Wednesday, March 26, 2008

AGENDA EKONOMI MALAYSIA MENGGANTI DEB yang TIDAK ADIL.

aziiM - "Anti Zalim Movement"

aem-page1.JPG

Agenda Ekonomi Malaysia: Gagasan Pembangunan

Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta, terutama di kalangan generasi muda. Wacana bebas dihalang dan media dikongkong oleh golongan kaya yang menjaga kepentingan kelompok kecil
penguasa. Malah iklim dan persekitaran bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar
keramat kemerdekaan diganti dengan puluhan undang -undang yang mengikat
Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita
perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir. Mengapakah pada tahun yang penuh
dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara
Asia kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MUKADIMAH: SEMANGAT KEMERDEKAAN

Singapura kerana republik tersebut hanya sebuah pulau kecil yang penduduknya hanya 4 juta.
Jika begitu mari kita bandingkan pendapatan rakyat Malaysia hari ini dengan pendapatan rakyat Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 48 juta dan Taiwan pula adalah 23 juta. Pada tahun 1970-an rakyat kedua-dua negara adalah lebih miskin
dari rakyat Malaysia. Tetapi pada hari ini pendapatan rakyat Korea Selatan adalah
AS$19,200 (RM66,000) dan Taiwan pula adalah AS$15,271 (RM52,700), iaitu dua
hingga tiga kali ganda lebih tinggi dari pendapatan rakyat Malaysia. Ini berbeza
dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan negara
dengan negara paling daif di Afrika atau negara-negara yang terus dilanda
keganasan atau peperangan.

Kita perhatikan sahaja wacana segar dalam pilihan raya di negara-negara
demokratik lainnya. Pilihan raya Presiden Perancis bermula dengan satu persoalan
yang diutarakan oleh calon: mengapakah United Kingdom 15% lebih kaya dari
Perancis? Presiden Perancis itu sudah bimbang dengan rakyatnya 15% lebih
miskin berbanding dengan pendapatan rakyat Britain meskipun Perancis adalah
sebuah negara maju. Pilihan raya bebas Turki bulan Julai lalu membahaskan
antara lain keupayaan ekonomi Turki melonjak tinggi untuk mampu bersaing
dengan ekonomi Eropah. Di negara tetangga Indonesia perbahasan hangat
berlaku mengenai kebijakan ekonomi sama ada selaras dengan konsep
pengurusan kerajaan telus dan bersih dan berkepedulian terhadap permasalahan
rakyat. Tetapi pimpinan kerajaan UMNOBN seolah-olah mangli, tidak terkesan
dengan angka dan data terang, kerana dibuai oleh jentera propaganda sendiri
serta terpukau dengan pujian bala tentera JURANG YANG MELEBAR KNK per Kapita (1970-2004) rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan strategi nakal penjajah membendung
kebebasan dan kegiatan rakyat. Justeru itu, sempena ulang tahun
hari keramat negara merdeka kita sewajarnya merenungkan dengan akal
fikiran terbuka sejajar dengan semangat bangsa merdeka dan bermaruah. Kerana
sesungguhnya inilah juga menjadi intipati Pemasyhuran Kemerdekaan 31 0gos 1957
dan paksi gagasan negara Malaysia 1963

- mencipta negara liberal dan demokratik; menjunjung perlembagaan dan keluhuran undang-undang; menjamin kebebasan
dan keadilan untuk rakyat.

Dasar utama yang diikrarkan dalam Pemasyhuran Kemerdekaan tersebut adalah: • Menjamin ‘hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat’; • ‘Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen’; • ‘Negara yang Merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa’.

PRESTASI EKONOMI MALAYSIA

Ketika ini pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6,244 (RM21,500)
setahun, satu prestasi membanggakan berbanding kebanyakan negara
membangun. Tetapi, pada waktu yang sama, pendapatan per kapita rakyat
Singapura adalah AS$30,810 (RM106,000), lima kali ganda dari pendapatan rakyat
Malaysia. Pada akhir tahun 1970-an pendapatan rakyat kedua-dua negara
adalah lebih kurang sama. Mengapakah jurang tersebut begitu lebar? Ada yang
akan menjawab hambar bahawa kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan


Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura adalah 500% lebih kaya dari rakyat Malaysia, dan rakyat Korea Selatan dan Taiwan adalah 300% lebih kaya dari rakyat Malaysia?
Apakah tidak mengaibkan kita dari negara yang mencatat
keuntungan hasil minyak melimpah sebanyak RM 70 bilion setahun, tewas teruk
dengan negara-negara yang ketandusan sumber asli?

Agenda Ekonomi Malaysia upahan.

Apakah mungkin diengkarikenyataan bahawa rakyat Singapura
adalah 500% lebih kaya dari rakyat Malaysia, dan rakyat Korea Selatan dan Taiwan adalah 300% lebih kaya dari rakyat Malaysia?

Apakah tidak mengaibkan kita dari negara yang mencatat keuntungan
hasil minyak melimpah sebanyak RM 70 bilion setahun, tewas teruk dengan negara-negara yang ketandusan sumber asli?

Malah lebih parah lagi manakala diselidiki kesan kepada rakyat terbanyak,
dari segi kenaikan harga minyak, kos barang yang meningkat, mutu pendidikan
dan kesihatan yang kurang memuaskan, masalah perumahan rakyat, jurang kaya
miskin yang kian melebar, serta keperitan hidup masyarakat miskin bandar, desa di
Semenanjung dan kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima tatkala merayakan 50 tahun
kemerdekaan. Jepun berada di kelas pertama; Singapura, Korea Selatan dan
Taiwan di kelas kedua; dan Malaysia bersama yang lain di kelas ketiga.

Sekiranya aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan, jarak ekonomi antara Malaysia dengan
negara-negara Singapura, Korea Selatan dan Taiwan akan semakin lebar. Bahkan
di rantau Asia sendiri China muncul sebagai naga ekonomi baru; dan India juga bergerak kencang terutama dalam bidang teknologi maklumat. Keyakinan pelabur berserta pengurusan ekonomi dan perencanaan bijak mampu mencipta kejayaan; umpamanya prasarana
sederhana di Bangalore dan Chennai telah memperoleh pengisian melalui pelaburan besar menjangkau angka puluhan bilion ringgit. Mereka telah jauh meninggalkan Cyberjaya dengan
prasarana megah dengan kos berbilion ringgit yang dibina oleh para kroni tetapi tidak bermaya malah malap dari segi pelaburan. Vietnam kini bergulir sebagai kekuatan ekonomi baru memperhebat daya saing mereka.

Agenda Ekonomi Malaysia

Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima tatkala merayakan 50 tahun kemerdekaan. Jepun berada di kelas pertama; Singapura, Korea Selatan dan Taiwan di kelas kedua; dan Malaysia bersama yang lain di kelas ketiga. Persoalannya sekarang adalah apa yang perlu kita lakukan untuk merobah aliran sedemikian?
Ini adalah satu tuntutan patriotik setiap rakyat prihatin. Kelembaban ekonomi, dengan
dasar ekonomi yang terus tertumpu kepada beberapa projek mega di utara
dan selatan dikhuatiri akan memenuhi tembolok kelompok kecil keluarga dan
kroni penguasa tidak akan menjamin kesejahteraan rakyat. Jika negara terus
dibiarkan lemah dan ekonomi laih dan lesu mutu hidup rakyat juga akan
terjejas.

Suatu ketika dahulu Malaysia diiktiraf sebuah negara membangun yang
dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada awal 1990an.
Malaysia disebut sebagai salah satu harimau ekonomi Asia Tenggara. Tetapi zaman tersebut sudah berlalu. Sebelum 1997 kadar pertumbuhan 8 hingga 9 peratus adalah suatu kelaziman, Bursa Malaysia dan pelaburan asing (FDI) kekal di tahap tertinggi di rantau ASEAN.
Gambaran keajaiban tersebut kini sudah malap dan telah digantikan kisah-kisah
kejayaan dan kekaguman dunia terhadap prestasi ekonomi China, India dan Vietnam.

DASAR EKONOMI BARU: SATU PENILAIAN

Sejak lebih tiga dekad yang lalu ekonomi Malaysia bergerak di atas landasan Dasar
Ekonomi Baru (DEB), satu dasar yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan pengagihan kekayaan negara secara seimbang antara kaum. Justeru kerana
DEB menekankan keadilan sosial tatkala ianya digubal maka saya, ketika itu
seorang mahasiswa dan saya yakin majoriti rakyat, mendukung pelaksanaannya.

Masyarakat Bumiputera ketika itu gelisah kerana keselesaan hidup yang dijanjikan
tatkala negara mencapai kemerdekaan kekal sebagai slogan. Penyertaan mereka
dalam sektor industri dan perdagangan amat kecil sekali. Ini dirumitkan dengan
kekurangan jumlah mereka dalam bidang profesional. Maka tindakan tegas pemerintah untuk melaksanakan dasar serampang dua mata: membasmi Walhal jika disenarai jumlah peruntukan dan keuntungan yang diraih oleh kelompok
penguasa UMNO, biasiswa sepuluh ribu ringgit seorang berbanding puluhan
bilion ringgit pengagihan saham, permit import AP, puluhan bilion kontrak bagi
satu syarikat keluarga, berbilion ringgit keuntungan oleh syarikat penswastaan
ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut dan
menggondol kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian
tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok tertentu.

Yang dikira keterlaluan adalah manakala anak menteri dan jutawan turut mendapat
biasiswa sementara anak guru dan petani diberi pinjaman. Pangsapuri mewah
memberikan potongan 7 peratus buat jutawan Bumiputera manakala ratusan
ribu penghuni setinggan dari keluarga berpendapatan rendah masih menunggu
terbinanya rumah kos rendah. Sikap gelojoh ini dikira keterlaluan sehingga peluang
kecil seperti permit teksi, kontrak kecil dan agensi pekerja asing pun direbut oleh
keluarga pemimpin.

No comments: