Saturday, May 3, 2008

UMNO, MELAYU DAN SULTAN....?

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Isu Melayu dan Sultan jadi hangat sejak 5 negeri jatuh ke tangan PR seperti lakunan drama dari Amerika Latin (maaf jalan ceritanya terlalu mudah tapi dibuat jadi pening kepala).

Sila renungkan beberapa berita dari media perdana....

A) Istana arah tarik balik - Raja Nazrin titah MB Perak kekalkan Jamry Pengarah JAIP


MOHAMMAD Nizar Jamaluddin (kiri) dipanggil menghadap Raja Nazrin semalam, berhubung pertukaran serta-merta Pengarah JAIP, Jamry Sury manakala Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (kanan) mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong mengenai kemelut jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri itu.


IPOH 2 Mei – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini menitahkan pertukaran serta-merta yang diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury ditarik balik.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang ini, Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry Selasa lalu telah membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

Titah Sultan Perak menarik balik arahan pertukaran Jamry yang juga Setiausaha MAIAMP itu disampaikan kepada Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini.

Susulan itu, Raja Nazrin, atas kedudukan baginda sebagai Yang Dipertua MAIAMP, telah menitahkan Mohammad Nizar, 51, menghadap baginda pada pukul 11 pagi ini di Istana Raja Muda Perak di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu yang baru memimpin kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas selama 46 hari diminta menjelaskan kepada baginda berhubung arahan supaya Jamry, 47, ditukarkan serta-merta daripada jawatan Pengarah JAIP.

Selasa lalu, Jamry diarahkan mengosongkan pejabatnya oleh Mohammad Nizar. Tindakan terhadap Jamry yang ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu dipercayai ada kaitan dengan pertikaian mengenai isu-isu pentadbiran agama dan usaha Menteri Besar itu untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

Menurut kenyataan Istana Perak yang dikeluarkan melalui Setiausaha Sulit kepada Sultan, Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd. Rahim Mohamad Nor, ketika Mohammad Nizar dipanggil menghadap, Raja Muda Perak telah menyampaikan pandangan dan pendirian Sultan supaya arahan pertukaran serta-merta yang dikenakan ke atas Jamry ditarik balik.

Kenyataan itu menyebut: “Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan terhadap pentadbiran kerajaan yang dilakukan oleh Jamry, maka kerajaan negeri diminta mempersembahkan perkara tersebut secara rasmi kepada Sultan.

“Sultan yang akan menitahkan proses undang-undang selanjutnya sebelum diambil apa-apa keputusan secara muktamad.

“Sebarang perbuatan dan tindakan yang dilakukan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Perak dan Raja Muda dianggap telah membelakangkan kedudukan Sultan sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua MAIAMP.”

Sebelum itu, kira-kira pukul 11 pagi, Mohammad Nizar dilihat tergesa-gesa meninggalkan Mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) yang diadakan di Bangunan LAP di sini selepas dipanggil ke istana.

Selasa lalu, beliau telah mengarahkan Jamry bertukar dengan mendakwa Jamry tidak boleh memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Perbuatan Mohammad Nizar itu segera dibidas oleh ahli-ahli politik di Perak kerana ia dikatakan melanggar tradisi negeri ini. Di negeri ini, semua pelantikan melibatkan institusi agama dibuat dengan perkenan Sultan Perak selaku ketua agama Islam.

Menurut kenyataan Istana Perak, Sultan Azlan bertitah, pentadbiran kerajaan negeri perlu memperlihatkan satu bentuk amalan yang adil termasuk dalam pertukaran para pegawai.

Baginda dipetik sebagai mengingatkan bahawa proses keadilan itu hendaklah dipatuhi supaya tidak ada dalam kalangan rakyat merasakan diri mereka menjadi mangsa kepada perbuatan fitnah atau penindasan daripada mana-mana pihak yang lebih berkuasa.

“Sebelum sesuatu keputusan atau hukuman dijatuhkan, proses dan prosedur yang memperlihatkan berlakunya keadilan hendaklah dipatuhi sepenuhnya terlebih dahulu.

“Prinsip keadilan sejagat perlu dihormati. Oleh itu, mana-mana pihak yang dikenakan sebarang tuduhan hendaklah diberikan hak untuk membela diri dan memberikan penerangan supaya satu pertimbangan yang saksama lagi adil dapat dilakukan,” menurut kenyataan itu.

Pada pandangan istana, pelantikan Jamry selaku Pengarah JAIP yang juga berperanan sebagai Setiausaha MAIAMP hanya dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Perak.

Kenyataan itu menegaskan, urusan agama Islam serta badan dan agensi yang bertanggungjawab dengannya adalah di bawah kuasa mutlak Sultan.

“Pada tafsiran Sultan Perak, Menteri Besar mempunyai tanggungjawab untuk menghadap dan memaklumkan kepada Sultan dan juga kepada Raja Muda, memohon mendapat perkenan sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan hal ehwal agama Islam, badan dan agensi yang bertanggungjawab dengan agama Islam.

“Ia merangkumi urusan lantikan, penempatan dan pemindahan pegawai dan kakitangan yang menguruskan hal ehwal agama Islam, apatah lagi bagi penjawat jawatan penting dan jawatan utama,” ujar kenyataan itu.

Malah, ketika Mohammad Nizar menghadap Raja Nazrin pagi ini, Raja Muda Perak itu memperingatkan Menteri Besar berkenaan hubungan kerja dengan istana.

Hubungan kerja yang menghormati Sultan, kata kenyataan itu, merupakan satu konvensyen dan budaya kerja yang sentiasa diamalkan serta dihormati oleh setiap Menteri Besar dengan pihak istana selama ini.

Raja Muda bertitah, hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman itu wajiblah dihormati pada setiap masa.

Menurut kenyataan itu, Raja Nazrin Shah juga telah menyampaikan nasihat dan pandangan Sultan Perak bahawa seseorang ketua kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan hendaklah memperlihatkan berlakunya keadilan.

Sebagai Menteri Besar, Mohammad Nizar, titah baginda, perlu mematuhi prosedur dan tatacara pentadbiran berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada.

Baginda berpendirian bahawa kestabilan sesuatu pentadbiran dan kerajaan adalah berlandaskan kepada prinsip yang berpegang kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

“Baginda Sultan amat mementingkan hubungan kerja harmoni dan baik berlaku di kalangan para pentadbir dengan pemimpin politik di negeri Perak demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.

B)

Urusan agama perlu maklum sultan

KANGAR 2 Mei - "Sebarang tindakan berkaitan urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu negeri Perak harus disembah maklum terlebih dahulu kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah," kata Orang Kaya Temenggung Paduka Raja, Orang Besar Negeri Perak, Datuk Seri Wan Fadzir Wan Hussain hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini, Wan Fadzir yang juga Ahli Dewan Negara Perak dan Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak merangkap Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, meminta semua pihak mencontohi Sultan Perak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Menurutnya, Sultan adalah ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu Perak dan dengan sebab demikian, adalah wajar, tepat serta berhemat sekiranya baginda disembah maklum terlebih dahulu mengenai apa-apa perkara penting terutama yang melibatkan urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu negeri Perak.

Katanya pandangan dan nasihat baginda perlu diambil kira sebelum sesuatu tindakan dan keputusan dibuat oleh mana-mana pihak, kata Wan Fadzir, seorang bekas guru yang pernah berkhidmat di Perlis.

Pada 29 April lalu, media melaporkan bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury telah diarah bertukar ke jabatan lain dalam tempoh 24 jam kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selepas memanggil Jamry ke pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan. Mohammad Nizar kemudiannya berkata bahawa pertukaran tersebut adalah proses pertukaran biasa bagi kakitangan perkhidmatan awam.

Wan Fadzir, yang ditemui di Kampung Guru dekat sini hari ini, bagaimanapun tidak merujuk kenyataannya sebagai mengulas kes yang membabitkan Jamry.

Menurut beliau, semua pihak seharusnya mencontohi apa yang dilakukan oleh Sultan Perak dan Raja Muda, Tuanku Dr. Nazrin Shah menggunakan cara yang amat bijaksana dan terhormat semasa menangani kemelut pelantikan Menteri Besar Perak baru-baru ini.

"Ianya dilakukan dengan cara penuh hemah, kesabaran yang amat tinggi, dan sepatutnya amalan sebeginilah dijadikan contoh oleh semua pihak," katanya.

- Bernama

C)

'Jika tak puas hati rujuk Seri Paduka'

PULAU PINANG 2 Mei - Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya (gambar) meminta mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pelantikannya semula ke jawatan berkenaan supaya merujuk dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ini kerana, katanya, pelantikan jawatan Yang Dipertua MAIPP adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.

Malah, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan berkata, keputusan agar beliau meneruskan tugasnya sehingga tempoh watikah pelantikan berakhir pada 31 Disember tahun depan telah dibuat oleh Tuanku Mizan sendiri.

''Semasa menghadap Tuanku Mizan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur pada 28 April lalu, baginda telah bertitah supaya jawatankuasa atau ahli majlis MAIPP yang telah dilantik mulai Januari 2008, hendaklah meneruskan tugas dan tanggungjawab sehingga tamat tempoh watikah pelantikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelantikan dan mengangkat sumpah oleh Speaker dan Timbalan Speaker serta angkat sumpah ADUN-ADUN di sini hari ini.

Shabudin mengulas mengenai langkah kerajaan negeri hari ini untuk menghadap Tuanku Mizan bagi berbincang mengenai kemelut melibatkan pelantikan semula beliau sebagai Yang Dipertua MAIPP.

Beliau yang telah mengumumkan peletakan jawatannya pada 8 April lalu selaras dengan kehendak kerajaan negeri yang baru, telah diminta meneruskan tugasnya sehingga tempoh watikah pelantikan berakhir pada 31 Disember tahun depan.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Shabudin berkata, beliau dan ahli majlis MAIPP yang lain berjanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Tuanku Mizan dengan sebaik mungkin.

''Kita juga akan pastikan nasib umat Islam di Pulau Pinang akan terus terbela melalui pembangunan dan menjana pendapatan termasuk melalui tanah wakaf serta zakat," ujarnya.

Menurutnya, pada tahun 2007, MAIPP berjaya memperoleh kutipan zakat sebanyak RM34.4 juta berbanding RM28 juta pada 2006 dan peningkatan itu adalah hasil keyakinan umat Islam membayar zakat dan agihan zakat yang dilakukan secara telus.

Dalam pada itu, Shabudin meminta mana-mana pihak yang membuat tuduhan secara liar bahawa MAIPP tidak menguruskan zakat dengan betul serta berlaku penyelewengan dalam Majlis berkenaan supaya membuat laporan polis.

''Ada juga yang cakap saya makan duit zakat, saya rasa ini adalah tuduhan cukup liar dan kita tidak mahu ada pihak berterusan membuat fitnah kerana hal ini berkaitan isu agama.

''Jangan buat tuduhan ikut hawa nafsu, kita tidak mahu ia digembar-gemburkan secara tidak bertanggungjawab, jadi jika ada bukti, buatlah laporan kerana kerajaan kita ada undang-undang," tegasnya.

D)

Kongres syor 5 langkah jaga hak Melayu

JOHOR BAHRU 2 Mei – Kongres Permuafakatan Melayu malam ini mencadangkan lima langkah drastik termasuk menubuhkan Majlis Muafakat Melayu (3M) untuk menjaga hal ehwal, hak dan menyelesaikan masalah orang Melayu di negara ini.

Selain penubuhan 3M, kongres itu turut menyarankan dikukuhkan bahasa, budaya dan parti politik Melayu selain mencabar agenda pihak tertentu yang bersikap perkauman.

Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein berkata, pembentukan 3M penting untuk menjadi saluran rasmi bagi orang Melayu kerana unsur perkauman kini semakin menebal dalam masyarakat.

“Walaupun terdapat pihak yang ingin memberi nama lain seperti Majlis Muafakat Orang Melayu, tetapi apa pun nama yang akan diberikan, ia bertujuan menjadi saluran rasmi kepada kita semua.

“Kalau 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir dalam kongres ini dapat memberi sokongan padu, saya rasa tidak timbul masalah (untuk mewujudkan majlis itu),” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Permuafakatan Melayu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.

Lebih 1,000 aktivis dan cendekiawan Melayu menyertai kongres dua hari itu.

Dalam ucapannya, Ismail turut mencadangkan supaya semua NGO Melayu bersatu dan melaksanakan tanggungjawab menegakkan hak orang Melayu.

Menurutnya, Gapena berpendapat unsur kemelayuan sangat penting dan mendesak dalam pembangunan Malaysia pada masa akan datang.

Selain itu, beliau menyeru semua parti politik Melayu dan bukan Melayu supaya memerangi unsur perkauman yang amat ditakuti oleh semua rakyat negara ini.

Menurut Ismail, unsur-unsur perkauman makin menebal selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menyaksikan kemerosotan prestasi Barisan Nasional.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memerangi dan menghapuskan unsur tersebut.

“Hati bangsa Melayu tidak harus dilukakan. Nampak sangat sikap perkauman dan sikap menghina orang Melayu akan menjadi sangat nyata dan kita perlu menghadapinya,” ujar beliau.

Ismail mengajak orang Melayu mengambil pengajaran di atas kemenangan dan kekalahan sebuah parti Melayu yang telah lama berjasa kepada orang Melayu kerana kini terdapat parti Melayu yang tidak mempunyai pengalaman memerintah masyarakat berbilang kaum yang kompleks.

“Maka, mereka menggunakan kesempatan ini untuk melepaskan geram dan membalas dendam dan ini bertentangan dengan Perlembagaan Negara,” ujarnya.

AZIIM: Ada beberapa persoalan yang selama ini tenggelam tapi sekarang dimunculkan. Yang menarik ialah hampir semua berbicara soal kemaslahatan rakyat, kebajikan rakyat dll. Pokonya rakyattttttttttt..

Bagi kami:

1. Selama bertahun-tahun lampau atau mungkin sejak sebelum wujud Malaysia, institusi raja atau sultan, rakyat umumnya tidak kesah sangat sekalipun cerita buruk akhlak dan keperibadian secara umum amat mendukacitakan. Malu rakyat, jika dibuka cerita ini tapi rakyat tetap mengeluh di belakang. Apa nak jadilah para sultan dan raja Melayu ni?..sampai bila nak jadi macam ni...Masih tak ubah seperti zaman feudal sekalipun ianya moden tapi fahamannya masih kukuh berakar umbi ke dalam kehidupan . Kami berharap institusi di raja Melayu juga patut merenung diri sendiri sebab jika berkuasa , Allah maha berkuasa, jika kaya, Allah maha Kaya, jadi kenapa masih tidak mahu kembali kepada ISLAM yang benar dan paling kurang patut rasa malu dengan rakyat.

2. Kongres Perpaduan Melayu, baguslah tapi dah terlucut seluar baru nak fikir malu? Kenapa sebelum ini tak fikir wahai para pemikir? Ini bukan soal PAS atau UMNO tapi soal Melayu itu sendiri dah berceramuk integriti dirinya. Nak kata Islam pun tak tahulah, naka kata apa pun serba tak jelas. Sebab itu kita harus betulkan dulu dari atasnya bermula dari para sultan, raja-raja, PM, TPM dan kabinetnya. Kenapa para pemikir tak mahu tegur sultan dan raja-raja? Takut kene tarik gelaran? Inilah cara berfikir yang sangat jauh terpesung dari keperibadian Melayu sejati. Ini Melayu sudah dibeli dan Melayu hilang identiti. Jangan tegur rakyat dan parti sahaja ..yang lebih besar salahnya ialah mereka yang diberi amanah untuk menjaga nasib Melayu dan agama? Kenapa mereka tidak diajak untuk mendengar para cerdik pandai berbicara?..Inilah warisan kantoi..sampai bilapun takkan berubah selagi Istana tidak mampu dirubah. Kami Setuju gelaran Gajah Sarkas tapi solusinya mesti berlaku cara yang betul bukan hanya salahkan rakyat Melayu sahaja..Yang menjahanamkan Melayu adalah pemimpin Melayu sendiri termasuk Istana. Selama ni apa bukti usaha yang konkrit untuk jaga kepentingan Melayu? Porahlah...dah masuk dalam perigi buruk baru nak cerita teori cara nak selamatkan diri..fikir sebelum lah bro.!!

3. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi rakyat umumnya dah tahu, kenapa para prof. masih nak sanjung mereka yang buat salah dengan Melayu? Tolong semak balik tuan-tuan, jangan hanya mendendangkan lagu yang tidak berfakta real. Dah lama lagu "tudung periuk ..."di dendangkan ke telinga orang Melayu sampai yang tak lojik dikhayalkan jadi lojik.. Apa salahnya kita terbuka dan semua pihak berlapang dada? ..Semua tanpa kecuali dari atas sampai bawah...baru boleh jika tidak prof berbincang serius masalah nasib Melayu para pemimpin Melayu masih asyik menghisap cerut mahal dan meraba punggung orang?? Nak bangga apa tuan? INi cerita dalam negeri, kalau di luar sape yang menghabiskan duit rakyat di pusat judi bertaraf dunia? Kenapa isu seperti ini tidak diangkat? Balik ke sikap lagi...jadi 40 hari 40 malam berkongres pun takkan jadi apa-apa??

4. Menteri Besar PR, dilanyak media karut sama macam zaman dulu juga. Rakyat diperdengarkan cerita oleh tukang karut agar tertidur dan tidak sempat nak jadi pandai..sebab jika pandai dia akan minta macam-macam..inilah jadi..menteri tidur..macam di sekolah dulu..cikgu letih ..suruh anak murid tidur..habis satu kelas tidur..di Malaysia ni pun sama juga ..rakyat disuruh tidur kerana PMnya rajin tidur..Kepada semua pihak cukuplah 50 tahun kita tertidur dibuai angin sepoi-sepoi bahasa dari UMNO yang kononya merekalah pejuang nasib Melayu..porahlah..rasa nak muntah,,,Marilah kita kembali kepada Islam dan merujuk semula kepada Alquran dan sunnah. ..!!!

6 May...kami sedut dari BLOG HR9808@IKRAR....


ISU SULTAN DAN MEE KARI PAK MAD.......

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

4 May.

Sekitar ja 12.30 tengahari, kami berangkat ke rumah Pak Mad kerana memenuhi hajat beliau dan jam 4.30 petang mengikuti dialog YAB Tan Sri Khalid MB Selangor dengan penduduk Desa Tun Razak. Dalam perjalanan, kami sempat berbicara soal Kongres dan raja-raja Melayu. Ada beberapa poin yang menarik untuk direnung:

1. Kenapa baru sekarang pemikir dan pemimpin Melayu rasa risau dengan fenomena UMNO-BN kalah?.
2. Apakah faktur sebenar yang membuat mereka risau?
3. Kedaulatan Sultan atau Raja-raja Melayu apakah masih relevan sepuluh tahun akan datang?
4. Akibat dari pandangan yang keras dan teguran terbuka terhadap institusi Raja Berpelembagaan. Di mana kewajarannya?
5. Sultan di mata atau di hati bagi seorang rakyat kecil...

Poin pertama:

Kerisauan pemikir mungkin ada asas sosiologi dll tapi ini semua adalah akibat dari suatu perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin Melayu sendiri dan golongan elit Melayu. Mereka sudah hilang pedoman sebelum ini sehingga mereka hanya fikirkan perut dan kekayaan mereka sahaja. "UMNO-BN takkan kalah..jangan bimbang..jangan ragu...kita sental aje duit rakyat ni...kita itu kita ini.." .."Alamak kita kalah lah.." Pemimpin Melayu tepuk dahi..Suasana untuk berdepan dengan kekalahan tak ada langsung terutama di Selangor, Perak dan Kedah. Boleh kita katakan seperti mereka semua termasuk para "think tank, Raja dan pemimpin UMNO/Melayu" terhumban berjemaah dalam sebuah perigi buruk yang dalam. Dalam perigi, mereka cuba meminta tali dari atas untuk keluar sambil menjerit kepada sesiapa yang lalu lalang di situ. Bermacam teori dan nasihat tercapai setelah rasa letih menjerit meminta tolong tidak dihiraukan lagi oleh sesiapa. Bagi yang lalu lalang (rakyat) berfikir apakah ini betul-betul minta tolong atau mungkin juga jika aku tolong aku juga ditarik masuk ke dalam perigi itu..Bermacam dugaan boleh timbul kerana (rakyat) sudah hilang kepercayaan kepada si peminta tolong..
Jika sebaliknya pula...sipeminta tolong terus mencaci maki pihak yang lalu lalang tak mahu tolong maka (rakyat) akan berkata..." udahlah nak minta tolong dimaki kita pula?"...inilah kondisi yang berlaku sekarang.

2. Faktur kerisauan sebenar. "Risau hilang kuasa dan kebiasaan berkuasa". Hilang kuasa memberi impak kepada runtuhnya institusi nepotisma dan kronisma yang dipertahankan oleh pemimpin VIP Melayu sejak 50 tahun lalu. Kondisi ini bagaikan naik bas yang besar tapi yang memandu bukan lagi seorang pemandu...beberapa pemandu berhak memberi nasihat jika dalam keadaan tertentu yang membahayakan pemandu boleh bertukar ganti. Pemandu yang mengantuk sudah pasti membahayakan mereka yang berada di atas bas dan sepatutnya pemandu tersebut direhatkan. Tapi oleh kerana pemandu tadi berbangsa Melayu atau berdarah Raja atau apa saja cop Melayu nya, sekalipun dia mengantuk tetap juga dia memandu ..adalah alasan konyol yang sangat merugikan semua pihak. Bahkan perbuatan membiarkan perbuatan ini akan menyebabkan kematian jika bas masuk gaung...

3. Relevan atau tidak Sultan 10 tahun akan datang sangat ditentukan oleh mentaliti rakyat secara umum. Ini bukan dilakar oleh seseorang tapi ini adalah kehendak rakyat. Sama seperti di Indonesia ..raja ada tapi sudah tidak berkuasa lagi. Jika mahu diwajarkan alasannya boleh saja tapi realitinya adalah kesedaran rakyat tentang betapa besarnya budget dari wang negara yang dihabiskan untuk mempertahankan sebuah institusi Raja yang tak jelas manfaatnya kepada rakyat. Apakah rakyat boleh terima yang Raja amat menjaga Islam dan adat Melayu?
Maaf saja sampai saat ini..semuanya hanya atas kertas dan tidak terbukti langsung dalam praktikal hidup. Ini persoalan dasar yang para Raja harus mampu memberi solusi dan jawapan. Dunia makin cepat berubah dan ilmu tentang hak rakyat tidak dapat dibendung lagi..Jadi akhirnya jika tidak jelas fungsinya untuk tujuan dasar tadi..maka rakyat akan bertanya untuk apa ini semua? Alangkah lebih baik wang jutaan RM itu dibelanjakan untuk pendidikan dan kebajikan rakyat?..

4. Akibat kritikan terbuka kepada Raja Melayu memang amat dahsyat mungkin ke ISA tapi amat disayangkan ini seperti praktisi zaman feudal yang zalim. Sampai bila semua mulut rakyat ditutup dari berkata benar di hadapan tindakan para pemerintah yang tidak mementingkan nasib, hak dan kebajikan rakyat. UMNO pertahankan institusi ini bukan ikhlas untuk membela rakyat tapi lebih menjaga perut mereka kerana banyak juga projek yang melibatkan para Raja Melayu ini. Sekalipun salah, merugikan negara, menghancurkan masa depan negara tapi oleh kerana ada sokongan istana semua jadi ok...INILAH TRADISI KEZALIMAN YANG BERPANJANGAN. Ini tidak boleh dibiarkan kerana bercanggah dengan semangat dan ruh RUKUN NEGARA yang sebenarnya. Jika benar VIP Melayu serius mahu berubah dan bertaubat dari kezaliman sebelum ini maka mereka perlu menghitung semula secara jujur berapa banyak wang negara yang telah mereka pergunakan untuk kepentingan diri bukan untuk Negara?..Hal ini dulu diselesaikan...terbuka kepada rakyat dan kembalikan segala harta dan apa juga yang bukan hak merka kepada rakyat!! Amatlah memalukan jika para VIP Melayu terus mendabik dada kami menjaga kepentingan Melayu dan Islam tapi soal yang asas sahaja belum dapat dilaksanakan, maka di mana maruah Melayu? Apatah lagi jika dengan kritik terbuka rakyat ditangkap dan dimasukkan ke ISA. Ini lebih jelas lagi bahawa sistem feudal masih berlaku dan Malaysia adalah negara HADHARI yang tenggelam punca..

5. Akhirnya ..benar kata pepatah.."Raja ADIL disembah, Raja yang Zalim disanggah"..Ini pepatah Melayu bukan pepatah bangsa lain. Dan bangsa lain juga belajar dari pepatah ini. Nak salahkan bangsa lain? Tolong lah renung sendiri..maaf ye.."Ampun Tuanku...." orang Melayu tunduk tapi datang seorang taukeh dari bangsa lain..sambil menepuk bahu .." Apa kabar Tengku..."...Jadi siapa yang salah? Siapa yang ajar semua ini?. Sama juga kelibat di Bar atau kelab VIP yang tunggang langgang minum arak sambil bergelak ketawa " U n I" pengganti panggilan rasmi juga dari mana asal usulnya?..Marilah kita merenung sejenak...!!!..Namun bukan semua Raja macam ni..terutama dari Terengganu..Kami berharap contoh yang baik dari Kerabat Terengganu menjadi contoh kepada yang lain...!!

Hampir setengah jam dalam perjalanan..kami tiba di Desa Tun Razak. Pak Mad dan isteri sudah siap sedia menerima kadatangan kami. Alhamdulillah Pak Mad menjamu kami dengan mee kari beliau yang enak sambil terus berbincang soal isu semasa yang sangat menarik untuk diungkapkan. Kami turun setelah Asar dan kebetulan lif rosak maka turunlah kami berjalan kaki..Alhamdulillah ramai juga penduduk yang menunggu Tan Sri..Dialog berjalan lancar dan amat menarik kerana apa juga soalan dijawab dengan baik oleh Tan Sri.

Setelah selesai kami sempat minum dan bertemu denganRazali dari AMK Gombak..beliau bagi beberapa idea yang menarik untuk diambil tindakan oleh IKRAR.

Bersurai jam 7 malam...

6 May.
Apa yang dibincangkan dalam kereta tempuh hari muncul di Utusan online, kami secara prinsip bersetuju dengan Karpal dan rakyat amat berharap agar Sultan menghormati kehendak rakyat dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat...

Karpal pertikai sultan - Sifatkan istana campur tangan pentadbiran negeri Perak

KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'

‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memetik kes Mahkamah Persekutuan pada 1982, yang menurutnya jelas menunjukkan urusan membabitkan kakitangan awam sama ada patut dipindah dan ke mana hendak dipindah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini,” kata Karpal.

Dalam hal ini, beliau berpendapat kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana.

‘‘Masalahnya Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan negeri tidak sepatutnya dipengaruhi istana.

‘‘Arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang. Jamry patut ditukar seperti keputusan awal kerajaan negeri. (Mohammad) Nizar tidak perlu minta maaf... tiada apa yang salah,” katanya.

Karpal turut menggesa Kerajaan Pusat memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri agar apa yang berlaku di Perak tidak menjadi ikutan negeri-negeri beraja yang lain.

Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak dilaporkan akan menghadap Sultan Azlan Shah Selasa ini bagi menyerahkan watikah memohon ampun atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP baru-baru ini.

Perbuatan Mohammad Nizar itu melanggar tradisi di Perak kerana semua pelantikan Pengarah JAIP sebelum ini dibuat dengan perkenan Sultan Perak.

“Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak.

“Saya akan memohon menghadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin,” kata Mohammad Nizar dalam satu kenyataan Sabtu lalu.

Jamry, yang bertugas sebagai Pengarah JAIP sejak 2004, diarah bertukar serta- merta ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Mohammad Nizar yang mengeluarkan arahan itu pada 29 April mendakwa Jamry tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Pertukaran itu dikatakan ada kaitan dengan isu-isu pentadbiran agama dan usaha kerajaan negeri yang baru untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

Pada Jumaat lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran tersebut.

Arahan itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

IKRAR; Yop, pepatah Melayu ada mengajo kita "Raja yang adil disembah dan Raja yang zalim disanggah". INI PETUA sejak zaman berzaman dan tradisi petua ini harus disedari juga oleh para Sultan dan Raja-raja Melayu. Apatah lagi dalam dunia maya ini, informasi kebejatan sesiapa pun boleh didedahkan dan diselongkar. Rakyat kecil yang bersatu akan menjadi kuasa keramat yang dapat menenggelamkan kedaulatan sesiapapun di dunia ini. Inilah kedaulatan rakyat dan kuasa ini jangan dipersendakan kerana akibatnya sangat fatal. Alangkah baik para Raja Melayu bertindak sesuai dengan perlembagaan yang ada dan beretika sesuai dengan darjah kebesaran tapi tidak sombong dengan rakyat jelata. Sejarah banyak mengajar kita tentang kes-kes seperti ini tapi pemimpin Melayu UMNO cuba menutupnya agar mempermudahkan kerjasama antara istana dan kerajaan UMNO memerintah. Rakyat dikhayalkan dengan cerita dongeng dan biarkan dia khayal...Penagih dadah, penagih candu, penagih arak, penagih dada (Samy kata..) terpelihara dengan baik kerana ada kaitannya denagn sikap pemimpin Melayu sendiri..."biarkan dia dengan labu-labunya " adalah sebuah pelarian dari sebuah kenyataan dari dunia nyata....Ayuh mari kita belajar dengan sejarah dan merenungnya dengan saksama ...dalam alquran jelas Allah menekan konsep .. "taat kepada sesiapapun mesti berasaskan kebenaran bukan ikutan adat dll". Jadi mari kita meneliti semula ruh Alquran..dan perlembagaan yang ada..!! Yop jangan dikejo takut kerana bayang kerana ianya hanya sebuah bayangan..!!!.

AZIIM: Desakan saling menghormati dari rakyat bukan sesuatu yang durhaka kerana asasnya kita semua adalah "HAMBA ALLAH" apakah raja atau siapa kita disisi Allah bukan itu yang memuliakan kita..tapi kita mulia kerana ketaqwaan kita kepada Allah. Salah satu sifat mereka yang bertaqwa ialah ADIL kepada rakyat dan rakyat TAAT kepada pemerintaha yang ADIL. INilah dasar ISLAM yang amat sempurna untuk manusia sejagat...


6 May

AZIIM: YOP, PORAHLAH...KOME NYOKONG BaWA REBAH AJE...

Laporan polis terhadap Karpal Singh

IPOH 5 Mei - Pemuda UMNO Perak hari ini membuat laporan polis terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, beliau membuat laporan itu supaya polis menyiasat dan meminta pemimpin DAP itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbau hasutan itu.

''Kita meminta polis menyiasat Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan itu telah meresahkan rakyat Perak, khususnya berhubung dengan kuasa Sultan Perak itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Sultan Perak tidak mempunyai kuasa terhadap penukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury.

Karpal dilaporkan berkata, Sultan Perak tidak boleh berkata apa-apa terhadap keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan mengikut undang-undang, istana tidak boleh melantik kembali Jamry Sury ke jawatannya.

Selasa lalu, Sultan Perak, Sultan Azlan menitahkan agar ditarik balik arahan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry pada hari Selasa lalu, telah membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

Zainol berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh itu menimbulkan satu polemik serta keresahan dalam kalangan rakyat atas bidang kuasa raja ke atas agama dan istiadat Melayu di negeri ini.

Katanya, ia sekali gus menjejaskan kepercayaan atas hujah tersebut.

''Oleh itu, polis perlu menyiasat atas kenyataan ini kerana ia telah menghasut kerana ia boleh menjejaskan di atas kuasa sultan terhadap agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri ini," katanya.

AZIIM; Yop, selame ini kome buat kroje ape yop (pemude Umno le) Ngayun buah ape..? ...lebih baik motong getah aje..teman asal orang kampung tak jauh dari Istana Kuala Kangso tu, kalau orang kampung kite lapo, ade ke Sultan bagi kome beras? atau kene motong juge yop.?.Teman bukan bencikan Sultan atau cinta sangat pada Karpal, tapi kite kene tenguk yang beno yop!!! Pesan teman lebih baik mike semue mintak dengan Sultan ape juge hak rakyat yang salame ni di kebas oleh para Sultan, Pemimpin kome UMNO tu dan Raja Melayu . Nenek teman dulu jadi Panglima Sultan yop .....waktu Sultan perlu dia gune le ..tapi jika dia tak perlu ..rakyat nak ngadu dengan sape yop?...Deme hari-hari makan ayam, orang kampung kite makan ape yop kalo tak noreh?? Tolong cerodek sikit yop...Minta dengan Sultan tu dari elaun dan komisyen yang deme dapat dari projek rakyat...Jangan jadi mangkuk yop...!!!




Friday, May 2, 2008

PEMIMPIN UMNO-BN BERMAIN API DENGAN RAKYAT-ISA

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Kami menolak ISA sebab ianya ZALIM dan wajib ditolak sepenuh hati oleh seluruh rakyat. Hari ini mungkin si A dan esuk mungkin si B dan seterusnya ada sahaja yang kena ISA. Sampai bila ni..??Ya sampai bila-bila selagi UMNO-BN memerintah Malaysia. APA kita nak buat? Memo dan demolah....!!! Cara lain dah cuba dalam pilihanraya tapi mereka masih pegang lagi Malaysia walaupun dah tinggal berapa persen saje tapi menterinya masih dari UMNO-BN.

Sedutan dari isteri mangsa ISA...dari IKRAR
3 May.

Membaca tulisan salah seorang rombongan penyerahan memorandum ke Parlimen membuat hati rasa sedih, marah dan kecewa. Tapi secara sedar ianya tidak akan merubah apa-apa jika melayan perasaan begitu. Apatah lagi nasib anak-anak dan keluarga tahanan ISA, semakin lama bermakna semakin parah dan semakin asyik para sidurjana melihat keperitan ini...Mari kita renungkan tulisan beliau... "Angkuhnya Khairy pertahan ISA"
Norlaila Othman (Keluarga Tahanan ISA 6 tahun)
Fri | May 02, 08 | 12:16:51 pm MYT

Saya keluar dari bangunan Parlimen petang tadi dengan hati yang panas dan menggelegak. Sekiranya saya ada bawa air asid, hendak saja saya simbah ke muka mereka yang begitu 'sayang' dan angkuh kerana mereka dijaga oleh ISA.

Image"I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'�. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA�, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.

Sebelum itu saya dan YB Dr Lo� Lo Mohd Ghazali (PAS Titiwangsa) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah "saya tak boleh ambil badge ni � lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?"

Berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu. Itulah antara kata-kata sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional yang kami temui di Parlimen petang tadi.

Pada hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengadakan satu majlis khas menyerahkan lencana ISA kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Di majlis itu, GMI dengan kerjasama Bar Council menyerahkan satu memo yang diterima oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah dimana dalam memo itu, mendesak supaya semua tahanan di Kem Kamunting (Kemta) segera dibebaskan.

ImageDalam majlis itu, Saudara Amer Hamzah, yang menjadi peguam tahanan, mendesak supaya Dato' Seri Syed Hamid Albar pergi melawat tahanan di Kem Kamunting dan lihat sendiri keadaan mereka.

Syed Hamid dilantik menjadi menteri kerana beliau di pilih oleh rakyat, justeru, dia sepatutnya berusaha untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukan setakat melawat tahanan ISA di Kem, tetapi juga untuk membebaskan mereka dengan segera.

Majlis penyerahan lencana ini adalah salah satu usaha untuk mendidik rakyat yang dipilih menjadi ahli Parlimen supaya mereka mempunyai sedikit rasa simpati terhadap nasib Tahanan ISA yang berada dalam pemerintahan mereka.

Ahli Parlimen adalah orang yang dipilih rakyat untuk membela nasib mereka.

Namun, dari pemerhatian saya, walaupun ramai rakyat tidak suka ISA, namun pemimpin yang mereka pilih ini adalah dari golongan manusia yang hati mereka telah kering kontang dari sifat belas kesihan kepada sesame manusia.

Walaupun rakyat telah memberi gambaran bahawa mereka menolak pemimpin yang ego,bongkak dan tidak berperikemanusiaan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini, namun semua pemimpin yang saya temui tadi seolah-olah tidak ada rasa simpati, jauh dari rasa insaf dengan �hukuman� yang telah dijatuhkan oleh rakyat.

Saya rasa amat malang menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang sengaja jahil dan tidak mahu membuka mata hati mereka terhadap kejahatan serta kezaliman ISA.

Mungkin mereka akan sedar jika Umno sudah dibubarkan dari bumi Malaysia ini.

IKRAR: Kesombongan manusia adalah akibat dari hilangnya rasa kerdil dihadapan Allah (pencipta manusia) dan kehilangan rasa ini juga adalah akibat rosaknya iman pada diri seseorang. Mungkin kepada agama yang lain ada cara mereka sendiri untuk mentafsirkannya. Tapi yang jelas dari tulisan di atas, para pemimpin yang bergelumang hidupnya dengan kemaksiatan (makna yang lebih luas- bukan khalwat saja mencuri wang rakyat juga maksiat) sudah pasti hatinya tiada merasa apa-apa. Tapi hati mereka yang sombong akan merasa sesuatu apabila kesombongannya dicabar. Saya sarankan agar 100,000 orang menyerahkan memorandum ke pihak Agung supaya hati yang sombong dari pemimpin UMNO-BN ini terasa bahawa rakyat membenci mereka atas kesombongan mereka.

Kita bermula dari kempen sebarkan informasi zalimnya ISA di sekitar Masjid Jamek dan Masjid India (jam 2 petang, AHAD 11 May 2008) , di Masjid Negara, di Masjid Kg. Baru dan di seluruh masjid 5 negeri PR....dan dari sini teruskan lagi sehingga ke suatu tempuh yang sesuai kita serahkan memorandum ke pihak Agung...Kami siap berkhidmat untuk rakyat...!!!