Friday, May 2, 2008

PEMIMPIN UMNO-BN BERMAIN API DENGAN RAKYAT-ISA

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Kami menolak ISA sebab ianya ZALIM dan wajib ditolak sepenuh hati oleh seluruh rakyat. Hari ini mungkin si A dan esuk mungkin si B dan seterusnya ada sahaja yang kena ISA. Sampai bila ni..??Ya sampai bila-bila selagi UMNO-BN memerintah Malaysia. APA kita nak buat? Memo dan demolah....!!! Cara lain dah cuba dalam pilihanraya tapi mereka masih pegang lagi Malaysia walaupun dah tinggal berapa persen saje tapi menterinya masih dari UMNO-BN.

Sedutan dari isteri mangsa ISA...dari IKRAR
3 May.

Membaca tulisan salah seorang rombongan penyerahan memorandum ke Parlimen membuat hati rasa sedih, marah dan kecewa. Tapi secara sedar ianya tidak akan merubah apa-apa jika melayan perasaan begitu. Apatah lagi nasib anak-anak dan keluarga tahanan ISA, semakin lama bermakna semakin parah dan semakin asyik para sidurjana melihat keperitan ini...Mari kita renungkan tulisan beliau... "Angkuhnya Khairy pertahan ISA"
Norlaila Othman (Keluarga Tahanan ISA 6 tahun)
Fri | May 02, 08 | 12:16:51 pm MYT

Saya keluar dari bangunan Parlimen petang tadi dengan hati yang panas dan menggelegak. Sekiranya saya ada bawa air asid, hendak saja saya simbah ke muka mereka yang begitu 'sayang' dan angkuh kerana mereka dijaga oleh ISA.

Image"I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'�. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA�, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.

Sebelum itu saya dan YB Dr Lo� Lo Mohd Ghazali (PAS Titiwangsa) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah "saya tak boleh ambil badge ni � lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?"

Berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu. Itulah antara kata-kata sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional yang kami temui di Parlimen petang tadi.

Pada hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengadakan satu majlis khas menyerahkan lencana ISA kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Di majlis itu, GMI dengan kerjasama Bar Council menyerahkan satu memo yang diterima oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah dimana dalam memo itu, mendesak supaya semua tahanan di Kem Kamunting (Kemta) segera dibebaskan.

ImageDalam majlis itu, Saudara Amer Hamzah, yang menjadi peguam tahanan, mendesak supaya Dato' Seri Syed Hamid Albar pergi melawat tahanan di Kem Kamunting dan lihat sendiri keadaan mereka.

Syed Hamid dilantik menjadi menteri kerana beliau di pilih oleh rakyat, justeru, dia sepatutnya berusaha untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukan setakat melawat tahanan ISA di Kem, tetapi juga untuk membebaskan mereka dengan segera.

Majlis penyerahan lencana ini adalah salah satu usaha untuk mendidik rakyat yang dipilih menjadi ahli Parlimen supaya mereka mempunyai sedikit rasa simpati terhadap nasib Tahanan ISA yang berada dalam pemerintahan mereka.

Ahli Parlimen adalah orang yang dipilih rakyat untuk membela nasib mereka.

Namun, dari pemerhatian saya, walaupun ramai rakyat tidak suka ISA, namun pemimpin yang mereka pilih ini adalah dari golongan manusia yang hati mereka telah kering kontang dari sifat belas kesihan kepada sesame manusia.

Walaupun rakyat telah memberi gambaran bahawa mereka menolak pemimpin yang ego,bongkak dan tidak berperikemanusiaan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini, namun semua pemimpin yang saya temui tadi seolah-olah tidak ada rasa simpati, jauh dari rasa insaf dengan �hukuman� yang telah dijatuhkan oleh rakyat.

Saya rasa amat malang menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang sengaja jahil dan tidak mahu membuka mata hati mereka terhadap kejahatan serta kezaliman ISA.

Mungkin mereka akan sedar jika Umno sudah dibubarkan dari bumi Malaysia ini.

IKRAR: Kesombongan manusia adalah akibat dari hilangnya rasa kerdil dihadapan Allah (pencipta manusia) dan kehilangan rasa ini juga adalah akibat rosaknya iman pada diri seseorang. Mungkin kepada agama yang lain ada cara mereka sendiri untuk mentafsirkannya. Tapi yang jelas dari tulisan di atas, para pemimpin yang bergelumang hidupnya dengan kemaksiatan (makna yang lebih luas- bukan khalwat saja mencuri wang rakyat juga maksiat) sudah pasti hatinya tiada merasa apa-apa. Tapi hati mereka yang sombong akan merasa sesuatu apabila kesombongannya dicabar. Saya sarankan agar 100,000 orang menyerahkan memorandum ke pihak Agung supaya hati yang sombong dari pemimpin UMNO-BN ini terasa bahawa rakyat membenci mereka atas kesombongan mereka.

Kita bermula dari kempen sebarkan informasi zalimnya ISA di sekitar Masjid Jamek dan Masjid India (jam 2 petang, AHAD 11 May 2008) , di Masjid Negara, di Masjid Kg. Baru dan di seluruh masjid 5 negeri PR....dan dari sini teruskan lagi sehingga ke suatu tempuh yang sesuai kita serahkan memorandum ke pihak Agung...Kami siap berkhidmat untuk rakyat...!!!


No comments: