Saturday, March 15, 2008

KEZALIMAN TERHADAP ANAK-ANAK DI MALAYSIA...SALAH SIAPA??

aziiM - "Anti Zalim Movement"

Sejak awal 2007, kejadian colek dan bunuh semakin menjadi-jadi dan seperti tidak ada hentinya sampai sekarang sejak bermulanya BOM bunuh Altantuya???....apakah ada kaitan antara keduanya atau bukti polis tidak berkemampuan lagi, akibat polis korupsi, lemahnya Menteri berkenaan, lemahnya Pak Lah atau Pak Lah memberi naungan kepada gensterisma, masyarakat yang sudah reput nilai, ibu bapa yang lalai, terlalu ramainya penjenayah yang menginap di Malaysia atau apa??,,sila ikuti..!!


Foto: Batu nisan - NURIN JAZLIN BINTI JAZIMIN, BORN ON 11-9-1999, RETURNED TO RAHMATULLAH ON 17-9-2007 (5 RAMADAN 1428), AMIN





AZIIM:Kes kehilangan ini jangan dianggap enteng oleh sesiapapun samada polis, keluarga dan rakyat kerana ianya seperti barah yang menjalar..

Ketua Polis ada memberi kenyataan tapi apakah ini hanya pengulangan kenyataan kerana sebelum ini juga sama..akhirnya Nurin ditemui mati??

Menurutnya, aspek yang ditekankan ialah sama ada suspek didalangi pihak tertentu atau berkaitan satu sama lain sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Ekoran itu, katanya, segala usaha yang telah dilakukan untuk menjejaki mereka yang disyaki melarikan kanak-kanak itu sedang diteliti.

Antara kes kehilangan kanak-kanak yang mendapat perhatian di seluruh negara ialah Nurin Jazlin Jazimin, 8, (ditemui mati), Sharlinie Mohd. Nashar, 5, serta kes terbaru Muhamad Asmawi Muhamad, 11.

AZIIM:

Anak-anak ku, maafkan aku kerana lalai menjaga mu, mungkin alasan ku tidak punya teropong untuk mengintip gerak mu agar tidak dibawa sipenjahat, atau aku terlambat memberitahu polis untuk menangkap si penculik mu, atau polis terlalu berat mengurus jenayah bertumpuk, atau YB BN yang tak sempat fikir hal rakyat, mungkin mereka lebih senang berada di vip karaoke bersama tokeh judi gendut fulus, atau para jiran yang mata dan telinganya tertutup dengan tv plasma mereka, atau teman mu yang penuh perhatian pada game online mereka, atau si penjahat yang memang lapar untuk memakan tubuh mu, "Ya Allah, pada MU lah segalanya dan ku mohon pada Mu segala untuk kebaikan dan keselamatan anak ku,

anak-anak ku maafkan aku, kini aku hanya mampu menatap berita dan angin syurga tentang dirimu yang aku tidak tahu di mana, tersorok atau di buang kelautan atau ke dalam perigi, berita makin lama makin bertambah tapi engkau tiada lagi dalam pelukan ku, tiada lagi hingus yang menitis di hidung mu yang sempat ku lap. tiada lagi tawa tangis mu..tiada lagi derapan bunyi kaki mu ketika berlari dan melompat..hilang bagaikan angin dari lautan luas....hilang entah ke mana, jejakmu bagaikan mencari harimau di hutan, hilang segalanya...

anak-anak ku maafkan aku, aku gagal mencari mu...!!

wahai polis, apa kerja mu?? di mana anakku?? ...............polis: ....???

23 Mac 2008.

Bapa Sharlinie terus meronda cari anak

KUALA LUMPUR 22 Mac - Kehilangan Sharlinie yang kini masuk hari ke-74 tidak mematah semangat bapanya, Mohd. Nashar Mat Hussain untuk terus mencari anak bongsu kesayangannya.

Beliau berkata, walaupun tidak lagi menerima maklumat daripada orang ramai, beliau sekeluarga yakin Sharlinie masih selamat dan mereka tidak pernah berputus asa dalam usaha mencarinya.

"Kami sentiasa buat rondaan di sekitar Petaling Jaya dengan harapan dapat menemui anak saya dengan segera.

"Saya harap orang ramai berdoa agar Sharlinie berada dalam keadaan yang selamat dan tidak berputus asa membantu mencari," katanya.

AZIIM: Kami turut merasakan betapa pedih dan pilunya bapa Sharlinie dan dalam kondisi begini, kami berharap sdr dapat bersabar dan terus berusaha sehingga anak sdr ditemui. Allah Maha Tahu yang terbaik untuk anak sdr..Mintalah padaNYA,,,
Kami juga mencadangkan beberapa perkara kepada pihak yang berkenaan:
1. Polis jangan ambil ringan soal penculikan begini dan harus ada strategi yang lebih mapan agar kejadian seperti ini dapat selesai segera. Jika personal yang terlibat tak cukup tolong tambah dan bentuk kerjasama yang lebih jelas dengan komuniti penduduk setempat. Penjelasan tentang bahaya culik perlu diperhebatkan melalui saluran yang ada.
2. Ibu bapa harus meningkatkan peduli terhadap anak dengan membuat komunikasi setiap jam atau setiap 30 minit atau apa sahaja. Ini sangat mungkin dilakukan kerana anak-anak boleh membawa hp. Memastikan tempat permainan anak-anak yang selamat dan di tempat umum yang mudah dikawal. Memberi latihan kepada anak-anak di rumah bagaimana jika berlaku hal yang berkaitan apa yang harus dilakukan. No apa yang perlu dihubungi atau alat apa yang harus digunakan agar mudah dicari. Elakkan dari mengikut orang yang tidak dikenali. Berjalan bersama teman dalam kelompok yang melebihi 3 orang dan teman anak juga punya kesedaran tentang bahaya culik.
3. YB Menteri Penerangan..tolong bawa usul dan pertegaskan soal kesedaran bahaya culik ini ke media. Jangan nak hentam pembangkang aje..fikirlah lebih jauh untuk kebajikan dan keselamatan rakyat. HUKUMAN KEPADA KES SEPERTI INI WAJIB DITINGKATKAN......
4. Persatuan Penduduk/komuniti harus memainkan peranan yang lebih jitu bagai menangani masalah ini.Adakan kaunseling ibu bapa, anak-anak remaja dan orang tua secara berterusan. Meningkatkan kesedaran siaga pada setiap masa.
5. Anak-anak perlu mencari teman yang dekat dengan rumah dan kenal ibu bapa mereka. Jangan berkawan/berteman yang belum jelas asla usulnya. INfokan langsung kepada teman, guru, ibubapa atau saudara mara jika anda merasakan sesuatu yang mencurigakan.


Seorang anak lagi hilang sudah 15 hari masih belum tahu nasibnya...Jadi semakin hari semakin kerap berlaku...ini yang membuat rakyat bimbang..

Ibu kanak-kanak itu, Rozita Abu Hassan, 50, berkata, sudah dua hari dia tidak menjamu makanan kerana tiada selera disebabkan terlalu merindui Muhamad Asmawi.

"Saya sangat risau. Saya selalu duduk diam dan sendirian mengingatkan anak saya, banyak kemungkinan bermain di fikiran saya.

"Adakah dia kini kesejukan? Adakah dia diberi makan? Semakin difikirkan semakin saya takut dengan keselamatannya kerana dia selalu sakit perut," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pantai Dalam di sini hari ini.

Muhamad Asmawi atau Awie dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari taman permainan berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini pada petang 9 Mac lalu.

Menurut Rozita, dia dan suaminya sentiasa membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan pada sebelah pagi dan kemudian mencari Muhamad Asmawi pada waktu malam.

Katanya, beberapa hari lalu keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah datang melawat mereka sekeluarga dan memberi bantuan dari segi kewangan untuk meringankan beban keluarganya.

"Ibu Allahyarham Nurin nasihatkan saya supaya sabar dan tidak rputus asa cari Muhamad Asmawi. Mereka turut sama-sama membantu edar poster kepada orang ramai," katanya.

AZIIM: Semoga Ibu bapa Asmawi juga turut bersabar atas kejadian ini. Ibu bapa allahyarham Nurin patut dicontohi kerana mahu menjenguk dan membantu ibu bapa Asmawi.. Yang jelas...kita semua harus memberi bantuan dengan apa bentuk sekalipun..minima.kita doakan agar anak beliau selamat dan dapat kembali ke keluarga. KEPADA PENJENAYAH: ANDA TIDAK AKAN LARI DARI PEMERHATIAN ALLAH SEKALIPUN ANDA DAPAT LARI PANDANGAN MANUSIA. INGATLAH...ANDA JUGA PUNYA ORANG YANG ANDA SAYANGI...!!



No comments: