aziiM - adalah wadah komunitas yang bebas memberi pandangan, saran dan mengkritik sesuatu isu terutama yang berkaitan dengan isu kezaliman global.
Isu mungkin berkaitan politik, sosial, ideologi, ekonomi dan berbagai kerana kezaliman bukan hanya skop kecil yang dipersempit sehingga banyak pihak mengambil kesempatan atas kesempitan ini. Contohnya ISA, bermacam alasan dari pihak tertentu untuk mengelak dari menerima hakikat bahawa ISA itu satu kezaliman sekalipun majoriti mengatakan ianya adalah zalim .
Jadi tafsiran kezaliman menurut aziiM adalah apa sahaja yang bercanggah dengan nilai-nilai mulia yang Rabbani , mempersempit dan menafikan kebebasan manusia sejagat.
Inilah ruang lingkup pembicaraan aziiM tanpa melihat kepada latar belakang personal, kaum, bangsa dan geografi. Semoga ada manfaat kepada semua pihak.
1. KEZALIMAN DALAM FAHAMAN/IDEOLOGI -
Dari pemerhatian kami di youtube, website dan beberapa blog, ada satu hal yang agak janggal…sdr kami dari berbagai latar belakang berjihad memberhentikan kezaliman di mana sahaja samada di Malaysia atau di Indonesia, sdr-sdr salafi atau tak kiralah nama panggilannya sibuk pula berhujah itu ini…Ust. Nasiruddin dll misalnya di you tube “satu kebenaran” dengan begitu yakin mengharamkan demonstrasi dari sudut syara’ dan sanggup buat buku mengutuk Ikhwan Muslimin dan banyak lagi…Sdr yang dirahmati Allah, ada apa dengan anda semua ni??? Hujah sdr adalah hujah lapok yang yang telah dibicarakan tuntas puluhan tahun lalu bahkan isu yang saudara bawa itu sudah tidak relevan lagi sekarang. Ibaratnya seperti sdr ingin suap kepada orang yang terlebih kenyang…Saya tidak mahu terpancing dan saya yakin para sdr kami yang lain juga sama..alangkah lebih baik..Ust, Nasiruddin bertemu dan berbincang secara terbuka, kita dekatkan yang jauh dan rapatkan dengan yang dekat. Bersilaturrahimlah sdr ku!!!, takkan kemana perjuangan sdr yang begitu rigid dan saudara berdepan dengan gelombang perjuangan real yang akan menenggelamkan sdr semua..
Kami siap bertemu jika pihak sdr-sdr ada kelapangan samada di Malaysia atau di Indonesia..Sambil tu cuba lihat di web kami http://www.e-s2u.com/ atau blog kami http://www.amiingroup.blogspot.com/. Anggaplah kami sdr anda yang dahagakan ukhuwah dan perlukan sokongan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan zalim yang menzalimi diri kita sendiri kerana menutup pintu perbincangan dan silaturrahim.
Perbedaan dalam pandangan itu wajar saja tapi jangan jadikan perbedaan ini samada dalam fahaman, pemikiran dll sebagai senjata yang tidak bermanfaat kepada manusia amnya dan Muslim khasnya. Apa yang terjadi di negara-negara Arab yang sepertinya mempertahankan keaslian beragama tapi realiti mereka juga merupakan pengkhianat umat ini dalam mengambil kebijkan dasar di negara mereka.Hal ini bukan rahsia lagi…bahkan mereka dengan angkuh dan sombong berbangga dengan title sekutu Amerika di Timur Tengah…Ini persoalan maruah dan kelansungan Diin…?
Apakah ini bukan urusan atau anda semua pejamkan mata…Sdr…inilah masalah kita umumnya ..tidak sensetif lagi dengan kezaliman dan nauzubillah jika kita redha dengan kezaliman ini. Jelas sekali jika kita menerima kezaliman ini dan tidak mahu berbuat sesuatu…alangkah ruginya kita di dunia dan apatah lagi di akhirat..Sdr berbincanglah dan terbukalah..!!!
Kami juga bukan bermaksud menyudutkan sesiapa atau mana-mana negara, tapi jauh di sudut hati ini ialah sebuah ajakan dari hati ke hati,,,lihatlah realiti...di Malaysia misalnya..apakah Hadhari dapat selesaikan amukan permasalahan sosial selama ini. Data jenayah meningkat hari demi hari, rasuah dan apa juga bentuk kegagalan sistem yang tiruan takkan ke mana-mana..sdr saya ramai juga punya teman dari salafi tapi tak sekerdil ini fahaman mereka melihat sesuatu isu dan mahu secara terbuka membincangkan sesuatu secara real...Sekarang kita berdepan dengan suasana pilihanraya yang sangat menentukan arah mana negara ini akan pergi..antum mahu sokong yang mana saja silahkan..tafaddhal ya akhi,,tapi alangkah ruginya jika antum menafikan peranan dan tanggungjawab kita sebagai pendakwah yang mencerahkan kegelapan masyarakat...
Tak mahu sokong tak pe,,tapi jangan jadi jarum peracun pula sehingga masyarakat bertambah keliru..Ya Akhi, antum semua adalah sdr kami,,dan antum juga punya hak dan kami juga punya hak dari antum semua.. Bertenang dulu sementara pilihanraya ni..2008 biarlah menjadi angka untung kepada semua terutama untuk kemanusian sejagat di bumi Malaysia ini..yang kita tak mahu ialah pemerintah yang zalim dan tidak berhasrat untuk mendaulatkan nilai-nilai mulia dalam sistem bernegara dan bermasyarakat. BUkan hanya orang Islam saja yang mahukan nilai mulia bahkan seluruh manusia mahukannya..inilah poin yang kita perlu letakkan titiknya untuk bertemu.
Bersambung lagi esuk ok...apa akibat fahaman yang tidak seimbang ini..??
15 hb. Febr. 2008.
Soal perbedaan pandangan adalah biasa dan adakalanya sangat wajar dalam kondisi-kondisi tertentu. Islam jelas memberi ruang yang amat luas dalm hal ini. Tapi....dalam hal yang menguntungkan semua pihak..kami tampilkan rakaman video Ust. Nasiruddin di bawah video Tn. Guru Abd Hadi Awang di blog ini adalah bertujuan untuk sdr semua membuat penilaian sendiri..apakah kerja-kerja Ust. Nasiruddin ni manfaatnya lebih besar atau mudharatnya lebih besar???
Bagi kami...kesian tenguk Ust. ni.. ngabehkan boras ..aje..Maaf Ust...saran kami lebih baik Ust...buat apointment jumpa mengadap Tn. Guru bertanya dari hati ke hati..Insyaallah settle masalah ..Yang jadi masalah bukan perbedaannya tapi tidak seimbangnya tu,,,(tolong difahami hal ini..)
Kenapa tidak kita fokus kepada titik kesamaan. Contoh..membela nasib sdr kita di Malaysia, Palestin, Iraq, Indonesia, Kasymir dll. Rasanya kalau effort kita bagi untuk mereka dari Ust. perabih kaji benda yg menguntungkan musuh Islam...??? Kami jadi pelik dengan pandangan Ust ni...kene bayo kot..?? Ust..ajaklah pengikut Ust. bertaubat...dan dengole ceramah Tok Guru lain dan rakaman Suara Syekh Hassan ALbanna, Assyahid Syed Qutb dll...sejak tahun 1928 dah bermula dakwah yang diasas semual oleh Hassan Albanna sampai sekarang..Ingat sdr..dakwah ini muncul hasil dari kemampuan beliau anugerah Allah yang sangat besar ertinya untuk ummat Islam kerana pada tahun 1924..Khilafah Othmaniah iaitu khilafah Islam terakhir musnah di Turki.. Nak tanya dengan Ust..masa tu...Ust..ada di mana?.. Cukuplah Ust...kami tak mahu nak gasak lebih sangat sebab nanti nampak sangat kami juga sama bodoh habiskan waktu aje..
Kembali fokus adalah cara berfikir yang paling tepat masa tu untuk membetulkan semula kefahaman sesat....dan Allah pilih Hassan ALbanna..memikulnya..bermula dari Mesir..Nak cerita panjang hal ini tapi cukup nak jelaskan bahawa..FOKUS...merupakan cara terbaik untuk mengangkat kembali kemusnahan dan mencari sebab musababnya..sekarang juga sama..fokus kita nak memberi alternatif kepada pemerintahan yang ada yang jelas bobrok , korup, haprak dll melalui pemilihan wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen...Nak jadi mangsa korup lagi pilihlah orang dari parti yang sama, UMNO dan sekutunya...ibarat macam kolam...nanah...buat cantik macam mana pun nanah juga..Jadi bukan kata tak ada orang baik dalam UMNO..tapi oleh kerana perjuangannya salah maka..tok guruke, tok imam ke, ustazah ke, ustaz ke...dok seronok dengan nanah lah..(nanah ialah singkatan makna - jumlah kedunguan. kesesatan, kekejian, korupsi dll)..
Jadi cara berfikir kita mesti FOKUS...kepada aspek ini. Orang kampung mungkin dia tak faham sebab dia dengar ceramah melalui radio,RTM dan media pemerintah...tapi dia akan faham kalau kita mampu buktikan..yang wakil rakyat bahagian tu...makan rasuah...makan duit rakyat...samun peluang balak rakyat hanya tukar kulit company profile...dlll..a'la uqulihi..sekadar ukuran fikiran mereka...jadi kene lokaliti isu..tak boleh tembak...semacam aje..(rawak)..Jadi selama 5 tahun sepatutnya kita telah punya data dan fakat solid untuk tutup mulut para pahlawan cangkol yang meronda di kampung ni..Dan kita kene ingat juga depa ni ada gaji tetap..dan mereka akan pertahankan sekalipun tak betul untuk selamatkan fulus mereka.
Jadi umumya depa tak kesah sangat soal Melayu ke ape ke..yang penting..ada masyuk..Memang berat jika waktu kempen yang pendek ni kita nak bagi nilai mulia dll..tapi jika dah berjalan kempen selama 5 tahun yang lalu dengan bermacam projek lokal/setempat..sehingga merasa aman, selesa dengan program kebajikan yang kita adakan baru depa..boleh pangkah kita...Inilah realiti masyarakat kita..Level kebeabasan berfikir dan membuat keputusan yang bernilai mulia belum ada dan jika ada pun terlalu rendah..tak cukup untuk memenangkan majoriti..Pengalaman melihat cara kerja kawan-kawan di Indonesia..amat menarik.. dan inilah pendekatan yang wajib kita laksanakan selama setiap 5 tahun. Hasil atau natijah dapat kita lihat musim ini..
Apakah benih kemuliaan sudah tumbuh atau belum..Jangan kira racun dan makhluk perosak yang datang..kerana itu memang makanan mereka..dan mereka akan terus mencari mangsa..ini adalah kelansungan hidup..mati atau dimatikan..takkan ada separuh-separuh. Jadi para pejuang kebenaran harus memahami dan memperbetulkan cara berfikir mula dari sekarang..Jangan hentam musuh kerana mereka tembak kita..tapi kita yang wajib tahu macamana nak tembak dulu..Inilah kaedah umum dalam strategi perang dan apa juga strategi persaingan..Cuba baca buku Sun Tzu...banyak sekali idea-idea beliau yang diamalkan oleh pemerintah Dinasti Ming telah membawa hasil luar biasa kepada tamadun China sampai sekarang..
So,, kembali semula kepada HAL YANG ASAS DAN FOKUS kepada hal ini...cukup untuk hari esuk kita sambung..
16 hb febr.
2, FAHAMAN KEBANGSAAN ANUTAN UMNO ADALAH SESAT KERANA BERSUMBERKAN KEPADA MATERIALISMA.Alangkah bertuahnya Ust. Nasiruddin jika tergerak hatinya untuk menulis tentang aqidah penganut fahaman Kebangsaan kerana asasnya adalah kebendaan/meterialsma.Hujjah apa yang nak Ust. berikan...dan ada dalam video ustaz kata...pemimpin yang ada dah cukup..Kami tak kesah kalau yang bercakap ni,,Khairi atau Hishamuddin...tapi dari Ust mantan student Uni.Al Azhar..Terus terang amat pelik..Ust belajar apa di Ummul Qura..., declare pula bekas anggota Ikhwwan yang mana pula Ust..,saya tak segan silu mengatakan di sini Ust ni..memang pelik bin ajaib.dan pengikutnya juga kelabu asap..sdr..tolong tanya Ust ni..dia masuk Ikhwan masa tu tujuan apa..? Belum habis belajar dah pi jumpa tik syekh di Saudi yang anti gerakan Islam..Memang ramai tok guru arab yang anti dengan gerakan Islam sebab mereka senang lenang dengan hasil dari bumi Saudi..yang rajanya dan suku sakatnya zalim memerintah kekayaan minyak tu..Awat Ust. jadi bingung sampai macam tu..Dia dah ke Palestin ke bantu Hammas atau ke Afghan ke..? atau kemanake?? Jemaah Ust dah berapa juta yang percaya dengan hujjah Ust ni..?? tolong renung lah Ust....?
Takkan kemana Ust..kembalilah ke pangkal jalan...Bagi kami Ust yang patut merenung dan merenung..jangan sampai jadi gelong..macam Ayah Pin.(dia gelong sebab ape?...dapat fulus dari golongan tertentu dan kisahnya lenyap ditelan rasuah... .akibatnya dari fahaman ini bukankah lebih sesat dari atau kurang lebih sama macam Ayah Pin..cuma ayah Pin bagi pengikut makan ..maaf tahi kering dia letak dalam kapsul. Dan UMNO...bagi tahi kering sapa pula??...depa makan tahi juga tapi dari rasuah kontrak, judi dll. Tak jauh beza,,,kerana sama juga tahi..ayah pin dia bungkus..dalam kapsul..tapi yang satu lagi letak dalam sampul ...Makan ayah pin punya masuk perut dan duit rasuah makan masuk ke perut juga..endingnya sama...segala sampah sarap ..semua bermuara ke perut..Nauzubillah..
Tapi...depa ni semua pelakon handalan..takkan tunjuk depan orang yang depa makan najis...sebab terima melaui cek, melalui ATM, transfer dan sejenis dengannya. Ini semua sudah bertahun-tahun berlaku dan sampai detik ini Hadhari atau tidak ianya tetap terjadi..Bahkan dengar info lebih dahsyat buaya Hadhari sebab ada training hujjah,,Hadhari..mau hari-hari..rasuah ka apa ka..hari-hari mau..Ini masalah besar negara kita..Indonesia dah mula terbuka,,tapi Malaysia masih tutup dengan selimut demokrasi terkawal..dan fahaman Hadhari..Aduhai..saudara untuk membetulkan fenomena ini tak cukup demo setahun sekali tapi mau tiap minggu tapi yang lebih real ialah kita wajib tumbangkan siapa juga yang yang berfahaman ini dan pengamal rasuah di mana sahaja. Jika kita redha dengan kebejatan ini ..maka kita juga turut syer..dosa dengan mereka. So, kepada yang tak mahu mengundi dan menganggap undi tidak syari' tolong kaji semula fatwa ni ok!!! ramai juga berfahaman begini..alah hai..apa ada dengan undi ni..tak sunnah lah, tak itu dan inilah..Tolong lah sdr kaji semula dan kembalilah melihat realiti..Tolong baca hujjah syara' dari buku Syekh Yusuf Al Qardhawi tentang pilihanraya dll....maksud kami bukan bermakna pilihanrya hanya satu-satunya solusi tapi ,,inilah ruang yang ada untuk mencapai sesuatu yang lebih baik..jika tidak tolak dan merugikan peluang ini kita juga berdosa....Nauzubillah.
Kenapa wajib jatuhkan kezaliman fahaman dan pegangan ini dengan kadar kemampuan masing-masing..??
1. Mudharat kepada aqidah ummat amat kritis..jika hampa tak mau pilih kami (BN/UMNO) hampa nak makan apa?? Projek dari mana?.semuanya seperti depa ni tuhan..inilah HUjjah pahlawan Hadhari..Khairi dan konco-konconya..dan hampir semua pahlawan berani mati mereka berhujjah yang sama..Nauzubillah..esuk kita sambung lagi..
17 Febr.
Sehari dua ni, inilah hujjah mereka di semua media...projek-projek ..tak habis-habis..loghat.. Jktnya Lu ingat ini hidup untuk projek saja ka..?? spa yang dapat projek?? PLKN, kontraktor kelas a,b,c,d,e,f, sapa yang bolot...?? projek kecik besaq, mega tak mega hangpa semua yang bolot.. ya memangla..sama juga masa Suharto dulu..sampai 7 keturunan takkan miskin sebab depa macam pasang bubu dekat kali yang semua masuk kedia dulu...bisa...pak..bisa..pak..yang terlepas ke rakyat kecik...ikan mainan ..warnan warni..lepas tu,,suruh rakyat bersyukurlah...ingatlah jasa...rasa nak ludah muka hangpa..ni..betui-betui penyangak..sama saja..di Malaysia ni pun..algojol semua..Rakyat yang cedik benci bukan kerana hangpa bolot tapi hangpa ni penyangak..nak apa petronas..rampas nak proton..rampas...lepas ramai-ramai kata..tenguk kerana siapa negara ni maju..?? memanglah maju berbanding dengan India dan Indonesia..tapi bandingkan dengan China,,?? kita ada apa..??.
Hujjah sesatkan aqidah ni..tolong berhentilah..jika negara ni di perintah oleh pemimpin yang amanah..dari BA..selamat..Kenapa ? ada bukti..secara peribadi..cuba lihat dan bandingkan dengan pemimpin ketua bahagian UMNO dengan Menteri Besar Kelantan...hidup mewah ..ketua bahagian lagi..sila cek..harta dll...inilah rialiti..bukan mimpi..bukan rekayasa..tak mahu percaya juga...tak pe lah..kene makan lagilah dengan haruan puaka....Tolong renungkan ok..!! Nak hujjah apa lagi..Ust...?? Aqidah mana yang lebih sesat???..tolong bagi kepastian..sebab Islam bukan duduk dalam kesamaran..dan tak tentu hala..
Kalau berani kerana benar Ust mahu ketemu bersemuka dengan Tok Guru Nik Aziz..?? Tapi dari jauh aje berdentum dentamm bila berdepan macam tikus..dengan kucing....Apatah lagi kalau berani berdepan dengan tokoh-tokoh Ikhwan...kAMI BUKAN TAKSUB atau apa tapi hujjah Ust...lebih berbentuk fitnah...contoh ..berbaiat dengan Ikhwan dan berikrar bunuh..pula,,,dll...amat diragukan...kesian dengan Ust,,ni,,,kami sarankan lebih baik Ust..lupakan saja buku Ust..tu,,dan buat buku baru,,,"ANA BERTAUBAT..DARI MENERIMA WANG UMNO",,Ust nak nafikan dapat dari UMNO..atau tidak tak kesah,,,tapi cara Ust,,tu dah menunjukkan ada yang menyokong dari belakang...nak buat macam ikhlas..jangan di depan anak murid Ust...yang kelabu asap tu,,,cari orang lain..la..Maaf..Ust..kami masih berharap Ust..kembali bertaubat...!!!
KOMENTAR USTAZ TENTANG SYIAH DAN IKHWAN JUGA...PELIK..???
Dari mana sumber Ust,,,boleh sampai begitu jauh jadi,,,begitu...nanti kita sambung lagi..,,
Hujjah Ust. tentang kaitan Yusuf Qardhawi, ikhwan dan Syiah sangat tak lojik dan sangat tak relevan..kerana hujjah uUst...hanya berdasarkan salah satunya kerana kawan Ust yang dah jadi orang Syiah..kami di sini tak mahu berhujjah tentang Syiah tu macamana dan rasanya dah cukup jelas..leceh punya kerje..tapi kaitannya dengan Ikhwan yu,,yang kami perhatikan Ust ni,... sakit...Ahsan Ust,,cek dengan doktor...Tambahan pula menuduh Yusuf Qardhawi...sebagia pengagung aqal..atau lebih parah penyembah aqal..Ust..kami berharap tolong berhenti dengan segera hujjah sesat ,,dan tidak asas sama sekali..Buku ikhwan tak boleh masuk ke rumah..ini apa hal pula ni..takkan sampai benci begitu sekali..mula-mula Ust..kata..ana kesian dengan antum semua dan sayang dengan ulama ikhwan..sebab itu ana tulis buku ni..secara berhujjah Ust dah tak betul...sebab antara hujjah Ust..berbeza antara satu dengan yang lain..satu sayang dan satu lagi benci berlebih..pula..jadi bagi kami Ust..yang sakit jiwa dan sakit hasad dengki..bukan kebenaran yang Ust,, mahukan..Nauzunillah..kami terbuka aje dengan Ust..sebab kami kesian bukan benci..kalau benci lain caranya...jadi cukuplah Ust..bawa bertenang,,Jangan juga perlagakan lagi Muhammadiah dan ikhwan..apa yang dapat Ust...??cari titik temu sebab puluhan tahun Muahammadiah dan Nu di Di Indonesia ..tak bersatu maka begitulah nasib ummat...serba tak kena..sorry..kepada semua..bukan maksud kami mahu ,,kata siapa yang hebat..tapi kita mahu kembali ke arah persoalan asas. Soal aqidah yes...persoalan asas tapi..alangkah baiknya jika ada kaedah fiqh dalam pembicaraannya..apakah ini bukan sunnah..?? berbincang dengan hikmah dan izah..jangan lah terjerit-jerit begitu ,,,itu tak sunnah,,,cara hujjah yang taka ada fakta..mana ala bashirah nya..Ust..hujjah kelabu asp semua..hujjah tangkap kucing calam karung...nak hujjah baynak lagi tapi kami mahu fokus kembali bagaimana sesatnya fahaman UMNO..
Media hari ini॥angkat Islam Hadhari dan undang tokoh Mesir Althantawi..datang sama macam Mahathir dulu juga....minta tolong orang mengiyakan apa yang dibuat,,,kenapa tak undang Qardhawi...sebab USA juga tak mahu dengan Qardhawi..jadi BUSH tak mahu Pak Lah juga tak mahu...jadi maknanya HADHARI..sama dengan fahaman BUSH lah..ulama yang berani tegus tak dipanggil...tapi panggil ulama yang boleh angguk..angguk..angguk lah syekh..Pinjam bahasa Ust,,mereka ni golongan irhabi..atau pengganas,,,teroris...yang bagi gelar ni..BUSH KE atau Ulama Ust...ni...jadi jelas sekali menunjukkan bahawa Ust Nasiruddin jg hujjahnya sama dengan dengan BUSH,,IRHABI?teroris..????? Wahai anak murid Ust..tolong berhati=hati ya,,tok guru ni,,,otaknya ssama macam BUSH<<< Kalau macam ni।Ust..ni Ust..Amerika../upahan BUSH le..
20 Febr
Maaf jika terkasar dan terlalu kesat...tapi itu adalah tafsiran dari tindakan Ust dan siapa sahaja yang berhujjah cara yang sama..ini kaedah umum yang semua orang tahu termasuk Ust juga,,jadi tolong berhati-hati keluarkan kenyataan nanti makan diri sendiri..Apatah lagi jika ianya benar dari hati..nauzubillah..
Berbeza dengan Ust Asri DMPerlis...dari rakam vedio beliau...tak berani menuduh siapa Qardhawi atau Syed Qutb atau Hassan Albanna...sesat dia angkat tangan tak berani kerani memang tak dak poin langsung..Jadi jika dari orang sunnah sendiri
dan tokohnya di Malysia tak berani buat tuduhan...maka Ust Nasiruddin ni siapa??..So..maka tertolaaklah hujjah tersebut,,jika nak diangkat juga ,,sudah pasti ada yang akan membuat laporan polis kerana itu merupakan tuduhan dna fitnah...sekalipun di mahkamah Mlaysia ni,,ghuyub tapi hujjah dah jadi limbah Ust,,hujjah tak kuat lagi...kecuali Ust cari ulama yang kepala otak sama dengan otak Bush,,,dia akan sokong Ust..
Namun..DMP..Ust. Asri ...yang membuat fatwa,,tentang perjuangan pembangkang di Malysia khasnya PAS ...itu haram...ini amat sesat dan tidak ada hujjah yang kuat sebenarnya cuma kerana diminta oleh Pak Lah kot..imam Hadhari,,maka Mufti Hdari kena ikutlah...maaf bukan nak jatuhkan title Datok atau Mufti atau apa sahja namanya...tapi inilah yang ulangan sejarah yang sudah berkurun-kurun lamnya...sikap ulama yang makan gaji..dengan pemerintah...makan gaji tak salah tapi hujjah tentang sesuatu hal tu yang senget...sebelah..Kami berharap DMP tolong semak balik kitab-kitab yang lain ..juga supaya lebih kuat..sayang orang yang berilmu macam DMP ni boleh jadi macam tu..Kami berharap ada islah yang konkrit..dalam hal ni..jangan bantai aje..kerana yang dibantai ni..ahli-ahli tahjud bukan ahli terkejut,,syekh...bahaya sekali menzalimi ulama yang baik..mereka tak minta duit atau upah jika berdakwah...tak sama macam ulama yang sebelah UMNO...jauh macam langit dan bumi...hati-hati syekh...!!!
Kami juga hairan kenapa,,,UST..Asri sebuk sangat hal ini...? Semoga ada kebaikan..dari hujjah balik Dr. Badrul Amin...memang kesat bahasa tu,,tapi adakalanya jika guna bahasa yang lain DMP USt Asri tak dapat mesej...yang rakyat ni marah dan meluat dengan pemerintahan yang ada...dan siapa yang tertutup hatinya utk melihat permasalahan ini dan cuba gunakan hujjah karut...kami juga marah...Jadi...sekali lagi mesej kami...tolong lebih berhati-hati,,esuk ada lagi yang caci maki lebih parah lagi..!! Sepatutnya mereka yang ikhlas menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran memahami hal ini secara instinct ..tapi bila ada unsur lain...inilah yang jadi gelong.. Jika PAS ?PKR menang di Perlis ..jika hubungan baik takkan nak pilih ulama lain..Ust Asri dah ok...jika ada hal-hal tertentu beliau brake sikit..dan hati-hati..
Dari info..memang Kedah dan Perlis sangat berpotensi akan rodum ke tangan pembangkang...kepada sdr mara di Perlis...inilah saat anda semua buktikan yang anda ada visi dan misi yang lebih jauh..angnkan Kemakmuran dengan Islam..Perlis...sebagai sempadan gengan Thailand..memainkan peranan penting utk merubah nasib saudara kita di PAtani.....Semog ada gelombang baru..di Perlis..kepada saudara yang mengambil fatwa azimah...dalam hal pilihanraya ini sila,,longggarkan sedikit kerana..memang perlu..beri peluang kepada PAS untuk mencapai visi dan misinya di sana,,Jika dengan UMNO kita boleh berbaik-baik maka kenapa tidak dengan PAS..mereka juga dalah saudara yang terdekat dengan kita...kerana memperjuangakan Islam..dan konsistan sejak awal penubuhannya,,ayuh tautkan ukhuwwah dan jauhkan syak wasangka...dan kebencian..
23 hb Febr...dari Bandung Ind..
Dari (Harakah) ..jawapan Ust Haji Abd Ghani di bawah jelas menunjukkan bahawa hasil penipuan tak kira samada dalam pilihanraya atau di luarnya adalah HARAMMMM…Bro..kita bermohon kepada Allah agar selamatkan kita dari ini semua dan begitu juga dengan keluarga kita..Wajib kita hebohkan dalam apa juga media yang kita mampu tentang hal ini kerana entah berapa ramai mereka yang terlibat dalam hal haram ini. Termasuk yang bernama menteri..dan gelaran yang lain..Kamu semua dalam bahaya sdr ku…bahaya kerana kamu melibatkan keturunan kamu dalam hal yang haram…SO…marilah kita bersama dedahkan dan ajak kepada semua sdr-sdr kita agar hentikan kezaliman ini…hentikan kezaliman bermakna kita wajib jatuhkan mereka melalui saluran yang tersedia iaitu pilihanraya…Mereka tidak akan bertaubat..selagi mereka merasai nikmat kejahatan melelbihi nikmat iman dan Islam..merasai nikmat dunia seklipun nanah yang mereka hirup untuk diri mereka dan anak isteri mereka. Cukup sampai di sini…kepada mereka yang dulu sudah terlanjur..bertaubatlah anda semua..dan berilah kemenangan kepada pihak yang seharusnya menang dan berkemampuan untuk memimpin.
Sdr..wakil rakyatatau YB..sedap didengar gelaran itu tapi apalah ertinya jika kemenangan selama ini hasil penipuan,,inilah kezaliman..inilah ibu dari kemusnahan dan bapak dari kekejiaan..Dari sinilah lahir maksiat yang lebih besar dan ianya tadak akan selesai. Sdr…hentikan bermakna kita perlukan mejoriti dan majority hanya tercapai dari undi yang solid ke pihak yang mahukan kebenaran dan kebersihan..Semoga Allah membuka hati semua pihak dan Allah permudahkan kemenangan ke pihak yang berhak..
Persoalannya di sini, adakah ia satu tindakan yang cuba menghalang calon-calon yang bertanding ataupun taktik untuk memenangkan pihak tertentu?
Jika ia bertujuan demikian, maka kita ketengahkan beberapa soalan seperti di bawah ini dan ia dijawab oleh Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulamak Rantau Asia (SHURA), Ustaz Haji Abdul Ghani Samsuddin:-
1 Bagaimana dengan hasil pendapatan Ahli Parlimen dan Adun yang menang hasil dari penipuan dalam pilihan raya?
2 Bagaimana pula dengan ahli keluarga mereka yang terpalit sama makan dari hasil tersebut?
3 Adakah mereka termasuk dalam amaran baginda Rasulullah s.a.w menerusi hadis kesepuluh kitab Hadis 40 Imam Nawawi, iaitu permohonan mereka tidak diterima Allah?
4 Begitu juga dengan para pegawai Suruhan Jaya Pilihan Raya yang menolong individu tertentu hingga menang dengan cara menipu.
Jawapan
Allah telah berfirman dalam surah al Nahli ayat :114:
Makanlah rezki Allah secara halal dan baik. Bersyukurlah terhadap nikmat Allah seandainya kalian benar-benar menyembah (mematuhi) Nya.
Dalam Surah al Baqarah ayat 188 Allah berfirman lagi: "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).
Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Allah mengagihkan perwatakan dan akhlak kamu persis sepertimana dia mengagihkan kepada kamu habuan rezki. Allah mengurniakan (nikmat) duniawi ini kepada siapa sahaja; sama ada orang yang Dia suka atau tidak suka. Namun kurniaan (pegangan dan iltizam ) agama (habuan baik ukhrawi) hanya diberikan kepada orang yang Dia suka. Sesiapa yang dikurniakan dengan nikmat berpegang (beramal) dengan agama maka itu bermakna Allah telah menyayanginya. Akan tetapi ingatlah; demi Allah yang nyawaku di tangannya, seseorang itu tidak akan menjadi muslim sehinggalah hati dan lidahnya ikut menjadi muslim. Tidak menjadi mu’min sehinggalah jirannya terselamat dari gangguan karenah kejahatannya. Sahabat bertanya: apakah maksud kejahatan berkenaan. Baginda menjawab; keganasan dan kekasarannya. Jika ada sesiapayang meraih rezki haram kemudian dia menghulurkan rezki itu sebagai sedekah (kepada orang lain) maka Allah tidak akan sudi menerima (amalannya) itu. Jika ia membelanjakan harta tersebut ia tidak akan mendapat barakahnya. Jika dia meninggalkan harta itu sebagai harta warisan (anak cucu) maka harta berkenaan hanya akan menjadi bekalannya ke (jurang) neraka. Allah tidak akan menghapuskan kejahatan (keburukan ) dengan perbuatan kejahatan. Tapi Allah melupuskan kejahatan (keburukan) dengan amalan kebajikan (kebaikan). Keburukan atau al Khabith tidak dapat menghapus dan melupuskan keburukan.
Rasulullah menegaskan:
Setiap "Lahm" (mana-mana daging anggota tubuh manusia) yang membesar kerana memakan al saht (makanan atau benda haram) maka neraka adalah tempat yang wajar baginya.
Baginda menyatakan lagi:
Sesiapa yang menipu kita maka ia bukan daripada golongan kita (golongan Mu’minin)
Ayat dan hadith di atas mewajibkan umat Islam memastikan sumber rezki mereka hendaklah dari saluran, sumber atau usaha yang diakui halal oleh Allah. Sumber rezki halal ialah yang diperolehi secara benar, sah, selaras dengan tuntutan dan norma syara’. Perincian tentang rezki halal dan haram ini telah dikupas oleh ramai para alim ulamak zaman dulu dan kini. Oleh itu setiap rezki yang diperolehi secara tipu daya; walau apapun bentuknya maka ia tetap rezki haram yang mewajibkan pemakannya masuk ke neraka.
Rasulullah bersabda:
"Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengannya pada hari kiamat. Allah tidak sudi memandangnya. Allah tidak akan membersihkan dirinya daripada dosa. Baginya disediakan azab yang sangat pedih (baginda menyebutnya tiga kali). Abu Zar lantas menyampuk: Mereka pasti kecewa dan rugi, tapi siapakah mereka itu? Baginda menjawab: "Orang menunjuk-nunjuk kaya dengan memanjang atau melabuhkan pakaiannya (mengheret pasir), mengungkit-ngungkit pemberian dan orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah dan penipuan.”
Penjawat jawatan awam tidak boleh berlaku curang dalam membelanjakan harta awam dengan meraih komisyen berjuta-juta ringgit memangsakan dana rakyat untuk mengambil harta awam untuk kepentingan diri atau kelompok politik sempitnya. Mereka dilarang berniaga atau menerima pemberian yang bermuslihat. Sebab perbuatan seperti itu dianggap khianat oleh syara’.
Dalam konteks pemerintahan Rasulullah juga mengingatkan:
Apabila Allah menghimpunkan manusia zaman dahulu dan zaman terakhir pada hari kiamat kelak, maka ketika itu akan dipancang dan dinaikkan untuk setiap pengkhianat panji-panji khusus sebagai ikon pengenalannnya sehingga di sebut-sebut: ini banner pengkhianatan si-pulan dan si-pulan.
Sistem peralihan kuasa dalam sesebuah negara mesti digubal sejajar dengan kaedah kejujuran, keadilan dan kebersihan. Ini untuk memastikan para pemimpin politik diangkat menjadi pemimpin berdasarkan merit, kebolehan, kemahuan rakyat yang jujur dan benar. Sistem syura atau apa yang hampir kepadanya seperti sistem demokrasi yang murni perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tangongjawab kepada Allah dan rakyat. Ia mesti berteraskan amanah dan mencerminkan penilaian yang sesaksama mungkin dan keadilan.
Rakyat perlu melaksanakan kewajiban mengundi atas tanggungjawab kesaksian seperti yang dikehendaki oleh Allah. Mereka tidak dibolehkan memilih pemimpin kerana perhitungan habuan wang, pangkat dan kemudahan yang dijanjikan, sebab itu adalah pengkhaianatan terhadap amanah Allah dan rakyat.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa). Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum "Ibnu al Sabil" para musafir (yang kehabisan bekalan minuman). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya. Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar)." (Hadith Muttafaqun ’alaihi)
Ciri-ciri masyarakat demokratik yang merangkum kebebasan media, sistem pilihan raya yang bersih dan adil, kebebasan ekonomi, kesamarataan peluang meraih ilmu dan rezki, akses kepada media, daftar pemilih yang bersih, kebebasan berhimpun dengan aman, kebebasan menegur pemerintah dan menggantikannya dengan yang lebih baik mengikut kaedah yang berperlembagaan dan sebagainya.
Dalam konteks Malaysia banyak pihak yang sudah membuat kajian dan menampilkan tuntutan membersihkan sistem pilihan raya yang herot, penuh manipulasi, rasuah, ugut, penipuan sehingga rakyat bangun melakukan demontrasi meminta Yang DiPertuan Agong memulihkan keherotan berkenaan. (rujuk memorandum BERSIH 10 November 07 dalam link berikut: http://www.shuraasia.org/shura/modules.php?name=News&file=article&sid=228).
Selain itu, menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, "Pilihan raya umum 2004, menyaksikan undi yang dipungut oleh calon-calon Barisan Aternatif (BA) di seluruh Terengganu hanya merosot sebanyak 9,103 undi.
Dalam tahun 1999, katanya, BA memperolehi 180,239 undi manakala dalam tahun 2004 pula 171,136 undi. Perbezaannya hanya 9,103 undi sahaja. Jumlah kemorosotan ˜undi rakyat itu sangat kecil dan tidak memungkinkan Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu.
"Bagaimana Umno boleh menang?" soal beliau.
Beliau mendedahkan, selepas pilihan raya 1999, ada 'pihak tertentu' telah membawa masuk orang bukan Terengganu untuk mendaftar sebagai pengundi di Terengganu. Terengganu menyaksikan kenaikan peratus pengundi yang luar biasa dalam tempoh tiga tahun berkenaan, iaitu sebanyak 17.7 peratus "dan ini jauh melebihi purata kebangsaan".
Pengundi baru, kata beliau, bertambah sebanyak 68,585 orang. Undi BA merosot sebanyak 9,103 undi tetapi undi BN meningkat sebanyak 93,249 undi berbanding 1999, katanya lagi.
"Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi BN (93,249 tolak 9,103) jawapannya 84,146. Undi BN tidak termasuk pertambahan undi rakyat sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!
"Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585 orang! Misteri ini tidak dapat dijawab walaupun mengambil kira pertambahan secara mendadak peratus keluar mengundi iaitu sebanyak 25.1% berbanding pilihan raya sebelumnya. Jika semua peratus keluar mengundi yang bertambah dilonggokkan untuk BN, iaitu seramai 11,279 undi, masih belum dapat menjawab bagaimana Umno/BN mendapat pertambahan sebanyak 84,146 undi berkenaan," Exco Kerajaan Kelantan itu mendedahkan.
Oleh itu sistem yang herot, tidak adil, tidak demokratik ini sudah pasti bercanggah dengan nilai syara’ dan kaedah halal haram Islam.
Dengan demikian setiap penjawat jawatan yang mendapat rezki dengan cara yang salah dan tidak selaras dengan dasar syara’ adalah termasuk dalam kategori rezki haram.
Kecuali pihak yang tidak ada kena mengena dengan penggubalan dasar berkenaan yang terpaksa mengharung perjuangan politik untuk menegakkan yang ma’ruf mencegah yang munkar seperti golongan pembangkang dan penobat Islam.
Mereka termasuk dalam golongan mustadh’afin yang memanfa’atkan kaedah fiqh; Mala Yudrak Kulluhu la Yutrak julluhu dan konsep dharurah atau ‘umum al balwa dan lain-lain. Mereka mengharung perjuangan yang mendesak dan terdesak demi menobatkan Islam atau keadilan dan mempertahankan apa yang masih boleh dipertahankan dalam sistem yang herot dan tidak seimbang.
Namun mereka tetap mempunyai tekad yang murni untuk memulih dan membetulkan kaadaan jika mereka berkuasa.
Kumpulan ini, para pegawai kerajaan dan pekerja yang berstatus seperti itu sudah tentu tidak terjejas dan tidak terlibat dengan hukum berkenaan selama mereka berazam dan bertekad untuk meluruskan kaedah dan amalan demokrasi herot tersebut apabila mereka mampu dan berkuasa.
Allah berfirman dalam surah al Nisa’ ayat 98-99:
"Kecuali golongan mustadh’afin yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan yang tidak berdaya dan tidak menemui jalan keluar (yang lain sebagai penyelesaian)."
Bagi kumpulan yang berlaku ke atas mereka hukum haram rezki tersebut dari segi syara’ kerana tindak tanduk mereka yang haram dan menipu atau bersekongkong dengan penipuan tersebut maka sesiapapun dari keluarga mereka akan terlibat sekiranya mereka memakan rezki haram .
Namun hukum mereka terserah kepada Allah. Seandainya mereka anak kecil maka ibu bapanyalah yang bertanggongjawab terhadap dosa berkenaan. Apabila ia sudah dewasa dan dapat berusaha sendiri dia wajar mencari rezki dari sumber halal dan tidak terus memakan atau hidup dengan harta haram tersebut.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
Wahai saudara saudara sekalian. Allah itu baik (bersih) tidak menerima kecuali sesuatu yang baik (bersih). Allah memerintahkan orang yang beriman dengan arahan yang diperintahkan juga kepada para Rasul. Allah berfirman: "Hai para Rasul; makanlah rezki yang baik-baik yang telah Kami kurniakan, berbuatlah amal soleh; justeru Aku sangat tahu apa yang kamu kerjakan". Allah berfirman lagi: "Hai orang yang beriman, makanlah rezki yang baik (bersih dan halal) yang telah Kami kurniakan kepada kalian. Kemudian baginda menerangkan bagaimana ada sesetengah orang yang terus berkelana di bumi, muka penuh debu dan comot seraya mengangkat tangannya berdoa kepada Allah (memohon sesuatu) wahai tuhan, wahai tuhan, malangnya makan minumnya serba haram, pakaiannya (dari sumber) haram, dia terus menerus disarai oleh rezki haram. Bagaimana mungkin Tuhan memperkenan (dan memakbulkan) doanya.
Sebab itu usaha membersihkan sistem pilihan raya, meluruskan dasar dan amalan politik dalam negara merealisasi sistem syura atau demokrasi kemanusiaan yang murni amat berkaitan dengan kejernihan hidup beragama, pemakanan rezki yang halal dan usaha mengembalikan maruah rakyat, bangsa dan negara.
Perjuangan ke arah merealisasi cita-cita ini adalah jihad dan ibadah, meskipun pada zahirnya dia mempunyai dampak politik. Ini kerana Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh merangkum segenap aspek kehidupan.
Seterusnya umat Islam memang digalakkan sentiasa berdoa agar mendapat rezki yang halal dan dijauhkan Allah daripada rezki yang haram. Sebab itu selepas sembahyang sunat dhuha digalakkan mereka membaca doa berikut:
Antara lain bermaksud: ...Ya Allah seandainya rezkiku di langit maka turunkanlah. Kalau di bumi maka munculkanlah. Kalau sukar maka permudahkanlah. Kalau haram sucikanlah dia. Kalau jauh dekatkanlah rezkiku itu; dengan berkat kecerahan, keceriaan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu. Ya Allah kurniakanlah hambaMu ini dengan kurniaan yang terbaik yang Engkau anugerahkan kepada para hambaMu yang soleh. Cetak
Wednesday, February 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment