Wednesday, February 13, 2008

Akibat Salah Cara Berfikir?

Akibat salah cara berfikir?

Januari 2, 2008 -

Saya sudah lama tidak aktif di Malaysia kerana sering berada di Indonesia tapi di akhir-akhir ini dan mungkin di tahun 2008 saya berharap akan lebih lama di KL Malaysia. Jika ada yang masih ingat atau kenal alhamdulillah, jika tidak tak pa..mungkin buku “Rakyat Menuntut Keadilan..1998″ ramai juga yang beli masa tu… tapi tak jadi kaya dengan jual buku macam tu ye..dan memangpun bukan tujuan untuk jadi kaya,,,bila teringat tahun -tahun itu 1998...naik semula bulu tengkuk..entah kenapa..masih terhidu bau air gas kuning menyengat hidung..bunyi hentakan sepatu FRU..memburu rakyat kecil..bunyi tendangan sambil si rakyat meraung kesakitan,,,anak kecil bertempiaran dan orang tua merangkak mencari pautan,,,jalan di KL bagaikan jalan banjir manusia setiap minggu..hairan apa yang rakyat mahukan masa itu...bukan mahu rumah, atau apa tapi mereka mahukan keadilan dan bencikan kezaliman...Zalim kepada DS Anwar dan ramai lagi rakyat kerdil...yang meronta..ronta bergelut dengan kemiskinan untuk sesuap nasi...
Tapi para penginap Istana politik samada termaktub atau tidak, samada warisan atau cari sendiri, samada bernama raja atau panggilan gelar dari manusia..mereka kenyang sampai muntah-muntah apatah lagi setiap malam ditamu oleh tokeh judi dan para koruptor ...sekalipun dari nanah korupsi para pemilik gelar santap tak peduli lagi...kerana negara ini milik mereka..

" Wallahi...inilah kezaliman...inilah pengkhianat, inilah ibu fassad, inilah ibu kemaksiatan. tapi ada juga yang bertitle ulama yang cium tangan hapak dari kezaliman, korupsi ini dengan khusuk sekali...Terhegeh bergelak ketawa dengan mereka..aduh sakitnya hati rakyat kecil..kamu para ulama sepatutnya mencerahkan alam ini dengan kebenaran bukan sebaliknya kamu memadamkan cahaya kebenaran ini...Inilah kezaliman ya akhi...inilah ibu kesesatan...
"Ya Allah...mereka udah tak nampak lagi...akibat dunia dan mimpi fulus penuh bonet kereta. dan nanti ada pula rakyat yang cium tangan mereka.. Ya akhi, kita sudah tidak punya lagi Ibn Taimiyah , ..dan para pejuang masa itu yang pemerintah dan para raja..turun dari kenderaan mewah mereka kerana malu dengan ulama ini...sekarang terbalik...ulama berlari mengejar...pemerintah.."

Sdr..gendang pilihanraya 2008...sudah didendangkan dan semua pahlawan..mula muncul di media...ada tunjuk silat dan ada juga pakai kuntau .kita semua kene guna silat otak dan jiwa..dan inilah yang saya cuba bentangkan akibat salah berfikir...dan saya yakin pasukan yang akan menang adalah mereka yang mahu membetulkan cara berfikir..sekalipun kalah dalam pilihanraya yang (diakalin/rekayasa_ kata org Ind...ini takkan lama..akirnya pasti mereka akan kalah kerana sebenarnya sejak dulu udah kalah....... ...dengan menipu mereka menang jadi maknanya kalah..akibat meniupu menang dapt kaji/elaun setiap bagi makan anak isteri, sahabat handai, penjilat dll maka mereka pun gemuk berlemak dan di waktu yang sama hati makin kotor busuk hapak haprak,,,makin jauh dari petunjuk/hidayah..Nak minta fatwa apa dari golongan ini bro??? Semuanya bergelumang dengan kehinaan..BOLEHkah mAKAN HASIL DARI MENIPU UST??tanya anak kecil..jawab ust..tak boleh ..harammmmm...alamak...tu yang jadi wakil rakyat dari penipuan ust???...STRATEGI...Ust...angguk kepala dan anak kecil pening...geleng kepala...dalam hati anak kecil .."apa nak jadi dengan ust aku ni...oi..dia pun dapat makan dari situ juga..kot"...Berapa ramai yang pegang fatwa ini..boleh menipu dalam pilihanraya, boleh suap rakyat dengan kain batik, gula, beras, baju, projek, jambatan, rumah dll asalkan rakyat pilih mereka lagi.
Rakyat pilih bukan kerana depa ni layak tapi depa bagi dan termakan budi..Inilah politik penyangak bro, politik cowboy, politik ala gangster atau politik zaman jahiliyah/kebodohan. so, jangan terlalu berharap kepada mereka mahu mencari kebenaran atau ikhlas dalam ucapan dan tindakan mereka..ini semua topeng nasionalisma.Yang lebih penting apa yang kita fokus sekarang dan apa yang telah kita laksanakan..jangan pening dengan mereka biarkan aje..sebab dah banyak kali kita ingatkan...

Alhamdulillah tak pa....semoga para pejuang yang konsistan sejak sebelum tahun 1998..saya turut berbangga dan mendoakan agar saudara semua diberkati Allah umur dan perjuangannya. Terutama DSAI dan teamnya. Begitu juga dengan para pejuang PAS yang memberi sumbangan tidak terhingga kepada perkembangan Islam dan demokrasi bersih di Malaysia. Saya nak syer aje dan semoga sedikit syer idea ini diberi Allah kekuatan untuk istiqamah.Amin.
Saya lontarkan “Akibat salah cara berfikir?”..khususan kepada para pendokong BN dan UMNO..
1. UMNO sejak dulu menerap rasa cinta kepada Melayu, tanah Melayu dan adat resam Melayu yang tidak ikhlas. Rasa cinta lakonan ini disaluti dengan bungkusan menawan dari ucapan tokoh-tokoh mereka sejak Merdeka bagi tujuan ianya diterima oleh rakyat majoriti supaya tetap memerintah Malaysia. Cuma hari demi hari bungkusan ini makin kelihatan bagi sebahagian rakyat sehingga terbetik di hati mereka..”UMNO dan komponennya ini adalah parti Doremon” ,,ianya diindahkan dan dicantikkan oleh ucapan dan jampi dari para ketua Doremon . Inilah acuan berfikir yang diprogramkan oleh pemimpin UMNO dan BN sampai sekarang…Acuan inilah yang dibawa ke mana-mana bagi memastikan ia diterima rakyat dan menang dalam pilihanraya..

Sampaikan Pak Zainuddin Maidin membaca sajak puji menjilat Pak Lah dan Najib di TV 1 dan TV 2 diperdengarkan dan didendang bagi memastikan fikiran rakyat merah putih berkeris tanpa sarung..Tok Hamid dan KPN pergi ke Indon bertemu dengan SBY dan beberapa menteri beliau untuk menjelaskan isu pengadil karate dari Ind dipukul polis Malaysia … bawa budaya Doremon juga …tapi orang Ind tak sebodoh itu..akhirnya setiap hari demo depan Kedutaan Malaysia hingga terpaksa duta Malaysia minta ampun minta maaf.

.Perhimpunan Bersih..kelam kabut si Sharizat, Aziz, Zainuddin, Najib dan ramai juga buat kenyataan Doremon. Sama seiaya sekata cara berfikir yang goblok (bodoh yang amat sangat dan tak mengaku bodoh..serta tunjuk hebat..) dan sangat tertinggal 20 tahun lalu.

Masyarakat antarabangsa melihat Malaysia ni gah dengan bermacam agendanya tapi level pemimpinnya alamak..hancus..Semasa Hamid dan KPN buat kenyataan Doremon di depan SBY yang disiarkan di seluruh media perdana Ind…rakyat Ind terkejut..sebab sebelum ini mereka hormat dan syok dengar Pak Anwar dan Mahathir berhujah..tapi bila dengar depa ni berhujah..ghuyub..Memang betul-betul Doremon .

Jadi salahnya di mana?? Bagi pandangan saya..inilah akibat acuan berfikir yang salah…berbeza dengan bangsa-bangsa hebat di dunia…Jepun, Korea, Inggeris, Jerman dan beberapa negara lain yang jika pemimpin mereka terlibat dengan hal yang boleh menjatuhkan imej mereka…sendiri mau ingatlah…BERUNDURLAH…Mahathir dulu pun sama..rakyat dah tak mahu dia tapi …DOREMON juga…NAJIB…terlibat atau tidak..tapi heboh di seluruh dunia dia terlibat dengan Altantnnya…dok macam tu juga..Tak ada rasa malu …masih keluarkan kenyataan Doremon..sekarang Pak Lah pula…dah terbukti banyak kelemahan…apa nak tunggu lagi…rehatlah…tetap DOREMON juga yang diguna pakai.. Dia nak tuinggu rakyat juga kerana kehormatan kononya..kehormatan apa..media semua lanyak pembangkang dan fikiran rakyat diasak sampai semua kerajaan buat semua nampak wangi dan harum..aduh ..ini semua selimut...bangkai...

