Wednesday, March 12, 2008

KEZALIMAN BN DIHUKUM RAKYAT - SEMASA DAN SELEPAS PRU 12 sehingga kabinet baru,,..

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Di pagi hening PRU12...8 Mac 2008..


Perkembangan terakhir sebelum pemilihan esuk pagi..ada beberapa perkara yang menarik;;;

1. Di Masjid India...gerai Mek...tak berhenti orang berkumpul mendengar ceramah DS Anwar..ada yang sejak pagi nungkrong depan tv sampai petang...jualan juga lumayan rm 500 ke rm 1000 sehari ,,jual vcd aje kata Mek..hebat ..ini perkembangan luar biasa..yang berkumpul semua bangsa,,,China, India dan Melayu...mereka khusyuk...mendengar...ceramah..dan AZIMM ...tak boleh dengar lama-lama..nanti pilihanraya jadi jalanraya..pula seperti tahun 1998..
Suasana ini berbeza ..dari tahun 2004..memang berbeza..semoga esuk hasilnya juga berbeza..

2. Tak jauh dari Masjid..India kelihatan sdr kita dari HIzbut Tahrir mengedarkan risalah...tentang term dan pandangan mereka tentang pilihanraya...AZIIM...lain kali kita bincanglah hal ini sebab tak dan sekarang...cuma kepada sdr Hizbut Tahrir...bertenanglah...dan doakanlah sdr mu...!!! selepas ini kita duduk bincang..

3. Media perdana kelam kabut...keluarkan isu dari lubang mana datangnya berita tak peduli asal ada berita,,,pahlawan cangkul pun belarak ke sana sini..tunjuk cangkul...dacing putih biru...rasa nak muntah bila tenguk kawan kita pakai lencana tu..bukan nak muntah kerana orangnya tak mandi..tapi falsafahnya..dacing memang berat diisi dengan harta korupsi dari siapa sahaja..tak kira..asal penuh..kiri dan kanan..penuh untuk perut sendiri..

4. Sdr BA..juga setelah penat seharian di markaz masing-masing..solat maghrib dan ramai juga yang mengadakan solat hajat...sehinga ke pagi..semoga Allah memberi kekuatan kepada sdr semua..!!amin.. dan inilah bedanya..perjuangan untuk menegakkan kebenaran..yang satu lagi (BN) ..asyik hitung dan kira..macamana nak hancurkan perjuangan BA..mereka hairan..kenapa Anwar berceramah yg hadir ribuan dan bila tokoh depa ceramah yg datang ..boleh dikira dgn jari..ini malasah...Najib dan konconya takut ..jika kecundang..dan BA naik...depa nak lari kemana?..sama juga dgn KJ...jk kalah..?? ini yg buat style gengster tu...dan nak upah tak masalah..sbb fulus banyak dari tokeh judi, pelacuran., dadah, korupsi dll semua sokong..utk pertahankan dacing...kerana ada hasil dari dacing..

5. Suasana ini kelihatannya amat menarik buat pembangkang...di Lembah Pantai...Shahrizat pucat...walaupun dihadapi oleh anak kecil cili api..(dia kata lah Nurul seumur anaknya dia)..Tak kesahlah apa hang nak kata yg penting...riak dari rakyat di Lembah Pantai...jelas..jadi kalau kalah juga...ini..kene jaga sungguh,,di sana sini..musti ada hantu,jembalang dll sepesisnya..nauzubillah...kalau inilah amalan depa...rugilah solat dan apa jaga aktiviti ibadah selama ni..betui depa takkan berhenti..dia akan buat lagi...jika dah terdesak..Begitu juga dgn Aziz Syamsuddin di Shah Alam..dah biasa makan benda tak elok..depa takkan mahu makan benda dari yg elok..berhati-hatilah..

6. Sebelum pagi..AZIIM menyeru agar kita semua berdoa..memohon pertolongan Allah yg Maha Kuasa...Tidak ada siapa yg boleh mengubahnya jika Allah menghendaki..semoga susah payah sdr-sdr semua..mendapat balasan dari Allah...Amin..!!

9 Mac...2008..4pg..

Allahuakbar...7x walillahilhamd..

Terlalu banyak air mata yang menitis di seluruh Malaysia...


1. Para pejuang kebenaran yang yakin dgn reformasi...di sekitar tempat pengiraaan undi..air bahagia, air mata yang melenyapkan keletihan selama hampir lebih 10 tahun..."Ya Allah kami bersyukur kepada MU...atas restu MU...kami dapat menyaksikan kemenangan di bumi yang kami tumpang dari Mu.." Ya Allah ...air mata yg bercucuran di pagi ini adalah kerana kami sedar ini semua adalah dengan kehendak dan izin MU..."

2. UMNO dan pemimpin yang kecundang juga menangis.
..seraya tunduk ke bumi...menangis kerana bimbang mereka akan dikejar oleh BPR atau polis...,malu kerana kalah dengan rakyat kecil yang tidak peduli dgn kerenah...sedih kerana tepaksa ubah style hidup...sesak nafas bila kenangkan hutang nak bayar selepas pilihanraya...segan dgn taukeh judi yg support di belakang...tak sanggup jumpa bersua keluarga kerana ditagih janji...entah bermacam lagi......

AZIIM : KESIAN...TAPI lebih baik menangis dan bertaubat di dunia dari menangis dan disebat diakhirat...

Tajol Rosli kunci pintu dan menangis

KEDIAMAN rasmi Menteri Besar Perak dikawal ketat oleh polis malah dikunci bagi menghalang orang ramai memasukinya di Ipoh, semalam.

IPOH 9 Mac – Kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam merupakan sesuatu yang di luar jangkaan banyak pihak terutama Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu dikatakan hanya mampu menangis di kediaman rasminya bersama penyokong dan pemimpin kanan UMNO negeri malam tadi.

3. Rakyat kecil di rumah menangis kerana...lega...rasa nikmat...rasa lapang..rasa ada harapan...rasa ...berbaloi...usaha pangkah tadi pagi...

Sdr..ingatlah janji Allah...apabila kemenangan yg datang...bertasbihlah sebanyak-banyaknya...subhanallah...maha suci Allah...


Semoga Allah memanjangkan umur pemimpin-pemimpin BA bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab..untuk Malaysia Baru..ikuti ucapan dari DS Anwar...

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - "Terima kasih kepada seluruh rakyat Malysia.Saya begitu terharu dan tersentuh dengan pilihan yang dibuat mereka dan penghargaan wajar diberikan kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang mahukan perubahan dan era baru dalam negara."

Demikianlah kata mukadimah penuh semangat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan sidang media khas keputusan kejayaan Barisan Alternatif (BA) jam 1.10 pagi tadi di kediamannya tadi.

"BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan,Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor," kata Anwar di hadapan lebih 50 wartawan dan jurugambar luar dan dalam negeri.

"Kita telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen," katanya.

Kata Anwar setakat keputusan diperolehi, KeADILan telah memenangi lebih 30 kerusi Parlimen, PAS sejumlah 27 manakala DAP juga mendapat 27 kerusi namun keputusan muktamad dan rasmi masih ditunggu oleh pihaknya.

Turut hadir sama dalam sidang media itu ialah Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua yang telah memenangi kerusi Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan.

Anwar menjelaskan kejayaan itu adalah kerana rakyat telah memberikan mesej yang jelas mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan mewakili suara pandangan semua kaum.

Katanya keputusan pada malam ini merupakan satu sejarah yang belum pernah berlaku dalam landskap politik negara dan berjanji BA akan melaksanakan mandat yang diberikan rakyat dengan sebaiknya.

"Esok insya-Allah, kita akan membina Malaysia baru secara bersama-sama dan masa depan Malaysia mula tercipta," katanya.

Ketika ditanya bagaimana perasaan beliau menghadapi kejayaan BA besar dan mengejutkan itu, Anwar berkata beliau benar-benar tersentuh dengan pilihan rakyat Malaysia itu.

"Saya bersyukur kepada Allah SWT. Dan merasa begitu bahagia kerana dikongsi bersama dengan semua kaum yang dianggap sebagai satu keluarga.

"Sesungguhnya, politik negara sudah tidak akan sama lagi sampai bila-bila,"kata Anwar.

Sementara itu, beliau meminta semua pihak khususnya para penyokong BA supaya bersikap bertenang dan tidak melakukan sebarang sambutan atas kejayaan BA dan ini turut dipersetujui oleh PAS dan DAP.

"Tiada sambutan dilakukan. Kerja akan diteruskan esok seperti biasa untuk membina Malaysia baru," katanya. - mks.

Dan begitu juga dari Tuan Guru.. "Abdullah tolak Islam punca Allah beri kekalahan kepada Umno/BN" - Nik Aziz
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Mar 09, 08 | 12:47:40 am MYT

KOTA BHARU, 9 Mac (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berkata, kemenangan yang diberi Allah kepada PAS, KeADILan dan pembangkang lain di Malaysia adalah kerana tindakan Umno/BN yang sudah cukup melampau.

Kata Tuan Guru, rakyat Kelantan masih mahu mempertahankan kerajaan Islam yang telahpun dijalankan PAS sejak memerintah 18 tahun lalu.

Rakyat Kelantan tidak mahu idealisme Umno yang hanya menumpukan kepada kebendaan, mengangggap rakyat buta huruf dan mahu memperbodohkan rakyat, katanya.

Beliau juga memberi mesej peribadinya kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan BA dan pembangkang lain di beberapa negeri termasuk Kedah dan Pulau Pinang.

Secara peribadinya mesej Tok Guru kepada Abdullah ialah "Inilah akibatnya jika manusia tak dengar kata Allah".

"Faktor kemenangan bagi saya sebab kita perjuang Islam, Umno sudah melampau hingga hina rakyat sendiri, hina demokrasi, jangan harap nak jalan Islam demokrasi yang dia kata dia perjuangkanpun diselewengkan," katanya.

Tuan Guru berkata, amat tidak munasabah PAS antara parti yang mempunyai ahli paling ramai, tetapai tidak diberi ruang oleh kerajaan untuk mendapatkan akses media, hak demokrasi dan kebebasan untuk kita selaku rakyat Malaysia.

'Kita tak ada surat khabar, tak ada televisyen, kita macam orang asing, ini kerja melampau sebabkan rakyat jelek kepada Umno," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Justeru katanya akibat rakyat marah dan meluat kepada Umno/BN, pilihan raya kali ini rakyat menunjukkan sokongan kepada pembangkang dan ia amat mengejutkan.

"Rakyat Malaysia kini ramai yang berpelajaran, lulusan universiti tetapi pemimpin Umno memperbodohkan rakyat, anggap rakyat buta huruf," katanya.

Selain itu antara faktor lain yang menyebabkan rakyat menolak Umno/BN ialah, di Malaysia ini katanya Umno/BN menolak hidayah Allah, malah Umno mendakwa bahawa Islam punca perpecahan dan tidak memajukan.

Umno juga katanya menjadikan rakyat seperti lembu yang hanya dianggap dengan memberi wang (jika lembu diberi rumput), dan rakyat akan menyokong kononnya.

"Ini kerja yang menjelekkan masyarakat, Islam kata haram dia (Umno) tak peduli, demokrasi kata tak boleh dia (Umno) kata boleh," katanya./wann.

Hasil ..PRU..12 2008

Kerusi Parlimen - 222
Kerusi DUN - 505
Pemilih - 10,922,139
Pengundi baru- 700,000


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008

NEGERI PARLIMEN DUN

BN /PEMBANGKANG/BEBAS BN /PEMBANGKANG/BEBAS
W.P. KL 1 /10/0 0/ 0/ 0
W.P. PUTRAJAYA 1 0 0 0 0 0
W.P. LABUAN 1 0 0 0 0 0
PERLIS 3 0 0 14 1 0
KEDAH 4 11 0 14 21 1
PENANG 2 11 0 11 29 0
PERAK 13 11 0 29 30 0
SELANGOR 5 13 0 19 30 0
NEGERI SEMBILAN 5 3 0 21 15 0
MELAKA 5 1 0 23 5 0
JOHOR 25 1 0 50 6 0
KELANTAN 2 12 0 6 39 0
TERENGGANU 7 1 0 24 8 0
PAHANG 12 2 0 37 4 1
SARAWAK 29 1 0 0 0 0
SABAH 22 1 0 56 1 0

JUMLAH 137 78 0 304 189 2


Senarai YB dari PKR.

Peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
P.115 - Batu - Tian Chua
P. 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
P. 124 -Bandar Tun Razak - Tan Sri Khalid Ibrahim
P.116 - Wangsa Maju - Wee Choo Keong

Negeri Sembilan

N.13 – Sikamat – Aminuddin Harun
N.14 – Ampangan – Rashid Latiff
N.29 – Chuah – Chai Tong Chai
N.33 – Port Dickson – Ravi a/l Munusamy

P.132 - Telok Kemang - Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Selangor
N.10 - Bukit Melawati – Muthia Maria Pillay
N.19 Bukit Antarabangsa – Mohamad Azmin Ali
N.14 - Rawang – Gan Pei Nei
N.16 - Batu Caves – Amirudin Shari
N.11 – Ijok – Tan Sri Khalid Ahmad
N.25 - Kajang – Lee Kim Sin
N.32 – Seri Setia – Nik Nazmi Nik Ahmad
N.33 – Taman Medan – Haniza Mohamed Talha
N.37 - Bukit Lanjan - Elizabeth wong
N.39 – Kota Damansara - Dr Mohd Nasir Hashim
N.40 – Kota Anggerik – Yaakob Sapari
N.41 – Batu Tiga - Rodziah Ismail
N.46 – Pelabuhan Klang – Badrul Hisham Abdullah
N.49 – Seri Andalas – Xavier Jayakumar
N.50 – Seri Muda – Mat Suhaimi Shafiei

P.94 - Hulu Selangor - Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad
P.97 - Selayang - William Leong Jee Keen
P.98 - Gombak - Mohamad Azmin Ali
P.99 - Ampang - Zuraida Kamaruddin
P.104 - Kelana Jaya - Loh Gwo Burne
P.105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian
P.107 - Subang - R. Sivarasa
P. 109 - Kapar - S. Manickavasagam
P.112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid

Pahang
P.82 - Indera Mahkota - Azan Ismail
P.83 - Kuantan - Fuziah Salleh

Kedah

N.28 – Bakar Arang – Tan Wei Xu
N. 29 – Sidam – Tan Chow Kang
N.34 – Lunas – Mohd Rahzi Salleh
N. 35 – Kulim – Lim See Nee

P.10 - Kuala Kedah - Ahmad Kassim
P.14 - Merbok - Datuk Rashid Din
P.15 - Sungai Petani - Johari Abdul
P.17 - Padang Serai - N. Gobalakrishnan
P. 18 - Kulim-Bandar Bharu - Zulkifli Noordin

Kelantan
N. 40 – Guchil – Tuan Zamri Arif Tuan Zakaria

P.26 - Ketereh - Abd Aziz Abd Kadir
P. 27 - Tanah Merah - Amran Abdul Ghani
P. 29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail

Perak

N.9 – Kuala Kurau – Abdul Yunus Jamhari
N.13 – Kuala Sapetang – Tai Sing Ng
N.14 – Changkat Jering – Kapt Mohd Osman Moha Jailu
N. 44 – Simpang Pulai – Chan Ming Kai
N.45 – Teja – Chang Lih Kang
N. 54 – Hutan Melintang – Kesavan Subramaniam
N. 59 – Behrang – Jamaluddin Mohd Radzi

P. 58 - Bagan Serai - Mohsin Fadzli Samsuri
P.62 - Sungai Siput - Dr M. Jeyakumar Devaraj
P. 71 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye

Pulau Pinang

N. 12 – Penanti – Mohammad Fairus Khairuddin
N. 14 – Machang Bubuk – Tan Hock Leong
N.17 – Bukit Tengah – Ong Chin Wen
N.18 – Bukit Tambun – Law Choo Kiang
N.20 – Sungai Bakap – Maktar Shapee
N.24 – Kebun Bunga – Ong Khan Lee
N.35 – Batu Uban – Raveentharan
N.36 – Pantai Jerejak – Sim Tze Tzin
N.37 – Batu Maung – Abdul Malik Kassim

P.44 - Permatang Pauh - Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
P. 53 - Balik Pulau - Mohd Yusmadi Yusoff
P. 47 - Nibong Tebal - Tan Tee Beng
P. 52 - Bayan Baru - Datuk Zahrain Mohd Hashim

Semoga sukses menempuh ujian kemenangan ini dan berjaya berkhidmat untuk rakyat semua kaum di Malaysia...Semoga Allah memperkukuh keazaman dan tekad sdr..AMin...

9 fb ..12 tghari...

"Ya..Allah..tanpa ku sedar pagi ini aku bangun di bumi baru..."MAlaysia Baru"..aku hirup dalam-dalam udara pagi ini...sampai ke paru-paru, dalam lagi sehingga ke tulang
sum-sum ku..""
Ya Allah...air mata gembira tidak dapat ku titiskan lagi..dan segala kesakitan dan sengsara..makin terasa pergi...pergi dibawa angin kezaliman yang dihalau angin kebenaran, angin keadilan..angin perjuangan..angin semangat baru...angin tekad baru...angin komitmen pemimpin dan pejuangnya..""

Ya Allah...terimalah perjuangan kami dan berilah kami kesabaran dalam nikmat kemenangan ini dan tidak melupakannya atas izinmU...."

Sdr..bermacam ragam komentar..di tv, di web, di blog dll..atas sebab kenapa..menang dan kenapa kalah..Bagi AZIIM...ada beberapa poin dan faktor yang telah pun kami tegaskan sebelum ini tapi tambahannya mungkin sekadar syer di hari ini seperti berikut:

1. Mungkin inilah salah satu jawapan dari akibat kezaliman selama ini..dan harus diingat ..kepada para penzalim..kamu tidak akan dapat mengalahkan doa mereka yang dizalimi..siapa sahaja..DS. Anwar, keluarganya, kerabat dan kenalannya, pemimpin BA yang dihian dan dicaci selama ini di parlimen..di media massa, di mana sahaja..Silakan anda berdepan dengan kebenaran ..dan ingatlah..suasana sudah berubah..anda tidak akan dlagi hentak meja dan boo di parlimen..jika berani juga anda akan berdepan dengan harimau, singa dan mereka yang siap berhujajh dengan anda..??

2. Wajah dari pemimpin takabbur..semasa buat kenyataan di TV tadi pagi...tidak akan memberi kesan kesihan dari rakyat yang udah muak..dengan kelibat kamu semua...ini mesej bukan main-main dari rakyat..bukan senda gurau, bukan lakonan lagi..bukan main-main sorok-sorok..INI dunia nyata ya..!!! Jangan mimpi lagi ya..!!!

Saran kepada pihak BA..yang menang:

1. Berbincnglah dengan tenang bagi memenuhi amanah rakyat ini dan ambillah ibrah dari peristiwa UHUD...kerana nikmat ini amanah bukan main-main bro..jangan gelap mata pabila datang kemenangan kerana ia akan hilang lagi jika tidak ada usaha konkrit melaksanakan janji manifesto..dan saran kami...

a. Bentuklah team solid/KERAJAAN yang berkemampuan untuk melaksanakan amanah ini..!!! janagn pandang siapa tapi putuskan secara profesional..ingat ini adalah test dari rakyat bukan pemberian percuma/gratis..

b. apa juga bentuk hasil dari negara dikawal sepenuhnya..agar tidak ada yang bawa lari..kerana kerja menggelapkan ini adalah kerja biasa mereka..tutup semua laluan ini dari sekarang..jangan tunggu esuk lusa..STOPPPPPPPPPPPPPPPPPP

c. Tolong tenguk semula semua wang rakyat yang telah dikebas oleh semua pemimpin sebelum yang punya data untuk dituntut semula..kerana jumlahnya sangat besar...dan ianya jika terkumpul boleh membina ribuan rumah rakyat miskin, biasiswa anak bangsa dan bermacam projek kebajikan yang boleh...TOLONG AMBIL SERIUS HAL INI...!!!

d. Tolong cek semula wang raian...untuk para raja,para pemimpin dll..walaupun ini hanya harapan tapi...alangkah baiknya jika ianya diagendakan secara bertahap dan difahmkan kepada semua pihak terutama selama ini mereka elah mendapat kemewahan yang berlebihan dari wang rakyat...wang rakyat untuk mabuk untuk judi untuk pelacuran vip dll CUKUPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP. Jangan biarkan rakyat menderita mendengar berita para penguasa bermewah=mewah dengan hak rakyat..sekalipun para raja..apapun kita semua adalah manusia...patut-patut sudahlah..dan alangkah baiknya jika ada penguasa yang bertaubat dan insaf mengembalikan wang rakyat yang selama ini dirampas, dicuri dan dipergunakan untuk hal yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat...

e. Ini adalah harapan dari rakyat kecil..yang akan menjadi gelombang baru di MALAYSIA BARU.....sila renungkan...gelombang ini akan menjadi begitu besar di tahun 2013 nanti jika dibentuk dari sekarang..tapi ianya juga akan menjadi gelombang yang meruntuhkan jika tidak ada yang dikotakan janji manis semasa PRU 12..

f. Kami yakin sdr semua mampu dan kami ucapkan tahniah kerana anda mampu untuk melaksankannya dengan maksima..

g. Setelah berusaha maksima...maka kta serahkan semuanya kepada ALLah dan kami yakin rakyat turut faham dan berterima kasih...kepada anda..semua..

SALAM BUAT MALAYSIA BARU............................

AZIIM bersetuju dan berharap BA meneliti serta sepakat atas Pesan DS ANwar..

Bernama melaporkan Dato' Seri Anwar Ibrahim meminta, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di lima negeri yang dikuasai pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak diminta mengamalkan corak perbelanjaan sederhana serta tidak melakukan pembaziran.

Anwar yang juga Penasihat KeADILan berkata, para menteri besar tersebut perlu menggunakan pejabat, peralatan dan kenderaan kerajaan negeri yang sedia ada dalam usaha berjimat cermat.

"Kejayaan besar yang dimenangi oleh pakatan pembangkang sebelum ini membuktikan rakyat mahukan perubahan dan kita akan berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bukit Segambut di sini hari ini.

Mengenai pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai perdana menteri atas dasar tanggungjawab, berikutan keputusan memeranjatkan yang diterima oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya semalam, Anwar berkata itu merupakan perkara dalaman BN dan Umno.

Pakatan DAP, PAS dan PKR memenangi 31 kerusi kawasan Parlimen dan 40 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di lima negeri tersebut serta membentuk kerajaan negeri. - mr

10 Mac ..2008

Sempat kami bertemu, telepon dan bercakap-cakap dengan adik beradik, kawan dan kenalan sepanjang hari sampai malam...


Ada beberapa hal yang dapat kami ambil dari mereka:

1. Yang menyokong BN...mereka memberi komentar
...elok juga ada pembangkang yang kuat..di parlemen kalau tak YB BN tidur aje ..
...padan muka YB BN yang sombong sebelum ni...lanyak rakyat dan tak peduli dgn rakyat.
....sayang sekali di Penang DAP pula yang menang...kemana perginya YB BN???..awat depa nih..buat kerja apa?
....Mahathir dan team juga bikin problem sampai BN hancur..
...Menantu Pak Lah...bagi tambah masalah..
...YB BN..dah terlalu melampau..geramnyaaaaaaaaaaa....
...Pak Lah lemah...tapi dia baikkkkkk...??
...Najib menang sbb tabur duit...bukan kerana real rakyat cinta dia...
...Kami bimbang..pembangkang terlampau kuat nanti kerja tak jalan..DAP kot nanti di belakang bekerjasama dgn MCA dan Gerakan dan CHINA yang jadi kuat...apatah lagi kalau MIC juga join...Melayu hancur...
...Kami...nak tenguk UMNO dan BN berubah..merenung saksama ke dalam jangan cari salah orang dan pembangkang aje.....
...Zainuddin Maidin...too much..semasa buat kempen...over sangat..sampai akhirnya boomerang...dia ni..bodoh sombong juga.. awat tak tanya dengan org lain..atau belajo lebih lagi..tentang psikologi..sekarang kami berharap dia kene tenguk cermin diri sendiri..
...KJ..hang nak tunjuk apa lagi???...walaupun menang di Rembau tapi imej kamu hanco...di mata kabinet bapak mentua kamu...kamu akan berdepan dgn masalah dgn pemuda UMNO...tenguklah...kamu dah hilang kontrol...
...swing akan berlaku...dari beberapa parti kompenan BN ke pembangkang...mungkin depa dah tak tahan lagi...dgn BN...jangan ingat ini tak boleh terjadi..terutama dari Sabah dan Sarawak..
...kami geram dgn pembangkang sebelum ini tapi bla difikir semula ada juga yang betul..sebab tu rakyat pilih depa..
...di Perak...sejarah pembangkang memerintah...ngeri...mana perginya ..UMNO..dan BN...???
...Mahathir..hebat..sebab berani bantu pembangkang..tapi dia ni juga memang tak berguna..elok jadi hero ganti Shah Ru Khan aje..meluat tenguk dia berlakon..dulu,,menangis...dan itu ini...sekarang tembak diri sendiri..
...Aku tak kesah dgn siapa..depe menang atau kalah sebab aku bawa teksi..juga..tapi aku sayang aje..mcamana boleh kalah teruk.......ko rang memang tak boleh harap..
...nak cakap dua hari dua malam tak habis..tapi aku malu..nama aje Tanah Melayu...malu..lah..

Apa kata mereka yang menyokong pembangkang...

...tak sangka ...syukur ya Allah...
...tq..Allah..
...sambil menitiskan air mata..dan menggenggam tangan temannya dan memeluk erat...alhamdulillah...
...takbir..di mana-mana...kita wajib bantu teman-teman kita..kalau dulu kita sanggup basah, berpanas, dipukul di jalan dll maka..inilah masa kita buktikan kita ikhlas utk rakyat dan Malaysia.
...TQ Mahathir..TQ pak Lah,.tq..KJ....dan ramai lagi yg membuat rakyat bencikan UMNO..dan YB nya...begitu juga pemimpin BN...tq..u all teruskan cara itu ...supaya akhirnya rakyat akan betul-betul yakin yg kamu semua memang korup..dan tak boleh diharap..
...Bagi kami..Mahathir..telah melukakan hati rakyat...10 tahun lalu...dan luka itu masih berparut..dan kami masih melihat parut itu dan tidak akan melupakannya sampai mati..bahkan kami berpesan kepada anak-anak kami...kafilah Mahathir ni amat bahaya..utk Islam, Negara dan masa depan negara..ya dia out spoken tapi..seperti harimau yang mengaum..yg giginya sudah patah..kuku dan dah tumpul..eloknya dia rajin ke masjid ajelah..taubatlah...!!dan jika serius bertaubat,,buktikan..aje..bagi balik duit rakyat yg hang ambik dulu..dan suruh semua kawan hang yg curi duit rakyat..kembalikan semula kepada rakyat..inilah taubat..dan diamlah selepas tu...semoga Allah terima taubat hang..

...Pak..Lah..tolong guna teropong dan microscope
..tenguk betui-betui..kiri kanan hang tu,,musuh hang..yang tunggu masa nak ngap hang..depa bukan suka hang...dan jk hang turun hang kene tendang aje nanti...!! hang duduk ka atau hang tglkan jawatan..tak banyak beza kpd rakyat jika yg ganti hang tu...lebih haprak lagi...kami mahu new leader...bukan leader korup macam Najib..dan org lain...walaupun Najib menang ..di Pekan..kami tahu,,,dia songlap rakyat Pekan..berapa puluh juta..RM...tapi hang syok la ni...kerana...di mata keluarga hang ..tak malu..CIMB ada backup ..dan banyak lagi taukeh...lain..
...BN..akan guna tektik kotor..pancing..dgn fulus untuk beli kerusi...ini semua idea pemimpin Melayu,,korup dan tidak ada wibawa...
AZIIM sarankan...jika nak bagi duit...ambik aje..tapi..jangan sikit lah..minima 100 juta..tapi bukan bagi atau jual kerusi kepada mereka..duit tu adalah tebusan dosa mereka selama ni..yang cuai jaga kebajikan rakyat..ambik duit depa dan bangunkan rumah rakyat..bela nasib penduduk miskin di kawasan bekenaan..cuma..ini mungkin ..mimpilahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh puak penghisap darah rakyat tak akan bertukar spesis..jangan harappppppp..selagi..bernafas..
...Pak Lah..nak jadi juga PM..biarkan dia boleh bertahan berapa lama..bagaikan lampu dah nak habis minyak...lambat laun dia akan habis juga..samada minyak habis sendiri atau atau ada puak dan kwn baik dia yg bagi bocor..sampai minyak habis..paling lama sampai bukan September nanti..
...Ramai berkumpul di rumah Pak Lah..suruh bertahan..kerana terlalu banyak yg nak ditanggung..jk Pak Lah..pi..depa pi..depa penyokong yg bawa rebah...tak pa..biak pi..depa boleh bertahan berapa lama...
...YB,,BN...YB UMNO..meeting dari pagi sampai pagi...dulu duk di hotel mewah..perabis duit rakyat main-main..macam-macam...la ni...depa duk di hotel juga dan di rumah persendirian...cuma sorok-sorok..takut kene ligan..pemberita..dan penyokong minta budget..yg terhutang...dulu pening arak la ni..pening lain..angin lain.....
AZIIM sarankan: BA bentuk team pemantau..di selluruh negara..para YB...ni..perabis waktu untuk rakyat atau utk karaoke..??? kesedaran tentang hal ini sangat utama..supaya mereka sedar bahawa..punca jenayah adalah dari mereka...kerana mereka yg benarkan hal ini berlaku..dedahkan aje...berita melalui saluran yg ada...biar tahu diri..termasuk penguasa ...VIP negara..jangan cuba nak ajak rakyat jadi hancur dgn perabis di tempat bertemunya para penjenayah...kelas kakap..
...Media kita...tolong ubah..jangan jadi macam berita negara komunis..atau sosialis..karut la..depa ni..media kita macam zaman 60 an..hiburan tanpa pendidikan..berita tanpa sumber jelas...analisa dari mereka yg tak tahu..akhirnya..rakyat jadi..dungu..cukup leeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee kami tak mahu anak kami dungu..kami mahu anak cucu kami cerdik..kerana dapat info yg cerdik..dan berfakta..
...sayang Pak Lah..masih..nak tunjuk macam tak bersalah...jangan lah,,tiru style Mahathir..ini utk kepentingan negara..bukan kepentingan pengundi Kepala Batas sahaja..
...Kami berharap dan akan berjuang bersama pemimpin BA...utk kepentingan masa depan Malaysia...
AZIIM; mungkin pandangan dari sdr kita samada penyokong BN atau pembangkang...mereka sepakat kepada satu titik iaitu...KAMI IMPIKAN MALAYSIA YANG BERSIH DAN MAJU..BUKAN HANYA UTK 2020...


...11 Mac 2008,,

Setiap kali bertemu dengan anak muda..sekitar 22 ke 25 tahun..samda Melayu, China dan India...pasti respons dengan soalan..pilihanraya...bermacam cerita dan analisa yang mereka buat...

Begitu juga dengan sms, email, youtube, blog, website dll..Pada tahun 1998 masyarakat Malaysia masa itu hanya terfokus ke website/email, kaset dan cd/vcd..Tapi sekarang ianya lebih laju bahkan ada yang dapat mengalahkan speed informasi media perdana....apatah lagi jika muatan media perdana sudah dianggap sebagai tidak relevan lagi...maka sebenarnya ia hanya dijadikan sebagai bahan ketawa, referensi dungu untuk didungukan oleh rakyat..ini betul-betul berbeda,,ya inilah waktu..dan inilah zaman...

AZIIM: ini adalah fenomena baru..dan memang ada fakta...warna politik Malaysia dari sekarang ke 50 tahun yang akan datang berwarna warni bukan dacing saja dalam kepala mereka..INI suatu fenomena menarik....jika ada kesempatan poin ini akan kita bahas bersama..nanti,,dan ianya perlu analisa yg lebih mendalam dari sumber yg berbagai..insyaallah setelah suasana demam pilihanraya berlalu...poin ini akan dibahas tuntas..

AZIIM: Dari awal pihak kami tegaskan betapa pentingnya..team pemantau..untuk memastikan segala bentuk peneyelewengan, sabotaj, provokasi dll yang boleh dilakukan oleh pihak lawan bagi menjatuhkan imej BA..Mereka akan lakukan apa saja kerana asas politik mereka yang kotor..dan cara befikir yang keji..mendominasi...kewajaran...Menterikah atau siapakah dia jika telah hilang pertimbangan wajar..maka bermacam hal boleh terjadi..dan ini telah pun terjadi..di Rusila..(dalam keadaaan pihak BA berjaga-jaga mereka tetap terus mencoba..Inilah imej Hadhari yang mereka pamirkan..

Di Kedah, Perak dan Selangor..isu yang mereka taburkan adalah tadika KEMAS akan ditutup oleh kerajaan baru...Ini macam cerita Cinderella..

Sedutan dari Harakah....Hati-hati dengan unsur sabotaj di Selangor - Dr Siti Mariah
Roy Rasul
Mon | Mar 10, 08 | 4:59:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood berkata sejak semalam dan hari ini, beliau banyak menerima maklumat dari orang yang mendakwa sebagai pekerja Majlis Kerajaan Tempatan (MKT) Selangor bahawa ada orang-orang tertentu cuba mengeluarkan fail-fail dan dokumen di tempat tersebut.

Sehubungan itu beliau menasihatikan, sesiapa saja yang mengetahui berlakunya kes 'kecurian' harta-harta kerajaan tempatan perlu berani membuat laporan polis.

Ini tegasnya kerajaan baru Selangor belum lagi dibentuk dan tiada juga sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.

Begitu juga katanya, dengan laporan-laporan mengenai Tadika Kemas bahawa pihak-pihak tertentu mengeluarkan komputer dan sebagainya atas alasan PAS akan menutup Tadika tersebut.

Tegasnya, itu semua adalah pembohongan kerana kerajaan baru negeri Selangor belum ditubuh lagi.

"Kesemua laporan tersebut adalah pembohongan kerana Barisan Alternatif (BA) belum membuat apa-apa arahan dan kami bimbang orang lain akan ambil kesempatan di atas harta dan dokumen kerajaan," katanya.

Katanya, sepatutnya pegawai-pegawai kerajaan tempatan meneruskan kerja-kerja mereka seperti biasa.

Menurutnya, tidak betul kerajaan baru Selangor akan menyita barangan mereka.

Ada juga sms tentang KJ..nak mengamuk/merusuh...???

AZIIM: Hai..takkan..teruk sampai tahap itu...ini zaman apa ..??Hang duk di OXford belajar apa?? Kalau betui lah dia nak merusuh...dan join dengan bapak gangster manakah...tolong fikir dengan waras ok..Hang berdepan dengan Rakyat ok...INI bukan negara gengster...dan tak dak sapa yang teringin nak ikut hang..kecuali..pahlawan cangkul..yang dah kene cabut gigi..Jangan berfikir begitu lagi bro..dah berlalu..zaman Hang Tuah...la ni zaman HANG TU...
Kami menyeru agar segala bentuk seruan racist..perkauman..daerah..atau negeri atau apa saja namanya yang bercanggah dengan kedaulatan UNdang-undang...forget it ok....TAPI KALAU TERINGIN SANGAT NAK KENE TITIK DAN DILUDAH OLEH RAKYAT,,,YA..SILAKAN AJA..!!

Jika dakwaan ini benar maka inilah..tahap berfikir pemimpin UMNO..inilah class mereka..yang sebenarnya..kalah nyorok tak mahu jumpa wartawan..menangis..dll ..Depa ni..nak jadi pejuang..algojol hancus..Negara...Inilah mind set mereka..kononnya negara ini milik mereka??? Apa nak jadi nih..bumi ini bukan milik bapa kita..bro..kita tumpang aje..sebelum mati..STOPPPPPPPPPPPPPPP ok.!!..

Soal mendesak Pak lah juga bergema...yang paling kuat dari Mahathir, anaknya dan orang yg dibelakang (kafilah Mahathiriun)..Boleh jadi juga bersama Kafilah Najibiun...cuma di depan media bagaikan tenang air paya..tapi dalam hati.. Allah saja yang tahu..
AZIIM: ini hal dalam selimut UMNO..boring dah nak bincangnya..tapi bagi kepentingan Negara oklah..tapi ..jika bagi kepentingan peribadi ..tak payahlah bro...ngabehkan boras..ajo..Jangan terlalu terpancing ke isu begini..lebih baik..BA fokus kepada agenda utama dan implimentasi manifesto BA untuk rakyat..Biarkan mereka dengan labu-labunya....kalau depa nak tenggelam sebab labu semuanya dah bocor..mungkin boleh bagi sedikit bantuan..tapi kalau kita nak perabis masa fikir hal depa,,dan nak bagi hulur tanganka apa ka..,,nanti..dengan kepala kita habis kene telan dan tenggelam bersama dalam lautan masalah mereka..

Ini adalah waktu terpenting dan genting buat generasi anak cucu kita nanti..tersalah aja perancangan kita kali ini kita mengorbankan masa depan jutaan jiwa..Naik bulu ruma..dibuatnye...masa tu jika kt salah berfikir dan tersalah membuat keputusan...anak cucu kita..akan menangis di atas kubur-kubur kita sambil berkata,,"Kami menderita ayah ibu..dan .nenek..gara-gara kamu semua.."
style="font-weight:bold;">
Nauzubillah...

12 -03-08...

Sempat bertemu dengan aktivis..reformasi di Masjid India dan Gombak..apa kata dan saran mereka:

AZIIM;...Terbayang di wajah mereka erti sebuah kepuasan dan kegembiraan yang terlalu indah untuk dirakamkan..selama hampir 10 tahun sejak tahun 1998..gerakan Reformasi yang digagas oleh DS Anwar masih punya pendokong bawah arus yang amat solid...(mereka tidak aktif di politik partai tapi punya komitmen kepada gagasan sejak 1998)..Ini suatu fenomena yang sangat kuat bagi menjamin kelangsungan bagi suatu agenda perubahan..ISLAH/KAI ZEN/REFORM..Antara butir-butir mutiara yang diluahkan:

..Apa yang kami inginkan yang terbina kukuh dalam hati kami sejak 1998 bagaikan hamparan indah yang terbentang luas pada hari ini..(hasil PRU 12)..sebelum penamaan calon kami tidak ada keyakinan akan berlaku suatu anjakan baru di arena politik Malaysia tapi setelah hari tersebut dan kelihatan riak-riak sambutan dari semua bangsa dan ras, keyakinan dan semangat kami mula respons dengan keadaan tersebut. Ya..sejarah akan bermula...sejarah perubahan akan mula bertapak...Reformasi sudah mula tumbuh di hati rakyat sekalipun bukan slogannya..bukan hanya soraknya...ini realiti...berterusan sehingga tempoh berkempen selama 2 minggu..getaran perubahan makin terasa..dan sambutan ceramah di mana-mana terutama dari DS Anwar..GETARAN PERUBAHAN BERUBAH MENJADI GEGARAN JIWA DAN TEKAD RAKYAT PADA 8 MAC. Inilah sebuah aliran yang tercetus dari kata-kata keramat....bermula dari ucapan biasa DS Anwar pada tahun 1998...sekarang menjadi realiti.

AZIIM: Semoga..menjadi pelajaran berguna kepada mana-mana gerakan perubahan agar sabar untuk melihat hasil dari perjuangan tersebut. Walaupun mereka tidak kelihatan di persada politik..tapi memainkan peranan amat besar bagi memastikan bola gerakan REFORMASI tetap bergolek dan membesar..bagaikan bola salji yang semakin membesar ..dan akhirnya menenggelamkan apa sahaja yang menghalangnya. Kepada penguasa yang angkuh..ternyata apa usaha anda untuk memusnah dan menghancurkan gerakan ini..adalah sia-sia..Kamu penjara mereka seperti anak kucing jinak dan mereka keluar bagaikan harimau garang yang bila mengaum boleh meretakkan tulang-tulang si penzalim..kamu penjara mereka dan pukul mereka..tapi bila keluar mereka makin soleh dan hubungan mereka dengan sang pencipta makin dekat..dan mereka merasa mulia di sisi Allah..inilah rahsia..yang sama yang terjadi di mana sahaja kepada mereka yang yakin dgn apa yg diperjuangkan..
..Kami bersyukur kepada Allah..yang telah merubah hati rakyat..dan menggerakkan tangan-tangan mungil rakyat sehingga Barisan kezaliman hilang kekuasaan, bangunan kuasa mereka dapat digoyang hanya dengan sebatang pensel..inilah kekuatan rakyat.."peoples power"..yang membuat para penguasa zalim terpinga-pinga, terkedu-kedu melihat hasil PRU 12 di layar tv. Kesian ..ada yang meninggal (semoga dia sempat bertaubat tapi jika hasil korupsinya ..anak isteri..tolong bagi aje kepada rakyat..selesai masalah dan semoga ruhnya diterima Allah dengan selamat)..Mungkin kejadian seperti ini tidak memberi apa-apa erti bagi hati mereka yang sudah berkarat dengan korupsi..Hati yang sombong dan beku akan hal kehidupan selepas mati..

AZIIM: Alhamdulillah...reformis yang dulunya agak keras..sekarang sudah agak lunak dan ramai juga yang menjadikan masjid sebagai tempat persinggahan rutn..ini suatu yang amat menarik untuk dikaji..

..Kami tidak berharapkan apa-apa dari kemenangan ini tapi hanya berharap agar seluruh teman kami yang berada dalam politik atau tidak dapat bertemu kembali...dapat berdialog kembali..dapat merancang kembali untuk masa depan Malaysia Baru..yang kami tunggu selama 10 tahun..Kami mahu buat kerja yang lebih real dengan memberi khidmat kepada rakyat di pusat kebajikan rakyat yang kami semua handle..di Kuala Lumpur..tak jauh dari Masjid India bagi mengenang...tapak penyaksiaan REFORMASI...bermula..Kepada seluruh sahabat sila hubungi kami..untuk pertemuan selanjutnya...atau emel ke: mustm99@hotmail.com...

AZIIM: Semoga Allah menerima perjuangan kalian dan memperkuatkan barisan kebenaran sepanjang sejarah MALAYSIA BARU...sampai akhir zaman. Perjuangan yang ikhlas adalah perjuangan yang memberi kebaikan kepada kemanusiaan sejagat dan alam ini tanpa berharap apa juga balasan dari manusia kecuali dari ALLAH.. pencipta alam ini. Perjuangan anda yang ikhlas demi kebenaran dan konsistan menentang kezaliman..AZIIM mendokong sepenuhnya..perjuangan anda..INILAH MASA ANDA MEMBERI SUMBANGAN UNTUK BANTU MEMBINA BERSAMA MALAYSIA BARU DI SELURUH MALAYSIA. Kami berharap kepada semua pihak yang berminat untuk memberi idea dan apa juga bentuk sumbangan nasihat sila hubungi : mustm99@hotmail.com atau Abu Miqdad hp; 0123333825 Khairi Masjid India: 0193066016..

13 Mac 2008

Heboh di sana sini rakyat, media dan ahli politik membicarakan soal perlantikan MB di Selangor dan Perak. Begitu juga dengan pakatan BA dan Ketua Menteri P.Pinang. Media upahan BN, bersungguh sangat untuk mengangkat isu ini pada hal tidak ada masalah apapun..Udah terbiasa mungkin maklumlah lebih 40 tahun..sudah terbentuk mind set "bantai/hentam/godam..peduli apa..sapa nak marah..aku yang memrintah.."..inilah mind set sesat, dungu dan zalim.
Kapan anda mahu menyedari bahawa..sekarang bukan dulu..BA bukan BN..mentor anda juga dah tercabut giginya...dan jatuh kerusinya..aduhh kok jadi gitu goblok..,,?? fikir donk jangan angguk saja..
Di Utusan..ada memuatkan berita fax dari Ezam..kami paparkan sebahagian..


Ezam minta Pas hati-hati dengan PKR

KUALA LUMPUR 11 Mac – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor meminta Pas agar mengambil sikap berhati-hati untuk bekerjasama dengan PKR dalam membentuk kerajaan di beberapa negeri yang ditawan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Ezam mendakwa, melalui pengalamannya beliau yakin PKR dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan cita-cita peribadi untuk berkuasa dan sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa untuk mencapainya.

“Dalam menghadapi suasana politik sekarang, sikap seumpama itu amat membahayakan masa depan kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Saya berharap para pemimpin dan penyokong Pas menyambut baik pandangan ini atas dasar komitmen dan kejujuran saya dalam memperjuangkan kebaikan untuk agama, bangsa dan negara dengan melangkaui batasan parti politik,” katanya dalam satu kenyataan yang difaks dari Bristol, United Kingdom hari ini.


AZIIM; Kami hanya inginkan kesahihan berita ini dan kelihatannya ada unsur tidak baik..kerana biasanya berita seumpama ini..mengarah kepada hasutan dan fitnah. Ada dua hal yang kami ingin tegaskan di sini.
1. Jika benar berita ini dari Ezam..apa perlu sekarang kerana rakyat sudah membuat keputusan dan BA juga sama telah memberi kepercayaan kepada semua YB yang terlibat. Inilah yang kami tegaskan dari awal lagi bahawa..berita ini berunsur fitnah dan jahat.
Kami bukan menyokong Ezam buta tuli tapi..hujjahnya sangat lemah..bahkan mungkin tidak relevan buat masa ini. Tapi bagi pendokong BN...mereka perlukan berita seperti ini bagi memperkuatkan semangat juang batil mereka dan hujjah tidak sohih boleh disohihkan demi memenuhi hasrat hati busuk mereka..yang kecewa, hasad dengki dll...
Pernah juga terjadi semasa tahun 1999 sebelum pilihanraya ..ada beberapa orang pengasas parti juga diputar belitkan faktanya di Utusan..Jadi sepatutnya ..pemimpin seperti Ezam..takkan nak percaya dengan saluran berita seperti Utusan ni..?? Semoga jika ada teman dekat Ezam..tolong sampaikan ke beliau..berita ini dan buat kliarifikasi semula...kerana ianya dapat membingungkan rakyat..jika ianya fitnah..maka AZIIM memohon pihak Ezam saman media ini dengan segera..!!! Namun kami berharap jangan jadi seperti DR. Chandra Muzaffar..dia punya ayak sampai tumpah..Kami menyeru agar bertaubatlah sebelum mati....!!!Kesian..!!!

2. Peringatan ..itu wajar..bahkan Rasul juga pernah ditegur oleh Allah..pernah diingatkan oleh sahabat dan di kalangan sahabat juga sama..saling mengingatkan..kerana cinta/mahabbah dan ukhuwwah di kalangan mereka..mereka tidak mahu melihat sdr mereka lemah, sesat dan akhirnya masuk neraka..inilah semangat yg terbina di kalangan mereka..jadi bagi para YB..BA..anda adalah saudara kami termasuk Ezam juga..maka perjuangan menegakkan keadilan adalah kemuliaan yang amat tinggi di sisi Allah..maka sewajarnya para YB..mempunyai niat yang betul dan suci juga..Umar Abd Aziz..patut menjadi contoh..kita semua..di kala dia mula memerintah..fokus utamanya ialah memberi service/khidmat kepada rakyatnya..sampai tidak sempat utk memikirkan keperluaan dirinya..Para YB kita..samada Islam atau tidak..harus diperingatkan dan diperbetulkan jika mula melencong..Kami yakin mereka akan lebih senang dengan sikap terbuka ini kerana di jika masih hidup dunia dan masih ada kesempatan..kelemahan boleh diperbetulkan..malang sekali kepada belas YB dan kebanyakan YG UMNO/BN..khususnya..berapa ramai yang lupa diri..?? Manipulasi perjuangan utk Melayu...tapi yg kaya dirinya, anak keluarganya dan sanak saudaranya sahaja...Kononnya DEB..tapi yang dapat siapa...bukan Melayu, bukan China,bukan India...bukan,,yang dapat ialah..DIRINYA DAN KRONINYA..sebab itu rakyat muak dan bosan dengan ucapan kebangsaan Melayu atau UMNO..kerana di mata mereka..permit teksi dan lori..pun susah nak dapat..apa lagi yang lain..
Jadi peringatan dari Ezam wajar cuma mungkin salurannya kurang tepat..
AZIIM juga mahu berterus terang dengan Ezam dalam hal ini..jika ada yang terbuku di hati..lupakanlah..dan ingatlah di saat berjuang dahulu..dan kami yakin saudara YB..PKR..takkan lupakan jasa beliau..Kami menyeru..agar kita bertemu semula!!!..hati-ke hati..kerana persaudaraan kita jauh lebih penting dari gelaran kita..dan inilah yang sering diingatkan oleh rasul ketika ada perselisihan antara para sahabat..itu level sahabat..pun ada perbezaan pendapat dan pandangan..maka apatah lagi..kita..Kami menyeru kepada semua yang pernah bersama dengan REFORMASI...samada penggeraknya, pengasasnya, penyokongnya dan siapa sahaja..agar dapat bertemu semula..dan kami sudah meminta beberapa personal yang berada di sekitar KL untuk bertemu dan bermuhasabah diri..AMANAH YANG DIPIKUL OLEH SAUDARA YB kita amat berat..maka alangkah indahnya jika kita sekali lagi bersatu membantu memikul amanah ini..sekalipun kita tidak punya sebarang jawatan..kerana Allah itu maha melihat dan maha mengetahui..

3.KEZALIMAN media wajib dihentikan kerana rakyat tidak akan cemerlang apatah lagi terbilang jika berita kita hanyalah ghibah/umpat/hina/caci/maki kepada golongan yang tidak sependapat dengan kita..Terlalu banyak bukti utk hal ini...maka AZIIM..menyeru..agar bentuk kezaliman media ini dihentikan dengan segera..!! Para pendusta..berita ..amat bahaya jika tidak sempat bertaubat sebelum mati......Apakah ertinya nama..megah hebat tapi anda tergolong dalam golongan penyebar fitnah..Zainuddin Maidin..gugur bukan kerana orang lain tapi kerana sensasi beritanya sendiri..ketka berkempen pasanga iklan..hinakan pemimpin BA..sehingga..rakyat muak..begitu juga dengan Aziz Shamsudin..berkompromi dgn kafilah fitnahkan DS Anwar..dan akhirnya kecundang...dengan beritanya sendiri..Ketua kafilah juga tumbang hingga mengaku yang Anwar tidak bersalah..dll..Islam melarang hal ini sehingga jika menuduh seseorang berzina tanpa bukti/saksi yang sempurna..boleh disebat..80 rotan,..kalau kena rotan ni..tercabut semua..apa yang boleh tercabut....Jika tak mahu berhenti juga..silakan tunggu azab Allah..Nauzubillah..

KEZALIMAN DI REMBAU = KEZALIMAN KJ = KEZALIMAN PAK LAH = UMNO = BN..

Info dari sdr. Badrul (ada disertakan)..adalah bukti kukuh yang kafilah KHAIRIYUN ini mujrimun... dan kita sarankan agar JAKIM cek aqidah depa ni..kerana JEMAAH HADHARI ini sesat lagi menyesatkan..dalam Islam boleh bako hidup-hidup jika didapati bersalah...menyebarkan fahaman sesat..(adik beradik Ayah Pin)..Sila renungkan fakata dari Bandrul di bawah (sedutan dari harakah):

Saya istiharkan PRU-12 ini merupakan PRU paling kotor dan Rembau merupakan yang terkotor. Media, agensi kerajaan diperkuda secukupnya demi menjamin kemenangan BN. Di Rembau contohnya Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah Rembau serta 'team'nya sendiri terpaksa tunduk kepada menantu Abdullah dan menekan lawan Bn.

Begitu banyak majlis kerajaan, peruntukan kerajaan dan premis/kawasan milik kerajaan dipergunakan oleh jentera Bn demi memastikan menantu Pm menang. Tuan Rawi, pegawai daerah Rembau ketika saya hubungi melalui telefon bertanyakan kenapa menantu Abdullah boleh menggunakan kemudahan kerajaan tetapi saya dinafikan hak untuk menyewa padang Rembau?

Beliau menyatakan meluluskan atau tidak itu kuasanya.
.. dan dia sudah membuat keputusan untuk tidak membenarkan calon lawan menantu PM menggunakan padang dan dia juga punya kuasa untuk membenarkan menantu PM menggunakan padang Rembau..katanya menantu PM lain dia Bn...selepas ditanya mengenai saya juga membayar deposit pilihanraya seperti menantu Pm dan selaku pegawai yang menjalankan tugas SPR dan makan gaji yang dibayar oleh rakyat dia harus bertindak adil...dia meletakkan telefon !!!

Kejadian kedua ialah apabila banyak aduan yang saya
buat seperti bahan kempen hilang, terbakar...penggunaan bendera Umno yang tidak bertanding Pilihanraya...dan banyak lagi tidak dilayan walaupun telah berkali - kali membuat aduan ke Bilik Gerakan SPR Rembau (pejabat Daerah)...saya telah menelefon ke Bilik Gerakan SPR tetapi malangnya saya ditengking oleh A.D.O Rembau dan mengugut untuk mengambil tindakan ke atas saya kerana mengganggu pegawai awam.

Saya terus mencabar beliau jika anak jantan sila ambil tindakan undang undang .... dia mengatakan "dengan awak dengan Anwar Ibrahim boleh jalan.." .... saya hilang sabar dan terus mengatakan Kamu memang anjing BN dan meletakkan telefon...saya tahu penggunaan perkataan anjing itu melampau...di sini saya memohon maaf tetapi beliau juga harus mengakui tindakan beliau yang gagal memastikan pilihanraya di P131 berjalan secara adil.

Rembau telah melalui 12 kali Pilihanraya Umum. Ramai orang 'lama' di Rembau sendiri mengakui bahawa dia tidak pernah tengok pilihanraya yang sekotor ini dengan pelibatan gangster. Saya mengalami kerugian tidak kurang RM20,000 kerana banner, bendera dan poster yang hilang, dicuri, dirosakkan dan dibakar.

Kegiatan kekasaran seperti menahan atau menghalang atau mengasari petugas pilihanraya juga wujud. Seorang yang mengaku Eksekutif kempen Khairy (putih, gebu, berjanggut) yang dipercayai bukan 'budak tempatan' sering kali cuba membuat kecoh dalam kempen individu saya. Contohnya di Masjid Rembau selepas solat jumaat saya di serbu dan dituduh berkempen menggunakan masjid. Saya tidak mempedulikan 'tentera berbayar' menantu PM ini dan terus bersalaman melayan jemaah.

Mujur kawalan keselamatan calon berjaya membawa 'tentera berbayar Khairy ini jauh dari saya. Sekali lagi 'tentera berbayar yang sama' dengan kumpulanya cuba menyerbu saya di Masjid Paroi. Kali ini mengugut dengan menuding jari dan mengatakan siap kau !!! sekali lagi kumpulan pengacau upahan Khairy ini berjaya dikuis jauh dari saya.

AZIIM: Perbuatan zalim seperti ini adalah suatu fenomena tradisi UMNO/BN hampir berlaku di mana sahaja sejak puluhan tahun lalu...sebab itu rakyat yg cerdik nak tergelak bila Pak Lah jadi pengerusi OIC...dan PM...dan BN..dan ada juga penaung sebuah ...semua orang tahu..Kami anti kepada kezaliman oleh siapa sahaja...dan kami mengutuk perbuatan yg dilakukan oleh jemaah KJ ini. Disamping kita semua berdoa agar segala perbuatan zalim yang mereka lakukan kepada rakyat kecil ini dibalas oleh Allah setimpal perbuatannya. " Ya Allah, pemilik segala kekuasaan dan keagungan, engkau maha tahu akan kesusahan sdr-sdr kami ini, maka engakau terimalah segala amalannya dan datangkanlah kucar kacir dalam jemaah yang sesat ini dan musnahkanlah kezaliman mereka dan engkau datangkan para penzalim yang mengajar mereka...agar mereka tahu..betapa sengsaranya kehidupan dibawah para penzalim..Ya..Allah purak perandakanlah kesepakatan mereka dan jemaah mereka ini agar rakyat dapat bebas dari ketakutan dan kebimbangan. Ya Allah ..ya Qahhar, ya Jabbar, ya.Hai..ya Qayyum,,ya zal jalaliwalikram..." Kepada sdr Badrul..sila minta pendokong sdr yang berada di tempat sdr untuk bersama membaca doa-doa ini bahkan jika dapat bacakan Al ma'thurat di setiap subuh dan petang di kawasan ini..Mereka sekuat apa pun pasti tidak akan mengalahkan kekuasaan Allah, tentera kebenaran dari rakyat kecil..Inilah nikmat dalam perjuangan yang dirasai oleh mereka yang ikhlas berjuang untuk kebenaran dan menentang kezaiman..inilah sebahagian kecil dari siri ujian untuk mereka yang iltizam/komit dengan perjuangan..inilab asam garam yang membuatkan sebuah perjuangan itu enak dikecapi oleh anak cucu kita di kemudian hari..Kami serukan BERSABARLAH.seperti pernah seorang sahabat datang bertemu rasul dengan menunjukkan. parutnya...rasul mengucapkan bersabarlah!!! Kerana disisi Allah mereka terlalu hina dan kerdil ..

AZIIM mengingatkan kepada para jemaah kezaliman yang diketuai oleh Badwi dan panglimanya KJ..silakan bertempur dengan kekuasaan Allah..kamu pasti kalah,,kamu pasti hina,,kamu pasti sengsara...kamu pasti berakhir dengan kemusnahan..Bahasa anjing dan sebagainya adalah memang layak kepada golongan seperti ini..kerana bahasa bersopan santun mereka tak tahu..akibat otak mereka sudah penuh dengan kebobrokan..Sebelum mati..kamu berfikirlah dan bertaubatlah..terutama golongan tua yang masih bersama dengan jemaah zalim ini..jangan sampai jadi seperti D Z..yang kembali ke rahmatullah...semoga dia sempat bertaubat..!! tapi alangkah baik..jika dia hentikan sponsor dan mendokong BN sebelum dia mati..dia berikan harta korupsinya kepada rakyat..minta putra putrinya..kembali kepada kebenaran dan hentikan kezaliman..ini cukup memberi peringatan kepada semua terutama para penggerak kezaliman..pendokong kezaliman dan pemilih kezaliman..mesej kami jelas...BERTAUBATLAHHHHH KERANA RAHMAT ALLAH SANGAT TERBUKA LUASSSSSSSSSSSS


AZIIM: Menyeru kepada pencinta kebenaran dan pembenci kezaliman..agar merenung rintihan sdr kita ini dan mencari solusi sekadar kemampuan kita..sekarang dan akan datang..Sekurang-kurangnya semasa pertemuan di REMBAU kali ini yang hadir bukan hanya dari jentera pilihanraya Rembau..KOMITMEN menentang kezaliman bermula dengan mempastikan " positioning" yang seimbang..dan penuh jeli/smart.."almukmin qayyisun faatinun"...berjuang dengan smart bukan pakai hentam saje.....
Posted by azIIM -anti zalim movement- at 9:11 AM
0 comments:

14 Mac 2008...Gombak..

Perlantikan MB Perak terganggu kerana masalah teknikal dan belum ada terjadi kesepakatan yang terbaik...di petik dari Harakah..

Angkat sumpah MB Perak batal: KeADILan pula buat hal?

Harakahdaily.
Thu | Mar 13, 08 | 5:53:00 pm MYT

KUALA KANGSAR, 13 Mac (Hrkh) - Majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru terpaksa batal lagi hari ini apabila anggota Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) pula tidak berpuashati hasil dari salah faham.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam satu laporan akhbar online mengesahkan perkara ini dan majlis yang sepatutnya berlangsung jam 4 petang ini (13 Mac) terpaksa ditangguhkan.

AZIIM: Kami mengharapkan kerjasama dan kesepakatan semua pihak dari BA dapat segera diselesaikan kerana ini adalah imej BA..dan YB BA..
Kami juga berpandangan kurang tepat jika pihak Harakah menggunakan tajuk di atas untuk ditujukan kepada sebuah kerjasama...para editor sepatutnya lebih peka dengan penggunaan "buat hal"..ini.
Sebagai media alternatif seharusnya Harakah lebih selektif memilih ungkapan agar tidak mengeruhkan keadaan.Jangan ikut style Utusan dan media UMNO..Tolong redakan bukan memanaskan..Dalam hal pemilihan ini jangan ada wujud perasaan mana-mana parti yang declare ego sendiri...
BA adalah sama di mata rakyat
dan rakyat memilih BA bukan kerana nama tapi kerana peranan YB BA di persada DUN dan Parlimen. Kami merayu kepada semua YB BA..be smart ok!! Dunia menonton anda dan musuh juga mencari kelemahan anda.
Ini bukan waktu mahu tembak sesama sendiri tetapi mahu menyusun barisan untuk berdepan dengan musuh anda iaitu BN. Mungkin sedikit peringatan dari bumi Palestin..ketika HAMAS mendapat sambutan rakyat...Gerakan FATAH terkejut..kenapa dia yang lebih senior tapi rakyat tak mahu pilih..??? Akhirnya..berlakulah sampai terjadi prtumpahan darah..Ini bukti kukuh yang ANDA para YB BA wajib berhati-hati..dan begitu juga dengan para penyokong dan media,,termasuk blog yang ada..mari kita belajar dari orang lain demi kebaikan bersama. Kami tidak berniat untuk mengajar sesiapa tapi bagi kami ianya harus diingatkan sebelum berpanjangan dan memusnahkan. Era Reformasi di Indonesia juga terjadi hampir sama..banyak parti dan pendokongnya yang belum siap untuk menerima kemenangan jadi banyak berlaku kesilapan dan kealpaan sehingga hilang pedoman serta semangat setia kawan bagi menumbangkan Suharto dilupakan..Lalu terjadilah pemaksaan kerjasama yang sangat rapuh..
Kami yakin BA tidak akan mengulangi peristiwa yang menyedihkan ini berulang kepada kita. Semoga anda semua berjaya untuk menyelesaikannya dengan baik dan harmonis.


Apa juga masalah sebenarnya pasti ada solusi dan biasanya solusi ini datangnya dari kesepakatan dan saling bertolak ansur dan menghargai. BUkan sebaliknya..Maka kita seharusnya jangan jadi seperti BN yang kafilah Mahathiriun dan Pak Lah berlaga angon ..yang sorang suruh letak jawatan dan sorang lagi kata kenapa nak letak jawatan?..jadi bertembungan ini sebenarnya amat kuat..mka BN sebenarnya sudah terlalu rapuh menunggu saat untuk roboh..apayah lagi jika beberpa YB melompat bersama BA..Jadi BA jangan terpancing dengan keadaan ini..kerana urusan dalaman BA diselesaikan dahulu..biarkan mereka dengan labu-labunya..tunggu Isnin depan senarai nama di Kabinet baru Pak Lah..jika da yang tak puas hati dan tidak ada solusi maka ...akan berlompatanlah mereka..BA diuntungkan sebenarnya dalsm hal ini. Jika Allah mengkehendaki...maka dari sinilah gambaran DS Anwar sebagai PM makin jelas..Namun..bagi kafilah Mahathiriun dan Najibiun..ini amat menggerunkan..dan berapa Bilion juga akan digunakan demi menyelematkan PM jatuh ke tangan DS Anwar..ya..inilah risiko mereka yang mengamalkan rasuah semasa waktu Mahathir dulu dan jenayah berat seperti Najib..samada mahu terima atau tidak ianya akan berjalan dan ALLAH maha tahu,,akhirnya PM jatuh ke tangan siapa?...yang jelas Pak Lah jika tunggu sehingga bulan September..dia juga terbang dipukul ombak Najib..dalam pemilihan Mesyuarat Agung UMNO. Jadi tepuklah dahi ..nak jadi PM sampai KJ jadi pengganti atau mengambil tindakan segera untuk menyekat kemaraan Najib..??

AZIIM: politik yang berasaskan kepada semata-mata kebendaan maka inilah jadinya..Serba tak kena..maka di saat beginilah banyak berlaku kaedah "matlamat menghalalkan cara yang bercanggah dengan nilai mulia yang sejagat." ...

14 Mac 2008..Gombak

UMNO dari peringkat bawah sampai ke PM bicara hal yang sama tentang Guan Eng KM P.Pinang,....sila teliti sedutan berita dari Utusan..

Henti projek mega P. Pinang

Oleh: ROKIAH ABDULLAH

PULAU PINANG 13 Mac – UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan Pusat menghentikan semua projek mega yang dirancang di negeri ini termasuk perkhidmatan bas RapidPenang yang telah beroperasi 31 Julai tahun lalu.
D Azhar .
‘‘Ini bukan balas dendam. Ini tanggungjawab kerajaan negeri yang baru untuk memajukan dan membangunkan negeri ini mengikut cara mereka sendiri.

‘‘Kami akan memujuk, merayu dan meminta kepada kerajaan Pusat supaya segala projek mega di Pulau Pinang ditarik balik,” katanya.

Beliau berkata, beberapa projek seperti pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, projek monorel, Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Jalan Raya Lingkaran Luar Pulau Pinang

AZIIM; Kenyataan dari Azhar ni (wakil UMNO)..adalah dungu dan amat tidak petriotik serta bukan sebagai negarawan..inilah level berfikir dan mind set pemimpin UMNO..jika tak sokong kami, kami tak bagi hak anda. INilah cara mereka memerintah sejak 50 tahun lampau. Bagi kami perbuatan ini adalah ZALIMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM. Sekalipun kamu membaca bismillah ketika berucap dan memberi salam ketika berucap/ceramah tapi isi hati kamu adalah nanah penzalim...
Kami seru kepada rakyat P. Pinang khasnya...berdoa agar ALLAH hancurkan mereka yang zalim ini..hancurkan BN...yang tak rasa belas kasihan kepada rakyat khasnya orang Melayu...Kami juga menyeru agar kerajaan BA..meneruskan agenda utama bagi menjaga hati, perasaan, nasib dan masa depan rakyat semua kaum di P. Pinang. Buktikan BA adalah kerajaan yang bermakna bagi rakyat P. Pinang khasnya dan Malaysia amnya.
Inilah ajaran Hadhari sesat yang dianut oleh PM, kabinet dan YB UMNO yang seharusnya disenaraikan sebagai ajaran sesat oleh JAKIM. Mana ada dalil untuk menyokong perbuatan mereka ini????? Jika ada tolong paparkan kepada rakyat secara terbuka!!
Ini juga adalah inti dari fahaman UMNO yang racist/perkauman kronisme...dan ini bukan dari ajaran ISlam. Wahai pemimpin UMNO..kami tadahkan tangan ke hadrat ALLAH agar rakyat yang tidak berdosa di P. Pinang memadamkan kamu dari ingatan mereka sehingga kamu tidak dipilih lagi di tahun-tahun mendatang. Semoga rakyat makin yakin yang kamu memang tidak layak untuk dipilih bagi menjamin masa depan mereka sampai bila-bila!!!.

Lebih dahsyat lagi...di Perak ..ada YB UMNO bagi nasihat kepada sultan Perak tentang siapa yang layak jadi MB...sila teliti kenyataan beliau..

Formula BN boleh bentuk kerajaan Perak

KUALA LUMPUR 13 Mac - Barisan Nasional (BN) sepatutnya boleh membentuk kerajaan negeri Perak berdasarkan jumlah kerusi terbanyak dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana BN yang merupakan satu gabungan 14 parti berdaftar dan sah dari segi undang-undang telah memenangi kerusi terbanyak di negeri itu.

BN memenangi 28 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala DAP menguasai 18 kerusi, PKR (tujuh) dan Pas (enam).

AZIIM: 1. Kenyataan ini adalah muslihat UMNO..dan dari sini jelas menunjukkan BN sebenarnya berperanan mengganggu keputusan untuk pembentukan kerajaan campuran di Perak...lobian mereka secara sembunyi dengan pihak Istana tidak berhasil maka dipaparkan di media...ALGOJOL...punya idea..dan memang otak mangkuk. Hangpa ni..tak habis-habis nak bagi susah rakyat dahhhh..YB jaga aje kawasan YB tu...jangan sebuk hal Perak..
2. Kelambatan juga sebenarnya menguntungkan BN kerana terlalu banyak file dan dokumen projek rasuah yang perlu disorokkan..Hangpa takkkan lepas kali ini..lambat laun semua tu pasti akan terbongkar..biar rakyat lihat sendiri betapa bobroknya hangpa..tu yang menangis bukan kerana kesiankan nasib rakyat tapi nama baik selama ni akan melayang ..silap haribulan rakyat ludah muka hangpa...Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
3. Kami menyeru agar YB BA lebih tangkas mensiasati segala bentuk permainan ini dan anda semua harus waspada dengan kelibat mereka ini..Jangan lupa..anda berdepan dengan jemaah penyangak wang rakyat dan anda tidak akan diberi apa-apa hak jika anda berada dalam kedudukan mereka sekarang...tegas dan berhikmahlah dengan mereka dan segera kumpulkan bukti rasuah mereka serta dedahkan...INI YANG AKAN MEMBUAT RAKYAT LEBIH YAKIN DENGAN ANDA DAN TENANG.buktikan ucapan anda semua sebelum ini yang BN penuh dengan rasuah...dan inilah yang membuat mereka kecut dan tersentap semua...nak lari kemana kamuuuuuuuuuuuuuu??? Jika lebih cepat didedahkan lebih bagus...

15 Mac 2008..

Banyak pihak yang terus berbincang soal MB Perak, MB Perlis dan Ketua Menteri P. Pinang..MB Terengganu.. bermacam bentuk dan warna..yang pasti..media, YB BN, PM dan juak-juak BN terus memutar belitkan fakta sama seperti dulu dan akan terus mungkin sampai mati. Depa ni tak mau insaf kerana dok berharap oksijen yang dah menipis ni boleh bertambah semula..depa lupa oksigen dari rakyat 50 tahun lalu dah menyimpit laluannya dan jika terus disakiti hati mereka mungkin oksigen ini ditutup sama sekali buat BN..Kelakuan mereka sama seperti kera kene gigit kerengga..garu sini tak kena garu sana tak kena..Bila melihat kondisi ini AZIIM..menyimpulkan:

1. Inilah pameran azab yang kecil dari Allah di dunia..semua terkejut..ramai yang mati..(bukan maksud menghina--maaf kpd keluarga yang terkena musibah) tapi marilah kita ambil pelajaran dan bertaubatlah..!!!

2. Betapa susahnya manusia untuk menerima kebenaran setelah terlalu lama dengan kemungkaran yang melazatkan bagi mereka. Inilah yang menyebabkan manusia zalim terus menzalimi manusia lain kerana mereka sudah hilang rasa bersalah, rasa berdosa, rasa hina, rasa kasih kepada minsan lain..inilah karektor mereka di mana saja sama..nauzubillah..

3. Mereka menjadikan dunia sebagai matlamat utama depa sahaja yang merugikan mereka di dunia akan dielak sekalipun akan menzalimi rakyat dan bangsa mereka sendiri...manis hanya dibibir saja tapi hati mereka gelap hitam pekat. Tidak nampak lagi kebenaran.."Ya Allah lindungilah kami dari hal seperti ini."

BA..yang lebih terbuka dan jujur memberi usulan tentang DEB dianggap sebaliknya dan dipermainkan..Inilah bukti BN tidak jujur dan tidak dapat menerima pandangan dari pihak lain..

Dr Syed Husin Ali
Sat | Mar 15, 08 | 8:09:05 pm MYT

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mempunyai pendirian yang jelas dan tegas terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Umum keADILan, Anwar Ibrahim dalam sebuah artikel 20 halaman dan diterangkannya melalui beberapa kenyataan serta ceramah umum, dan ditegaskan dalam beberapa dokumen Parti, termasuk Manifesto Pilihan Raya, kami berhasrat untuk menggantikan DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia.
Selepas dilaksanakan hampir 40 tahun, DEB ternyata sudah ketinggalan zaman. Ia disalahgunakan oleh segelintir pemimpin Umno-BN serta kroni-kroni mereka untuk merompak kekayaan negara bagi mengkayakan diri sendiri atas nama seluruh rakyat Melayu.

Guan Eng minta tutup isu DEB
15/03/2008 8:46pm

PULAU PINANG 15 Mac – Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini berharap semua pihak menghentikan polemik mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebaliknya memberi peluang kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pemerintahan.
Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum atau melakukan sesuatu yang boleh merugikan rakyat.
``Apa yang penting ialah melangkah ke depan dan melaksanakan pemerintahan berdasarkan ketelusan dengan sumber kekayaan negeri dikongsi secara bersama dengan penduduk Pulau Pinang.
``Kita perlu melangkah ke depan, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa semua projek kerajaan Pusat di negeri ini akan diteruskan,’’ katanya selepas merasmikan galeri Artistik Malaysia di Jalan Armenian di sini hari ini.
Guan Eng menganggap DEB bukan lagi satu isu kerana kerajaan negeri hanya ingin menumpukan kepada sistem pemberian tender secara terbuka.
``DEB tidak ada isu langsung, sekarang kita hanya nak buat tender terbuka, kalau ini pun dianggap sebagai isu, apa yang boleh saya buat.
``Saya rasa isu ini tutuplah, saya tak mahu komen apa-apa lagi kerana yang penting kita perlu melangkah ke depan,’’ katanya. - Utusan

Alangkah baik jika semua pihak bertenang dan terbuka dengan kenyataan dari BA...apakah dari kenyataan BA..ada hal yang merugikan rakyat?? Amat menghairankan jika pemimpin BN trlalu ego dengan pandangan mereka dan sanggup merugikan rakyat demo RGO YB BN????

Soal membeli kerusi dari pihak BN bukan hal tersembunyi lagi dan kami menyokong sepenuhnya dengan pendirian PAS, PKR dan DAP dalam hal ini..Bagi AZIIM: Bn memang sudah parah dan nazak. Menunggu saat untuk tumbang tersungkur ke bumi....

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan mencadangkan mana-mana pihak yang berunding untuk mewujudkan pakatan pentadbiran dengan Barisan Nasional (BN) dipecat dari PAS.

Diminta mengulas penegasan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa bahawa mana-mana pihak yang berunding untuk mengadakan pakatan dengan BN akan dipecat,
Tidak ada mana-mana pihak pun, katanya, yang boleh mengkhianati mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat yang tidak mahu lagi menerima BN dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
"Rakyat marah terhadap BN yang mengkhianati amanah mereka. Mereka telah mengambil keputusan memilih pembangkang. Kepimpinan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) sekarang tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja lagi."Jika ada mana-mana pihak yang berkerjasama dengan BN, ia bermakna memberi nyawa baru kepada kepimpinan Abdullah yang sudah hendak mati. Ia pengkhianatan besar kepada amanah rakyat," tegas beliau lagi.


Sambutan dan kesyukuran BA di mana-mana..wajar majlis kesyukuran asalkan jangan berlebihan dan membazir..semoga Allah memberi kekuatan dan keberkatan kepada perjuangan BA..semakin tinggi azamnya dan istikamah...

16 Mac 2008..


Sejak dari malam semalam teman seperjuangan Reformasi 1998 dan sekarang Timbalan BHG Batu merangkap Pengarah Pilihanraya Kamil dan Timbalannya Azli..mengundang untuk hadir ke majlis kesyukuran di BT Muda...

Sekitar jam 1 ptg kami tiba di tempat acara..ada sesuatu yang indah melintas dibenak hati,,"laungan Reformasi 1998" bagaikan gelora ombak dalam jiwa..untuk didendangkan lagi..terasa rindu laungan itu bagaikan gelora bertemu kekasih..indah sekali suasana majlis ini kerana di sana sini terpampang wajah YB BA Tian di tiap penjuru tiang khemah..bertemu semula dengan beberapa teman yang masih kenal dengan genggaman erat tangan yang tersengat dengan denyut nadi Reformasi 1998..wajah-wajah mereka sudah berubah ditelan usia tapi semangat masih segar bagaikan pemuda belasan tahun..inilah rahsia keberkatan perjuangan yang ikhlas,.nadi perjuangan yang membentuk arus bawah yang begitu kukuh sehingga mampu meroboh tembuk BN di Batu...INilah rahsia keberkatan Reformasi yang tercetus dari rasa cinta kepada kebenaran dan membenci kezaliman sehingga mencair status pangkat, warna kulit, bangsa, agama, fahaman dll menjadi satu acuan Reformasi 1998...semoga ianya tidak dilupakan dan harus terus disegarkan dari masa ke semasa.

Selepas solat Zohor di surau yang tidak berapa jauh dari tapak acara terdengar bunyi paluan kompang, kemudian gendang tarian Naga, kemudian bunyi serunai ala filem Hindi dan bersahutan suara pengacara majlis mengisytiharkan ketibaan YB Tian...Laungan Reformasi juga bergema dicelah-celah tepukan gemuruh dari petugas PRU 12 bhg Batu dan para hadhirin yang bermacam bangsa..Suasana indah damai ini ingin ku rakamkan dan hebahkan kepada para durjana BN yang terus menerus memfitnah BA, pemimpin dan pendokongnya.. Mereka terlalu sakit hati melihat kesepakatan alami ini terjalin begitu indah tanpa dipaksakan oleh sesiapa..
Semoga suasana ini melakarkan sejarah baru di bumi Malaysia untuk terus tetap bersama dengan BA sampai bila-bila...Nama boleh saja berubah tapi semangat Barisan Rakyat berbagai kaum tidak dapat dipisahkan lagi demi kebenaran dan kasih sayang sesama.

Sesi ucapan YB Tian..mendapat perhatian semua kerana ianya benar-benar bererti setelah hampir 10 tahun ...suara serak parau ini bergema di jalanan membela nasib rakyat..dan sekarang dengan suara dan aura yang sama akan bergema pula di Parlimen bersama para pemimpin BA yang lain..Suara YB Tian sebenarnya adalah suara kesinambungan dari perjuangan yang panjang dan konsistannya membuat semua pihak kagum..Dari seorang rakyat kecil yang tidak pernah dekat dan dapat habuan apa-apa dari DS Anwar.. tapi beliau menjadi perwira Reformasi setiap kali diadakan demonstrasi memperjuangkan keadilan untuk rakyat dan Anwar..Bagi Reformis...ini suatu kepuasan tersendiri buat mereka dan terasa lelah 10 tahun lalu hilang sekelip mata bila wakil mereka dapat berada di parlimen....Ya inilah kepuasan kecil yang dirasakan di dunia sebelum mendapat balasan yang amat besar di akhirat nanti.."Ya Allah...ampunkan dosa-dosa kami dan Kau berilah petunjuk kepada semuanya...dan terimalah segala amal kami dan perjuangan kami!!!"" inilah sebenarnya doa dari setiap Reformis yang hadir...sekalipun ianya tidak diperdengarkan...

Setelah semua acara selesai..YB Tian dan rombongan berangkat ke pejabat Bhg Batu, para petugas masih bersiap-siap dengan penuh disiplin dan puas...sememangnya program ini berjaya dan makanan juga enak hasil dari kerjasama cawangan PKR dan PAS ini....Semoga amalan anda semua diterima sebagai amal soleh..!!Amin..

Kami tinggalkan tempat acara sekitar jam 4 ptg...yang pasti..INILAH BUKTI HASIL DARI USAHA DAN KERJA YANG BERTERUSAN DAN BERSDISIPLIN TINGGI...SUKSESSSSSSSSSSSSSSSS !!

17 Mac 2008,

Melihat kesederhanaan hidup pemimpin BA sebenarnya adalah bukti betapa mind set perjuangan demi keadilan untuk rakyat semua kaum benar-benar melekat dalam jiwa mereka dan diamalkan dalam hidup mereka tanpa rasa kehinaan atas kesederhaaan ini...Inilah berkat dari perjuangan yang ikhlas dan kita harapkan ianya menjadi contoh tauladan kepada semua. YB BN dan para durjana UMNO..yang memfitnah pemimpin BA..tolong tenguk cermin lebih kerap sedikit kerana wajah jembalang yang anda bawa kemana-mana sudah tidak dapat disorok lagi. Rakyat makin nampak wajah anda sekalipun di botox atau disapu dengan minyak lenge atau makeup setebal 1 inci..Wajah pengkhianat bangsa dan rakyat makin jelas kelihatan sekalipun anda kosmatikkan dengan kalimat-kalimat puaka "demi bangsa" atau "demi rakyat" atau "demi DEB" atau "demi maruah" atau "demi Altantunya aku gadaikan negara" atau "demi keris terhunus aku tikam diriku sendiri" atau terlalu banyak demi puaka ini sekarang akan masuk ke gerabak yang menuju ke gaung neraka...

AZIIM: Bila membaca, melihat dan mendengar akan kisah betapa pemimpin BA samada PAS, PKR dan DAP konsistan dengan kesederhaan terasa satu keyakinan baru akan bermunculan di kalangan rakyat dan segala keraguan mereka akan hilang bersama angin kesederhaan ini..Semoga ianya menjadi tren yang berterusan, berpanjangan dan ikutan rakyat semua.

Sedutan berita dari harakah ini salah satu contoh...

"Dia (Lim) jawab: 'Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya'

"Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu," kata Mohamad Sabu.

Walaupun perkara itu bukanlah perkara baru baginya, memandangkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990 memilih kehidupan yang sederhana, begitu juga Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu, Naib Presiden PAS itu tetap merasa bangga dengan sikap sederhana dan rendah diri Lim itu.

"Saya bangga kerana dia takut nak belanja wang rakyat RM100 ribu sedangkan Perdana Menteri gasak sehingga RM15.81 juta untuk ubahsuai kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya.

"Saya yakin, Menteri-Menteri Besar kita yang lain (dari PAS dan KeADILan) juag akan memilih jalan kehidupan yang sederhana yang sama seperti dua Tok Guru kita, jauh lagilah menyalahgunakan harta kerajaan," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, kata-kata pertama Lim semasa mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28 Komtar ialah: "Saya rasa seperti melangkah masuk ke kandang singa".

"Saya tidak menyangka dapat duduk di kerusi ketua menteri ini kerana pernah dipenjarakan. Ia merupakan transformasi sebenarnya dan pengalaman baru bagi saya," Bernama memetik Lim.

Sebelum mengangkat sumpah, Lim berkata beliau dapati lebih ramai pemberita menghadiri sidang akhbarnya sekarang dan "saya diterangi lampu-lampu kamera".

Dalam kenyataan kemenangannya, Lim berkata, "Kami gembira dengan kemenangan ini dan berjanji tidak akan mengecewakan penduduk Pulau Pinang.

AZIIM: Soal DEB tak timbul lagi sekarang sebab DAP sudah memberi komitmen untuk semua kaum dan sebelum ini UMNO di P. Pinang perjuangkan untuk semua kaum atau untuk Melayu atau kroni??? Agenda DEB diselewengkan oleh pemimpin BN khasnya UMNO sehingga akhirnya yang meningkat sosioekonomnya hanya dari kaum keluarga dan kroni pemimpin UMNO dan BN...Jika ada bukti yang pemimpin UMNO atau BN berjuang untuk semua kaum sila bukti kepada rakyat P. Pinang khasnya..?? Mata rakyat bukan rabun dan telinga mereka bukan tuli...sekarang baru nak menangis..apa lah hangpa cuai dan dungu sangat ..ini zaman IT, ini zaman informasi maklumat tanpa sempadan, tak dapat berita dari media perdana depa dapat dari media maya...?? rugi aje Mahthir canang 20 tahun lalu kepada pemimpin UMNO agar celik IT..tapi sampai la ni..nehil/kosong..nak buka laptop pun ada yang kena tanya sekretari..awat bangang sampai lagu tu..???
Tulah hangpa ..Pak Lah sarapan pagi makan roti dengan yogurt...duk dalam kereta dia pun bermimpi tenguk rakyat suruh dia berhenti..?? letak jawatan Pak Lah!!! ..kereta pun berhenti..D Sri..dah sampai...sampai kat mana nih..saya kan dah berhenti...ya D Sri dah berhenti ni..sambil mengesat matanya dengan sapu tangan tukang buka pintu kereta berdiri di sisi..Pak Lah..longlai untuk berdiri, letih takut mimpi jadi realiti...(walaupun ini rekaan semata-mata tapi beza dengan Mahathir dulu bila masuk kereta dia cek ada habuk atau tidak dalam kereta...kalau ada siap mad driver kene hamput.." Mahathir dulu selalu terbuka matanya...dan Pak Lah selalu tertutup matanya..entah kenapa..tapi ada yang kata akibat cinta puaka..semoga Pak Lah..akan dapat lelapkan mata lebih lama setelah mimpi tadi jadi nyata!! Tidur Pak Lah tidur!!! jangan tak tidur..!!! Tidur sampai lena ke Putralena...!! Jadi bila rakyat tanya hal DEB mahu dilupakan oleh Guan Eng..dia melompat.awat terkejut sangat ?? Biasalah Pak Lah dan Guan Eng dah jawab hal tu sejak dari dulu dan baru-baru ni dipertegaskan lagi.......


"Kami mahu menegaskan bahawa kerajaan baru adalah untuk rakyat Malaysia daripada semua kaum. Kami ada bersikap adil, saksama dan tidak mendiskriminasikan mana-mana kumpulan - memberi bantuan kepada semua yang memerlukan
.

"Penduduk Pulau Pinang yang berbakat akan mendapat peluang saksama daripada gabungan parti pembangkang itu yang disatukan menerusi kecintaan terhadap demokrasi dan menghormati hak asasi manusia, kekaksamaan politik dan keadilan sosioekonomi," katanya sambil mengesa orang ramai supaya "menghormati hasrat rakyat".

UMNO seluruh Malaysia jadi pening dengan surat dari Mukhrij dan pengikut UMNO dah tak yakin...lalu cadangan T Razaleigh diterima baik iaitu mahu diadakan perhimpunan pada 11 Mei ini...

AZIIM: Nak bertemu sekadar bincang adalah merugikan masa aje..kerana asasnya UMNO itu sendiri sudah tidak relevan lagi dengan konsep perjuangan kaum Melayu dan ianya akan ditolak oleh orang Melayu sendiri jika dipaksakan lagi. Alasan bangsa dan maruah bangsa sudah tidak dipercayaai lagi kerana tidak ada bukti konkrit selama 50 tahun memerintah Malaysia. Yang ada hanya kaum kerabat pemimpin UMNO dan BN menguasai di semua instrumen sosioekonomi dan polik. Semoga UMNO..menerima hakikat bahawa mereka sudah tidak dipercayaai lagi oleh majoriti rakyat kecuali mereka bertaubat dan kembalikan semula kekecewaan 50 tahun lalu. Mana-mana wang rakyat yang dirampas..kembalikan semula. Para koruptor negara dari UMNO dan BN diadili dengan saksama dan wang ini diberi semula kepada rakyat dengan apa juga projek yang bermanfaat. Tak mahu berbuat begini maka UMNO akan dipinggirkan..bahkan akan bermunculan fahaman anti UMNO di mana-mana dan menjadi gelombang baru untuk keruntuhan yang lebih parah. !!

17 Mac 2008

UMNO nak ambil hati rakyat dengan sogokan sejak dulu..bahkan sekarang juga sama..sogok kebendaan kepada rakyat supaya rakyat tidak marah lagi..

Teruskan pembangunan di negeri pembangkang bukti Kerajaan Pusat adil

17/03/2008 2:27pm

KOTA BHARU 17 Mac – Jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meneruskan projek pembangunan di negeri-negeri yang di perintah pembangkang membuktikan keadilan Kerajaan Pusat bagi memastikan tidak ada pihak yang tercicir dalam arus pembangunan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, keputusan itu juga turut membuktikan Kerajaan Pusat yang ditadbir Barisan Nasional (BN) sedikitpun tidak menyimpan dendam terhadap rakyat yang menyokong pembangkang.

AZIIM: Ini bukan bukti adil tapi bukti UMNO terdesak dan terpaksa memenuhi kehendak rakyat yang sudah tidak yakin lagi kepada UMNO dan pemimpinnya...Datuk jangan angkat bakul lebih sangat nanti terjatuh pula..muhasabahlah diri Datuk dan pemimpin Datuk..!! Dulu semua tak bagi dan semua dirampas dari kerajaan negeri tapi sekarang sudah tukar??..bagi tapi bersyarat dan bermimpi rakyat akan undi mereka lagi..!! INI KONSEP ADIL HADHARI SESAT LAGI MENYESATKAN.....Ini hak rakyat dan kerajaan negeri WAJIB BAGI bukan kerana tersepit baru bagi..jadi inilah ZALIM namanya..dan tidak adil.


Semua rakyat menanti-nanti kabinet Pak Lah esuk atau lusa..!! apakah Pak Lah masih bertegas melantik menantunya KJ menjadi menteri penuh atau sebaliknya..dan banyak teka teki ..kita tunggu dan lihat saja esuk..!!!

Soal Hadhari dan sistem di barat mana yang lebih real memebri solusi? Maaf bukan nak bandingkan dengan sistem Islam tapi sistem yang difikirkan oleh manusia...kita semak berita ini..

Pelacur dedah pelanggan terhormat

LONDON - Seorang pelacur kelas atasan mendedahkan bahawa beberapa anggota parlimen Britain pernah mendapatkan khidmatnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelacur tersebut, Paige Ashley bekerja dengan sebuah agensi teman sosial dan dia mendedahkan untuk mendapatkan perkhidmatannya pelanggan mesti membayar sebanyak £1,000 (RM6,426) sejam.

Agensi itu juga sebelum ini disiasat selepas bekas Gabenor New York di Amerika Syarikat (AS), Eliot Spitzer dilaporkan membelanjakan £40,000 (RM257,078) untuk mendapatkan khidmat pelacur kelas atasan.

Ashley yang berumur 21 tahun memberitahu bahawa, beberapa pelanggannya adalah terdiri daripada golongan kelas atasan.

"Saya kerap bertemu mereka di sebuah apartmen berhampiran parlimen dan akhirnya saya menyedari bahawa pelanggan saya adalah anggota parlimen," katanya.

Seorang lagi pelacur di agensi yang sama berkata, ramai anggota parlimen bimbang sekiranya senarai pelanggan didedahkan.

Satu sumber berkata, beberapa ahli politik terkenal kemungkinan terlibat dalam skandal tersebut dan mereka mungkin menerima nasib sama seperti Spitzer yang terpaksa meletakkan jawatan baru-baru ini berikutan skandal pelacuran. - Agensi


AZIIM: Berita diatas sekadar perbandingan dengan Malaysia..apakah sedia para penguasa BN menerima peraturan yang sama seperti di London? Mereka bukan Islam tapi demi menjaga kelansungan imej pemimpin yang dipilih rakyat maka para pemimpin mereka sedia untuk didedahkan dan mereka undur diri jika mereka terlibat.
Inilah contoh masyarakat yang lebih peka dan sensetif bukan seperti di Malaysia..mereka sanggup bayar berjuta RM untuk selamatkan jenayah mereka demi masa depan politik kotor mereka. Malu kita dengan pejuang Hadhari kerana mereka juga menjadi hero untuk mempertahankan jenayah yang mirip seperti di London dan New York..dan di depan rakyat pijak semut pun tak mati..punya jaga..bila bercakap tak habis-habis dengan ucapan mulia..tapi makan duit rasuah judi dan duit rasuah pelacuran..HADHARI kepala ... namanya..

AZIIM: Menyeru kepada para pelacur VIP agar menghubungi kami supaya para penguasa berhidung belang dapat di belangkan semua tubuh badannya!!! Nama dan identiti anda dirahsiakan dan kami akan menjaga nama baik anda..Begitu juga foto dan apa juga yang sifatnya bukti sila emel kepada kami atau MMS kami..!!! Ini bukan soal orang Islam atau tidak tapi ini soal moral pemimpin yang dipilih oleh rakyat...rakyat berhak tahu tentang pemimpin mereka yang sebenarnya..Tidak ada siapa yang boleh menghalang sebenarnya dan hak rakyat ini dapat mengatasi segala kekuatan dan kekuasaan siapa sahaja di dunia ini. Semoga para pemimpin BA, dapat membuktikan kepada rakyat bahawa mereka memang bersih samada di depan umum atau di mana sahaja.. .
Kepada rakyat biasa juga jika ada yang dah tersesat..kembalilah..ke pangkal jalan!!!

18 Mac 2008..
Media BN dan UMNO cuba kelirukan rakyat sama seperti sebelumnya kerana mereka adalah media upahan BN dan UMNO...perhatikan tajuk-tajuk dari media ini...

Bercanggah pendapat -- * MB Perak mahu teruskan DEB * MB Selangor mahu hentikannya

AZIIM: Dari pemerhatian kami di media alternatif dan beberapa blog sahih dari BA...tidak ada yang bercanggah bahkan di bahagian bawah berita di atas jelas pandngan MB Selangor tidak ada yang bercanggah dengan pemipin BA yang lain ...sila perhatikan.

Mengulas dakwaan itu, Abdul Khalid berkata, semasa menerajui PNB, beliau melaksanakan DEB secara menyeluruh dengan lebih lima juta orang Melayu mendapat manfaat daripadanya ketika beliau meninggalkan organisasi itu.

‘‘Namun, DEB selepas itu tidak lagi dibuat secara menyeluruh sebaliknya secara terpilih, itu yang menyebabkan saya mencadangkan tidak boleh lagi menggunakan DEB. Ia bukan sahaja mendiskriminasi kaum tetapi mendiskriminasi bangsa Melayu sendiri,’’ katanya.

Mengulas tuduhan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib bahawa beliau umpama ‘kacang lupakan kulit’, wakil rakyat Ijok itu berkata: ‘‘Saya hendak betulkan ‘kacang dan kulitnya’ sekali supaya Selangor yang maju bererti maju untuk semua.’’

MB Perak juga ada menegaskan tentang DEB..

Katanya, isu pelaksanaan hukum hudud dan penghapusan DEB tidak timbul sama sekali dalam kerajaan campuran yang diterajui DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

‘‘Hukum hudud tidak timbul di negeri Perak dan kita tidak menghapuskan DEB. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pun tidak menyatakan (menghapuskan DEB).

‘‘Oleh itu, mana-mana dasar yang baik kepada rakyat akan diteruskan.

“Dasar yang ada diskriminasi akan dihentikan kerana kita mahu adil kepada semua kaum termasuk Orang Asli sekalipun,” katanya pada sidang akhbar selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pagi ini.

AZIIM: Pelik macamana media UMNO dan BN boleh jadi kelabu dan dungu sekali...beza tang mana...??? Takkanlah bengap sangat .. "DEB yang baik teruskan yang buruk hentikan...itu mesejnya"

Dari Harakah juga jelas tidak ada perbezaan...

"Dalam bidang sosial dan juga ekonomi DEB telah gagal. Apa yang kami lihat adalah DEB itu sendiri perlu dikaji semula dan diperbincangkan semula kerana ia terbukti gagal," Bernama memetik Mohamad Sabu berkata kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pulau Pinang semalam.

Kenyataan MB Selangor di harakah tidak berbeza....

"Ramai yang menyatakan saya telah lupa tentang DEB kerana saya adalah antara yang menerima 'rahmat' daripada DEB. Semasa saya di PNB, saya melaksanakan dasar secara menyeluruh iaitu dasar untuk semua orang-orang Melayu. Saya berterima kasih dengan penerimaan tersebut, tetapi terdapat penyelewengan selepas ia dilaksanakan pada tahun 1970-an."

Demikian penegasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai pendiriannya mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan akan dihapuskan di bawah pentadbiran DAP di Pulau Pinang.

"Apabila tahun 1990-an, kita dapati DEB telah disalahgunakan yang hanya mementingkan segelintir masyarakat Melayu dan segelintir masyarakat Cina dan India yang mempunyai hubungan dengan Umno," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini, hari ini.

AZIIM: Jelas sekali BN dan UMNO sudah tersepit dan tidak bermaya lagi dengan arus sokongan rakyat kepada BA. Dari kenyataan di media mereka..yang kacau balau, bertelagahan MB Perlis dan MB Terengganu dengan pihak Istana, Mukhriz dengan tuntutan Pak Lah berundur, desakan dari bahagian dan cawangan UMNO dan BN seluruh Malaysia perlukan reformasi, ketidaktentuan sokongan dari kerjaan negeri Sabah dan Sarawak, imej PM rendah di bahas di media antarabangsa dan desakan dari Tengku Razaleigh, desakan dari Mahathir dan banyak lagi..memang amat menakutkan kepada pemimpin BN dan UMNO..apatah lagi nak berdepan dengan BA di parlimen nanti...ini yang ramai YB BN dan UMNO sakit perut dan cuti sakit..Kami menggesa kepada pihak BA agar beberapa isu utama yang boleh memberi pukulan maut kepada BA dingkat semula..iaitu rasuah dan salah guna kuasa dari pemimpin BN dan UMNO sebelum dan sekarang?..korek-korek sampai jumpa umbinya, jangan separuh jalan..kali ini rakyat nak dengar Najib jawab soal Altantunya dan komisyen kapal selam dan banyak lagi,..!!!


Ambulan tolong siap sedia di luar parlimen lebih banyak dari biasa..kot ada yang pengsan dll..

AZIIM: Kami menggesa agar pemimpin BA lebih fit 100% dengan mengadakan riadah yang cukup supaya tak buncit dan tercungap-cungap, makanan yang bergizi dan teratur- peranan para isteri tolong ingatkan suami anda, tidur yang cukup dan jangan sekali-kali tidur di dalam dewan, minum air mineral dan jagalah penampilan anda..BA bukan lagi seperti dulu..imej anda adalah "IMEJ KERJAAN YANG MENANTI"...

Please..YB yang muslim..tolong tingkatkan ibadah , solat wajib dan sunat jangan abaikan, zikir almathurat dan solat malam, maksiat mata, telinga dan indera lain, "HUJJAH ANDA DI DEWAN BUKAN HANYA DARI MULUT ANDA TAPI AURA KEKUATAN HUJJAH ADALAH JUGA DARI AQAL YANG CERDAS, HATI YANG BERSIH DAN JIWA YANG LAPANG.."

YB yang bukan Muslim..juga sama...lAkukan sesuatu yang boleh menguatkan jati diri anda dengan cara anda sendiri..take it seriuos ok!!

Jagalah akhlak dan moral anda kerana musuh anda dan rakyat sedang mengintip anda, sekali anda berbuat durjana dan menipu rakyat..SELAMAT TINGGALLAH ANDA BUAT SELAMANYA.!!

INILAH SAAT YANG SANGAT BERERTI BAGI RAKYAT BILAMANA ANDA BERHUJJAH SEPENUH JIWA RAGA MEMPERJUANGKAN NASIB MEREKA, BUKAN HANYA UNTUK KELUARGA ANDA SAHAJA TAPI UNTUK SEMUA RAKYAT YANG BERBILANG KAUM DI MALAYSIA..ANDA ADALAH HERO DI MATA RAKYAT DAN ANDA ADALAH HARAPAN MEREKA..!! SELAMAT BERJUANG DAN SUKSES SELALU!!!

AZIIM: Kami menyokong ketegasan dari DS Anwar kepada seluruh pemimpin parti dan inilah bukti "suara rakyat ...suara keramat.yang sering diperdengarkan sebelum ini".

Berbalik kepada pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin KeADILan, kata sumber, Anwar menekankan bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat mesti balik ke kawasan masing-masing dan menubuhkan Pusat Khidmat secepat mungkin.

"Anwar menekankan peri pentingnya pemimpin KeADILan dilihat berkerja untuk rakyat jika mahu mengekalkan kemenangan besar parti," kata beliau.

Jelas beliau, Anwar juga memberi amaran bahawa parti tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.

"Tiada kompromi dan kita akan pecat jika terbukti bersalah biarpun dia ahli Parlimen kita sendiri," kata Anwar tegas.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memberitahu bahawa beliau ada berunding dengan ahli-ahli Parlimen BN yang ingin meloncat parti.

Namun syaratnya jelas, "Tiada bayaran dan mereka mesti menerima agenda kita," kata Anwar.

Sementara mengenai, kedudukan ahli majlis, lembaga pengarah syarikat di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, Anwar membayangkan bahawa, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melobi kedudukan tersebut.

"Kita pilih berdasarkan merit, kalau layak, layaklah, kalau tidak kita akan pilih orang yang layak biarpun bukan pemimpin parti," kata Anwar. - mks.

No comments: