Tuesday, April 1, 2008

KEZALIMAN UMNO DI HUKUM OLEH AHLINYA SENDIRI

aziiM - "Anti Zalim Movement"

ImageAznizam Adham yang bangun berucap dan mendakwa menyampaikan pandangan kalangan pemuda elit terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tersalah 'gelanggang' hingga menyatakan cadangan sedemikian.

Beliau pada mulanya melontarkan idea supaya Umno dipulihkan selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu dengan agenda pembaharuan.

Namun berikutan menamakan Anwar dalam cadanngannya itu, Aznizam yang memakai baju bewarna cokelat gelap diheret oleh beberapa orang pemuda dan penonton, sementara penonton yang lain turut bertempik marah dengan cadangan Aznizam.

ImageKeadaan menjadi kalut kira-kira 5 minit sebelum ditenangkan oleh pengerusi forum dan beberapa orang pengawal bagi pihak penganjur.

Turut hadir dalam program itu ialah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo; Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi; anak Tun Mahathir, Dato' Mukriz, Tan Sri Sanusi Junid; Dato' Mohd Khalid Yunus; Dato' Hassan Ahmad; Dato' Rejal Arbee, Marina Mahathir dan kira-kira 2000 penonton.

AZIIM: Masa sudah tiba untuk melihat parti yang berasaskan bangsa spt UMNO...akan melalui zaman kemalapan yang berterusan bahkan jika mereka masih terus leka dan khayal dengan kemewahan yang ada,,UMNO akan menjadi parti minoriti yang hilang wibawa. Dari ucapan dan pandangan pemimpin mereka jelas sudah loggar semuanya. Mahathir yang sudah tua,,bagaikan nenek yang boleh menunjukkan tongkat kepada cucunya untuk melakukan sesuatu tapi cucu sudah menganggap "nenek ni apa lagi?"...pemimpin UMNO sudah kering kontang akibat dari kedunguan dan kesombongan mereka sendiri. Selagi hak rakyat, harta benda rakyat yang dirampas dan kezaliman UMNO sebelum ini tidak diselesaikan...Mahathir atau siapa sahaja yang datang...akan menjadi sia-sia...Rakyat sudah faham cara dan permainan sentimen yang dimainkan..dari surat pembaca Utusan Malaysia semuanya masih cara lama serta kebudakan..Takutkan rakyat selama ini masih diteruskan,,,dan itulah acuan berfikir rakyat..sehingga kolum di media dipenuhi dengan takut, syak wasangka dan semuanya negatif...cuba renungkan...

"Jurang kita masih jauh jika hendak dibandingkan dengan kaum Cina. Kita masih lagi memerlukan keistimewaan ini terutama dalam ekonomi dan pendidikan. Semasa semua kaum memperjuangkan agenda pendidikan kaum mereka, orang- orang Melayu pula menafikan perkara ini sebagai sesuatu yang perlu diperjuangkan. Ini jelas apabila dalam kempen DAP, mereka memperjuangkan hak orang Melayu perlu dikongsi bersama-sama dan pada masa yang sama mereka inginkan sekolah jenis kebangsaan dipertahankan."

AZIIM: Pandangan sempit begini amat diminati oleh pemimpin UMNO kerana inilah acuan berfikir mereka..takut itu takot ini...tapi rompak duit rakyat beratus juta tak takut...Tak cukup jahatke Pemimpin Melayu?

dari pembaca yang lain...

"Apa tidaknya, kita mempunyai UMNO, Pas dan kini terdapat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikuasai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi semuanya berpecah sedangkan masyarakat Cina bersatu dalam percaturan politik mereka. Akibat daripada kepandaian mereka mencaturkan undi, akhirnya mereka berjaya menawan Pulau Pinang dan dominan di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ketika mereka terus meraikan kejayaan hasil perpaduan mereka, orang Melayu terus berpecah belah angkara kepentingan politik sempit pihak tertentu. Insaflah orang Melayu. Kedudukan Melayu kini di hujung tanduk dan terus diasak serta ditekan. Namun begitu, saya sedih dengan pembawaan dan pendekatan politik Anwar yang merupakan antara faktor perpecahan Melayu.

AZIIM: Awat jadi macam tu...sebab utamanya ialah pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak kononnya Malaysia ni milik mereka..terlupa yang negara ini bersistem demokrasi..kenapa lupa sebab tak mahu kaji dan malas belajar. Akhirnya Melayu jadi bodoh..dan sanggup diperbodohkan oleh pemimpin Melayu sendiri,.. sehingga semua peluang yang ada dirampas ke milik peribadi mereka..bukan untuk rakyat..dan bukan untuk Melayu..tapi untuk perut sendiri..

Dari pembaca lain...

"Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah. Jadi, pokoknya sekarang, biar berlaga ayam di reban, biar menendang kuda di kandang, namun adat wajib dijaga. Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. Yang nyata, Politik ekstremis Pas adalah berbahaya. Politik cauvanis DAP adalah suatu ancaman. Politik ketaksuban individu PKR adalah sesuatu yang sia-sia. Maka pakatan pembangkang bakal mengundang kehancuran Melayu."

AZIIM: UMNO tak prakatiskan budaya Melayu yang luhur dan tinggi tapi mereka lebih senang dengan kerendahan akhlak dan adab sopan. Sopankah jika hak rakyat diabaikan,? wang dan projek dirasuah demi keluarga dan kroni pemimpin..akhirnya mula tuduh pembangkang...oops..tak lama lagi yang jadi pembangkang ialah UMNO - BN bukan PAS, PKR dan DAP lagi..tolong faham dan sedar..hal ini.. Kesian kadangkala melihat kepada rakyat yang masih belum terbuka fikirannya...dan masih terbelunggu sangkaan yang sangat merugikan,,

Foto 31 Mac di stadium Melawati: Inilah suasana kegembiraan rakyat menyambut kemenangan di Shah Alam, mereka datang dari seluruh daerah tanpa dibayar walaupun satu sen..Kalau UMNO..semua dibayar demi politik bukan demi rakyat...inilah hasilnya dan apakah ada masalah dengan semua kaum duduk bersama?? tidak ada maslah bahkan mereka bersama bersatu menolak UMNO-BN yang zalim..

No comments: