Wednesday, March 19, 2008

KEZALIMAN ISA -WAJIB DIHENTIKAN

aziiM - "Anti Zalim Movement"

AZIIM: Kezaliman yang dihalalkan oleh BN, UMNO, YB BN, YB UMNO dan penyokong fahaman ini adalah sangat dikesalkan. Kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dengan kekejiaan ini agar segera melakukan sesuatu sebelum KAMU SEMUA menerima azab dari dari ALLAH di dunia dan di akhirat.
Begitu jauhnya kamu dari rahmat Allah jika kamu terus menerus melakukan kezaliman ini. Jika kita melihat burung disangkar tanpa alasan yang jelas hati nurani murni kita akan tersentuh dan mahu melepaskannya bebas..Kemana perginya kemanusiaan dan ihsan?? Inilah akibat apabila hati sudah hitam pekat dengan dosa yang dilakukan sekalipun lidah kita mengucapkan Hadhari, ..jika betul konsep Hadhari yang kamu amalkan...segera lepaskan tahanan ISA atau kamu bicarakan mereka seorang demi seorang...Wallahi...inilah kerja yang pernah dilakukan oleh para penzalim sejak zaman dahulu kala..Firaun, Pemerintah negara Arab, Marcos, Suharto, Mahathir dan sekarang Pak Lah..dan seterusnya......Hangpa solat lima waktu..puasa, zakat, haji dll untuk apa jika hangpa masih kurung manusia yang tidak berdosa?? Solat adalah pernyataan kita tunduk kepada Allah tapi kamu langgar arahan ALLAH dengan mengurung mereka tanpa sebab??..Kamu bukan sahaja berdosa kepada insan tadi, bahkan kamu juga berdosa kepada isterinya, anaknya, ibu bapaknya, kaum kerabatnya dan siapa juga yang memerlukannya..samada secara zahir dan bathin..KENAPA para mufti..sengap sunyi?? Bantahlah syeikh...kalau tidak nanti syeikh nak jawab apa di depan ALLAH nanti?? Nak jawab sebab fuluska?..sebab jawatanka? sebab itu ini...Syeikh kena bedai dulu la..ana tak tak sanggup..ana tak larat..TOLONG SAMPAIKAN SYEIKH..INI PERBUATAN ZALIMMMMMMMMMMMMMMM DAN HARAMMMMMMMMMM.. Syeikh yang ajar kami dulu " kata ..bercakap benar dihadapan pemerintah yg zalim adalah jihad" kenapa tak buat syeikh??? Jika ada hujjah yang kata kurung insan tak berdosa dan tidak dibicarakan itu HARUS?? Jika ada tolong sampaikan kepada rakyat..Nak harap YB UMNO atau BN perjuangkan nasib sdr kita yang ada dalam tahanan ISA... puh kiri puh kanan..mati hidup balik pun depa takkan perjuangkan..sebab tak masyukkkk...cuba kalo projek..tak perlu desak..depa pulun sampai mampuh..(maaf tak ada ada perkataan lain yang lebih tepat buat masa ni)..
Kepada para penguasa...TAUBATLAHHHHHHHHHHHHH...HANGPA MENGUNDANG PETAKA..KERANA DOA DARI ORANG MEREKA DIMAKBULKAN ALLAH...tak takut ka??? tak ngerika?? bila malaikat bedai hang berkecai tubuh, bersepai otak, terpancut biji mata dan terberak, muntah dan terkencing-kencing.. tak ngerika tulang hangpa dipatah-patah macam kepak kayu oleh malaikat??? Tak maluka hangpa kene bogel pula..?? di depan manusia lain..hangpa akan malu sehingga daging muka hangpa jatuh berguguran...
"YA ALLAH..KAU AMPUNKANLAH KAMI..DAN BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA MEREKA YANG ZALIM INI DAN HANCURKAN KEKUATAN KEREKA DAN KEJAHATAN MEREKA..BERIKANLAH KETENANGAN KEPADA MEREKA YANG DIKURUNG DAN SELAMATKANLAH MEREKA DARI KEDURJANAAN PARA PENZALIM INI!!!"

Sebagai tanda sokongan dan perihatin, kami tampilkan sedutan dari harakah..

Seruan kepada Menteri Dalam Negeri yang baru: Bebaskan semua tahanan ISA
Isteri Tahanan ISA
Wed | Mar 19, 08 | 4:21:52 pm MYT

"Pak Lah dah tak tahan kena kutukan orang yang dia zalimi (tahanan ISA). Bagi peluang kat Syed Hamid pulak.." Begitulah tajamnya kata-kata dari salah satu SMS yang saya terima, sebagai respons terhadap pengumuman kabinet baru Perdana Menteri Abdullah Badawi, semalam.

Rasanya kita semua masih belum lupa bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi @ Pak Lah adalah Menteri Dalam Negeri, sebelum Pilihan raya Umum Ke-12, baru-baru ini. Pak Lah memang seorang menteri yang suka mencipta rekod baru dalam pemerintahannya. Sebelum PRU ke-12, beliau telah mencipta rekod sebagai seorang Menteri Dalam Negeri yang paling lama "menyimpan" Tahanan ISA di Kem Kamunting, bagi abad ke-20 ini. Buktinya, ketika ini, masih ada seramai hampir seratus rakyat Malaysia berbilang bangsa, Melayu, Cina dan India, ditahan tanpa dibicarakan di Kem itu, termasuk 20 orang yang penahanan mereka sudah masuk tahun keenam!

Rekod zalim Abdullah dicipta pada pada bulan Februari tahun 2008 ini, bila beliau telah melanjutkan penahanan 5 orang tahanan ISA yang sudah cukup enam tahun, kepada dua tahun berikutnya, untuk mencukupkan lapan tahun pada tahun 2010 nanti. Lima orang tahanan itu ialah Yazid Sufaat, Dr Abdullah Daud, Suhaimi Mokhtar, Shahrial Sirin dan Abdullah Minyak Silam. Mereka berlima yang ditahan pada akhir tahun 2001, dituduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI) dan kesemuanya tidak pernah dihadapkan di mahkamah untuk mendapat perbicaraan di hadapan hakim yang adil dan berwibawa.

Gangguan SB dan Pegawai Penyiasat

Enam tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Jika nak disebutkan satu persatu, terlalu banyak kesusahan dan kejahatan yang telah dilakukan atas ihsan Pak Lah @ Menteri Dalam Negeri, ke atas Tahanan ISA dan keluarga mereka. Bukan sekadar membuat penahanan tanpa bicara, Pak Lah, semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri dulu, merestui perbuatan Pegawai Penyiasat (IO) membuat siksaan dan deraan di luar batas kemanusiaan, semata-mata untuk mendapatkan pengakuan dari Tahanan ISA, seperti di bogelkan dan dipukul hingga lebam. Bukan itu saja, Pak Lah @ Menteri Dalam Negeri dulu, membenarkan @ membiarkan saja polis-polis cawangan khas- Special branch (SB) yang merupakan kakitangan beliau, mengganggu anak isteri yang ditinggalkan oleh Tahanan ISA itu. Isteri sering diganggu SB tanpa mengira masa, siang atau malam. SB turut bertindak memporak perandakan rumah tangga tahanan, hingga ada tahanan yang terpaksa menceraikan isteri masing-masing!

Doa Orang Yang Dizalimi

"Suhaib selalu doa, biarlah semua SB yang selalu mengganggu kita tu, kena langgar lori dan mati hancur..." itulah yang pernah dituturkan oleh beliau, untuk menunjukkan betapa geram, benci dan kecewanya beliau terhadap SB yang selalu mengganggu kehidupannya sekeluarga. Tetapi ayah Suhaib, yang juga Tahanan ISA Mat Sah Mohd Satray, yang akan cukup tempoh penahanannya enam tahun bulan Jun ini, hanya berkata "tak perlulah kita doa macam itu. Allah lebih tahu, apakah balasan dan ganjaran yang paling sesuai ditujukan pada semua mereka yang jahat, tidak berperikemanusiaan dan sedang menzalimi kita".

Rekod baru Pak Lah pada 2008

Siapalah dapat menyangka, dalam masa sepuluh hari semenjak PRU12, Perdana Menteri Abdullah rupanya turut mencipta beberapa rekod baru dalam arena politik di Malaysia terkini, iaitu selain dari rekod beliau melanjutkan penahanan Tahanan ISA yang sedang menghuni Kem Kamunting sekarang dari enam tahun kepada lapan tahun!

Berikut adalah senarai rekod baru yang dicipta beliau selepas PRU12.

Barisan Nasional hanya memenangi majoriti mudah iaitu sekadar 50 peratus saja.

PM Abdullah kehilangan 5 buah negeri kepada pembangkang. Adakah penciptaan rekod baru ini sebahagian dari manifestasi doa orang-orang yang sedang dizalimi oleh Pak Lah? Tidak mustahil.

Aluan untuk Syed Hamid Albar

Sebagai salah seorang yang masih menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA, saya juga ingin mengalu-alukan perlantikan Menteri Dalam Negeri yang baru ini dengan doa dan harapan agar ada sesuatu yang berubah terhadap nasib semua Tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting kini.

Saya berharap, menteri yang baru dilantik ini, tidak akan mempunyai sikap yang sama seperti Pak Lah. Ketika Pak Lah menjadi Menteri Dalam Negeri dulu, beliau tidak pernah memberi peluang kepada kami untuk bertemu dan berbincang tentang nasib semua tahanan ISA. Walaupun berpuluh-puluh memo dan faks telah dihantar, pelbagai panggilan telah dilakukan, namun tidak pernah sekali pun semua tindakan itu mendapat jawapan dari pejabat beliau, jauh sekali dari beliau sendiri.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) satu-satunya badan bukan kerajaan yang diwakili oleh 82 pelbagai NGO dan Parti Politik Barisan Alternatif, masih menyimpan semua rekod dan dokumen mengenai urusan untuk bertemu Pak Lah.

Pak Lah tidak pernah bertemu dengan para Tahanan ISA, tetapi hanya menerima laporan saja dari SB beliau tentang kehidupan semua tahanan tersebut. Kerja Pak Lah hanyalah menandatangani surat lanjutan penahanan. Pak Lah memang seorang yang tidak berperikemanusiaan, tidak berhati perut dan sangat zalim pada rakyatnya sendiri. Tahanan ISA yang sudah ditahan selama enam tahun adalah bukti yang jelas tentang kejahatan dan kezaliman paling dahsyat yang dilakukan oleh beliau.

Saya harap, Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik ini, akan berusaha untuk memperbaiki imej jahat dan zalim kementerian itu sama ada mendakwa semua tahanan di Mahkamah atau membebaskan kesemua mereka yang sedang ditahan..

Norlaila Othman, Isteri Tahanan ISA
Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA
Taman Keramat KL
19 Mac 2008

22 Mac 2008

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Jika benar Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa beliau mendengar suara hati rakyat, beliau mesti membebaskan segera lima pemimpin Hindraf yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bekas Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Lim Kit Siang berkata, dua hari selepas pilihan raya, Abdullah dipetik dalam sebuah rencana di akhbar Asian Wall Street Journal sebagai berkata 'telah mendengar suara rakyat dan akan menumpukan kepada usaha menangani perpecahan yang jelas berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum lalu.'

AZIIM: Semoga hati nurani Pm makin jernih selepas diajar oleh rakyat dalam PRU 12 yang lalu tapi jika masih gelap...memang perlu tumbangkan BN baru tahanan ISA dapat dibebaskan. Malulah kepada dunia dan umat Islam. Lim Kit Siang lebih jernih nuraninya dari Pengerusi OIC? Apa nak jadi ni...? Apa dah jadi dengan hati nurani Pak Lah?...Hati-hati nanti hati bengkak pula..

1 Apr..

Isu ISA..mula diangkat oleh Samy samada ikhlas atau tidak bukan soalnya sekarang tapi mungkin juga ada nurani atau hati kecil yang tersentuh..tak lama selepas kenyataan Samy semua pemimpin BN mula bersuara..tapi sayang suara mereka adalah suara yang tiada hati nurani..suara kezaliman suara kedunguan suara standard tadika tapi jika anak tadika ditanya soal megurung binatang dalam sangkar juga dia pasti menjawab...KESIAN ...inilah jawapan dari nurani..berbeza dengan komentar ...pemimpin ini..

Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, permintaan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membebaskan lima tahanan tersebut tidak wajar.

Beliau menegaskan, kelima-lima tahanan itu telah melakukan tindakan yang sangat bahaya sehingga mengancam keselamatan orang ramai dan negara.

“Kalau mereka tidak ditahan di bawah ISA, keadaan negara mungkin menjadi lebih teruk,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Negeri Melaka di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

AZIIM: Ini pandangan menteri cukup bengap dalam sejarah..yang bahaya tu ialah politik hangpa yang kolot...ketinggalan zaman..macam dalam hutan..apa salah jika diberi ruang kepada mereka menyuarakan hak mereka dan buatlah secara demokratik dan diplomasi..kenapa pemimpin Melayu- BN tak belajar sejarah dari tekanan kaum yang ditindas akhirnya akan memberontak..ada negara yang mengangkat senjata seperti orang Muslim di selatan Thailand..di Mindanau Filipina, di Kasymir India, di Palestin sehingga sekarang tak terselesaikan bahkan makin kacau. Satu saja poinnya..ialah tidak adanya kompromi dan usaha penyelesaian yang sihat...

Jadi amat malang rakyat Malaysia punya pemimpin yg seperti ini rendah cara berfikirnya dan rendah hati budinya..Kita nak harap apa dari mereka ini??? Nak harap depa fikir perut rakyat? nak harap depa fikir kesihatan rakyat? nak harap depa fikir kehormatan rakyat?? Maaf ...depa tak pernah terfikir itu semua kerana sianga malam sumbat peruk depa dengan benda haram dan hasil rasuah..

Dia kata lagi..

Takkan kita hendak lepaskan begitu sahaja orang yang buat keganasan dan mengganggu-gugat keselamatan negara?

AZIIM: Kalau betui hang nak jaga negara..tangkap dulu yang kebas duit rakyat raus juta tu..!! perasuah polis, pemakan rasuah di kalangan YB dan VIP..tapi hangpa sorok dan lipat supaya nampak kemas..kami menyeru rakyat agar terus mendesak agar para YB BA ketika berada di Parlimen menyuarakan hasrat rakyat ini..iaitu USUL MEMBENTUK BADAN BEBAS UNTUK SIASAT SEMUA KES RASUAH DARI ATAS SAMPAI BAWAH YANG MASIH DISOROK...!!!

Para YB UMNO-BN jika hangpa teruskan cara berfikir begini hangpa akan terus dipinggirkan dan semakin tidak popular bagi rakyat yang semakin hari semakin terbuka fikiran mereka..dulu betul rakyat takut dengan tahanan ISA..tapi sekarang rakyat boleh pilih YB BA sekalipun dia berada dalam tahanan..tak boleh nak fikir ke..yop..kome ni banyak makan udang busuk kot..??

AZIIM: Keprihatinan DSAI terhadap isu ISA amat dihargai oleh semua sekalipun dulu pernah beliau agak terlupakan hal ini semasa beberapa tahun berada dalam kabinet..tapi sekarang beliau sudha berubah..dan inilah sangkaan baik yang diajrkan oleh Islam dan semoga perubahan ini sesuatu yang amat membahagiakan semua pihak terutama para pejuang kebenaran dan gerakan Islam..Semoga Allah memanjangkan umur beliau..Amin..renung kenyataan beliau..

"Tiga malam lalu saya sempat menemui isteri dan anak-anak tahanan ISA, menanyakan khabar dan memberikan jaminan sepertimana yang tertera dalam kenyataan Azizah tempoh hari iaitu di antara usul utama yang akan dibentangkan oleh beliau dalam sidang Parlimen nanti adalah tuntutan membebaskan semua tahanan ISA tanpa syarat.

Saya hargai inisiatif Dato Ravindran yang menhimpunkan keluarga 5 pemimpin Hindraf yang ditahan di Kemunting."

DS Wan Azizah juga turut memberi kenyataan dan komitmen untuk mrealisasikan harapan rakyat setelah beliau menjadi Ketua pembangkang di Parlimen..

Kelima, Hak Asasi: Kami akan terus mempertahankan hak-hak asasi manusia di Malaysia, di mana undang-undang yang menyekat kebebasan asas rakyat mesti dimansuhkan. Kami mendesak semua tahanan ISA, termasuk ADUN Kota Alam Shah baru M Manoharan serta empat lagi tahanan politik Hindraf di Kamunting, yang ditahan tanpa bicara mesti didakwa atau dibebaskan dengan segera.

AZIIM: Semoga Allah permudahkan usaha ini dan memberi ganjaran yang sebesar-besarnya kepada semua yang ikhlas berjuang untuk ISA.




No comments: