Agenda Ekonomi Malaysia upahan.

Apakah mungkin diengkarikenyataan bahawa rakyat Singapura
adalah 500% lebih kaya dari rakyat Malaysia, dan rakyat Korea Selatan dan Taiwan adalah 300% lebih kaya dari rakyat Malaysia?

Apakah tidak mengaibkan kita dari negara yang mencatat keuntungan
hasil minyak melimpah sebanyak RM 70 bilion setahun, tewas teruk dengan negara-negara yang ketandusan sumber asli?

Malah lebih parah lagi manakala diselidiki kesan kepada rakyat terbanyak,
dari segi kenaikan harga minyak, kos barang yang meningkat, mutu pendidikan
dan kesihatan yang kurang memuaskan, masalah perumahan rakyat, jurang kaya
miskin yang kian melebar, serta keperitan hidup masyarakat miskin bandar, desa di
Semenanjung dan kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima tatkala merayakan 50 tahun
kemerdekaan. Jepun berada di kelas pertama; Singapura, Korea Selatan dan
Taiwan di kelas kedua; dan Malaysia bersama yang lain di kelas ketiga.

Sekiranya aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan, jarak ekonomi antara Malaysia dengan
negara-negara Singapura, Korea Selatan dan Taiwan akan semakin lebar. Bahkan
di rantau Asia sendiri China muncul sebagai naga ekonomi baru; dan India juga bergerak kencang terutama dalam bidang teknologi maklumat. Keyakinan pelabur berserta pengurusan ekonomi dan perencanaan bijak mampu mencipta kejayaan; umpamanya prasarana
sederhana di Bangalore dan Chennai telah memperoleh pengisian melalui pelaburan besar menjangkau angka puluhan bilion ringgit. Mereka telah jauh meninggalkan Cyberjaya dengan
prasarana megah dengan kos berbilion ringgit yang dibina oleh para kroni tetapi tidak bermaya malah malap dari segi pelaburan. Vietnam kini bergulir sebagai kekuatan ekonomi baru memperhebat daya saing mereka.

Agenda Ekonomi Malaysia

Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima tatkala merayakan 50 tahun kemerdekaan. Jepun berada di kelas pertama; Singapura, Korea Selatan dan Taiwan di kelas kedua; dan Malaysia bersama yang lain di kelas ketiga. Persoalannya sekarang adalah apa yang perlu kita lakukan untuk merobah aliran sedemikian?
Ini adalah satu tuntutan patriotik setiap rakyat prihatin. Kelembaban ekonomi, dengan
dasar ekonomi yang terus tertumpu kepada beberapa projek mega di utara
dan selatan dikhuatiri akan memenuhi tembolok kelompok kecil keluarga dan
kroni penguasa tidak akan menjamin kesejahteraan rakyat. Jika negara terus
dibiarkan lemah dan ekonomi laih dan lesu mutu hidup rakyat juga akan
terjejas.

Suatu ketika dahulu Malaysia diiktiraf sebuah negara membangun yang
dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada awal 1990an.
Malaysia disebut sebagai salah satu harimau ekonomi Asia Tenggara. Tetapi zaman tersebut sudah berlalu. Sebelum 1997 kadar pertumbuhan 8 hingga 9 peratus adalah suatu kelaziman, Bursa Malaysia dan pelaburan asing (FDI) kekal di tahap tertinggi di rantau ASEAN.
Gambaran keajaiban tersebut kini sudah malap dan telah digantikan kisah-kisah
kejayaan dan kekaguman dunia terhadap prestasi ekonomi China, India dan Vietnam.

DASAR EKONOMI BARU: SATU PENILAIAN

Sejak lebih tiga dekad yang lalu ekonomi Malaysia bergerak di atas landasan Dasar
Ekonomi Baru (DEB), satu dasar yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan pengagihan kekayaan negara secara seimbang antara kaum. Justeru kerana
DEB menekankan keadilan sosial tatkala ianya digubal maka saya, ketika itu
seorang mahasiswa dan saya yakin majoriti rakyat, mendukung pelaksanaannya.

Masyarakat Bumiputera ketika itu gelisah kerana keselesaan hidup yang dijanjikan
tatkala negara mencapai kemerdekaan kekal sebagai slogan. Penyertaan mereka
dalam sektor industri dan perdagangan amat kecil sekali. Ini dirumitkan dengan
kekurangan jumlah mereka dalam bidang profesional. Maka tindakan tegas pemerintah untuk melaksanakan dasar serampang dua mata: membasmi Walhal jika disenarai jumlah peruntukan dan keuntungan yang diraih oleh kelompok
penguasa UMNO, biasiswa sepuluh ribu ringgit seorang berbanding puluhan
bilion ringgit pengagihan saham, permit import AP, puluhan bilion kontrak bagi
satu syarikat keluarga, berbilion ringgit keuntungan oleh syarikat penswastaan
ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut dan
menggondol kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian
tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok tertentu.

Yang dikira keterlaluan adalah manakala anak menteri dan jutawan turut mendapat
biasiswa sementara anak guru dan petani diberi pinjaman. Pangsapuri mewah
memberikan potongan 7 peratus buat jutawan Bumiputera manakala ratusan
ribu penghuni setinggan dari keluarga berpendapatan rendah masih menunggu
terbinanya rumah kos rendah. Sikap gelojoh ini dikira keterlaluan sehingga peluang
kecil seperti permit teksi, kontrak kecil dan agensi pekerja asing pun direbut oleh
keluarga pemimpin.

ORANG ZALIM /KERAJAAN ZALIM TIDAK DAPAT PETUNJUK..

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Orang zalim tidak diberi petunjuk

AZIIM: Tajuk ini ORANG TAPI lebih tepat UMNO yang zalim tidak akan dapat petunjuk..Kami ambil serius hal ini kerana ini ada kaitan dengan fahaman perkauman yang meresap ke dalam jiwa rakyat. Kononya..oleh kerana kita ni Melayu boleh buat apa sahaja kepada orang bukan Melayu. Kita pemimpin Melayu boleh rompak duit rakyat Melayu dan bukan Melayu...Inilah jihad yang perlu dilakukan oleh Barisan Rakyat untuk memberi penjelasan yang menyeluruh kepada rakyat...KITA PERLU BEBASKAN FAHAMAN PERKAUMAN INI KERANA IANYA SESAT DAN BOLEH MENYESATKAN...ISLAM MELARANG PERKAUMAN KERANA IANYA TIDAK MANUSIAWI...Ianya zalim kepada manusia bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia...fahaman ini hina dan jijik sekali. Rasulullah telah melarang para sahabat dengan tegas atas isu ini. Pernah Abu Zar menghina Bilal dengan panggilan penghinaan kerana kulitnya..mka terus ditegur oleh rasulullah...Inilah Islam bukan MELAYU...

Firman Allah s.w.t: Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan).

Ketika Ibrahim mengatakan: Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan. Orang itu berkata: Saya dapat menghidupkan dan mematikan. Ibrahim berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, Maka terbitkanlah dia dari barat, lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 258)

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

SYEIKH Sya’rawi berkata: “Sesungguhnya pengikut- pengikut Thaghut dan Thaghut dalam neraka jahanam. Semoga Allah memeliharakan kita dari azab-Nya. Allah menghendaki untuk menggambarkan pada kami sebagai gambaran realiti berkenaan dengan alam”.

Firman Allah: Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan).

Sayyid Qutub berkata: “Raja yang berdebat dengan Ibrahim mengenai Tuhannya itu bukanlah menolak kewujudan Allah s.w.t, akan tetapi ia hanya menolak Wahdaniah Allah dari segi Uluhiah dan Rububiah. Juga menolak pentadbiran dan pengurusan- Nya yang tunggal terhadap perjalanan alam buana ini”.

Samalah dengan setengah-setengah golongan sesat di zaman jahiliah yang mengiktirafkan kewujudan Allah, tetapi mereka mengadakan tuhan-tuhan tandingan bagi Allah dan kepada tuhan-tuhan inilah mereka hubungkan sesuatu aktiviti atau amalan di dalam hidup mereka.

Raja itu juga menolak bahawa hak hakimiah atau hak memerintah itu adalah milik Allah yang Maha Esa sahaja. Tiada undang-undang melainkan undang-undang Allah dalam segala urusan hidup di bumi dan di dalam perundangan masyarakat.

Raja yang menolak wahdaniah Allah yang degil itu berbuat demikian kerana sesuatu sebab yang sepatutnya dia beriman dan bersyukur. Sebab itu ialah Allah mengurniakan pemerintahan kepadanya dan meletakkan kuasa di tangannya. Sepatutnya dia bersyukur dan mengakui Wahdaniah Allah, tetapi kuasa telah membuat orang yang tidak menghargai nikmat Allah dan tidak memahami sumber pemberian itu menjadi manusia yang melampau dan angkuh.

Oleh sebab itulah mereka meletakkan kekufuran di tempat kesyukuran dan menjadi sesat dengan sebab yang seharusnya mereka boleh menjadi mukmin. Mereka dapat menjadi pemerintah kerana Allah mengangkat mereka menjadi pemerintah, tetapi Allah tidak membenarkan mereka memperhambakan orang ramai dengan memaksa mereka mengikut undung-undang yang dibuat oleh mereka, sedangkan mereka juga bersifat hamba seperti orang ramai.

Mereka seharusnya menerima undang-undang atau syariat Allah dan tidak membuat undang-undang sendiri selain syariat Allah, kerana mereka hanya khalifah atau wakil pemerintah bukannya pemerintah yang sebenar.

Sayyid Qutub berkata: “Apakah tidak engkau melihat? Itulah pertanyaan yang mengandungi maksud mengeji dan memburukkan. Bantahan dan kecaman itu tercetus dari susunan kalimat pertanyaan ini sendiri dan susunan maknanya. Perbuatan itu adalah satu perbuatan yang sungguh keji.

Adalah tidak wajar bagi seseorang berdebat dan membantah dengan sebab nikmat dan kurnia. Adalah tidak wajar bagi seseorang hamba mendakwa mempunyai sesuatu kuasa dari ikhtisas Allah. Adalah tidak wajar bagi seseorang pemerintah memerintah manusia dengan hawa nafsunya tanpa mengambil undang-undang dari Allah”.

Firman Allah: Ketika Ibrahim mengatakan: Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan.

Al-Baghawi berkata: “Peristiwa ini berlaku mengikut sebahagian ulama selepas daripada Ibrahim dicampakkan ke dalam api.”

Sayyid Qutub berkata: “Kerja-kerja menghidup dan mematikan merupakan dua gejala yang berulang-ulang kali berlaku pada setiap saat dan sentiasa terdedah kepada perasaan dan akal manusia. Tetapi di dalam waktu yang sama kedua-duanya merupakan rahsia yang membingungkan mereka.

Hakikat mati

Akal manusia terpaksa merujuk rahsia ini kepada sumber yang lain yang bukan bersifat manusia dan kepada urusan yang lain dari urusan para makhluk. Mereka pasti menunjukkan rahsia ini kepada Allah yang berkuasa mencipta dan memusnahkan untuk menghuraikan teka-teki yang melemahkan sekalian yang hidup”.

Kita tidak mengetahui sesuatu apa pun mengenai hakikat hidup dan hakikat mati sehingga ke saat ini, tetapi kita hanya memahami gejala-gejalanya sahaja pada yang hidup dan yang mati. Kita terpaksa menyerahkan sumber hidup dan mati ini kepada sesuatu kuasa yang bukan dari jenis kuasa-kuasa yang kita mengetahui seluruhnya, iaitu kuasa Allah.

Oleh sebab itulah Ibrahim a.s memperkenalkan Tuhannya (kepada raja itu) dengan sifat yang tidak ada pada sesiapa pun dan tidak boleh didakwa oleh sesiapapun apabila raja itu bertanya beliau: “Siapakah Tuhan yang menjadi sumber hukum dan undang-undang itu?” Ibrahim menjawab: “Tuhanku yang menghidup dan yang mematikan. Oleh kerana itu Dialah juga yang berhak memerintah dan mengatur undang-undang”.

Sebagai seorang Rasul yang dikurniakan kebolehan laduni sebagaimana telah kami terangkan di permulaan juzuk ini, tentulah Ibrahim a.s. tidak bermaksud dengan sifat menghidup dan mematikan itu ialah semata-mata untuk menyatakan kerja menghidup dan mematikan itu sahaja kerana kerja ini memanglah kerja Allah yang Maha Esa yang tiada siapapun dari makhluk-nya yang turut mengambil bahagian dalam kerja itu.

Namun raja yang berdebat dengan Ibrahim mengenai Tuhannya itu telah memandang dirinya mempunyai sifat tuhan kerana dia memerintah kaumnya dan berkuasa menghukumkan mereka hidup atau mati dan kerana itu dia berkata kepada Ibrahim: “Aku penghulu mereka dan akulah yang mentadbirkan segala urusan mereka dan kerana itu maka akulah tuhan yang engkau wajib patuhi segala perintah dan hukumnya”.

Firman Allah: Ibrahim berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, Maka terbitkanlah dia dari barat, lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Al-Nasafi berkata: “Ini bukanlah dengan melarikan hujah kepada hujah yang lain seperti sangkaan sebahagian kerana hujah pertama lazim yang sudah sempurna. Tetapi apabila musuh yang laknat enggan dengan hujah menghidupkan dengan cara membebaskan orang yang sepatutnya dibunuh, maka dialih hujah yang lain kerana kebodohan mereka”.

Al-Maghari berkata: “Allah tidak memberi hidayat kepada yang berpaling daripada menerimanya dan yang tidak melihat kepada dalil untuk menyampaikan kepada makrifat yang sebenar”.

Ibnu Jauzi berpendapat dengan makna ‘orang kafir’ dan kata Muqatil pula dengan makna ‘dia tidak diberi hidayat untuk berhujah. Yakni Namruz’.

Iktibar Ayat

* Kelebihan Nabi Allah Ibrahim sebagai Rasul Ulul Azmi.

* Berhujah diharuskan untuk menegakkan kebenaran dalam menyampaikan dakwah.

* Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.