18 MAC 2008
SEJAK PETANG Selasa, selepas Pak Lah isytihar kabinet semua pihak memberi pandangan:
1. Pemimpin yang gugur ..tak boleh terima kenyataan sekalipun depan TV hebat,,
2. Pemimpin BA hanya menunggu kabinet 'BARISAN PAK LAH" ini dan telah menduga beberapa orang yang naik dan gugur..
3. Rakyat biasa bermacam
-'Tak kan percaya lagi..cukup dah 40 tahun kene tipu"..
- Pak Lah terdesak ...maka ..negara jadi tal tentu hala.
- Kabinet Pak Lah orang Pak Lah lah...orang Najib tamatttttt kecuali Hisyamuddin....Tapi kalau Hishammudin terpancing hentam KJ...dia pun terbang,,
- Najib..kene buli lah kali ini ..
- Pemandu teksi...kita kene kasi ajar satu kali....itu UMNO sudah makan luit lakyat banyak wo...
- Saya tak mahu campurlah..ini politik..tapi saya setuju BN kalah..
- kabinet Pak Lah akan lumpuh sebab makin ramai tak puas hati dan buat macam-macam hal..
- Gua tak yakinlah ini kabinet ,,serupa juga,,makan duit..rakyat...
- Najib diam saja tepi Pak Lah tapi dalam jiwa bergelora,
Enam menteri yang digugurkan ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz yang dulunya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Pelancongan), Datuk Dr. Abdullah Md. Zin (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Hal Ehwal Dalam Negeri).
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting tidak disenaraikan setelah beliau meminta supaya tidakSedutan dari Harakah...
Sdr. Salehuddin ..
"Pembentukan kabinet ini tidak menunjukkan satu pentadbiran yang kompeten. Nampaknya Abdullah masih lagi tidak belajar daripada kesilapan masa lalu. Daripada senarai Menteri dan Timbalan Menteri dalam barisan kabinet ini, masih ada yang dipertikai kewibawaan dan kredibilitinya.
"Pelantikan muka lama seperti Senator Tan Sri Muhammad Taib dan Zaid Ibrahim tidak menggambarkan 'kesegaran' dalam pembentukan kabinet baru," katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.
kelihatan juga barisan Kabinet yang dipilih PM tidak banyak melihat kredibiliti seseorang calon, melainkan membayangkan barisan yang boleh mengekal kuasa pihak tertentu dari digugat oleh pergolakan yang sedang kencang berlaku dalam parti pemerintah.
Persoalan yang sangat besar yang diresah oleh rakyat ialah ketiadaan menteri-menteri kerajaan Pusat dari mereka yang tegas dan berwibawa untuk membersihkan imej kerajaan. Barisan Kabinet yang dilantik kali ini maseh belum memperlihatkan kewibawaan untuk mengubati keresahan rakyat.
* Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden TERAS
AZIIM: Merenung KABINET PAK LAH membuatkan mata kita mengantuk..apakah alamatnya ya?...ini mungkin "syndrome lentok dan nganga" ....
Ada juga yang masih tak faham dan buat-buat tak tahu tentang DAP dan perjuangan mereka,,,sehingga ramai penyokong UMNO.. Maka Dr. Badrul Amin..tolong jawab..
"DAP tidak bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu/Islam kerana kawasan itu ditandingi oleh PAS atau KeAdilan, DAP hanya lawan MCA, bukan lawan Melayu," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran Majlis Tindakan Dewangan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, dekat sini.
Katanya, DAP bukanlah parti berasaskan perkauman seperti MCA, perjuangan parti berasaskan perkauman seperti Umno, MCA dan MIC kini sudah tidak releven lagi.
Dr Badrul juga menyifatkan pemimpin Cina DAP lebih baik berbanding MCA, mereka juga mengalami apa yang dirasa oleh pemimpin pembangkang lain. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri pernah merengkok dalam penjara kerana membela seorang gadis Melayu yang dirogol pemimpin Umno suatu ketika dahulu.
Menurutnya, pemimpin politik kaum Cina seperti bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Koh Tsu Koon menunjukkan kematangan berpolitik berbanding pemimpin Umno, ketika Umno di negeri yang kalah mendesak kerajaan pusat menarik balik projek, mensabotaj kerajaan baru, mencuri fail dan sebagainya, pemimpin Gerakan menunjukkan kematanganya dengan meminta kerajaan pusat meneruskan semua projek sedia ada.
Malah, tiada fail dicuri, tiada harta kerajaan dilarikan di negeri itu sebagaimana berlaku di Selangor dan Kedah.
Beliau berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan kenaikkan elaun Guru-guru Kelas al-Qur an dan Fardhu Ain (Kafa) di negeri itu baru-baru ini seharusnya menyedarkan Umno bahawa DAP tidak meminggir bidang agama orang Melayu/Islam.
Malah, katanya Lim telah mengarahkan Timbalan Ketua Menteri, Mohamad Fairus Khairuddin supaya memastikan semua kegiatan kuliah agama di masjid dan surau dijalan seperti biasa.
"Ni macam mana ni, Lim Eng Guan ni Cina ke Melayu/Islam ni, di negeri yang dikuasai Umno elaun Kafa tak naik pun, malah guru Kafa sering menjadi mangsa bila bayaran elaun lambat sehingga menyusahkan kehidupan mereka," ujarnya.
Mengenai Selangor yang dikuasi BA dan DAP, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengumumkan beberapa perkara sebagai hadiah kepada rakyatnya seperti pemberian air percuma (20 meter padu pertama) dan lain-lain sebaik sahajaAZIIM: Rakyat tolong lihat mana-mana yang tak faham lagi..infokan kepada mereka web ini..sekurang-kurangnya ada kejelasan..jdan hentikanlah fitnah dan STOPPPPPPPPPP tentang hal DAP yang berbentuk fitnah..
No comments:
Post a Comment