Hal kandang babi dan HINDRAF juga sama…semua pemimpin parti Doremon gunakan isu ini sebagai isu perkauman…Nak ambil contoh terlalu banyak…tapi solusinya tetap sama…inilah akibat salah cara berfikir. Jadi tugas kita ialah membetulkan persepsi fikiran rakyat sekarang melalui penjelasan yang menyeluruh, relax jangan emosional dan berfakta. Insyaallah cara berfikir akan berubah dan boleh merubah fenomena politik sekarang kepada lebih bertamaddun..

Di akhir tahun 2007, terperanjat dunia dengan peristiwa pembunuhan Benazir Buttho, dan komentar dari Pak Lah selaku pengerusi OIC tidak bererti sama sekali bahkan masalah di Pakistan sampai detik ini masih kacau..jadi wajar kalau kita bertanya apakah peranan OIC yang langsung tidak kelihatan berpengaruh. Apa salah undang maulana-maulana dan tok syekh depa ke Malasia bagi mereka ruang mencari solusi. Sayang sekali, Pakistan yang mempunyai ribuan penghafaz Quran dan Hadis, Madrasah tradisional yang berpengaruh hari demi hari makin melemah dan ini merupakan sesuatu yang diset oleh Amerika. Senang melihat kelemahan dan menanti saat untuk menjajah lagi. Sdr. yang kita bimbang adalah nasib sdr-sdr kita yang tidak berdosa sama seperti di Palestin. Hidup mereka kacau dan tidak ada kedamaian lagi.Isu klasik ini sepertinya tidak akan habis selagi ummat masih mencandui cara hidup sesat dan menafikan kemampuan sistem Islam sebagai solusi. Inilah cara berfikir yang dibentuk oleh penjajah. Lemah dan tidak bermaya, kaku dan lesu, angkuh dan bodoh dll.

Di negara tercinta Malaysia acuan berfikir begini sengaja digula dan dibaja. Rakyat jangan terlalu cerdik dan sekat apa juga jalur kecerdikan. Jadi tinggallah ruangan sempit yang ada pada rakyat cerdik untuk menyuarakan rasa dan pandangan. Itupun terpaksa kerana akses dunia maya sudah bagikan air bah yang tidak boleh disekat lagi. Tapi jika di jalur resmi media lokal, jangan mimpi. Inilah sekolah dan institusi dungu yang masih dipertahankan. Media yang bebas seperti di negara barat (walaupun tak Islam tapi lebih terbuka) dan di Indonesia selepas reformasi akan terus dijaga dengan apa cara sekalipun.

Kedatangan musim pilihanraya, mungkin hanya lebih seperti sebuah pesta menjamu selera dari wang rakyat 5 tahun sekali katanya habis RM 200jt. Adalah berapa kerat yang dekat dengan pemerintah sampai boleh kenyang selama 5 tahun. Bangunkan rumah, beli kereta mewah dan enjoy melancong ke mana saja selepas pilihanraya nanti. Inilah acuan berfikir penjilat nanah dari titisan korupsi pemerintahan yang ada sekarang. Mahu dapat projek besar, tokeh kene bagi fulus kepada BN dan UMNO. Jika tidak , sorrylah..ramai lagi org yang berbaris mahu menjilat juga titisan korupsi ini.. Semoga Allah selamatkan kita dari terjerumus ke lembah yang hina dina ini. Jika yang dulu terlanjur…mohon ampun ajelah…dan minta maaf kepada rakyat. Ramai wakil rakyat pencen yang nak kembali ke pangkal jalan kerana jalan dah nak sampai ke hujung, kembalikanlah apa saja yang anda pernah ambil dari korupsi dll kepada rakyat, Selagi anda, pertahankan maka nantikanlah seksaaNya..contoh yang terdekat..Pak Suharto..Nauzubillah.

Esuk kita sambung lagi..dmana salahnya Pak Lah dan keluarganya berfikir dan orang kiri kanannya Pak Lah dan suku sakatnya Istana beraksi..

Malam tadi terkeluar dari mulut Khairi,,katanya 18 tahun Kelantan di bawah PAS...penuh dengan rasuah, curi balak, tiada pembangunan dll..tak Hisyamuddin tak nampak pula...?? Bukan nak kutuk lah...mata dia ni macam steam aje kenape...atau memang macm tu ke?? Jarang tenguk TV ...Pak Lah kene tenguk dia ni..kot kene pil kude ke..?? esuk kita sambung..

15 hb. Febr. 2008

Ada beberapa kesalahan yang dilakukan Pak Lah dan tidak boleh dimaafkan oleh rakyat:

1. Beliau MENGULANGI KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH MAHATHIR sebelum ni.

- Kronisma, anak menantu diberi kemudahan dari jawatan PM beliau. Nak nafi silakan dan semua orang dah muak dengar cerita ini..Sat lagi Khairi buat statement di media..jual semua kepentingan dalam company abc dll..ini semua mainan dan style ini budak darjah satu pun tahu..

- Bila rakyat komplen..tentang kronisma..pertahankan dan mula bersilat itu ini.
Apa salah ..tampar sedas..biar tahu diri..tapi nak tampa macamana takut sat lagi kene langgar..pula oleh orang no 2 dan 3 d.... Inilah pentingya kroni dan adik beradikk..dan dengan inilah juga negara ni hancur..keputusan dan kebijakan negara hanya di putuskan atas sebuah meja makan malam...parlimen dll buat syarat aje.. Mampus pi lah hampa..DALAM HATILAH

- Masih pertahankan pemimpin yang jelas tak beguna kepada kepentingan negara. Bahkan merosak nama baik negara...Tahulah semua orang siapa dia..tapi demi kelansungan politik limbah..berlakon lah...sementara..Jadi hilanglah wibawa ..PM di mata rakyat cerdik..

- Hadhari hanya replika bukan asli dan dah basi.....Malas nak bincnag hal term dll tapi jika betul-betul ikhlas.. takkan bermunculan masalah rasuah, jenayah dll macam satu fenomena baru di Malaysia..Ada pelancong yang takut..dan anggapan mereka agak realistis ...HADHARI ATAU APA NAMANYA... untuk ajenda politik saja.

- KOndisi negara...nanti disambung,,


28 Febr.2008..Bandung ..Giant..jam 7 malam

Kondisi negara kita fokuskan ke pilihanraya aje..sekarang..
Kami lampirkan bukti dari hujjah-hujjah pemimpin UMNO yang ade class bahkan level berfikir depa ni..seperti para macai..


BN Pahang lancar gerakan 'Adnan cuci Anwar'
KUANTAN 28 Feb. - Barisan Nasional (BN) Pahang melancarkan gerakan 'Adnan Cuci Anwar' bagi menangkis segala tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada kerajaan bagi mempengaruhi penduduk di kawasan pedalaman negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, gerakan yang bermula hari ini itu merupakan tindak balas kepada siri kempen yang dijalankan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di beberapa kawasan di Pahang Barat semalam.
Menurut beliau, gerakan tersebut akan dimulakan malam ini sehingga berakhirnya kempen pilihan raya 8 Mac ini.
''Kita melancarkan gerakan 'Adnan Cuci Anwar' kerana Anwar beri cerita dongeng kepada pengundi, beri janji yang tidak masuk akal.
''Adakah munasabah kononnya pembangkang mahu hapuskan cukai, mengurangkan harga barang, hendak bagi percuma itu dan ini serta menggunakan wang Petronas?
''Sekarang ini pun, kita guna wang Petronas untuk pembangunan negara. Sebanyak 40 peratus kita gunakan untuk tujuan itu. Takkan kita hendak gunakan semua duit Petronas untuk beli barang dan minyak, yang lain-lain bagaimana?" katanya.
Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 186 mangsa banjir di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di Jalan Teluk Sisek di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi BN negeri menegaskan, pihaknya sengaja membiarkan para pemimpin pembangkang menabur janji dan memfitnah kerajaan dalam siri kempen yang dijalankan oleh mereka di negeri ini sebelum tindakan susulan diambil oleh BN.
''Saya akan dapatkan laporan dan maklumat mengenai ceramah yang disampaikan itu, kemudian saya pula akan pergi ke tempat itu dan saya akan 'basuh' semula," jelasnya.
Beliau menarik perhatian bahawa bilangan hadirin yang agak ramai dalam ceramah yang dijalankan oleh pembangkang di negeri ini sebenarnya mempunyai pelbagai tujuan.
''Ada yang dengar ceramah itu kerana hiburan, ada yang hendak dengar lawak mereka dan sebahagian pula merupakan penyokong BN yang mahu mendapatkan maklumat mengenai kempen pembangkang," katanya.
Menteri Besar itu yakin kempen yang dijalankan oleh pembangkang dengan membawa pemimpin dari luar tidak akan dapat mempengaruhi pengundi di Pahang.
Bagaimanapun, tambahnya, BN tidak akan mengambil sikap selesa sebaliknya terus mempergiatkan usaha untuk menangkis tohmahan dan janji palsu yang dilemparkan oleh pembangkang kepada pengundi.

AZIIM: 1.Hujjah di atas dari YB porno yang mendapat anugerah gelar dari rakyat..ini bukan ngumpat..tapi cerita benar..kalao tak faham pi baca kitab atau pi belajo balik tentang makna ghibah../ngumpat..ada saksi hang tunjuk tangan dan di dokumentasikan..

2. Jadi YB porno tak layak memberi hujjah kerana otak porno..otak porno layak jadi gengster kelab malam atau rumah pelacur..

3. Hujjah YB..ini hujjah budak tak sekolah..awat yang jadi pelik..kerana ini waktu kempen dah..hangpa ni bengap lah..

4. Hujjah YB nampak tak petriotik kerana hujjah dari DS Anwar adalah fakta..untuk selamatkan negara tercinta..jadi jika tak boleh terima ..komentar..bermakna YB sama seperti raja-raja zaman dahulu kala..ada tukang karut bercerita di istana sehingga rakyat tertidur..khayal dalam kedunguan..sengsara tapi ketawa..Kalau betul faham kebangsaan septutnya YB..akur jika betul ..

5. Hujjah YB..takut kalah bukan fakta..jika petronas wangnya utk rakyat...takkan ada rakyat yang miskin dahhh..?? apa jadi..kelabu asap sangat..

6. Hujjah dongeng..ni dari mindset YB..yang selalu depa suap dan sajikan ke orang kampung..

7. YB porno..tak layak jadi pemimpin ..kerana dia layak jadi pemimpin orang porno..aje,,

8. YB..bertaubatlah..dan kembalikan wang rakyat..yang YB dah sebat...selama ni...jika mati tenang..dan anak isteri juga selamat..jika tidak jadi macam Suharto lah..

9. YB..jika nak hujjah bacalah buku dulu..!!
10. Maaf jika rakyat tak mahu pilih lagi sebab YB porno..Good bye..UMNO..good bye porno..



1 Mac 2008...Cimahi Bandung...

Satu lagi hujjah dari pemimpin senior UMNO yang terlibat dengan korupsi wang rakyat jutaan RM…pelik hangpa ni..dah kebas duit rakyat berjuta masih nak bagi nasihat lagi???
Diceduk dari BH..
Nurul Izzah perlu ditolak
Oleh Rozilan Salleh
SHAH ALAM 28 Feb. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyifatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai 'budak mentah' yang perlu ditolak pengundi kawasan itu.

AZIIM: Pak Mad..nak tanya balik siapa yang budak mentah??...atau hang yang masih mentah??? Tolong tenguk cermin dah....

Menurutnya, Nurul Izzah perlu menyedari sepanjang tempoh 16 tahun bapanya berada dalam kerajaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kata- kata tidak elok kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

AZIIM: DS Anwar keluar kerana tak tahan dengan kelakuan hangpalah..jika dia boleh bertahan dengan hangpa takkan dia keluar…berkawan dengan buaya..atau ular sawa..satu hari kene ngaplah..nasib baik tak kene di kepala..Cuma kene di tangan aje..itu pun DS..Anwar kene 6 tahun Tan Sri..masih nak percaya lagi..dengan hangpa??. Spesis zalim macam hangpa ni..selagi tak kene batang hidung sendiri takkan insaf..takkan berhenti...Tapi dengan berkat doa dari orang yang dizalimi…insyaallah…hangpa semua satu hari nanti akan kena..juga. Akan kena..kalau umur panjnag ..hangpa semua akan percaya..tungguuuuu!!! ATau kena setelah mati dah pasti..jika hangpa tak bertaubat..

Katanya, anak pemimpin PKR itu tidak sepatutnya menuduh BN sebagai parti perkauman yang akan menjahanamkan negara.
''Mengapa apabila dibuang daripada UMNO dan kerajaan, tiba-tiba sekarang semua yang dibuat kerajaan tidak betul, kenapa sepanjang 16 tahun berada dalam kerajaan semuanya elok.
"Sekarang semua keluarganya bertanding, bapanya mahu bertanding, emak bertanding, anak bertanding, Nurul Izzah masih mentah, walaupun dia belajar universiti tetapi itu masih tidak cukup," katanya di sini hari ini.
Oleh itu, katanya, terpulang kepada pengundi di Lembah Pantai sama ada mahu memilih BN yang diwakili Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil atau Nurul Izzah.

AZIIM: Tan Sri..UMNO takut ANwar bertanding sebab boleh kalahkan Pak Lah ..sebab tu pilihanraya dicepatkan..kalau betul gentlemen buatlah pilihanraya bulan May..nak tenguk sapa yang terkencing terberak...Jadi hujjah ni...kelabu asap lah..soal keluarga Anwar nak bertanding..ada masalah apa yang hangpa sebuk..dari pilih pemimpin korup lebih baik pilih anak kecil yang cerdik..kita heran …awat UMNO suka pilih yang dah ganyut..pemimpin dah kerepot macam Shahrizat berehatlah..sebab jika lawan lagi..akan guna teknik yang sama sebelum ini..dah kalah cari undi hantu dan undi pos…untuk bagi menang juga…?? Rakyat dah tahu..kerja bodoh yang hangpa lakukan..walaupun ada kelulusan undang-undang tapi otak penipu hangpa ni.membuatkan kredibiliti pemimpin UMNO..hilang dalam bayang…kepada pengundi Lembah Pantai…tepuk dada tanya mereka yang pernah saksikan perbuatan hina yang dilakukan oleh Shahrizat dalam pilihanraya yang lalu!!!

Anak sulung Anwar itu buat pertama kalinya bertanding pada pilihan raya umum manakala ibunya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula bertanding kali ketiga bagi mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang pernah disandang Anwar.
Dalam pada itu, beliau menyuarakan sokongan penuh kepada pencalonan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam dan Datuk Ahmad Nawawi M. Zin sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik pada pilihan raya umum kali ini.
Katanya, tidak ada sebab pengundi di Shah Alam mahu memilih calon pembangkang setelah BN membuktikan kemampuannya membangunkan negara.

AZIIM: A AZIZ nih spesis penjilat nanah, …dan pengkhianat ..kepada bangsa..Hangpa soleklah macamanapun di mata rakyat cerdik dia adalah hina kerana buat kerja terkutuk dibelakang semata-mata hanya untuk mendapatkan jawatan ketika Mahathir berkuasa..Kepada rakyat yang dah terlupa sila buka balik scenario sebelum ini..
AZIIM: Inilah cara dan standard berhujah dari pemimpin UMNO..memprihatinkan..level berfikir mereka yang sudah ke level Mantan Menteri Besar masih spt ini dan tak tahu apa nak jadi kalau mereka terus memimpin negeri ini.?? Hancur.???.


3 Mac 2008...Fajar Bandung...

Kezaliman Mahathir dahulu adalah bukti lemahnya sistem pemerintahan kita dan bobroknya cara berfikir pemimpin-pemimpin UMNO...sekalipun pengakuan Mahathir sebagai bukti akan kerendahan taraf kepekaan dan akhlak pemimpin UMNO tidak akanbererti jika pendokong Mahathir masih lagi bersembunyi mendokong perjuangan UMNO dalam pilihanraya kali ini..BUkti terpenting bagi Mahathir atas keterlanjuran beliau dahulu dan sekarang ialah memastikan UMNO/BN berkurang mejoritinya sehingga pembangkang berpeluang mentadbir Negara..Tapi jika sekadar nak sedapkan hati..rakyat atas pengakuan ini..tak payah le..rakyat cerdik umumnya dah nak muntah..sorry ye..!!zaman dah berubah..Kepada pemimpin UMNO yang bermulut celupar..tolong fikir panjang sikit..ok..dan pesan kami...bertaubatlahhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!Bacalah pengakuan ini...!!Akhirnya, Mahathir mengaku salah memecat Anwar
Ali Bukhari Amir
Thu | Feb 28, 08 | 7:59:00 pm MYT
Akhirnya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku salah memecat bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan segala jawatannya di dalam kerajaan dahulu.
Berdasarkan keratan klip video di internet, kita boleh membuat beberapa tafsiran tentang hal jenayah bekas Perdana Menteri ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Pertamanya, sudah tentulah ucapan itu datangnya daripada keinsafan hatinya. Rasa insaf itu mungkin berikutan tekanan yang diterima oleh Dr Mahathir akibat terlalu pincangnya demokrasi selama ini.
Mahathir marah benar terhadap Abdullah kerana suara beliau cuba ditenggelamkan, tidak dapat diapungkan ke media.

"Semua orang nampakkan bagaimana saya lakukan ke atas Anwar? Saya tangkap dia dan saya letakkan dia dalam tahanan," kata Dr Mahathir sambil diiringi gelak ketawa hadirin.
Mereka ketawa kerana aksi Dr Mahathir menggawangkan tangannya ke udara seperti aksi menangkap seseorang lalu digenggam tangannya seraya mencampak sesuatu ke udara. Di situ pun khalayak sudah boleh tertawa dengan jenaka bekas Perdana Menteri itu.
Tetapi, entahlah ketawa itu untuk siapa dan atas tujuan apa? Mungkin mentertawakan diri sendiri, mentertawakan Mahathir atau sengaja untuk mengambil hati Mahathir? Wallahu 'alam …
"Anwar tiada salah apa pun," kata Mahathir
Lalu, beliau menyambung: "Padahal dia (Anwar) tidaklah bersalah walau sedikit apa pun. Tetapi, yalah pada ketika itu sukar untuk kawal keadaan."
Mahathir mengaku bersalah menahan Anwar dalam penjara itu ketika dia berasa kesal ke atas Abdullah yang menggunakan polis bagi menahan orang-ramai sehingga terkuburnya suara khalayak untuk berucap.
Barangkali, Dr Mahathir pun tahu dan dia dapat mendengar suara hati hadirin. Dia mesti tahu, akan ada orang yang berkata dalam suara menyampah: "Eek, eleh… dulu pun Dr M buat macam tu juga!"
Oleh kerana beliau menyedari kewujudan suara-suara sebegitu, maka mungkinlah sebab itu juga bekas PM itu dengan cepat mengaku bersalah menghumbankan Anwar dalam.
Pengakuan itu dengan cepat menyebabkan imejnya menjadi kembali suci. Hanya, beliau mengaku bersalah, tetapi berdasarkan keratan klip video itu, belum lagi beliau meminta maaf secara terbuka kepada Anwar.
Mengaku salah dan meminta maaf adalah dua hal yang berbeza. Tetapi, Anwar pun telah memaafkan Mahathir sebelum itu lagi.
Saya buat pertama kalinya menonton klip video itu dalam yahoogroups SIM, tetapi hari ini (28 Februari) 'link' 'url'nya telah pun dipadamkan. Tidak diketahui kenapakah ia ditarik keluar? Adakah ia dikeluarkan oleh 'cyber troopers' Umno?
Maka, tidak dapat saya memeriksa kalau-kalau terbit kenyataan minta maaf Dr Mahathir ke atas Anwar. Sukar untuk dibuat pemeriksaan juga oleh kerana klip video itu disunting. Dan, ada kemungkinan ucapan maaf itu telah tertanggal.
Tetapi, untuk lebih bersikap bertanggungjawab, biar ditulis di sini bahawa, hasil daripada penelitian peribadi saya, tidak terlihat kalimat lafaz minta maaf tersebut melainkan hanya cuma pengakuan bersalahnya kerana mencederakan reputasi Anwar.
Ertinya, terbatal segala tuduhan salah laku yang dihumbankan ke atas bekas TPM selama ini. Pertama, Anwar telah dibersihkan melalui mahkamah. Kedua, beliau telah dibersihkan melalui pengakuan kesilapan dan kesalahan Dr Mahathir sendiri.
Mengaku salah sudah, minta maafnya bila?
Apabila Dr Mahathir mengaku beliau terpaksa menipu ketika mengalami saat-saat sukar itu, ini mengingatkan saya kepada sebuah filem Bollywood bertajuk RAM lakonan Kamal Hasan dan Rani Mukherjee).
Di dalam pergelutan antara Muslim dan Hindu di India, Ram telah kehilangan kekasihnya lalu dia membawa diri ke sebuah kota lain. Sebenarnya pergelutan antara dua agama yang menyebabkan kematian kekasihnya itu dicetuskan oleh seorang ahli politik India.
Untuk merawat hatinya yang luka lara, Ram pergi ke sebuah kota. Kebetulan, ahli politik itu sedang berpidato di sebuah rumah. Ram meluru ke depan lalu bertanya soalan kepada ahli politik tersebut yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara di pekannya dahulu.
Terlihat di ruang mata, wajah kekasihnya yang meninggal dunia ketika dua puak sedang bertelagah menegakkan kebenaran di pihak masing-masing. Dengan hati panas membara, Ram bertanya kepada ahli politik yang sedang berpidato itu.
"Tuan menyeru ke arah kemerdekaan dan persaudaraan, tetapi bukankah tuan yang telah menyebabkan berlakunya peristiwa pergaduhan antara Hindu dan Muslim di pekan saya dahulu?" Ram bertanya bertalu-talu. Dia mahu ahli politik tersebut mengaku bersalah dan meminta maaf.
Ahli politik itu cuba mengelak, tapi akhirnya Mahatma Gandhi keluar dari celah belakang dan menepuk bahunya seraya memujuk ahli politik itu untuk segera meminta maaf.
Akhirnya, ahli politik itu merapatkan tangannya dan dalam esak tangis beliau memohon maaf kepada Ram dan semua pihak yang telah kehilangan keluarga pada malam berdarah itu. Gandhi pun berundur dan ceramah tamat di situ. Bagi Ram, segalanya telah selesai.
Moralnya, jika seseorang ahli politik itu mahu mengaku salah, memang hal itu pun boleh dilakukan. Tapi, untuk meminta maaf, mereka sangat memerlukan kekuatan dalaman.
Di mana maaf ke atas tindakan penggubalan Auku?
Tun Dr Mahathir mengaku terpaksa mengenakan tindakan ke atas Anwar dan jangan kita lupa bahawa pada tahun 1971 ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran, sebuah akta yang memerangkap mahasiswa dan menjebak pensyarah universiti telah pun digubal.
Tentunya, Dr Mahathir akan berkata bahawa beliau melakukan semua itu kerana terpaksa juga memandangkan mahasiswa pada saat itu amat sukar dikawal. Dan, seperti biasa Anwar dan rakan-rakannya itulah yang telah hadir pada kemuncak kebangkitan mahasiswa itu.
Itulah gelombang pertama ketika Mahathir cuba menyekat Anwar dan sekutunya melalui Auku. Seterusnya, gelombang kedua ketika Anwar sukar dikawal apabila bekas TPM itu berada di dalam Umno. Dr Mahathir terpaksa melakukan beberapa tindakan lagi untuk menyekatnya buat kali kedua.
Kini, ketika tidak lagi berkuasa, Dr Mahathir tidak lagi boleh berbuat apa-apa melainkan beliau hanya menyeru kepada rakyat supaya jangan mengambil peduli kepada parti tetapi pilihlah calon yang dianggap terbaik. Inilah gelombang ketiga, iaitu gelombang kesedaran rakyat yang mampu menumbangkan BN.
"Inilah sahaja yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan negara, memandangkan Umno sudah rosak," kata Dr Mahathir dalam suatu kenyataan yang lain.
Sehingga kini ada suara-suara profesional dalam Umno yang mengikut rentak ucapan ini. Antaranya Presiden ProWaris Feriz Omar yang telah mengeluarkan kenyataan yang sama dalam Hujah (TV9) baru-baru ini dan Prof Dr Zainal Kling dalam acara forum di RTM.
Walhal, dahulu pun Dr Mahathir sebagai pemimpin parti BN, beliau juga meminta rakyat melihat kepada parti dan bukannya kepada calon sangat. Tetapi pandangan beliau sebagai negarawan tentunya lebih suci dan murni.
Ini kerana, ia disuarakan dalam niat bagi menyelamatkan rakyat dan negara. Semua lafaz ini tentunya sangat bermakna kepada rakyat dan negara. Apa yang diperlukan oleh beliau ialah sebanyak-banyaknya ucapan maaf kepada rakyat seiring dengan kezaliman di dalam tempoh 22 tahun pemerintahan ini.
Antara implikasi lain berhubung pengakuan Mahathir yang tersilap memenjarakan Anwar ini ialah suatu hakikat yang agak terselindung mengenai 'haramnya' kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dalam tempoh sepenggal yang lalu. Jadi, beliau ambil tempat Anwar secara tak sah. Agaknya, sebab itu pentadbiran Abdullah tak berkat.
Abdullah mesti tahu Anwar dianiaya. Abdullah orang dalam ('insider') Umno. Tanpa perlu Mahathir mengaku salah memenjarakan Anwar sekali pun, Abdullah mesti tahu bahawa Anwar tidak bersalah. Mustahil Abdullah yakin bahawa Anwar bersalah. Tetapi, Abdullah tidak peduli semua itu.
Dia mahukan jawatan PM walau dalam apa situasi sekali pun. Abdullah sanggup berjanji secara lisan dengan Dr Mahathir jika beliau 'dianugerahkan' jawatan sebagai PM oleh Dr Mahathir. Apabila beliau mendapat jawatan, Abdullah sanggup mungkir janji.
Kalau isu berhubung perjanjian lisan ini ditanyakan kepada Najib Tun Razak, dia sendiri pun tahu, tapi mana boleh Najib mengaku bahawa dia tahu. Semua orang dalam atau pun 'insiders' ini akan menipu dan berhelah guna menonjolkan imej sucinya dan melestarikan diri dengan watak bersih, kononnya tidak tahu apa-apa dan tidak bersalah.
Jikalau Abdullah Ahmad Badawi perampas pertama jawatan TPM daripada Anwar, maka Najib ialah perampas kedua jawatan TPM daripada Anwar. Dr. Mahathir telah mengaku bersalah, tetapi dia belum diberikan kesempatan untuk memohon maaf.
Abdullah dan Najib yang sedang mabuk kuasa sudah tentu dikhatamkan hati mereka itu buat masa ini untuk mengaku bersalah, apatah lagi untuk meminta maaf. Syahadan, demikianlah nilai-nilai hadhari itu.
Sekolah Pemikiran Jalan Pahang Barat,
7:59 p.m, 28 Februari Cetak

AZIIM: Semoga Allah memberi semula hak kepada siapa yang berhak dan berkemampuan..!!!

No comments: