Sunday, April 13, 2008

RUSTAM BERFATWA BABI KETAWA ...?

aziiM - "Anti Zalim Movement"

AZIIM: Kami telah cuba memberi saran di blog Rustam..KM Melaka...sila renungkan..

Datuk, soal “babi” janganlah dijadikan isu mega pasca pru 12 sebab beberapa poin di bawah:

1. Fatwa haram makan babi bagi muslim dah jelas tak perlu dibahas lagi bahkan 90% orang Melayu nak muntah bila dengar perkataan ini terlalu kerap. Tapi sekarang rakyat perlukan fatwa dari para mufti terutama yang bagi nasihat pada Datuk tentang mana yang lebih haram antara makan babi atau makan rasuah dari duit babi?

2. Kenyataan Datuk menggambarkan betapa pemimpin UMNO dan BN mahu berselindung di balik isu babi dan bau tahi babi dari bau rasuah yang selama ini dikebas tanpa rasa malu. Rasa malu adalah tanda berimannya seseorang. Sayang sekali Datuk yang menjadi pemimpin Melayu Muslim di dunia tidak lebih seperti seorang pelakon drama yang memangsakan babi dalam berhujah dengan Pakatan Rakyat.

3. Kenyataan Datuk juga memberi gambaran betapa rendahnya tahap pemahaman politik di era baru dan hujah masih seperti sebelum merdeka. Kebencian terhadap pihak lawan politik dan perkauman yang menjadi paksi perjuangan UMNO telah terbukti tidak relevan lagi di Malaysia serta amat merugikan ummat Melayu Islam. Apakah perasaan Datuk jika ada pemakan babi yang mengutuk Datuk dengan makanan kegemaran Datuk sejak dari kecil?

4. Tahap fahaman Islam pemimpin UMNO amat mengerikan dan menakutkan rakyat kerana kelihatan sekali tidak demokratik serta kejam. Beberapa komentar dari penyokong UMNO juga tidak jauh berbeza dengan Datuk jadi rakyat nak harapkan apa dari UMNO dan BN lagi. Jika terus memerintah maka kezaliman akan terus berlaku tanpa ada tanda mahu bertaubat dan berubah.

5. Bagi kami pemimpin UMNO seperti pemimpin “katak bawah lori” masih berkhayal kononnya lori tidak akan bergerak kemana-mana tapi hakikatnya lori sudahpun bergerak lambat laun akan menindih si katak jika tidak mahu melompat selamatkan diri. Lihatlah 5 tahun akan dating, jika Datuk masih berpegang fahaman politik sempit seperti ini Datuk akan dikutuk oleh anak cucu pahlawan Melayu yang kononnya Datuk percayai. Rakyat dah tak peduli babi lagi yang penting perut mereka kenyang, otak mereka tenang, perasaan mereka damai, hati mereka senang dan nasib mereka terbela.

6. Pesan kami, bubarkan saja UMNO dan kembali kepada Islam yang sebenar sebab lebih lama duduk di UMNO akan memporak perandakan Melayu dan rakyat Malaysia. Kami menyeru kepada Datuk, penyokong Datuk dan rakyat Malaysia agar melihat diri sendiri di cermin kaca bukan dicermin air kolam babi.

7. Sekiranya ada yang berminat untuk bertukar-tukar pandangan sila ke www.aziim2008.blogspot.com. Selamat dan maju jaya.

No comments: